Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Lilypie - Premature Baby

Lilypie - Premature Baby

Thursday, September 29, 2011

wishlist saya sebelum berakhirnya 2011

Salam mesra buat semua,

wishlist yg lama pun xtercapai lagi dah ada yg baru pulak huhu..xpa memang bukannya berharap sangat nak dapat pun kan..kalau dapat alhamdulillah..rezeki, xdapat pun xpa simpan untuk next year plak ye dok..usaha sendirila kalo nk dapat pun xkan nk harapkan orang bagi je huhu...k lah ni 2 perkara yg mmg menjadi aim saya sebelum berakhirnya 2011 ni...

Smartphone HTC Desire HD


actually ni wishlist saya sebelum bersalin aritu tapi dah di extent selepas bersalin pulak huhu..dah survey harga..around RM1,400++ ..entahla mcm mana boleh terberkenan dengan telefon ni..selama ni since zaman study lagi memang setia dengan Nokia tapi kali ni rasa nak berubah angin plak hehe..seiring dengan usia yang semakin bertambah dan jugak sebagai wanita berkerjaya..koya mung ila:D..sape la yg sudi nak bagi kat saya sebagai hadiah ni ek???nk tunggu beli sendiri lama lagi la gamaknya huhu...


honeymoon cuti2 langkawi





yang ni memang saya teringin sangat2 nak pergi..xpernah sampai langkawi tau..jakun x saya hehe...sebenarnya dah lama simpan hajat nak pegi langkawi ni especially utk our 'honeymoon'..tapi sebaik je kahwin, saya terus preggy so xsempat nak g mana2 as our cuti2...tapi dah ada anak ni boleh panggil honeymoon lagi ke hehe...tapi arap2lah juga dpt realisasikan impian saya ni...xpernah sampai ni huhu

k lah itu je 2 perkara yg saya idam2kan sekarang..tapi xtaula dapat ke x sblum hujung tahun ni...ada rezeki saya terima dengan senang hati..xdapat pun xpa nama pun dah wishlist kan...


note: bestnya kalo dapat hadiah HTC tu..tapi agak mahal ada ke orang nak kasi hadiah...bak kata nabil..lu pikirla sendiri...kalau nak usaha sendiri!!!tadaa

kenangan...perlukah dikenang???

Salam,

ermm tetiba arini terlebih emo sikit...hormon apakah yg berlebihan ni..sungguh saya tidak suka perasaan ini wujud dalam hati..tapi saya juga tidak kuat untuk berlagak gembira dan ceria di depan org di kala hati sedang berperang dengan macam2 perasaan..

KENANGAN..setiap orang pasti ada pengalaman dalam hidup masing2 kan..xkirala pahit ke manis yg pasti selagi kita mengingati apa yg telah terjadi selagi itula ianya dipanggil kenangan...kenangan masa sekolah, masa di universiti, kenangan dalam percintaan, kenangan 'frust' dalam percintaan..kenangan masa bekerja dan macam2 kenangan yg telah menghiasi hidup kita..bagi saya kenangan yg paling meninggalkan kesan dalam hidup saya ialah masa belajar di 'U' dulu..bak kata orang zaman 'U' lah yang mengajar kita erti kematangan hidup, mengenal erti persahabatan dan juga percintaan..tapi rasa2nya ramai antara kita yg mengakui bahawa kenangan dalam percintaanlah yg paling diingati..sama jugak dengan saya...

selagi kita tidak bertemu dengan jodoh yang telah ditakdirkan untuk kita, selagi itulah kita bebas utk berkawan dengan sesiapa saja..namun jika kita sudah bertemu dengan pasangan yg ditakdirkan untuk kita, masa tu jugaklah kita harus bersedia untuk meninggalkan semua kenangan2 yg pernah menghiasi hidup kita dulu..sebab sekali kaki kita melangkah ke alam perkahwinan, sebaik saja ijab dan kabul dilafazkan maka bermula dari itu kita sudah mempunyai tanggungjawab terhadap pasangan masing2..kita sudah mempunyai hati dan perasaan yang perlu dijaga..maka dengan itu hargailah perasaan pasangan kita dengan tidak menyakiti hatinya dengan kenangan2 kita dulu..let bygone be bygone..

