Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Lilypie - Premature Baby

Lilypie - Premature Baby

Monday, September 30, 2013

merajuk dgn muafah

Assalamualaikum,

hehe mcm pelik je tajuk tu kan..dgn anak sendiri pun nak merajuk?kisahnya mlm tadi masa nak tidurkan muafah..tiba2 saya menjerit sekuat2nya sebab muafah menggigit punyala sakit sampai saya menangis keluar airmata..aduh tak tertahan rasanya..bukan sekali tapi dah byk kali..tapi mlm tadi mmg saya xboleh tahan sangat..gigi dahla tajam pastu bila saya menjerit  dia pulak duk mengekek2 ketawa ingat kita ni bergurau dgn dia la tu..ibu sakit ni nak oii boleh dia ketawa pulak..tahula nak asah gigi yg baru 4 batang tu huhu

alahai senyuman manismu membuatkan ibu dan ayah jadi cair:)


                                                        budak yg suka menggigit:)


pastu saya mmg dah sakit sangat2 bawak muafah keluar bilik dan tinggalkan dia kat situ sorang2..menangisla dia..saya masuk bilik sambung menangis balik sbb perit tak hilang lagi..en.suami kat dapur masa tu tgh buat kuah spaghetti..dalam 5-10 minit mcm tu en.suami bawa masuk muafah..kesian tgk dia duk menangis2 last2 saya susukan jugak dia tapi memang sampai mengaduh2 la masa menyusukan dia..perit xterkata..

tambah lagi time pregnant ni nipple tersangatla sensitif..tambah pulak dgn muafah yg menggigitnya lagi..dlm hati duk bercakap sendiri bilala muafah nak minum thru botol balik ni..paling tidak adalah masa nipple ni nak 'berehat'..

tapi tu la bila dah pregnant ni memang mudah sangat sensitif..tgk dgn anak sendiri pun nak merajuk huhuhu..tapi walaupun muafah suka menggigit saya tetap akan bagi sehinggalah dia sendiri yang xnak..tapi nampak gayanya mcm xnak lepas je muafah ni huhu..aduhai pening gak kepala nak ajar muafah hisap botol ni..dh mcm2 cara dah buat..try puting tu puting ni..sume dia reject..semoga satu hari nanti muafah akan boleh minum jugak melalui botol tu..amin

Monday, September 23, 2013

macam mana saya tahu pregnant kali ini

Assalamualaikum,

baru berkesempatan nak citer mcm mana saya tahu saya mengandung lagi..kalau dikira kandungan ini adalah kandungan ke-4 saya..syukur alhamdulillah atas rezeki yang Allah berikan..walaupun kalau diikutkan saya belum bersedia lagi..yelah mengandung setahun sekali ditambah pulak dengan nak membesarkan 2 orang anak kecil yang selang setahun ni agak menuntut kekuatan mental dan fizikal..dan memerlukan tahap kesabaran yang sangat tinggi..ditambah pulak dengan status ibu bekerja huhu..

kalau diikutkan dah mengandung kali ke-4 ini, tanda2 yang saya alami adalah lebih kurang sama je..dan alhamdulillah setakat ini setiap kali mengandung saya xpernah mengalami alahan yang teruk..cuma biasalah di awal2 kehamilan tu memang rasa pening2 tapi xda lah sampai kena berbaring xbleh buat keje (alhamdulillah)..cuma alah kepada bau makanan tertentu dan juga bau2 yang boleh membuatkan tekak rasa loya..tapi keadaan ini akan hilang selepas minggu ke-8..harap2 diberikan kesihatan yang baik sepanjang mengandung kali ini..dan sepanjang kehamilan yang lepas dan sekarang saya juga tiada masalah dengan pemakanan..alhamdulillah selera makan tetap ada cuma ada masa2 rasa mcm xlalu jugak dengan sesetengah makanan..apa pun saya kena makan sebab sekarang ni kena makan untuk bertiga..diri sendiri, baby dalam perut dan jugak muafah yang masih menyusu:)..so saya rasa kali ni baby girl jugak kot:)..sebab setiap kali mengandung sama je keadaannya..apapu xkisahlah lelaki ke perempuan tetap amanah Allah S.W.T..saham akhirat kami..In Shaa Allah..

ok lah saya nak share kronologi mcm mana saya find out yg saya pregnant kali ini..semuanya berlaku semasa bulan ramadhan yang lalu..

