Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Thursday, June 30, 2011

Tanggungjawab Bapa Terhadap Kelahiran Anak

*Menanam uri - Kebanyakan daripada kita tidak menghiraukan tentang kepentingan uri. Di saat-saat kegembiraan menerima ahli baru, seringkali uri dilupakan. Jika pihak keluaga tidak mengambil uri, klinik atau hospital mengumpulkan uri-uri itu dan didermakan kepada syarikat swasta. Kemudian uri itu diproses bagi memperolehi hormon yang terkandung di dalamnya. Hormon-hormon ini banyak digunakan dalam alat-alat kecantikan dan solekan.  Sebahagian ibu bapa cuma membuangkannya dalam tong sampah tanpa memikirkan uri adalah teman rapat bayi di dalam kandungan. Uri amat penting kepada bayi.  Orang tua dahulu mengamalkan cara menanam uri dengan baik. Mereka mencuci dan membalutnya dengan kain dan ditanam. Adab ini adalah baik kerana menghargai sesuatu.
 
*Mengazan dan mengqamatkan bayi yang baru lahir, telinganya berfungsi dengan baik. Islam menganjurkan diazankan di telinga kanan dan diqamatkan di telinga kiri. Tujuannya ialah untuk mengingatkan kembali anak tentang perjanjian yang pernah dikaitkan dengan tuhan di alam Rohani.
 
*Mendoakan anak - Usaha membesarkan dan mendidik anak supaya menjadi manusia berguna bukanlah suatu yang dapat dipastikan kejayaannya. Berdoa adalah satu usaha. Doa merupakan usaha meminta pertolongan kepada Allah.

sumber:

http://www.muslimdiary.com/articles.php?article_id=1200 

Dorongan Suami Semasa Isteri Bersalin

Suami yang soleh akan turut merasakan penderitaan isterinya walaupun tidak secara langsung. Suami harus banyak terlibat dalam proses jagaan kehamilan, kelahiran bayi dan perhatian terhadap isteri. Suami hendaklah memberi motivasi kepada isteri agar tetap tabah dan bersabar, di samping itu suami harus banyakkan berdoa dan beristigfar dan selawat. Dengan cara ini perasaan isteri akan menjadi tenang dan mudah bersalin.

Mengandung merupakan beban dan tekanan terhadap wanita. Dari segi fizikal, ia harus menampung kandungannya, tubuh badannya bekerja lebih kuat.  Jantungnya mengepam darah 40% lebih daripada keadaan biasa. Buah pinggangnya harus mengendalikan pembuangan kotoran bayinya. Wanita mengandung juga mengalami perubahan emosi.

Waktu pantang dan selepas kelahiran, bayi juga dapat menimbulkan tekanan jiwa dan emosi isteri kerana ia harus menyusu dan membersihkan bayi antara 2-3 jam setiap malam. Suami yang baik akan berusaha mengurangi beban isteri dan turut menjaga bayi di waktu malam.

Begitu seterusnya perhatian dan tanggungjawab suami terhadap isteri itu berterusan, semenjak hamil sehinggalah menjaga anak adalah pekerjaan yang harus dibantu oleh suami agar isteri dapat merasakan kebahagiaan dan keringanan dalam menjalankan tanggung-jawab yang berat itu.


sumber:

http://www.muslimdiary.com/articles.php?article_id=1200 

adab2 dan amalan suami isteri ketika mengandung (bhg 3)

Adab suami ketika isteri sedang mengandung
Ketika isteri mengandung, suami hendaklah benar-benar bertanggungjawab terhadap isteri kerana perasaan isteri sangat sensitif pada saat itu. Ia sangat memerlukan perhatian daripada suami yang disayanginya. Ada beberapa perkara yang perlu suami lakukan terhadap isteri yang sedang mengandung :

*Suami hendaklah menunjukkan rasa kasih sayang terhadap isteri, sebagai  teman hidup yang paling dekat.

*Hendaklah berlaku jujur dan setia terhadap isteri serta hindari daripada bersikap kejam terhadap isteri.

*Selesaikan dahulu jika ada perselisihan faham yang berlaku dengan isteri sebelum masuk tidur.

 *Jangan mudah mengeluarkan perkataan talaq kepada isteri.

*Ketika isteri hampir bersalin, suami digalakkan membaca doa berikut,        "La ilaha illa anta subha naka inni kun tu minadzolimin" maksudnya       "Tiada Tuhan yang disembah melainkan Engkau. Maha Suci Engkau Ya Allah. Sesungguhnya aku termasuk di kalangan orang yang zalim."

 *Suami hendaklah kerap solat sunat dan mendoakan agar isteri dan anak dalam kandungan selamat.


sumber:

http://www.muslimdiary.com/articles.php?article_id=1200 

adab2 dan amalan suami isteri ketika mengandung (bhg 2)

~Amalan suami ketika isteri mengandung~


Perkara-perkara yang perlu diamalkan oleh suami ketika isteri mengandung : 


a. Suami hendaklah banyak bertaubat kepada Allah SWT

b. Banyak membaca Al-Quran dan mengharapkan agar anak yang ada dalam kandungan isteri akan memahami keinginan baik yang terkandung dalam Al-Quran tersebut.

c. Suami hendaklah banyak berpuasa sunat, Isnin dan Khamis dll.

d. Suami hendaklah rajin mengerjakan solah berjemaah.

e. Elakkan pergi ke tempat yang tidak dibenarkan syarak.

f. Rajin menghadiri majlis ilmu dan orang-orang soleh.

g. Suami hendaklah banyak bersabar dalam menjalin hubungan dengan isteri.

h. Dilarang memakan benda-benda haram, begitu juga dilarang memberi isteri rezeki yang tidak halal, rasuah serta wang riba dsbg.

i. Banyak membaca doa keselamatan isteri yang sedang mengandung dan keselamatan anak dalam kandungan.

j. Dilarang membuka aurat kerana dikuatiri mempengaruhi akhlak anak yang akan lahir nanti.

k. Suami hendaklah menjauhi diri daripada marah dan benci pada isteri.

l. Banyak membaca surah Al Fatihah, Luqman, Yasin, Yusuf, Surah An Nahl ayat 78, surah Al A'raf ayat 189 dan ayat Kursi.



sumber:

http://tunasislam.blogspot.com/2007/11/amalan-suami-semasa-isteri-mengandung.html 

adab2 dan amalan suami isteri ketika mengandung (bhg 1)

Salam Jumaat kawan2,

harini  nk share sedikit info berkenaan adab2@amalan suami isteri ketika isteri mengandung..harap boleh memberi manfaat kepada kita semua...


