Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Tuesday, November 30, 2010

malam tadi aku bermimpi..

Salam semua,

pagi ni mood aku swing swing:(..alkisahnya pagi tadi aku terkejut bila bangun tido tgk2 jam dah lewat dah..terus amik wuduk n solat subuh..tp yg membuatkan mood aku jadi suam2 suku bila bangun tido tu ialah aku bermimpi yg xbest..aku mimpi "en.suami dikelilingi ramai pempuan2 yg gilakan dia, si suami plak asik duk layan pempuan2 tuh, aku yg kt sebelahnya ni dia buat derk jer, semua pempuan tu duk layan dia, suap2 makanan, urut2 badan sambil duk pandang2 aku ngan pandangan mengada, gedik, gelenya n menunjuk2 ..berlagak la tuh dpt layanan suami aku kan.."

sedih hati aku ni hanya tuhan je yang tahu...abis je mimpi tuh terus aku tersedar..lalu dengan kenangan mimpi yg masih fresh tu la yg buatkan mood aku kacau bilau..xlayan pun en.suami, xsenyum pun kat dia..biasalah aku bila moody mmg xleh nk sorok2, mmg nampak jelas perubahan kat muka n sikap aku..hmmm ni semua sal penangan mimpi tu, org kata mimpi mainan tido kan?tapi mimpi2 tu la yg buat aku jadi takut sebab kebanyakan mimpi2 yg aku alami sebelum ni ada yg menjadi kenyataan..Nauzubillah..


tu lah citer mimpi aku..mesti korang kata apalah aku ni kan pasal mimpi pun nk moody, tapi cerita mimpi tuh la yg buatkan aku sedih pagi ni..minta jauhla perkara tu berlaku dalam hidup aku..amin..


p/s: abg, ummie syg abg tau..walau jarang terlafaz dibibir namun jauh dalam hati ni, ummie syg abg sangat2..love u so much..mmmuahhhhh

Monday, November 29, 2010

langgar pantang..

Salam semua,

ptg smlm balik je dari keje, sampai2 rumah lepas solat terus kitaorg p alamanda..hajatnya nk bayar kete n nk beli brg cikit2, tapi agenda sebenar yg ada ada dalam kotak fikiran aku ni ialah aku nak makan KFC!!!!huhuhu..xkira mcm2 mana pun smlm aku nk jugak kfc, xdapat benda lain pun xpa lah huhu, dah agak lama aku xmerasa kfc ni, duk terbayang2 ayam goreng, potato whips n cheezy wedges dia tu, coleslaw aku xmakan..kalo beli pun mmg aku xpandang haha..

akhirnya mlm tadi dinner kitaorg ialah kfc, fuhh sedap sungguh rasanya mcmla 1st time baru makan hihihi..dalam duk merajuk ngan en.suami tu abis gak 2 ketul ayam goreng aku..dan akhirnya mlm tadi jugak aku dah langgar pantang----aku dah minum air berkarbonat-stoberi flavor----aku tahu mmg xelok minum air gas ni tapi aku teringin sangat2 nk minum..sama cam ais jugak, w/pun aku kena 'pantangkan' minum ais ni tapi bila dah depan mata tgk air yg sedap2 tergoda gak aku, so minumla sikit..:P

k lah dah lepas hajat aku, lepas ni kena disiplinkan diri elakkan makan mkanan mcm tu..huhu boleh percaya ke???tadaaaa...

Sunday, November 28, 2010

di pagi isnin

Salam ukhwah,

wah pepagi lagi aku dah berbelog huhu..gatal tangan nk mencoret di pagi isnin ni..bangun tdo pagi tadi rasa malasnya nk pegi keje, rasa cam xcukup cuti 2 hari tu..kalaulah keje 2 hari cuti 5 hari kan bestt..hoho, 'monday blues' lah bak kata org..

apapun tugas kena laksanakan, banyak keje menanti aku ni, nk setelkan satu persatu kena teliti gak takut tersilap, k lah kawan2, selamat bekerja dan semoga ceria2 selalu:P...tadaa..

Thursday, November 25, 2010

dah berubah???