minggu pertama ramadhan

hari pertama berpuasa memang agak penat sikit..balik keje sementara nak tunggu waktu berbuka memang melepek..last2 kena heartburn..keadaan ini berlarutan dalam 4-5 hari pertama berpuasa..anggapan saya mungkin perut 'terkejut' dengan perubahan ini huhu...masa ni jugak susu yang saya perah semakin berkurang..total paling banyak masa ni just dapat 6-8 oz je..masa tu saya fikir mungkin sebab kurang minum air n dah dekat nak period..sebab saya kalau nak period susu memang merudum sikit..nasib baik stok ebm ada lagi dalam peti ais..dan hari ke-7 berpuasa saya dah rasa PMS iaitu sakit perut manja2..gembiranya rasa hati sebab kalau dh period walaupun tahu susu berkurang tapi sekurang2nya saya boleh makan n minum dengan banyak:)..boleh boost susu utk muafah:)

minggu kedua ramadhan

period yang ditunggu2 masih belum kunjung tiba..tanda2 nak period tu memang dah jelas ada (tanda2 yang sama jugak kalau saya pregnant)..hati dah mula cuak..masa ni memang xterfikir lagi yg saya mengandung..cuma risau takut ada apa2 masalah ke..sebab sejak melahirkan muafah period saya mmg xmenentu..memang xikut tarikh yang sepatutnya..so saya teruskan menunggu bilalala period nk dtg ni..

minggu ketiga ramadhan

susu semakin merudum..period pulak langsung xdatang2 lagi..pastu bila teringat yg tanda2 yang saya alami sekarang ni sama mcm mengandungkan aisyah dan muafah dulu hati mula bimbang dah..dah start xsenang duduk dah..bagitau kat en.suami dia kata muafah nk dapat adik kot..huhu sedap2 je ye cakap kita ni yang menanggungnya:)

pastu ada satu malam tu kami berempat ke pasar borong selangor beli barang2 dapur..tengah2 berjalan pusing2 cari lauk tu en.suami cakap dia terasa nak makan popia goreng..xda angin xda ribut2 tiba2 je ckp teringin sangat2..apa lagi en.suami ajakla g beli barang2 nak buat popia goreng tu..balik2 rumah ingatkan nak buatla esoknya ke lusanya ke..tup2 sampai rumah je pung pang kat dapur..bila saya jenguk..laaa..duk buat popia rupa2nya..bila saya bagitau buatla esok2 dah lewat malam dah ni..dia kata nak makan malam tu jugak..teringin sangat2..pastu en.suami usik lagi kata saya ni mengandung ni..kalau x kenapa dia tiba2 je mengidam nak makan popia..dan2 tu jugak nak makan tu..la kita pulak yang dikaitkan..saya malas dah nak layan dia..xsudah2 duk kata saya pregnant...

cuti nuzul quran tu kami balik kg kejap..masa ni aisyah kami tinggalkan kat kg sebab lagi seminggu dh nak balik semula utk raya..lagipun family kt kg yg duk beria suh tinggalkan aisyah huhu...

sampai putrajaya period memang xdatang2..bagitau en.suami nak kena checkla..kalau betul xmengandung kurang2 lega sikit hati ni..mungkin masalah hormon kot yg buat period jadi tunggang langgang ni..isnin malam kami ke alamanda sebab nak bayar kereta..pastu singgah watson jap beli upt..n tiba2 rasa teringin sangat2 nak makan kfc..teringin tu lain mcm je rasanya..kalo boleh dan2 tu jugak nak makan..so masukla kfc..g kaunter dia cakap ayam habis..kena tunggu dalam 10 minit..so tunggula dengan sabar sbb mmg nak makan sangat2 ni..dah terbayang2 ayam spicy dia tu huhu..lepas 10 minit g tanya lagi dia kata tengah goreng..ok fine tunggu lagi..dalam 10 minit kemudian bila g tanya kat kaunter dia kata ayam dah habis..Ya Allah rasa nk marah pun ada..mana satu info yang betul ni..ayam tengah goreng ke atau ayam dah habis?????buang masa je menunggu kat situ..dahla frust xdpt makan kfc tu:(