Isteri hendaklah menjaga adab serta menghormati suaminya terutamanya ketika mengandung. Antara adab yang harus dipraktikkan oleh isteri terhadap suaminya adalah ;
  • SAYANGILAH suami, kerana dia merupakan teman dan kekasih yang paling hampir dengan kita.

  • MENJAGA TUTUR-KATA @ perkataan terhadap suami. Jangan mengeluarkan perkataan yang kotor dan sebagainya.

  • MENASIHATI suami daripada menanggung bebanan hutang. Kita sebagai isteri sepatutnya menerima suami dengan apa adanya. (apa yg suami mampu)

  • JAUHI DARIPADA PERASAAN MENCINTAI ORANG LAIN, selain daripada suami sendiri. (suami pun sama kena hormati dan hargai perasaan kasih sayang dan cinta dari isteri, elakkan dari membuat perkara yang tidak disukai isteri)

  • JAUHI daripada membuat tuduhan buruk terhadap rumahtangga orang lain.

  • JAUHI daripada sifat MENGUMPAT dan MENGHINA orang lain.

  • JANGAN mencari kesalahan orang lain dan membuka aib mereka.

  • JAUHI sifat menghina dan memandang rendah terhadap orang lain.

  • Menghormati setiap kaum muslimin dan muslimat, serta berbuat baik kepada mereka.

  • Menghargai setiap pandangan dan nasihat yang diberikan oleh SUAMI, ORANG TUA serta keluarga suami.



    sumber: http://hamil.users.50megs.com/adab.html 
     

Friday, June 24, 2011

checkup@32 weeks

Salam Jumaat,

rabu lepas (22.06.2011) as usual saya ada checkup kat kk presint 9 untuk kesekian kalinya hehe..xtahula kali ke berapa dah sebab yg saya set dalam mind ni ikut minggu kandungan sebab saya mula start routine checkup masa bukak buku merah @10 weeks...tapi kwn2 jgn confuse plak ye...xsemestinya minggu sekian sekian yg kita kena checkup sebab it depend pada minggu ke berapa kita mula checkup yg pertama tu (masa bukak buku merah)...sebab nanti b4 usia kandungan 28 weeks@7 bulan, kita kena checkup once a month, bila 28-36 weeks checkup twice a month (2 minggu sekali) n bila dah masuk 36 weeks until bersalin kena checkup setiap minggu.. eh kwn2 paham xni?hehehe..

panjang plak mukadimahnya ek..dipendekkan (rasanya mcm nk panjang gak ni huhu) kali pun sangat2 gumbira dalam hati sebab en.suami pojaan hati ada sekali:)...mcm biasa test urine n alhamdulillah everthing normal..no sugar no albumin..then kali ni kena amik hb sebab last checkup xamik..sib baik kaunter hb kali ni dia letak bersekali ngan kaunter test urine tu..bila check sedikit terkejut sbb hb saya turun ke 11.6..sblum ni ok je 12 or 13 so agak worried kat c2..tapi saya rasa hb saya sedikit turun (wpun masih ditahap normal) disebabkan saya kurang makan sayur sebulan lepas especially masa saya ganti puasa 4 hari berturut2 aritu..yes saya admit kat situ, lagi satu punca sebab sebulan yg lepas jugak saya banyak consume kafein (teh terutamanya time bekpes) dan saya jugak ada minum nescafe..xtahulah samada ini puncanya atau tak..wallahu'alam..tapi dari apa yg saya baca pengambilan kafein mmg boleh merendahkan kadar hemoglobin dalam darah..adeh baru je berangan nak minum kopi ais yg kaw kaw punya nampaknya kenala berkorban..xpa demi kesihatan baby tersayang:)

then check berat pulak, selalu time check berat ni la yg paling xda mood sebab every checkup berat sentiasa naik berlebih2 dari yg sepatutnya..tapiiiii kali ni saya terkejut sebab berat saya bukan naik tapi turun!!! about 400 gram..eh pelik plak saya dh risau dah takut ianya akan effect baby kat dalam...bila bagitau nurse xda plak dia komen apa2..ok diam je dalam hati sebab nk tanya doktor nanti...

pastu nurse check bp n mcm biasa baring atas katil untuk check perut n baby..masa nurse ukur tinggi rahim tu saya sempat tanya pasal kekecilan n kebesaran perut orang mengandung (kalo ikutkan xnak fikir sangat tp just untuk info, boleh gak share ngan kwn2 kan?)..saya tanyala dia perut saya ni kecik ke untuk usia kandungan 32 weeks@8 month...then dia cakap mcm ni.."eh xda la ok je ni saya ukur ni 32 weeks=32 cm, sama dengan usia kandungan, perut awak ni jenis yang melebar bukan membuncit, lain orang lain bentuk perutnya, sebab tu la kalo dari sisi perut awak xnampak menonjol ke depan, ada sesetengah orang perutnya jenis meruncing ke depan sebab tu la nampak besar..tapi bila ukur sama je sebenarnya.."..oh mcm tu ek maklumlah ni kan anak pertama so banyak perkara yg saya xtahu hehe...ok lah kalo mcm tu as long as my baby membesar mengikut usia yang sepatutya pun dah cukup bersyukur..mudah2an semuanya baik2 dan selamat ke akhirnya...amin

pas check perut nurse check heartbeat cik baby plak..time ni paling best sebab dapat dengar jantung baby berdegup..tapi kan masa nurse letak je alat tu kat perut, saya rasa cik baby bergerak..mulanya nurse tanya anak awak gerak ke ni, saya pun cakapla ye..senyum tersengih2 nurse tu pastu mulala cik baby kat dalam ni duk tendang2 alat tu sampai tergerak2 alat tu dibuatnya..pastu sampai ke sudah baby duk tendang sampai nurse ckp agaknya orang duk kacau dia tu tambah plak ngan bunyi jantung dia sendiri thats why la dia bagi respon hehe..sayang nk gurau2 ngan nurse je tu kan...indah sangat masa tu nurse pun sengih memanjang je sambil tengok bacaan jantung baby+perut pun bergoyang2 dek tendangan cik baby..sayang anak ibu ni:)...alhamdulillah denyutan jantungnya normal...syukur Ya Allah..

dah selesai jumpa nurse saya jumpa doktor lak sebab nk dapatkan surat pengesahan untuk naik flight sebab next week saya kena outsation n kena naik flight..masa jumpa doktor tu saya tanyala pasal berat saya yg turun bulan ni..dia cakap ok xpa g pun tinggi rahim pun naik..arap2 ok la..xpa lepas ni cuba utuk naikkan berat badan balik..ermm apalah saya ni...masa berat naik susah hati, berat turun pun susah hati gak..ishh3..pas dah dapat surat tu maka selesailah sudah sesi checkup aritu..ni hasil checkup at 32 weeks..