Salam ukhwah,

apa yg berubahnya??rutin harian?of course la dah berubah kan..huhu, yg aku nk citer ni pasal waktukeje..dulu awal2 keje aku pilih WP3 iaitu masuk kul 8.30pg balik 5.30ptg..walaupun time rasminya aku balik kul 5.30 tapi jarang2 sangat aku balik time tu..paling2 awal pun kul 6.30 ptg baru aku balik..ye la balik awal2 pun bukannya ada apa kat rumah kan?so aku pun membizikan diri kat opis..

then awal tahun aritu aku tukar ke WP2..waktu kejenya 8.00-5.00, tapi cam biasala time balik aku mesti lewat ckit dari waktu yg sepatutnya..mungkin aku dah terbiasa dgn rutin macam tu..kwn2 opis aku yg lain aku tengok sharp2 kul 5 dah siap utk balik..aku masih lagi syok kat meja aku tu...bagi aku, aku xkisah balik kul berapa pun huhuhu..

tapiii bila dah kawin ni, aku dah berubah sampaikan ada kawan opis yg tegur perubahan aku ni..mana taknya dulu punch card tu yg tunggu aku sekarang aku plak yg tunggu punch card tu...tepat2 jam 5.00 aku dah ketik kad tu..huhuhu..skrg aku memang menunggu ketibaan jam 5.00:P..mau balik awal nk uruskan rumahtangga lak:D...sekarang barula aku tahu mcm ni rupanya kehidupan berumahtangga..selama ni duk tgk kawan2 jer sekarang aku merasainya sendiri..syukur sangat2 kerana aku telah diberi kesempatan utk melalui alam rumahtangga ni..syukur Alhamdulillah..

k tu je la citer arini, nati aku nk stori pasal percutian singkat ke cameron masa balik cuti raya haji aritu..skrg aku ada bengkel kat tingkat 1,mengantuk2 dlm kelas tu sambil2 belek keje utk dibawa ke meeting ptg ni..dan aku pun xsabar nk tunggu kul 12.15 mau balik rumah..encik suami cuti arini so pastinya aku wajib balik hehehe..tadaaa..

Sunday, November 21, 2010

dah start keje balik..

Salam ukhwah

hari ni 22/11/2010 (isnin), aku dah mula start keje balik selepas hampir 3 minggu cuti sakit+cuti raya haji..ermm malasnya rasa nk g keje maklumlah dah agak lama bercuti duduk rumah jer, tiba2 dah masuk keje balik..bangun pagi tadi alahai malasnya rasa tapi kena gak kuatkan semangat g keje..tapi dlm tempoh bercuti tu rinduk plak rasa kat kwn2 d opis tu huhuhu, n rindu kat meja keje aku yang bersepah tu...mesti banyak keje yang pending..hmmmm...tapi sampai jer opis tadi mood keje dah dtg kembali..hehehe dah kembali membiasakan diri dengan rutin harian...

n kat rumah sekarang tengah meriah sebab balik dari kg aritu, my sis n SIL&BIL datang bersama..sukanya..:P xda la rasa bosan n sunyi sangat..tapi bila diaorang dh balik nanti tinggallah kitaorg berdua jer:(

k lah nk sambung keje ckit jap g nk balik rumah lak..nk lunch sesama kat rumah n yg pling pting mestilah nk jumpa en.suamiku hehehe..k la tadaa...

Monday, November 15, 2010

xbalik raya:(

Salam Aidiladha

Esok 10 Zulhijah 1431H, umat islam akan menyambut hari raya korban, dan bagi kelantanese raya ni disambut sama cam raya puasa jugak..ada ziarah menziarah dan yang paling bermakna bila sama2 dpt mengagihkan daging korban masing2..sambil2 tu jugak boleh jumpa sedara mara yg balik kg time ni..

tp yg sedihnya aku xbalik raya haji tahun ni..ni 1st time raya haji kt ptrjaya since aku keje kat sini..dulu masa study pernahlah jugak xbalik..kalo ikutkan hati mmg nk balik tp memikirkan yg kitaorg baru je blik ms cuti deepavali aritu, maka keputusannya raya haji ni dh xblik dh...tambah plak aku pun mc almost 3mgu so kalo aku amik cuti lagi tkut bos bising je, keje mesti berlambak kat opis tu...hmmm...

namun jauh disudut hati mmg aku nk blik, tmbah plak dgn keadaan aku skrg ni rasa cam nk dekat je ngan ibu tersayang, disamping nk tengok baby baru mek hehehe yadzaheen dh jadik abg skrg xleh manja2 dah ngan mommy...pastu aku nk tgk baby kawan aku yati n baby spupu aku, kak mah yg pulang beraya kt kg thun ni..dah hampir 2thun kitaorg xjberjumpa, nk tgk baby baru dia..dan yg pling pting mestilah nk berkumpul satu keluarga..huhuhu rindu sama kamu semua..