esok paginya sebelum g keje saya curi2 masuk bilik air jap..nak laksanakan misi jap..celup je upt tu dengan mata sebelah pejam sebelah bukak berdebar2 tunggu result..dalam hati biarlah naik 1 line je..dalam masa beberapa saat saya bukak mata seluas2nya..biar betul..2 line!!!terang pulak tu...terus terbayang muafah:(..masa tu mmg nak menitik dah airmata..sejujurnya saya mmg xready lagi..keluar bilik air dengan longlai tunjuk kat en.suami result upt..dia pun macam terkejut last2 en.suami cakap xpa la dah rezeki xbaik tolak rezeki..saya bukan menolak malah bersyukur diberikan rezeki dan peluang sebegini namun jauh di sudut hati saya risau xdapat menjaga diri sendiri dan anak2 dengan baik..tapi saya mula belajar untuk menerimanya dengan hati terbuka dan rasa bersyukur..


 1 line yang diharapkan 2 line yg muncul..syukur alhamdulillah atas rezeki yang dikurniakanNya

  malam tu kami ke klinik dr.maria di alamanda untuk mengesahkan kehamilan ini..ye lah dah periodnya xteratur so saya pun xda lah catatkan tarikh last period huhu..scan2 alhamdulillah dah 7 minggu saya pregnant..dr.maria kata xpa lah rezeki..cuma dia kata 'poor spacing' je lah:)..ye saya faham maksud doktor hehe..ni yg suka dgn dr.maria ni..very friendly n very understanding..masa nak keluar bilik sempat lagi dr.maria wish selamat hari raya n say.."rezeki raya la ni ye azila" hehe..

balik sekolah ptg tu, en.suami bawa balik kfc..gembiranya rasa hati tercapai gak hasrat nak makan kfc..sudahnya berbuka haritu dgn kfc je:)

bila tgk little A.M wujud dalam rahim ni terus rasa bersyukur sangat2 dan mula rasa excited kembali..memang rindu dengan momen2 mengandung..rindu nak membawa perut..rindu nak rasa baby tendang menendang:)..alhamdulillah diberi peluang sekali lagi merasai pengalaman ini..syukur Ya Allah..

oh ye masa saya tahu saya pregnant ni muafah berumur 8 bulan..sama macam saya mengandungkan muafah dulu aisyah pun berusia 8 bulan jugak..see, kita merancang Allah juga merancang tetapi Allah jua sebaik2 perancang..dan Maha Menentu setiap apa yang berlaku di langit dan di bumi...

semoga Allah S.W.T permudahkan perjalanan kehamilan saya kali ini dan dikurniakan kesihatan yang baik2 utk saya dan jugak keluarga tersayang..amin





Monday, September 9, 2013

our 3rd anniversary..alhamdulillah

Assalamualaikum,



                          1 syawal 1431H..dengan sekali lafaz sah menjadi kekasih halal:)


 i love u:)

alhamdulillah..harini 10.9.2013 genap 3 tahun kami melayari hidup bersama sebagai suami isteri..kekasih halal dunia akhirat..In Shaa Allah..rasa baru je semalam diijabkabulkan:)

alhamdulillah di usia perkahwinan kami yang baru mencecah 3 tahun ini...BARU ye bukan DAH 3 tahun..banyak pahit dan manis yang telah dirasai..lumrah perkahwinan mana ada yang manis2 semuanya kan:)..ada masa bergelak ketawa ada masa bermasam muka ada masa menangis bersama..ada hari yang happy je ada hari yang sedih je..tapi alhamdulillah dikurniakan seorang suami yang hebat..yang sabar melayan karenah saya yang moodnya kejap ok kejap K.O ni huhu..tambah2 bila sedang menghadapi PMS atau pregnant mood memang ke laut huhu..

alhamdulillah di usia perkahwinan kami yang baru mencecah 3 tahun ini juga kami sudah dianugerahkan 2 orang cahaya mata pengerat kasih sayang kami..dan syukur yang tidak terhingga bilamana kami akan berlima nanti dalam masa 3 tahun..In Shaa Allah..syukur atas rezeki yang dikurniakan buat kami sekeluarga..walaupun tidak mewah dan tidak terlalu senang namun kami bersyukur dengan rezeki yang ada..sudah ada keperluan sendiri..kereta dan rumah sendiri walaupun tidaklah besar dan tersergam mcm org lain namun kami tetap bersyukur..sekurang2nya ada jaminan utk anak2 nanti..