bercakap pasal kenangan mengenai persahabatan pula..ianya adalah satu lumrah hidup..mengenal erti kawan juga mengenal erti lawan..xsemua kawan disekeliling kita yang boleh digelar sahabat..bila dah ada sahabat sejati ianya ibarat rezeki buat kita..tapi bila masing2 dah  berkahwin, hubungan itu seakan-akan jauh wpun sebenarnya masing2 masih mengingati antara satu sama lain..namun itu semua memang tidak boleh dielakkan  walaupun sesekali rasa sedih itu tetap ada bila mengenangkan kembali saat2 pahit manis semasa bersama dulu...sama2 belajar, sama2 berkongsi masalah dan sebagainya...


namun itulah yang digelar KENANGAN....walau sepahit atau semanis mana pun kenangan itu, fikirkanlah dulu perasaan orang2 disekeliling kita,jangan sampai ianya boleh menyinggung hati orang2 yang disayangi...sekali ia hilang xmungkin kita akan mendapatnya kembali...



mode: tgh layan lagu stacy 'kisah dongeng'

Monday, September 26, 2011

1st anniversary..selamat ulangtahun sayang

Salam mesra,

10.09.10 (1 Syawal 1431H)

detik yg paling bermakna dalam hidup saya..1 syawal, di waktu orang lain sedang bergembira meraikan hari raya aidilfitri, saya pula berperang dengan mcm2 perasaan..sedih, berdebar, gembira semuanya bercampur aduk..diusia saya 27 tahun tanpa disangka2 saya bertemu jodoh dengan seseorang yg langsung saya tidak menyangka bahawa 'dia' adalah jodoh yang ditakdirkan untuk saya..mcm xpercaya pun ada namun itulah ketentuanNya..Dia lebih mengetahui apa yg terbaik utk saya...

sebaik saja selepas solat Isya', alhamdulillah saya selamat diijabkabulkan dengan en.suami dengan sekali lafaz,maka sahla saya bergelar isteri kepada 'cikgu mad':P..dan dengan itu bermulala kehidupan kami sebagai suami isteri mengharungi susah dan senang bersama...

 berdebar ek??hehe

 menanti saat diijabkabulkan

 alhamdulillah dah selamat:)

dengan sekali lafaz sahla kami bergelar suami isteri...alhamdulillah


10.09.2011..setahun berlalu

kini usia perkahwinan kami telah mencecah usia setahun..1st anniversary la senang cerita hehe..alhamdulillah di usia setahun perkahwinan kami, kami dihadiahkan dengan hadiah yg cukup istimewa-Aisyah Mardhiyah binti Muhamad..kelahirannya menambahkan lagi kebahagiaan buat kami sekeluarga..dan sepanjang setahun perkahwinan kami jug memang tidak dinafikan ada juga perselisihan faham, rajuk merajuk (saya la tu:D) namun itu semua saya anggap sebagai asam garam pahit manis dalam kehidupan berumahtangga..suka duka diharungi bersama..apa yg penting sabar dan terus sabar menghadapi ujian yg mendatang..dan sempena menyambut 1st anniversary hari tu, adala buat makan sikit2 sekadar meraikan tanda syukur dengan segala rezeki yg telah diberikan olehNya..alhamdulillah...




 menu of the day: roti jala, agar2 dll...

 jemput makan ye:D

 our cake..:)

 happy 1st anniversary bie..luv u

 jom potong kek:)

 suap2 manja:D

 nyum nyum nyum:P

 our precious gift on our 1st anniversary..aisyah permata hati ayah dan ibu

 aisyah @1month

umpphh ayah dan ibu sayang aisyah:)


to my lovely husband,
 
terima kasih atas segala kasih sayang yang dicurahkan selama ini...
terima kasih atas segala perhatian yang diberikan selama ini..
terima kasih kerana menjaga ummie dgn baik sepanjang mengandungkan aisyah..
terima kasih kerana sentiasa bersabar melayan karenah ummie selama ini..
terima kasih kerana menjadi suami dan ayah yang terbaik buat ummie dan aisyah..
semoga ikatan perkahwinan kita sentiasa dirahmati dan diredhai Allah S.W.T dan bertambah bahagia hingga ke akhir hayat...amin
i love u bie..in every single second in my life..