apapun kalo dah itu keputusannya, maka beraya kat sinila nampaknya..xkisahla kat mana2 pun sbb aku sedar tempat seorang isteri adalah disisi suami kan?yg pting suami tersayang ada disisi, itupun dh ckup bermakna bagi aku:P


kpd semua muslimin muslimat;

"selamat menyambut hari raya aidiladha...sama2lah kita menghayati erti pengorbanan yg sebenar2-benarnya dan mengambil iktibar daripada kisah disebaliknya...sama2 kita perbanyakkan berdoa agar diampuni segala dosa2 yg telah lepas dan bertaubat atas segala kesalahan yg telah dilakukan...amin"

Sunday, November 14, 2010

ciri-ciri org yg mencintai kamu..

salam sayang

Dalam kehidupan, kamu tidak sedar apa yang dilakukan oleh seseorang terhadap diri kamu merupakan satu petanda yang dia mencintai kamu. Dia tidak ingin kamu tahu secara terus daripada mulut dia tetapi dia menunjukkannya melalui perbuatan. Berikut merupakan antara cirri-ciri yang dilakukan oleh seseorang yang menunjukkan bahawa dia mencintai kamu.

  1. Orang yang mencintai kamu tidak pernah mampu memberikan alasan kenapa dia mencintai kamu. Yang dia tahu di hati dan matanya hanya ada kamu satu-satunya.
  2. Orang yang mencintai kamu selalu menerima kamu apa adanya, di hati dan matanya kamu selalu yang tercantik walaupun mungkin kamu merasa berat badan kamu sudah bertambah.
  3. Orang yang mencintai kamu selalu ingin tahu tentang apa saja yang kamu lalui sepanjang hari ini, dia ingin tahu kegiatan kamu.
  4. Orang yang mencintai kamu akan mengirimkan SMS seperti ‘selamat pagi’, ‘selamat hari minggu’, ‘selamat tidur’, ‘take care’, dan lain-lain lagi, walaupun kamu tidak membalas SMS nya, kerana dengan kiriman SMS itu lah dia menyatakan cintanya, menyatakan dalam cara yang berbeza, bukan “aku CINTA padamu”, tapi berselindung ayat selain kata cinta itu.
  5. Orang yang mencintai kamu akan selalu mengingat setiap kejadian yang dia lalui bersama kamu, bahkan mungkin kejadian yang kamu sendiri sudah melupakannya, kerana saat itu ialah sesuatu yang berharga untuknya. dan saat itu, matanya pasti berkaca. kerana saat bersamamu itu tidak boleh berulang selalu.
  6. Orang yang mencintai kamu selalu mengingati setiap kata-kata yang kamu ucapkan, bahkan mungkin kata-kata yang kamu sendiri lupa pernah mengungkapkannya. Kerana dia menyematkan kata-katamu di hatinya, berapa banyak kata-kata penuh harapan yang kau tuturkan padanya, dan akhirnya kau musnahkan? Pasti kau lupa, tetapi bukan orang yang mencintai kamu.
  7. Orang yang mencintai kamu akan terdiam sesaat, ketika sedang bercakap di telefon dengan kamu, sehingga kamu menjadi bingung. Sebenarnya saat itu dia merasa sangat gugup kerana kamu telah menggegarkan dunianya
  8. Kalau kamu melihat handphone-nya maka nama kamu akan menghiasi sebahagian besar INBOX-nya. Dia masih menyimpan SMS-SMS dari kamu walaupun ia kamu kirim berbulan-bulan atau bertahun-tahun yang lalu.
  9. Jika suatu saat kamu merindukannya dan ingin memberinya kesempatan dia akan ada menunggu kamu kerana sebenarnya dia tak pernah mencari orang lain, dia sentiasa menunggu kamu.
  10. Orang yang begitu mencintaimu, tidak pernah memaksa kamu memberinya sebab dan alasan, walaupun hatinya meronta ingin mengetahui, kerana dia tidak mahu kamu terbeban dengan karenahnya. Saat kau pinta dia berlalu, dia pergi tanpa menyalahkan kamu, kerana dia benar-benar mengerti apa itu cinta.

