Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Lilypie - Premature Baby

Lilypie - Premature Baby

Tuesday, May 14, 2013

pacifier:perlu@tidak?

Assalamualaikum,

semalam dan harini saya transit muafah ke taska ofis disebabkan adik saya balik kg untuk interview..sambil2 tu ambil peluang ni untuk train muafah dengan suasana baru sebab awal bulan 6 nanti Insya Allah muafah dah boleh dihantar ke taska..

hari pertama (semalam) alhamdulillah muafah ok, tapi harini semasa saya g jenguk tengahari tadi, muafah sedang dalam percubaan untuk ditidurkan oleh pengasuhnya..sambil tu menangis (read:merintih)..dan masa tu jugak pengasuh cakap suh bagi pacifier (puting tiruan) sebab kalau x mmg susah nak tidur dan diaorang pun mmg xdan nak layan sorang demi seorang baby kat situ..dalam hati dah terdetik rasa sedih dan xnak!!!

iye..saya tersangat faham situasi kerja mereka sebab saya dulu pun pernah keje sebagai pengasuh dan saya sememangnya faham apa yang mereka lalui..memang xdan nak layan person by person..saya diam je masa tu sebab saya tahu sebenarnya muafah dia xperlukan puting pun..dia cuma nak orang sentiasa ada depan mata dia..dan waktu nak tidur dia nak orang dukung n bawa jalan2 baru dia tidur..tapi ye lah xkan pengasuh sempat nak buat mcm tu kan..budak lain ramai lagi yang lebih memerlukan perhatian..masa saya keje pengasuh dulu lagila..2 org (saya dan sorang kawan) jaga dalam 22 orang budak..fuhh mmg xsempat nak rest pun..

so pandangan saya muafah mungkin memerlukan sedikit masa utk menyesuaikan diri dengan keadaan dan suasana baru..dan saya harap sangat pengasuh dapat memberikan sedikit masa untuk muafah sebab seboleh2nya saya xnak bagi pacifier utk muafah..bukan apa saya takut muafah akan bergantung kepada pacifier..banyak pengalaman kawan2 dan juga saudara dimana anak mereka bergantung kepada pacifier..xda pacifier kat mulut xleh..walaupun saya tahu ada sesetengah budak xda yg bergantung sangat dengan pacifier ni tapi kita sebagai ibubapa seboleh2nya cuba mengelakkan selagi boleh..en.suami pun xsetuju bila saya bagitau perkara ni..walauapapun kami hanya nak yg terbaik utk muafah..dan juga aisyah..kalau dah keadaan memaksa saya terpaksa (walaupun hati sangat berat)..

Wednesday, May 8, 2013

muafah sedang mengalami growth spurt

Assalamualaikum,

What is a growth spurt?

During a growth spurt, breastfed babies nurse more often than usual (sometimes as often as every hour) and often act fussier than usual.
The increase in baby’s milk intake during growth spurts is temporary. In exclusively breastfed babies, milk intake increases quickly during the first few weeks of life, then stays about the same between one and six months. As solids are gradually introduced after six months, baby’s milk intake will gradually decrease.
Physical growth is not the only reason that babies may have a temporary need for increased nursing. Babies often exhibit the same type of behavior (increased nursing with or without increased fussiness) when they are working on developmental advances such as rolling over, crawling, walking or talking. Mom’s milk is for growing the brain as well as the body!