urine: albumin (NIL), sugar (B)
bp: 128/79
berat: 68.4 kg (turun 400 g from previous)
hb: 11.6
tinggi rahim: 32 cm
heartbeat baby: nurse xtulis pun kat buku tapi dia ckp ok, normal

corat-coret:

  • syukur sebab dapat nurse yg sporting+peramah..xda la stress sangat..ingat lagi masa memula checkup awal2 dulu pernah dpt nurse yg mulutnya agak 'sedap'..tapi xpa la lain orang lain pe'elnya kan..
  • seronok tengok bakal2 ibu yang datang checkup yg mana perut masing2 masih xnampak lagi, mungkin 1st time kot tapi bila tengok diaorg duk pegang buku merah tu sah2la ngah pregnant kan hehe..tingat masa awal2 pregnant dulu..bila dtg klinik dengan perut yg masih xnampak then bila tengok bakal2 ibu yang dah memboyot perutnya, saya pun terbayang2 mcmmana la keadaan saya nanti n bila la nak sampai saat tu..skrg dah sampai masanya n bila tengok mereka yg baru2 lagi teringatla yg saya dulu pun macam tu jugak hehe...
  • nurse tanya dah prepare ke barang2 baby sume..saya ckp x lagi huhu..pastu dia cakap kena standby dah..pastu siap tulis dalam buku merah tu" basuh baju bayi"..nah dah kena suruh tu tapi geraknya xlagi..bilala nak basuh barang2 baby ni, shopping dah almost complete tapi basuhnya x huhu
  • mcm biasala klinik kerajaan husband xdibenarkan masuk sekali masa checkup, kena tunggu kat luar je..so en.suami kena tunggu kat luar je, pas siap sume g foodcourt tapau nasi lemak, xleh makan kat situ sebab en.suami kena pegi sekolah dah..eniwei thank u darling sebab teman:)...love u lah..banyak2!!!!

 

Thursday, June 23, 2011

kakiku cramp...

Salam,

buat kali kedua awal pagi tadi kakiku cramp...sakit yg teramat!!!pada mulanya xnak kejut en.suami tapi sebab xtahan sangat sakitnya terus kejutkan en.suami mitak urut..cian dia dalam mamai2 kena urut betis yg tengah kejang menggila..apa nak buat sebab mmg sakit xleh nak gerak..bila en.suami dah urut barulah ok cikit bila urat dah xbersimpul tapi kesannya sampai sekarang masih terasa...hanya orang yg pernah mengalaminya akan faham mcmana rasa sakitnya masa urat kaki tengah bersimpul tu kan???tapi xpa segala kesakitan ni hanyalah sekelumit jika nak dibandingkan dengan kesakitan bersalin...dan ini jugak menyedarkan kita bahawa mengandung memerlukan kita bersedia untuk menanggung apa sahaja kesusahan dan kesakitan yang kita sendiri x jangka...dan kena ingat kesakitan ni jugak boleh menghapus dosa2 kecil yg xterhitung dah rasanya...demi anak tersayang, ibu rela...:)

ni sedikit info pasal kejang kaki semasa hamil ni...



Kekejangan

Mungkin disebabkan kekurangan kalsium.

Simptom:
  • Kontraksi otot yang menyakitkan, biasanya pada anak betis dan kaki. Ini kerap berlaku pada waktu malam dan biasanya bermula apabila anda meregangkan kaki dengan jari kaki mengarah ke bawah.

Perkara Yang Perlu Dilakukan:

  • Urut anak betis atau kaki yang kejang.
  • Untuk mendapatkan kelegaan daripada kekejangan yang menyakitkan, tarik kaki ke atas ke arah anda dan urut anak betis dengan kuat.
  • Selepas sakit anda hilang, berjalanlah seketika untuk menggalakkan peredaran darah.
  • Berjumpalah dengan doktor yang mungkin mempersribkan zat tambahan kalsium dan vitamin D.

Tuesday, June 21, 2011

dalam dilema~boleh ke xboleh~?

Salam,

pagi tadi mcm biasa g antenatal checkup kat kk presint 9..tapi saya xnak cerita lagi pasal hal2 checkup tu sebab ada benda lain yang lebih merisaukan saya...alkisahnya minggu depan 28-29 jun 2011 saya kena outstation..ke mana???kota bharu...:D..eh bukan kb sangat pun tapi saya ngan bos ada urusan kerja di sungai golok, thailand..asalnya bukan saya yg kena pegi tapi disebabkan pegawai lain sumenya ada hal maka nak xnak sayala yg kena pegi...ok gak sebab sambil tu boleh balik kg:D (tu yg penting:P)

masalah problemnya ialah saya kan tengah preggy..so untuk menaiki flight masa mengandung ni ada syarat2nya..oleh itu saya cubala search polisi penerbangan untuk wanita hamil dalam website MAS ni tapi hampeh xda pun!!!pastu saya try call no yang tertulis kat website tu tapi hampeh jugak!!!sampai panas tel duk tunggu panggilan disambung...alih2 jawapan yang diterima.."harap maaf, talian kami masih sibuk"...tunggulah berejam pun jawapan yg sama je yg diterima...

oh ye sebelum tu kandungan saya dah memasuki usia 32 weeks@8 month..dari apa yg saya jumpa dalam satu blog ni menyatakan untuk penerbangan MAS, seseorang tu boleh fly jika kandungan berusia tidak lebih 35 weeks..tapi xtahula betul ke tidak..so pagi tadi masa checkup saya mintak surat kebenaran dari doktor untuk menyokong/mengesahkan yg saya boleh lagi menaiki flight..tapi bila balik ke opis baru baca surat tu dimana statementnya sangat2 ringkas..just menyatakan usia kandungan saya dan tarikh edd..xda pun ayat yang menerangkan keadaan kesihatan saya atau dalam erti kata lain menunjukkan yg saya fit untuk fly...

so saya risaula kalo time kat airport nanti last2 minit xdibenarkan untuk naik flight tu..dahla atas urusan kerja ni xke haru namanya huhuhu...pastu saya dapat maklumat dari kawan saya yg mana sedaranya keje dengan MAS ckp kalo lebih 32 weeks xdibenarkan untuk menaiki pesawat even ada surat doktor sekalipun..peluangnya 70-30 (70% xdibenarkan)..adeh mcmana ni...kwn2 ada x info pasal ni...saya dah buntu ni....