matlamat kami sekarang hanya untuk membesarkan anak2 dengan cara kami sendiri dan memberikan pendidikan dunia dan akhirat yang secukupnya..harapannya biarlah anak2 menjadi soleh dan solehah dan mampu menjaga diri dan agama sebaik mungkin..cabaran pasti ada tapi kami berharap agar diberikan kekuatan untuk melalui setiap dugaan yang mendatang..dan harapan saya semoga ikatan perkahwinan ini sentiasa dirahmati Allah S.W.T dan kekal hingga ke syurga..amin

untuk suamiku yang tersayang,

terima kasih kerana sudi menjadi suami kepada ayang,
terima kasih kerana menjadi teman dan pendengar setiap keluh kesah ayang
terima kasih kerana rajin dan banyak menguruskan kerja2 rumah
terima kasih kerana cekap menguruskan rumahtangga
terima kasih kerana menjadi ayah yang penyayang buat anak2 kita
terima kasih kerana hebat menjadi seorang ayah walaupun kadang2 garang:)
terima kasih kerana banyak bersabar dengan ayang
terima kasih atas kasih sayang yang dicurahkan buat ayang dan anak2
terima kasih untuk segala2nya
happy anniversary yang ke-3 sayang
i love u..so much!!!!

 our 1st permata hati..aisyah mardhiyah..2 tahun 2 bulan:)

 our 2nd permata hati..awfiyah muafah...9 bulan:)

 our 3rd permata hati...Little A.M..13w dalam kandungan ibu:)


bakal berlima tahun depan..In Shaa Allah:)



p/s: bangun pagi2 dah dapat ucapan happy anniversary dari en.suami..si isteri ni masih mamai2 lagi huhu












 

Sunday, September 8, 2013

hisap kaki nak dapat adik~betul@kebetulan?

Assalamualaikum,

pernah dgr x yg org2 tua selalu cakap kalo anak kita masukkan jari kaki ke dalam mulut tandanya dia nak dapat adik?KEBETULAN kot..iye saya lebih percaya ianya adalah kebetulan..walaupun ianya memang betul setakat ini..tapi takkanlah setiap budak yg hisap kaki tu akan dapat adik kan?sbb dari pemerhatian saya ramai je budak yang mencapai umur 3 bulan ke atas yg akan hisap jari..memang dah itu salah satu perkembangan anak2 kita kan..

mcm saya mengandungkan muafah dulu, seingat saya, saya xpernah tgk aisyah hisap jarinya tapi en.suami kata dia pernah tgk aisyah hisap jari..tup tup xlama lepas tu saya disahkan pregnant~kebetulan...

mengandung kali ni pun sama..tapi kali ni mmg saya nampak sendiri muafah hisap jari..rasa2nya masa umur dia 4@5 bulan kot dia start hisap jari..then masa umur dia masuk 8 bulan saya disahkan pregnant lagi~kebetulan lagi:)

bila muafah duk hisap2 jari tu en.suami asyiklah duk usik2 muafah nak dapat adik tu..boleh kata setiap kali muafah duk hisap jari setiap kali tu la en.suami duk sebut2 (pasal nak dapat adik ni)..haiisshla saya ni setiap kali tu la duk menepis dakwaan en.suami tu huhu...tu la bie, masin sungguh mulut tu..kan kata2 tu satu doa akhirnya betul saya mengandung lagi..(lepas ni xbagi dahla anak hisap jari hehe)..

apapun itu semua adalah pandangan orang tua2 kita dulu..sesuatu yang terjadi itu adalah kehendak Yang Maha Esa..kalau dah kun fayakun tu In Shaa Allah akan jadi juga..xsemestinya hisap jari@tak, kalau dah rezeki kita In Shaa Allah akan jadi rezeki kita..


 sedap sangat ke kaki tu dik hehe.

 yummy..rindunya muafah masa ni..rasa nk gigit2 paha dia tu:)

Thursday, September 5, 2013

rezeki ramadhan..rezeki yang tidak dijangka bila keputusannya double line

Assalamualaikum,

tergamam, terkejut, terdiam, xterkata apa2 saat melihat keputusan 2 lines di kit UPT yang dibuat sebulan lebih yang lalu..perasaan yang sama saat saya mengetahui saya mengandungkan muafah dulu..cuma kali ni perasaan blurr dan terdiam tu lebih kuat dari dulu..ye saya mengandung lagi..it's my 4th pregnancy dalam usia perkahwinan kami bakal mencecah 3 tahun minggu depan..