(source: www.tentangcinta.com)

8

bila kita cinta...

salam sayang semua...

cinta??
adakah ia perlu dilafazkan?
atau perlu dizahirkan dgn perbuatan?
mcm2 cara yg dibuat bagi menunjukkan cinta dan kasih sayang pd seseorang..
terpulang pada cara masing2..

kdg2 seseorang akan suka bila kata2 cinta dilafazkan padanya..
terutama bagi perempuan yg hatinya sangat lembut dan sensitif..
xdinafikan hati seorang perempuan akan mudah cair dgn kata-kata cinta..
xterkecuali aku pun..
tp cinta jugak xsemestinya diungkapkan melalui kata-kata
kadang2 seseorang tu amat menyintai pasangannya..
namun jarang sekali kata-kata cinta terucap dibibirnya..
namun ini bukanlah bermaksud tiada rasa cinta dihatinya..
sebaliknya kehadiran rasa cinta hanya dapat dirasai dan dijiwai dalam hatinya..
dan perasaan kasih dan sayangnya begitu menebal dalam jiwanya
cuma ianya tidak dilafazkan sahaja...
kerana baginya jika perasaan cinta dan sayang selalu bermain dibibir...
lama kelamaan ia akan menjadi 'kosong' kerana terlalu senang baginya melafazkan cinta ...
jika ianya tidak disertai dengan perasaan yg betul2 tulus dari hati..

dan bagi aku...
kadang2 cinta memang amat penting untuk dilafazkan..
dan ada ketika ianya perlu disimpan senyap2 dalam hati..
bila ada masa yg sesuai barulah ianya akan dizahirkan dgn kata2..
ianya pasti akan meninggalkan kesan yg mendalam pada pasangan..
namun jangan pulak tidak langsung menyatakan perasaan cinta
kerana org ini lah yg tidak tahu menghargai perasaan cinta yang dianugerahkan kepada setiap insan..

so, terpulanglah kepada cara masing2..tadaaa.. (ooopss terjiwang plak aku arini huhuhu)

Saturday, November 13, 2010

why i like cameron???

salam ukhwah kwn2

cameron highland??sume tahu tempat ni kan??1st time aku ke cameron kalo xsilap pada tahun 2005..ms tu pegi lawatan sambil belajar ngan coursemate n arwah prof.wan, kemudian tahun 2006 aku pegi lagi ke cameron..kali ni tuk amik sampel tanah kt tanah rata utk dijadikan bahan tesis aku..kmdian start dari situ la tiap2 thun aku akan ke cameron..2007, 2008, 2009 n last skali februari tahun ni..kenapa aku tiap2 tahun pegi cameron??? ada yg kata tempat tu biasa2 je tp bg aku cameron adalah satu tmpat yg penuh dgn kenangan dalam hdup aku, kenapa???jom kita tgk apa sebabnya?

1. 1st time dtg cameron hati dh terpaut dgn keindahan alam kt sini..suasana menghijau dgn suhu yg agak sejuk buatkan fikiran terasa damai..aku kan suka tmpat2 cenggini huhuhu

2. ada 'something n someone' kat sini yg buatkan aku mcm terpanggil utk ke sana..tp tu semua dh jadi sejarah dlm hdup aku..past is past...enuff!!!!stop!!!bukak buku baru!!!!

3. dan yg paling penting, detik2 awal perkenalan aku dgn en.suami bermula kat sini la..hehehe, masa tu kononya pegi ke cameron utk membawa hati yang lara (xtahan punya ayat) tp xdisangka2 yg kisah cintaku akan bermula disini..dari membawa hati yg lara alih2 bunga2 cinta yg berputik disini..alahai cameron...


so itu antara sebab2 utama knapa aku suka cameron..yg lain2 tu biarlah rahsia...:)

***cameron saksi cintaku***

bersiaran dari rumah

salam ukhwah

kali ni aku bersiaran dari rumah je..sbnarnya aku mc almost 2weeks..why???later aku akan stori mengapa aku mc ye..but now aku masih dlm mood sedih, tp aku cuba gak menghepikan dri dgn berblogging ni..post entry, jenguk blog kengkawan...saje nk hilangkan kebosanan kat rumah ni hehehe..k lah aku nk rest kejap..tadaa...