saya rasa muafah sekarang sedang mengalami phase growth spurt ni..sejak dua tiga hari ni permintaan susunya semakin meningkat secara drastik..sejak saya naik keje dulu muafah hanya minum susu sebanyak 12 oz saja sehari (sikit kan?)..saya tinggalkan 4x3 oz (chilled ebm) pada cik anis..stok beku masa tu memang xterusik sbb seboleh2nya cuba bagi yang fresh je utk muafah..in case kalau terdesak sangat baru guna yg frozen ebm..
dan sekarang dari 12 oz increase to 16-18 oz sehari..fuhh (kesat peluh di dahi)..terkejar2 nak pulun pam..hasil yg dapat sehari2 pun skrg dah xcukup nak menampung keperluan muafah..kalau dulu setakat 12 oz sehari Insya Allah boleh dapat..stok frozen pun makin lama makin berkurang..keluar je xmasuk2!!!
lagi satu masalah, dalam nak mengejar pam susu utk keperluan muafah, saya terpaksa 'berperang' dengan kedatangan period..Ya Allah kuatnya pengaruh hormon dalam badan ni..sampaikan 2 minggu sebelum period susu dah mula menunjukkan kemerudumannya..bayangkanlah!!!tengah2 muafah sedang ber growth spurt ni time ni la period nak kunjung tiba..sebab tu saya agak mencemburui ibu2 yang langsung xdatang period selepas bersalin (fully bf)..saya lepas 2 bulan bersalin terus period..ingatkan ekslusif bf ni lambat dtg period sekali pelamin anganku musnah tak..mmg mencabar kekuatan fizikal dan emosi sangat2..tiap2 bulan berperang dengan hormon:(
apapun mungkin inilah salah satu cabaran yang terpaksa saya tempuhi dalam perjalanan menyusukan muafah..apapun saya akan cuba berusaha untuk mengelakkan muafah minum susu fm..selagi terdaya saya akan cuba memberikan yang terbaik buat muafah..harapnya semoga growth spurt muafah cepat2la berlalu..sbb situasi sekarang sangatlah mencabar..muafah agak cranky bila saya ada depan mata..nak buat keje rumah pun xsempat..baru bangun skit dah hek hek..nak kita mengadap dia je 24 jam:)..kalau ibunya xda boleh pulak duduk elok2..
selain dari tu, badan sekarang pun mcm dah kena servis penat2..kalau ikutkan memang terkejar2 nak mengepam especially kat rumah..sekarang pun memang kena bangun malam2 utk pastikan bekalan susu utk muafah mencukupi..bila badan penat, emosi xstabil, jadual makan ke laut susu memang drop..apapun harapan saya semoga saya boleh menyusukan muafah selama mana yang diizinkan Allah s.w.t..say no to fm!!!tapi kalau dah terpaksa sangat nak buat macamana kan:(..lagi 3 minggu muafah nak masuk 6 bulan..sekurang2nya dapat 6 bulan exlusive pun dah cukup syukur dah..kawan2, doakan saya ye..

 budak yang makin banyak minum susu:)

adik..Insya Allah ibu akan berusaha lagi kuat utk sempurnakan hak adik..amin

Tuesday, May 7, 2013

dalam dilema

Assalamualaikum,

saya tengah pening2 ni..but i'm not pregnant again ok jgn buat spekulasi hehe..pening saya sebabnya minggu depan adik saya a.k.a bs muafah kena balik kg sbb ada temuduga..baru je minggu lepas saya cuti 2 hari sbb cik anis balik kg utk temuduga juga tapi jawatan lain..pening saya memikirkan cuti yg semakin susut..ni xsampai pertengahan tahun lagi ni..isnin lepas pun saya dah cuti sbb balik kg mengundi..xkan la miggu depan pun saya nak kena cuti lagi..hujung bulan ni pun saya nak cuti lagi seminggu balik kg..xkanlah tiap2 minggu nak cuti..segan jugak dengan bos asyik saya je mintak cuti..dahla tinggal berapa hari je cuti saya..tu belum spend utk cuti raya ke, hal2 kecemasan ke, anak2 xsihat ke, cuti sekolah hujung tahun la..aduh pening..

yg jadi masalahnya sape nak jaga muafah..en.suami mmg xbolehla sbb minggu depan dah start exam..kawan2 ada yg suggest suh bawak je muafah dtg ofis..tapi fikirkan 'kebuasan' muafah skrg ni xda nya dia nak duduk diam2 dalam stroller tu..nak suruh tok ma dtg, saya seboleh2ya xnak menyusahkan ma dtg sini..tapi dalam hati ni duk bercadang nak tanya taska aisyah kot2 boleh tumpangkan muafah 2 hari tu..kalau xdapat jawabnya mmg terpaksa jugakla bawa ke ofis..cuti???oh no..panjang lagi masa nak sampai hujung tahun ni..cuti mmg kena catu betul2 dahni..ke ada sapa2 yg sudi nak jaga muafah utk saya barang sehari dua???hehehe...

 buat muka minta dicubit..ni kalo kak aisyah nampak mesti dicubit2nya pipi muafah ni


 suka sangat buat mulut mcm ni 

alahai adik..sapa nak jaga adik ni..meh dtg ofis ibu la nak???hehe

cerita aisyah::taska::