Sunday, June 19, 2011

suplement semasa pregnant

Salam,

monday blues???hehe xda lah, x blues mana pun ok je arini...ermm bercakap pasal suplement semasa preggy ni lain orang lain caranya kan?ada yg makan mcm2 vitamin, suplement tambahan, minum itu minum ini..masing2 mesti inginkan yang terbaik untuk zuriat yang sedang dikandungkan, betul x?

kali ni saya just nk share apa suplement yg saya amik sejak dari awal pregnant sampai sekarang...asid folik?itu wajib saya rasa bagi semua pregnant women..masa 1st pregnancy aritu mmg setiap hari saya amik asid folik ni..then selepas gugur aritu pun saya masih continue amik asid folic ni sehinggalah pregnant kali kedua ni..tapi masa usia kandungan 2 bulan (8 minggu) saya disyorkan oleh doktor kat klinik annur putrajaya untuk amik obimin pluz+obical (pil calcium) memandangkan saya mmg xleh nak telan sebarang jenis susu atau apa2 saja yg berunsurkan susu huhu..so alternatifnya kenalah amik dalam bentuk pil...kedua2 suplement ni still saya amalkan sehinggalah ke saat ini...alhamdulillah setakat ni xpernah lagi skip makan wpun untuk menelan obimin tu amat2la susah..baunya je pun boleh buat nk muntah..apatah lagi untuk telan huhu..so untuk makan obimin ni saya kena ada sesuatu untuk alas selepas saja telan pil ni dan biasanya buah2 la yg kena ada..sebaik saja telan ubat ni, tahan nafas, minum air, makan buah n bila agak2 bau n rasanya dah hilang baru boleh lepaskan nafas huhu...kwn2 kat opis ni mmg dah tahu dah pe'el saya time nk makan ubat ni hehe...nasib baik kena makan sebiji sekali sehari je:)...bagi saya, setiap hari tu selagi xmakan kedua2 pil ni hidup rasa macam xlengkap..cehh teruk sangat bunyinya haha..k ni lah rupa kedua2 pil yg wajib saya makan setiap hari...


dua2 ni mmg wajib makan everday


selain pil2 kat atas tu, yg wajib ada dalam menu sehari2 ialah buah-buahan..xkisahla buah apa sekalipun samada buah local atau import yg penting bakul buah tu sentiasa terisi:)...


mcm2 buah ada:)

susu???yg ni xpayah cakapla..terus terang saya bukanla seorang penggemar sebarang jenis susu sejak dari zaman sekolah hinggalah sekarang...selalu kena bebel ngan en.suami payahnya saya nak minum susu, setiap kali minum mesti rasa nak muntah..sampel susu bukan main banyak tapi minumnya x huhuhu...xkisahlah susu anmum ke, enfamama ke, yogurt ke mmg xleh telan...tapi bila dah en.suami yang buat nak xnak terpaksala telan jugak wpun mengambil masa untuk habiskan even segelas je pun huhuhu..awal2 dulu bukan main lagi semangat beli anmum yg kotak kecik je tapi berbulan2 xhabis2 jugak...last2 masuk angin buang mcm tu je..pastu baru2 ni beli lagi tapi yg ni perisa coklat pulak tapi kan kotaknya pun xbukak2 lagi huhu...ermm pasni harus kena kuatkan semangat untuk minum...saya tahu susu@calcium penting untuk baby tapi nk buat mcmana mmg tekak xleh nak terima..arap2la lepas ni saya mampu minum susu..satu kejayaan bagi saya kalo dapat habiskan satu kotak kecik yang belum terusik tu..cabaran tuk diri sendiri ni hehehe..


k lah tu je cerita ceriti pasal pemakanan during pregnant ni...apapun saya salute kat sapa2 yg boleh minum susu bergelas2 sehari..nk jadi mcm tu jugaklah, boleh???tadaaa..:P


note:

obimin n obical tu saya beli kat klinik annur putrajaya...sebab since 1st checkup sehinggalah sekarang, misi just tanya ubat ada lagi?xmention pun ubat apa y patut saya makan..mungkin dia fikir saya faham kot, mmg saya faham tapi sedikit pelik kenapa orang lain kena makan banyak2 jenis ubat..last2 saya jawab je saya makan obimin n stok masih ada sehingga next checkup huhuhu...

Wednesday, June 15, 2011

nak berbuka dengan apa hari ni yer???

Salam,

dah tengahari rupanya...patutlah perut ni macam2 lagu dah kuar..eh lupa arini puasa la hehe...alhamdulillah hari ni dah hari ke-6 saya ganti puasa..ada lagi 4 hari..Insya Allah akan diselesaikan secepat yang mungkin..minggu ni straight puasa dari isnin hingga khamis..en.suami pun puasa sekali:P...malam2 bangun sahur n berbuka sama2..dah boleh bayangkan mcmana puasa bulan ramadhan nanti hehe..tapi kan due saya bulan puasa, sempat ke nak berpuasa sama2?ye la ni kan puasa pertama kami sebagai husband n wife hihi..apapun arap2 la dapat puasa sama2 barang sehari dua pun dah cukup huhu...diam xdiam kita dah pun berada di bulan rejab kan, xlama lagi syaaban pun tiba n ramadhan akan menjelma kembali..rindunya bulan puasa ni...

ermm bila puasa ni perkara yang sering menjadi dilema ialah menu untuk berbuka..hari isnin aritu ok lagi sebab baru mula2 puasa so mcm2 la yg teringin nk makan, beli tomyam n kailan ikan masin (beli je nk masak xcekak doh, berdiri lama2 mcm nk patah pinggang ni huhu), ari selasa lak sib baik ada pasar tani so beli macam2 la..masak lemak tempoyak ubi kayu, ikan kembung, masak merah, ayam goreng crispy n akok:P..wpun akok tu xlah se'ori' kelate mari tapi cukuplah mengubat keinginan ni, kalo nk yg betul2 lemak asli haruslah balik kelate ye dok?susoh nok carik akok hok betul2 sedak dok key el ni..

semalam lak teringin giler nk makan goreng pisang yg dijual kat depan inspen presint 14 tu, alkisahnya jumaat lepas adalah akak kat opis ni yg beli goreng pisang, goreng ubi n keropok goreng..sedap giler!!!sebab tepung dia yg crispy n keropok pun dia celup tepung..tu yg sedap tu, so semalam sanggup g sana tapi sampai2 tengok ramai sungguh yang menunggu..ye lah makanan sedap haruslah sanggup menunggu kan termasukla saya hehe..so smlm saya beli pisang goreng, keropok goreng air kelapa sebijik n nasi kukus kedai che mat presint 14...