ermm..mcm mana saya nak mulakan ye..sebab saya sendiri masih lagi dalam keadaan xpercaya yg saya sedang mengandung lagi..rasa baru je melahirkan muafah..masih lagi terbayang2 sakit contraction 9 bulan yang lalu..secara jujurnya kalau diikutkan saya belum bersedia utk pregnant lagi..target saya kalo boleh biarlah saya menyusukan muafah selama 2 tahun penuh..ataupun mengikut perancangan kami, saya nak bersalin hujung tahun 2014 iaitu masa cuti sekolah panjang di hujung tahun, sama mcm saya bersalinkan muafah dulu..rasa bahagian sangat berpantang dengan en.suami sentiasa di sisi..dan saya juga kalo boleh nk besarkan dulu aisyah dan muafah sekurang2nya mereka boleh berdikari sikit..tapi itulah Allah jua sebaik2 perancang dan penentu sesuatu yg terjadi..Dia Maha Mengetahui apa yang terbaik utk kami..sejak saya tahu pregnant lagi pernah gak saya suarakan pada en.suami yg saya penat dan xbersedia lagi nk pregnant dlm masa terdekat tapi en.suami selalu mengingatkan bahawa anak itu adalah rezeki..xbaik kita menafikan rezeki yang Allah bagi..so sikit demi sikit saya mula boleh menerima berita ini..

awal2 dulu saya up kan status di fb dan ramai yang meneka saya dapat kenaikan pangkat tapi ada juga kawan en.suami yg meneka kami nak dapat anak lagi..masa tu bukan niat utk merahsiakan tapi saya fikir masanya belum sampai utk saya kongsikan dgn semua..bahkan masa tu family kami sendiri pun xtahu sampaila hari nak bertolak pulang ke putrajaya tu selepas bercuti raya barulah en.suami bagitau dkt ma saya..di ofis pun ramai gak yg bertanya saya pregnant ke tapi saya xmenafikan dan x juga mengiyakan...

dan sekarang saya rasa sudah sampai masanya saya berkongsi dgn kawan2 semua..alhamdulillah usia kandungan sekarang dah mencecah 13 minggu..cuma buku merah je xbukak lagi..nk g bukak lambat2 boleh..takut kena marah dgn doktor pregnant setahun sekali huhu...

dan inilah juga puncanya kenapa susu saya dah mula berkurang...sebenarnya saya perasan susu saya mula berkurang sejak awal ramadhan hari tu..anggapan saya mungkin saya berpuasa susu saya jadi kurang tapi rupa2nya ada sebab lain:)..patutla setiap kali pam utk sesi pagi dapat dalam 2.5-3 oz sahaja..sesi tengahari dan petang pulak paling byk 2oz je dpt..pelik juga saya kenapa sikit sgt ni..so bermulala episod kais pagi makan pagi..nasib baik stok frozen masih ada sikit dalam freezer..dan ngam2 hari terakhir bekerja sebelum cuti raya habislah stok frozen ebm muafah..sedih:(

apapun saya melapangkan dada utk melalui perjalanan kehamilan ini sekali lagi..iye anak2 itu adalah rezeki dan amanah yang patut kita syukuri..tanpa semangat dari en.suami dan keluarga saya pasti lemah tapi alhamdulillah en.suami byk bagi kekuatan semangat pada saya..dalam status saya sekarang sebagai ibu menyusu dan dalam masa yang sama sedang mengandung juga pasti akan memberi pengalaman dan cabaran yang baru kpd saya..tapi Allah itu Maha Penyayang..Dia xberikan saya morning sickness yang teruk mungkin Dia tahu saya sedang menjaga 2 orang amanahnya yg masih kecil yang perlu diberikan perhatian yang secukupnya..dengan kerja di ofisnya yg semakin bertambah dan mcm2 lagi..mungkin ini rahmatNya sampaikan saya kadang2 xpercaya sdg mengandung..tapi nak kata langsung xada alahan tu xlah..sekadar pening2 dan alah terhadap sesetengah bau tu mmg adalah tp xda lah sampai muntah2 ke apa..cuma badan mmg sangat mudah penat dan kalau boleh mmg nak berbaring je..ok lah nanti ada masa saya akan ceritakan mcm mana saya tahu yg saya pregnant lagi..nk g menyusukan muafah di taska dulu..doakan yang baik2 utk saya ye kawan2..