Assalamualaikum,

lama dah sebenarnya nak bercerita pasal aisyah ke taska..busy punya busy sekarang barula ada masa sikit nak bercerita hehe..masa saya mengandungkan muafah lagi saya dah booking taska ofis utk letakkan aisyah dan adiknya..salah satu reason saya nak letakkan anak2 disitu ialah niat saya utk bf kan adik muafah..senang waktu lunch boleh pergi jenguk..salah satu lagi sebabnya ialah kalau apa2 jadi senang saya nak pegi tengok..nak kata serik dgn pengasuh sebelum ni xjugak tapi bila memikirkan pengalaman2 lepas saya buat keputusan hantar dua2 sekali ke sini..memang kalau ikutkan seboleh2nya saya xnak hantar baby ke nursery especially sewaktu umur belum mencapai satu tahun..tapi kalau nak cari pengasuh utk baby kira pagi2 dua tempat saya kena hantar sebelum pegi keje..terkejar2 jugak tu..so fikir punya fikir hantarla dua2 sekali ke satu tempat:)

sebulan sebelum naik keje saya call penyelia taska tanya status menunggu utk aisyah dan adiknya..alhamdulillah utk aisyah ada kekosongan tapi utk muafah masih belum ada kosong..so kena queue lagi..3 minggu sebelum masuk keje saya dah start hantar aisyah ke taska..sebagai training la kononnya hehe..minggu pertama asyik menangis je dari mula hantar sampaila balik..setiap kali amik waktu petang mesti bengkak mata sebab menangis dan xtidur..ye la kat taska kena ikut jadual waktu..time tidur mesti tidur, time makan kena makan..mungkin aisyah xbiasa lagi dgn suasana baru..so kena take time ckit kata penyelia..ye lah kat rumah pun kalau xpaksa tidur mmg xtidurnya aisyah ni..sibuklah dia dgn mcm2 aktiviti dia tu huhu...

masuk minggu kedua pun sama jugak..hari2 menangis tapi saya keraskan hati utk hantar jugak dia ke taska..kalo ikutkan hati mana sanggup tengok anak menangis2 mahu ikut kita balik bila tinggalkan dia kan?nak xnak saya kena jugak hantar..masa ni aisyah memang pandai..pagi2 bila kejutkan dia bangun tidur, dia pura2 tidur walaupun sebenarnya dia dah sedar..mata pejam tapi kelopak mata bergerak2 huhu..pastu bila kita lagi paksa dia bangun,ermm buat2 nangisla pulak..pastu xnak pakai baju la, keraskan badanla dan mcm2la dia buat..aisyah..aisyah (geleng kepala)

minggu ketiga alhamdulillah aisyah dah semakin dapat menyesuaikan diri dengan suasana di taska..tidur pun dah boleh ikut jadual..sampaikan pengasuhnya bagitau yg mulut aisyah dah mula becok (bahasa dia la)..xlama lepas tu saya pun mula masuk keje dan muafah pula dijaga oleh makciknya (cik anis)..dan alhamdulillah sekarang aisyah dah ok, xda dah nangis2..tapi dah mula tunjukkan belang bila pengasuhnya bagitau dia suka cubit pipi kawan (gaya geram)..dan ada perubahan yang ditunjukkan aisyah sejak dhantar ke taska ni..sebagai contoh kalau tengah makan, especially makan kat lantai, bila dia dah habis makan terus angkat pinggan letak atas meja..yang xtahannya dengan pinggan2 kita sekali diangkutnya satu persatu sedangkan kita ni xhabis makan pun lagi huhu..rajin sangat anak dara ni:)

Insya Allah awal jun nanti adik muafah dah boleh masuk taska bersama2 kakak aisyah..harap2 muafah ok la duk taska nanti..ye lah sebelum ni xpa la cik anisnya duk layan dia sorang je ni kenalah pandai2 bawak diri (cakap macamlah aisyah tu dah besar huhu)..nampaknya bertambahla beg dibahu dan tangan saya nanti..sekarang ni pun dah 4 beg dibahu dan kiri kanan, muafah masuk taska nanti tambah lagi 2 beg..6 beg pagi petang nak kena usung..nak bawak muafah n aisyah lagi..masa ni la tiba2 nak sangat en.suami sekolah sesi pagi:(..bila sampai rumah ada orang boleh tlg bawak barang2 tapi berangan je la huhu..



 pagi2 kalau saya xsempat hantar terus ke taska, naik ofis dulu punch card..happy aisyah dapat biskut dari kak nana:)

 baju kurung favorite aisyah..dia yg pilih sendiri nak pakai baju ni..kena sorok dah lain kali kalo x hari2 dia nak pakai baju ni:)


 bersila atas lantai:)

 makan+main2

 erkk korek hidung huhu

 balik dari keje..teman setia aisyah cik bebear


duk kelekla bebear dia tu ke hulu ke hilir huhu