hari ni???xtau dah nk makan apa sebab xda idea or keinginan nak makan apa2..tengokla nanti mcmana..tapi kan dalam hati ni duk terbayang2 nak makan:-

- pulut durian (wpun dah makan minggu lepas  tp xpuas lagi huhu)
- onde2 (buah melaka)
- cendol+santan+nisse (mcm ma saya buat)
- lompat tikam

tapi sume makanan tu manis2 belaka..tapi nk buat camana...sedappp!!!!:)

Monday, June 13, 2011

07.06.2010

Salam,

07.06.2010, setahun berlalu....

hari ini adalah hari yang sungguh bermakna dalam hidup saya dimana satu kenangan bakal terukir..majlis merisik!!!bukan kawan, bukan sepupu tapi saya!!!:)..selama ni asyik sibuk ngan majlis orang je tapi hari ni orang akan sibuk untuk majlis saya hehe...kitaorg xnak bertunang just sekadar buat majlis untuk berbincang atau lebih tepat lagi sesi mengenali kedua2 belah pihak keluarga..dan dah diputuskan jugak untuk ada sedikt barang2 hantaran just sebagai 'tanda' memandangkan kami x bertunang...

pagi2 lagi sedara mara dah siap bersilat kat dapur..saya lak keluar ke pekan jap carik barang2 yang xcomplete lagi..tengah sibuk2 carik barang tu dapat call dari h2b, dia cakap barang hantaran tambah dua lagi, sebelum ni cadangnya tiga berbalas tiga je last2 minit tambah plak huhu..terus call org kat rumah bagitau suh tambah 2 barang hantaran lagi...memang kalut gak la huhuhu..

my mum, jiran2 ngan sedara mara lak sibuk siapkan hidangan untuk tetamu..balik je ke rumah terus mandi n bersiap sebab tengok jam dah pukul 1 lebih..rombongan dijangka sampai pukul 3..masa tu jugak my besfwen kak jea sampai..hepy sangat bila dia ada:)...

dalam pukul 3 lebih rombongan pun sampai..kata ckit je dtg tup tup penuh satu rumah huhuhu..masa tu saya duk kat belakang..'menyorok'..maklumlah orang2 tua kata lepas dah selesai baru boleh kuar jumpa tetamu huhu..pastu sesi perbincangan dan hajat dihati disampaikan..saya kat belakang curik2 dengar huhuhu..sepupu2 lak asyik mengintai2 yang mana satu anak terunanya maklumlah h2b pun ikut sekali dalam rombongan tu..lepas dah capai kata sepakat iaitu tarikh akad nikah dan majlis, tibalah masa untuk menyarungkan cincin...masa ni lah berdebar giler sebab sume orang mesti akan fokus kat saya..malu weh..tapi nak x nak kena gak kuar jumpe bakal mak mertua n salam dengan tetamu...cincin disarungkan oleh bakal mak mertua dan ayah saya pulak menyarungkan cincin ke jari bakal menantunya yg pertama:)...

lepas dah selesai sume tetamu pun menjamu selera..maka selesailah sudah majlis merisik saya pada hari tu...ringkas, sederhana tapi meriah dengan kehadiran kawan2 dan sedara mara..maklumlah majlis ni yang pertama dalam keluarga saya..alhamdulillah segala2nya berjalan dengan lancar..syukur

jom layan the picca of the day....


 sembang2 masa yg paling best bila sedara mara berkumpul hehe

 my mum n sepupu

 my loving mum

 desert of the day-agar2 santan+pandan


 one of the menu-teresek jantung pisang..terbaek from my mum

 ni hantaran saya kpd h2b

 sepersalinan baju nikah, cincin, kek, laici, kain pelikat n puding caramel (saya buat sendiri tu huhu)

 pose dulu sebelum tetamu sampai

 borak2 dulu sementara menanti ketibaan rombongan

 rombongan pihak lelaki



 sesi perbincangan

 ni la bakal mak mertua saya:)





 selamat menjamu selera:P

 ni la one of my bff-kak jea:P




 keluarga kedua2 pihak

 two of us:P

 wif my mum

 wif ayah n ma



 dah selamat jadi 'risikan' orang:)


 budak control macho huhu adik mat oh adik mat

 model tayang gigi-adik ya

 aqilah-tayang gigi jugak hehe


 budak menunggu masa untuk membuli huhu-madihah ngan azim


 ni la anak sedara saya-amirah n arif:)


 hantaran dari pihak lelaki-buah2an, akok, coklat, kain untuk baju nikah n cincin (dah tersarung kat jari huhu)

 esoknya terus pegi survey pakej kawin:)..maklumlah bukan selalu balik kg huhu
 
tadaaaaa.....dah setahun baru nak cerita hehe...

my wishlist sebelum bersalin

Salam,

hari demi hari rasa makin dekat pulak masa yang dinanti2..takut, berdebar2, hepy sume bercampur aduk..alhamdulillah minggu ni dah masuk 31 minggu usia cik baby dalam tummy ni..perut dah makin membesar (ni dari mata sayala w/pun ramai yg mengatakan perut saya kecik je xmcm pregnant 7 bln, biarlah apa org nk kata mulut masing2 kan yg penting sy ngan en.suami je yg tahu perubahan demi perubahannya..ye dok??)..semoga Allah permudahkan perjalanan saya  sepanjang mengandungkan anak pertama ni..Insya Allah

kalo diikutkan betul2 edd yang diberi tu, tinggal lebih kurang 9 minggu lagi cik baby ni akan melihat dunia..dan dalam tempoh tu ada 3 perkara impian saya yang arap2nya dapatla ditunaikan hehe (kalau ada rezekila)..jom kita tengok...

1)  Smartphone/Iphone

- demand ke saya?huhu..actually byk sebab saya nak tukar ke tel yg baru..alasan yg paling kukuh sebab tel sedia ada yg dipakai skrg ni selalu buat hal..nak kata bateri kong dah pegi check kat kedai, xda masalah dengan bateri, aritu dah buat hal sampai kena format balik software dlm tu, hilang segala2 data yg penting..pastu skrg pun masih lagi meragam, kejap2 masa bateri penuh pun dia boleh off sendiri n bila on balik, makan masa sampai 1/2 jam baru boleh guna balik tu pun kalo bernasib baik 1/2 jam dah ok, kalo x lepas dah on tu boleh dia off balik..cuba bayangkan disaat emergency xke haru dibuatnya..pastu gambar2 or lagu2 mmg xleh nak ditansfer melalui pc dah sebab kabelnya dah hilang masa kes kecurian kat rumah saya tahun lepas..so mmg dah jadi satu masalah dapat amik gambar je tp xleh nk transfer huhu..sebab tu la entry2 kat blog ni byk yg tertangguh huhu..