 dalam masa kurang 5 saat terus muncul line kedua yg terang ni..terkejut tapi redha dan bersyukur dengan rezeki Allah S.W.T


 bakal adik aisyah&muafah..1st scan n mula2 jumpa doktor utk sahkan pregnancy..rupa2nya dah 7 minggu adik baby dalam perut tanpa disedari:)..siap dah boleh dgr heartbeat dia lagi:)






ni 2nd scan rabu lepas..masa ni dah 12++minggu..alhamdulillah dah terbentuk rupa khalifah Allah S.W.T..xduk diam masa scan ni:)..cumanya doktor kata baby agak besar (buat masa sekarangla) dan alhamdulillah baby sihat walaupun ibunya ni selalu skip makan ubat n xminum susu langsung..semoga anak ibu ayah terus membesar dengan sihat ye sayang..ibu dan ayah serta kakak mengalu2kan kehadiran adik di dunia ini..kami xsabar nk tunggu kelahiran adik nanti:)
 
 
:::In Shaa Allah edd yang diberikan doktor ialah pada 15 Mac 2014:::


 

Wednesday, September 4, 2013

kami di hari raya:)

Assalamualaikum,

ini entry last kot utk raya tahun ini..hari raya pertama xsempat amik gambar sangat so masa buat gathering adik beradik tu, kami cuba utk amik gambar sekeluarga walaupun hari dah malam sbb tetamu dtg sampai malam:)


 keluarga kecil kami setakat ini..alhamdulillah

 muka dah berminyak dari petang sampai ke malam layan tetamu:)

muafah xdok diam..nak ambil gambar pun asyik nak turun je huhu

 amboi aisyah gelakkan adik ye:)

 adik nak makan biskut raya jugak ke..mana boleh dik:)

 suka gambar ni..tgk tu muafah sempat jeling kamera lagi hehe

 mmuahhh sayang adik:)

muafah buat 'hodoh' tapi tetap comel dimata ibu ayah:)

 apa la yg digelakkan aisyah tu:)

 aisyah xhabis2 dgn makan:)

 ibu dan ayah aisyah muafah..alhamdulillah 1 syawal haritu genap 3 tahun kami menjadi kekasih halal..semoga hubungan ini berkekalan hingga ke syurga..amin

sambung cerita syawal lagi~gathering adik beradik:)

Assalamualaikum,

syawal hampir ke penghujungnya..sekejap je masa berlalu..sebelum syawal melabuhkan tirainya saya nak kongsikan lagi kenangan raya kami pada tahun ini..

raya ke-6 iaitu hari isnin (12.8.2013) kami sepakat untuk membuat majlis makan2 tapi bukanlah secara besar-besaran..sekadar untuk meraikan kawan2 dan juga kakak serta adik ipar yang baru pulang beraya ke kg..kakak dan adik en.suami berkahwin dengan orang penang so raya pertama masing2 di rumah mertua dulu..tapi majlisnya dibuat di rumah saya..ye lah kami dah jadi satu family besar..meriah rasanya:)

antara menu yang disediakan haritu ialah nasi ayam, spaghetti, buah2an koktail, kuih muih, bihun sup, sate lok cheng (entah betul ke x ejaan huhu) dan lain-lain makanan sampingan:)..k lah xnak cerita panjang sbb entry ni banyak gambar..sekadar untuk kenangan kami sekeluarga di masa akan datang:)

satu2nya adik lelaki saya..tengah hidupkan api nak bakar lok cheng:)

apa la yg ditanya aisyah tu dahla pakai selipar besar  huhu

adik muafah cekci..dgn pok cik yah nya

jom bakar lok cheng:)

tetamu terawal..a.long&k.long (my BIL)

adik beradik en.suami..my big family:)

santai2 sambil makan2:)

ajak orang masjid juga menjamu selera:)



jemputla makan ye:)

my adik ipar (berbaju hijau):)

meriah:)

seronok berkumpul ramai2..sebab tu la kot en.suami nak anak ramai huhu

anak buah yang sulung..aiman..dah besar dah dia:)


makan..makan dan makan:)


 alhamdulillah dapat jugak berkumpul ramai2..setahun sekali kot jumpa peluang mcm ni..tahun depan In Shaa Allah bertambah meriah sbb akan bertambah anak saudara..dan anak sendiri:)