Friday, November 12, 2010

berakhirnya episod pjj

salam ukhwah

pejam celik pejam celik rupa2nya dh masuk 2 bln aku bergelar isteri..sekejap je ms berlalu kan?dan agak lama jugak aku xstori mori psl kehdpan aku lepas dh kawin ni...bkn xnk citer tp mood malas sntiasa bermaharajalela huhuhu...

eniwey skrg mood sudah dtg:D..kali ni aku nk citer pasal tmpat tinggal ye kwn2..sblum ni rmai yg xtahu lepas kawin aritu aku sbnarnya masih lagi tgal ngan member2 kt umah sewa aku tu (presint 11 dihati:P).so masih lagi bleh berlagak bujang hahaha...en.suami plak masih lagi ngan member2 bujangnya kt bangi, hampir sebulan jugaklah kitaorg pjj ni..sebabnya???aku masih menunggu kelulusan utk dptkan kuarters, sbb kalo nk menyewa dulu rase xberbaloi plak, xkan nk pindah berkali2 kan??at least duk kuarters ni jimat la ckit, selesa pun selesa (buat masa ni la huhuhu...)..tunggu punya tunggu xdpt2 lagi, boleh dikatakan almost evryday aku call BPH tanya status tp jwpannya ttap sama"masih lagi dlm queue, harap sabar menunggu"

ye aku sabar..kalo xsabar dh lame aku mengadap BPH tu. huhu.kalo diikutkan aku dh apply kuarters ni tahun lepas lagi, tp masa tu cerita aku n en.suami belum wujud lagi hehehe, xda lagi citer2 couple or kwin ni..ms tu just plan nk dduk ngan kwn2 je..tp bla dah 'ter dah kawin' ni of cos la nk ddk ngan soulmate kan???so keinginan nk dpt kuarters tu sangat2la menebal..siap buat rayuan lagi kt BPH mitak dia percepatkan kelulusan utk aku..huhuhu

dan alhamdulillah pertengahan bln 10 aritu bla check kt website BPH, permohonan kuarters aku telah diluluskan..syukur sgt2..tanpa membuang masa esoknya aku terus pegi BPH amik surat tawaran n terus setelkan deposit kuarters, api n air..esoknya submit sume resit2 dan akhirnya aku dh dpt kunci rumahku...syukur Ya Allah..dan start besoknya bermulalah sesi membasuh rumah, mengangkut brg n so on...

n now secara rasminya, aku telah bergelar warga presint 15:)dan secara rasminya jugak kitaorg dh duduk sekali dan menjalani kehidupan berumahtangga dalam erti kata yg sebenarnya..dan oleh itu bermulalah tanggungjawab aku sebagai seorang isteri:p..kemas rumah, masak n yg sama waktu dengannya...huhuhuhu, kalo sblum ni hdup bujang xkisah rumah mcm mn pun, nk mkn apa pun xda org kisah tp bla dh kwin ni smua tu dah berubah:)..apapun perubahan baru dalam fasa hidup ni tersangatlah indah n xbleh nk digambarkan dgn kata2..hanya org yg dh melaluinya akan faham 'that's feeling':D...kan???

ok lah panjang plak membebel..apa pun aku harap dgn khdupan baru ni, aku mampu utk melaksanakan tanggungjawab aku terhadap keluarga dgn sebaik mungkin, w/pun byk kekurangan yg ada namun itu semua akan diperbaiki dari masa ke semasa...Insya Allah..

***i love u sayang***








Sunday, November 7, 2010

menanti dalam debaran

Salam ukhwah,

takut, bimbang, sedih..semua bercampur aduk dlm diri aku..xsabar menanti tarikh 15 nov..tarikh itu akan menjawab semua persoalan yg bermain2 difikiran selama ini.. apa jua pun keputusannya, aku dah bersedia..aku pasrah kalo belum ada rezeki untuk kami, kami terima dengan redha kerana sesungguhnya Dia yang lebih mengetahui apa yang terbaik untuk kami..

survive or not, aku terima dengan redha kerana aku percaya setiap yang berlaku itu mungkin ada hikmah disebaliknya..cuma buat masa sekarang aku menanti dgn penuh debaran..menanti satu kepastian dan utk itu, aku kena kuatkan semangat utk menerima apa sahaja jawapannya nanti..Ya Allah, berikanlah aku kekuatan untuk melalui semua dugaanMu ini.. amin ya rabbal alamin..