-  saya jenis yang xsuka beli/tukar barang byk2 kali..prinsip saya bila beli sesuatu barang tu biarlah puas hati dengan kualitinya dan tempoh penggunaannya..saya xsuka beli barang2 just utk buat koleksi semata2..bagi saya biar sekali beli je tapi tahan lama..bila betul2 dah rosak baru beli yg lain..so utk kes tel ni macam tu la huhu..

2)  naik cruise tasik putrajaya

- yg ni malu nak admit..nama je duk kat putrajaya tapi sekali pun xpernah naik cruise ni..dolu2 sebelum kahwin pernah gak cadang nak naik ngan en.suami tapi sampai la ni xnaik2 lagi..hajatnya dapatlah jugak naik sebelum bersalin ni..naik cruise ngan baby dalam perut jalan2 tengok keindahan putrajaya:)

3)  air selusuh yang dibuat sendiri oleh en.suami

- ramai org kata air selusuh ni boleh mitak dari mak2 bidan atau org2 yang berpengalaman dalam hal2 ni..tapi bagi saya, saya nak sangat2 air selusuh tu en.suami sendiri yg buat..nk berkat dari doa dan usaha en.suami sendiri..arap2la dapat ditunaikan..tapi hasrat ni saya xbagitau lagi dekat en.suami:)


so, itu sajalah wishlist saya, xbanyak kan?tapi quite costly lah jugak especially yang no. 1 tu hehehe..apa pun yang paling saya harapkan dapat ditunaikan ialah wishlist no.3 tu...amin

Thursday, June 9, 2011

checkup@30 weeks

Salam Jumaat,

kejap je masa berlalu tup tup arini dah jumaat..esok lusa dah cuti:)..oh ya arini saya nk citer pasal checkup saya di minggu ke 30 2 hari lepas..mcm biasalah yer every checkup mesti nak kena masuk dalam blog untuk review n panduan di masa hadapan..

rabu lepas (8/6/2011) saya ditemani en.suami tersayang (sebab coti sekolah bolehla dia teman hehe) ke kk presint 9..aritu orang agak ramai sebelah pagi..dan agak lama jugak menunggu no giliran dipanggil..sib baik en.suami ada xla rasa bosan sangat..bila dah sampai giliran cam biasa nurse suh buat urine test..Hb xperlu amik sebab Hb hanya perlu diambil sebulan sekali (skrg checkup saya every 2 weeks)..pas selesai buat urine test terus scan kad untuk jumpa nurse..dan alhamdulillah dalam 15 minit no giliran saya dah dipanggil..tapi masa nak masuk bilik nurse tu en.suami nak masuk sekali tapi saya ckp xboleh sebab klinik kerajaan ni xsama cam private, husband xleh masuk kecuali untuk checkup anak je..sebab kat dalam bilik tu ada ibu2  preggy yang lain huhuhu..so nak xnak kena tunggu kat luar je..sabar eh..

pas masuk bilik jumpa nurse, cam biasa dia amik bp n suh timbang berat badan..wa beda bedu yang ni paling xgemar sebab bila timbang mesin penimbang tu mengeluarkan satu angka yang cukup membuatkan saya terkejut!!!kenaikan 2.9 kg in 2 weeks!!!adakah ini disebabkan selera makan saya yang luar biasa masa balik kg aritu???oh saya xnak admit ok hehe..pastu nurse tu senyum je la dia ckp berat saya ni over ni..kena control makan lepas ni..baik nurse!(dalam hati je la huhuhu)

pastu nurse check perut dengar heartbeat baby..alhamdulillah denyutan jantung ok..thanks Allah..sesungguhnya time dgr heartbeat baby tu adalah momen yg sangat indah..dup dap dup dap..then check tinggi rahim..naik 3 cm in 2 weeks..syukur..pas siap sume nurse tanya dah beli ke brg2 baby, dah basuh ke sume baju2..sy ckp beli dah ckit2 baju je xbasuh lagi huhuhu..pastu dia ckp kena prepare dah manalah tau baby awk nak kuar awal ke..erkkk.."baby, baby duk elok2, main2 dulu kat dalam yer, nanti cukup sampai masa yang betul baru kuar yer"..kalo boleh biarlah cik baby kuar on time tapi itu semua ketentuan Allah..kita hanya mampu merancang Dia jua yang menentukan..

pas dah set next appointment, nurse tanya dah jumpa doc belum masa 28 weeks aritu, saya ckp belum..so dia pun suh saya jumpa doc aritu sebab plan asalnya saya kena scan untuk tengok kedudukan uri masa umur kandungan 28-32 weeks..memandangkan aritu saya dah 30 weeks so bolehla nak scan aritu..keluar bilik nurse, tunggu sekejap terus sampai turn saya masuk bilik doc..alhamdulillah dapat doc yang sangat baik:)lembut je, comel plak tu hehe..pastu doc terus scan..dia cakap uri ok cuma kedudukan baby songsang..so dia bagi masa sampai 34 weeks sebab dalam tempoh tu baby masih masih ada masa untuk berpusing ke kedudukan yang betul, kalo still breech jugak dia akan refer ke hospital untuk jumpa pakar..Ya Alllah..saya sedikit risau sebab seboleh2nya saya xnak kena c-zer..semoga cik baby akan kembali ke kedudukan yang betul nanti..amin...ni hasil checkup aritu:-

urine: albumin (NIL), sugar (B)
bp: 108/69
berat:69.3 kg (obtain 2.9 kg from previous)
tinggi rahim: 30 cm (sama dgn usia kandungan)
heartbeat baby: 150/bpm
kedudukan janin: ceph (masa nurse check kepala kat bwh tapi bila scan sekejap je dah pusing balik ke atas eh3 xduk diam cik baby ni:)


note:
  • tima kasih banyak2 to en.suami sebab dpt teman arini..lap u so much!!!
  • sejak dua tiga hari ni kerap sangat mimpi pasal bersalin..sampai jadi takut dan risau
  • weekend ni penuh  dgn aktiviti..esok Insya Allah ada picnic kat sungai tekala ngan en.suami n his frens..lusa plak kalo xda aral saya ngan en.suami nk pegi parentcraft/antenatal class di kpj kajang untuk menimba ilmu2 parenting ni..semoga semuanya dipermudahkan...amin