Friday, September 23, 2011

rezeki aisyah:D

Salam mesra buat semua,

apa khabar kwn2ku hehe..lama xupdate..baru nk bukak tenet aisyah dah merengek2, baru nk sign in aisyah nk susu huhu..aduhh masih belajar menyesuaikan diri dgn rutin baru..penat mmg penat tapi seronoknya xterkata:)..akibatnya byk citer yg dah ketinggalan huhu..kwn2 pun ramai yg bertanya bila sy nk update blog..rindu katanya hahaha perasan betul saya ni ada ke yg rindu????uwekkk muntah dulu la hehe..tp xpa apa2 pun Insya Allah saya akan update jugak setiap kisah2, cerita yg menjadi kenangan dalam hidup saya..inikan blog saya so ikut suka saya la kan huhuhu...

entry ni 'di'dedicate khas utk buah hati saya yg baru aisyah (en.suami dah jadi buah hati lama hahaha, eh xda la apapun en.suami tetap chenta hati saya hingga akhir hayat..amin)..alhamdulillah kelahiran aisyah membawa seribu rahmat dan kebahagiaan buat kami sekeluarga..murah rezeki aisyah..kwn2, sedara mara yg datang melawat aisyah masing2 bawa gift utk aisyah..baju2, hamper2, tilam dan banyak lagila..dan masa raya hari tu pun banyak aisyah dapat duit raya sonok ibunya tolong kutip simpan duit raya..apapun bukan itu yg saya utamakan tetapi apa yg lebih saya harapkan setiap kedatangan kwn2 dan sedara mara yang dtg melawat aisyah dapat mendoakan kesihatan dan kesejahteraan aisyah..itu yg lebih saya impikan..

ok jom kita tgk sebahagiaan hadiah yg asiyah dapat hehe..

 ermm lama lagila aisyah baru boleh pakai baju2 ni..sume besar2 hehe

 stok baju aisyah:)



 sebahagian dari hamper yg dapat..ada lagi tapi xamik gambar pun huhu


kepada kawan2 semua, terima kasih atas ucapan dan hadiah yang diberikan..semoga Allah memurahkan lagi rezeki kalian semua..amin

Wednesday, September 14, 2011

Raya Kami ~Syawal 1432Hijrah~

Salam Aidilfitri buat semua,

dah lama x jenguk blog ni..byk citer kwn2 yg dah ketinggalan huhu..sebelum apa2 masih belum terlambat untuk saya mengucapkan "SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI..MAAF ZAHIR DAN BATIN"...
bila bukak blog ni, tengok ramai kwn2 yg duk citer kisah hari raya masing2..seronok tengok..saya pun nk berkongsi gakla memori hari raya kami baru2 ni hehe...

syawal tahun ni merupakan syawal yang pertama saya sebagai seorang isteri dan seorang ibu..alhamdulillah dengan rezeki dan nikmat yang dianugerahkan oleh Yang Maha Esa..oh ya 1 syawal adalah ulangtahun perkahwinan saya dengan en.suami tercinta...tahun lepas pada malam 1 syawal saya selamat diijabkabulkan dengan yg tersayang..tapi tahun lepas xsempat pun nk beraya bersama sebab tgh sibuk dengan persiapan kenduri kahwin..so tahun ni barula dapat merasai pengalaman beraya bersama suami tercinta:D..kemeriahan hari raya kali ni makin bertambah serinya dengan kehadiran puteri sulung kesayangan kami sekeluarga...aisyah mardhiyah..persiapan raya pun banyak utk aisyah je hehe..wpun aisyah kecik lagi tapi of course la nk tgk anak dara saya ni cantik,comel di hari raya kan:)...

pagi syawal di rumah saya dulu..selepas en.suami balik dari solat raya, kami bertiga balik ke rumah en.suami pulak..selepas menziarahi pusara ahli keluarga yg telah kembali ke rahmatullah, kami beraya pulak ke rumah saudara mara sebelah en.suami..dlm tengahari balik ke rumah saya semula utk beraya ngan saudara mara saya pula..mcm tu la bila kawin ngan org dekat ni hehe..sekejap disini sekejap disana:P..sehari suntuk beraya ngan si kecik aisyah ni..sume pakat nk main ngan aisyah...duit raya pun banyak dapat..alhamdulillah rezeki aisyah:)..
raya kedua xg mana2 pun sebab masa ni dah sibuk ngan kenduri kawin kakak ipar-k.zan..selamat pengantin baru ye kak zan hehe..k lah tengok je lah gambar2 kami sepanjang hari raya ni..hehe..selamat hari raya:)



 aisyah pun nk raya jugak ibu:)




my happy family..alhamdulillah



 masa berdua:)


 dah bertiga:D