Wednesday, June 8, 2011

checklist barang2 ibu& baby

Salam,

persiapan menyambut kelahiran cahaya mata yang ditunggu2 adalah satu memori yang tersangat2 indah untuk dikenang oleh seorang bakal ibu..xterkecuali saya pun..rasanya keterujaan tu melebihi persiapan nk kawin dulu huhuhu..masa nk kawin dulu berderet checklist yang tersenarai, nak dapat baby pun berderet2 gak chekclistnya tapi yang ni lagi indah!..hehe jom meh kita tengok apa keperluan baby n ibu untuk dikongsi bersama...sharing is caring:)


BAJU-BAJUAN

1.set baju lengan pendek-done
2.set baju lengan panjang-done
3.barut baby-done
4.rompers-done
5.mitten+booties-done  
6.socks-done
7.hat-done
    
FEEDING

1.breast pump-done
2.termos-not yet
3.feeding bottle-done
4.teat-done
5.teat/bottle brush-done
6.breast milk storage-done

NURSERY

1.baby cot/playpen(buat masa ni xbeli lagi kot, tunggu baby keluar baru decide nk beli ke x)
2.bedding set-done
4.mosquito net-not yet
5.blanket and receiving blanket-done

BATHING

1.bath tub-done
2.toiletteries-done
3.cotton buds-done
4.baby manicure set-not yet
5.nasal aspirator-not yet
6.towel-done

DIAPERING

1.changing mat-done
2.baby wipes-not yet
3.diapers-done
4.napkins-done               

OTHERS

1.laundry detergent-done
2.myk telon/minyak Yu Yee-done
3.hooded towel-done
4.penyangkut kain utk baby-done
5.thermometer-not yet


MOM’S

1.socks-done
2. nursing bra-done
3. nursing pad-not yet
4. maternity pad-not yet
5.disposable panty-not yet
6.air selusuh-not yet
7.jamu set selepas bersalin-not yet (masih dlm pertimbangan kena beli ke x)

OUTING

1.car seat-not yet (kena beli sblum bersalin sebab  nanti nk balik kg utk berpantang..jauh tu  huhu)
2.stroller-not yet (beli selepas bersalin nanti)
3.diaper bag-not yet


panduan/info untuk dikongsi bersama:-

  • saya banyak beli baju2 yang bersaiz 3-6 months, yang saiz newborn beli 2,3 pasang je sebab ramai yang bagitau better beli yang bersaiz besar terus sebab baby cepat membesar.. 

  • ada yang kata breastpump better beli selepas delivery tapi saya dah beli aritu masa expo mom&baby kat midvalley sebab ada offer..save almost RM100..banyak tuuu..at first xnak beli lagi tapi disebabkan offer yg so wow tu en.suami paksa gak suh beli aritu g pun sooner or later kena beli gak kan..salah satu reason mengapa saya dh beli bp ni ialah sebab fikirkan sebaik saja selamat bersalin nti kita mesti akan guna bp ni terus selain direct bf kan?just sediakan payung sebelum hujan..dan xkanlah dalam pantang tu baru nk mencari2 barang2 ni semua..tp apapun it's depend to pendapat masing2.. 

  • ada orang cakap jangan beli barang2 baby if kandungan xsampai 7 bulan..tapi saya dah start beli baby stuff masa kandungan dah masuk 6bulan++..masa tu xbeli banyak pun just beli ckit2 je yang basic n important je..skrg ni pun ada lagi barang2 baby yg masih belum complete tapi skrg nampaknya nk outing pun dah xlarat bila dah masuk 7 bulan lebih ni..syukur jugak sebab dah beli barang2 baby masa 6 bulan lebih aritu sekurang2nya xda la penat sangat nk shopping bila dah 7 bulan++ ni... 

  • baby cot setakat ni belum lagi terfikir untuk beli sebab bila baby dah lahir 24/7 mesti melekat dengan kita kan..tunggu lah nanti bila dah besar cikit dan ada keperluan untuk baby cot tu, barulah akan difikirkan kemudian..apa pun depend pada pendapat masing2 jugak... 

  • mcm car seat ada yang kata better beli lepas bersalin..tapi saya rasa car seat tu salah satu benda wajib dibeli sekarang sebab lepas bersalin kat sini saya akan balik berpantang kat kg..jauh perjalanan tu almost 8-9 jam..so for sure kena ada car seat...


k lah rasa2nya itu sahajalah yang boleh dikongsi setakat ni..kalo ada apa2 info lagi saya akan share lagi ye..n xlupa kalo ada kawan2 yg nk sharing pengalaman atau info kat sini amat2la dialu2kan..:)



note:

- checklist yang disenaraikan kat atas tu adalah hasil carian kat blog2 m2b  yang lain dan boleh ditambah kurang mengikut keperluan dan pendapat sendiri..

- to m2b, ketahuilah detik2 menyopping barang2 baby adalah satu detik yang teramat indah!so appreciate this moment:)

- jika tahun lepas di bulan 6 ni saya sibuk dengan persiapan kahwin, tahun ni di bulan yang sama   saya sibuk dengan persiapan menyambut anugerah terindah dari Allah..syukur alhamdulillah..permudahkanlah urusan kami Ya Allah..amin

satu cinta

Salam,

sejak dua menjak ni hati ini dah terjatuh cinta dengan lagu dari star five-SATU CINTA..best sangat with meaningful lyrics n melody...tapi sy xleh nk link kan lagu ni sebab kt opis ni segala benda donlod lagu2 mmg dah di block..tapi kalo nk dengar boleh search lagu ni ye..apapun saya just boleh share lirik lagu ni je..lagu ni la yang menemani saya kat opis buat masa ni..syahdu n penuh keinsafan..actually lagu2 kerohanian dari indonesia mmg terbaek...i like their songs very much!!!


 SATU CINTA-STAR FIVE

Ku memohon dalam sujudku pada-Mu
Ampunkanlah s’gala dosa dalam diri
Ku percaya Engkau bisa meneguhkan
Pendirianku… Keimananku…

Ku memohon dalam sujudku pada-Mu
Ampunkanlah s’gala dosa dalam diri
Ku percaya Engkau bisa meneguhkan
Pendirianku… Keimananku…

Engkau satu cinta
Yang s’lamanya aku cari
Tiada waktu ku tinggalkan
Demi cintaku kepada-Mu
Walau seribu rintangan
Kan menghadang salam diri
Ku teguhkan hati ini
Hanya pada-Mu
Ku pasrahkan…

Oh Tuhan… s’lamatkanlah hamba ini
Dari segala fatamorgana dunia
Oh Tuhan… jauhkanlah hamba ini
Dari hidup yang sia-sia

30th weeks of my pregnancy

Salam,

petang2 cenggini rasa malas pulak nk buat keje+badan pun rasa xbrapa nak ok sebab baru lepas baik dari bery2(cirit-birit), tambah pulak ngan pedih ulu hati..ermm time sakitnya dtg tu rasa nk tekan je kuat2 kat bahagian bawah dada tu tp takut kena cik baby plak..tahan je la..sakit!!!

bila tengok sticker pregnancy tu dah menunjukkan usia kandungan saya dah 30 weeks++..alhamdulillah dengan nikmat yang dikurniakan  Allah sehingga kini..syukur sebab dapat melalui detik2 mengandung dengan tenang walaupun kadang2 ada jugak masa xsihat, xselesa..adatla orang mengandung kan...

bila dah masuk 30 weeks ni rasa sekejap la plak masa berlalu..diam xdiam lebih kurang 10 weeks lagi cik baby ni akan menjenguk dunia..Insya Allah moga2 dipermudahkan segala urusan yang akan mendatang..dan di minggu ni jugak baru terpikir nk story/share pengalaman selama saya pregnant ni huhuhu..bukan apa bila baca blog2 m2b yg lain,jeles rasa tengok diaorg selalu update their latest pregnancy story:)..rajinnya diaorg update blog kan..actually sy pun teringin gak nk share2 stori manala tahu boleh gak pengalaman tu dikongsi bersama kawan2 yg lain..ye lah citer kita mungkin xsama tapi ilmu tu mungkin boleh dimanfaatkan sesama kita kan?..

k lah saya nk kongsi pengalaman saya semasa di minggu ke 30 ni..dah 30 minggu baru terhegeh2 nak update stori huhuhuhu..bukan xnak update tapi malas je lebih!!!hehe...xpa lepas ni saya nk flashback balik kisah dari awal pregnant sampai sekarang..boleh?

saya@30 weeks:-

  • berat badan skrg dah mencecah 69kg!!!berat badan sebelum mengandung ialah 56kg-dah gain 13kg ok!kalo diikutkan takut nk mengaku yang itu adalah berat saya huhuhu..ermm memang xleh lari dah berat saya masa dekat2 nk delivery nanti of coz mencecah 70kg++..redha je la ye dok?xpa pasni kita pantang betul2:)
  • selera makan dari awal pregnant sampai sekarang sentiasa ON!!!..dah tu mcm mana berat xnaik nya hehehe..berkali2 puan misi pesan kurangkan makanan berkabohidrat tp dah namanya degil kan haruslah makan jugak..mana boleh skipped makan nasi kan kan!!! 
  • di usia 30 minggu ni jugak  kaki saya sudah bengkak..takut tengok kaki sendiri dah x slim mcm dulu huhu..nak pakai selipar pun dah xmuat, dah tersangkut..separuh je boleh masuk..kakiku sudah kembang huhuhu..dan dipergelangan kaki yang bengkak tu agak sakit jugak..sakitnya lebih terasa tambah2 time solat..bila duduk antara dua sujud kesakitan tu amatlah dirasai..sebab tu skrg solat pun agak perlahan dan berhati2 dengan sebarang pergerakan..duduk tahiyyat akhir pun kena bertongkat dah tangan sebelah kiri sebab kalo x tongkatkan tangan, badan memang xbalance sebab dah rasa berat,asyik rasa senget nak terbalik je huhuhu.. 
  • dah mula mengalami kesukaran untuk tidur..pusing kanan xkena, pusing kiri xkena, terlentang pun sama..puas bergolek sana sini baru terlena.. 
  • nak bangun dari duduk pun dah rasa agak payah..buat keje ckit pun dah cepat rasa mengah..apatah lagi kalo berjalan2 mmg xleh laju2 dah, xlarat huhuhu.. 
  • selalu rasa nak wee wee:)..sekejap2 mesti nk ke toilet..kalo kat opis adalah dalam 1-2 jam sekali berulang alik ke toilet tu huhuhu.. 
  • cik baby pun semakin kuat dan aktif menendang sana sini..habis satu ruang perut dijelajahnya hehe..sampai senak pun ada..kadang time dia mengeras tu agak rasa xselesa jugak sebab rasa senak tapi seronok:)..paling best bila tengok perut bergoyang2 n berombak2 turun naik bila cik baby menendang dan buat mcm2 aksi..entahla aksi apa yg dibuatnya sebab kita xnampak hehe..dan dah boleh rasa kepala cik baby yang keras..bila diusik2, disentuh2 manja tengok2 dia dah beralih ke tempat lain..indah!
erm..rasa2nya itu sajalah setakat ni perkembangan diri saya di usia kandungan 30 weeks ini...sebarang kesakitan ataupun ketidakselesaan saya hadapi dengan redha sebab itulah pengorbanan yang harus dilakukan oleh seorang ibu..sekurang2nya apa yang saya lalui sekarang ni membuatkan saya teringat pengorbanan dan kesusahan bonda saya sewaktu mengandungkan kami adik beradik..dan saya juga bersyukur sebab setakat ni belum mengalami apa2 masalah yang teruk..bersyukur sangat2 sebab ada sesetengahnya sampai kena warded dan mengalami keadaan yang lebih teruk dari saya..sesungguhnya jasa seorang ibu tidak ternilai harganya...thanks Allah for your blessings..

"Ya Allah, Kau lindungilah anak dalam kandunganku ini..sihatkan tubuh badannya dan sempurnakanlah akal dan fikirannya..peliharalah ia sehingga selamat dilahirkan dari kandunganku kelak..amin ya rabbalalamin"

note:

bila dah start cerita berjela2 la plak hehe..banyak lagi ni entry yang tertangguh nanti ada masa kita sori2 ek:) 

Sunday, June 5, 2011

i'm back

Salam,

arini 1st day keje pas bercuti selama seminggu balik kg...rasa penat+mengantuk sebab mlm tadi sampai rumah pkul 2 pagi!!!letih seharian dalam kereta..rasa mcm nk sambung cuti tp bila memikirkan balance cuti yg ada, hasrat terpaksa dibatalkan sebab cuti kena simpan untuk perkara2 yg penting sahaja di masa hadapan..blog kawan2 pun byk yg ketinggalan huhuhu..k lah, mood masih suam2 suku ni..kat opis pun sunyi je arini ramai yg cuti..apalagi sy nk zzzzZZZZZZZZ dulu..xtahan sgt dah mata ni..jap g baru nk buat keje hehehe...