Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Lilypie - Premature Baby

Lilypie - Premature Baby

Tuesday, September 23, 2014

3 orang cahaya mataku

Assalamualaikum,

Alhamdulillah syukur atas segala nikmat pemberianNya..syukur masih dipinjamkan nyawa untuk meneruskan kehidupan..walau terkadang sering alpa dalam perjalanan hidup di dunia ini..

10 september 2014 yg lalu genaplah usia perkahwinan saya dan en.suami 4 tahun..baru 4 tahun melayari asam garam kehidupan berumahtangga..dalam tempoh 4 tahun ini macam2 yg kami belajar..suka ketawa berendam air mata semuanya dah sebati..itulah lumrah hidup hehe..yg penting dalam sesebuah rumahtangga adalah KESABARAN:)

di usia 4 tahun ikatan suci ini terjalin, kami dikurniakan 3 orang cahaya mata anugerah dan amanah dari Allah yang perlu dijaga dan dididik sebaik2nya..mungkin bagi sesetengah org 3 org cahayamata dlm tempoh 4 tahun adalah terlalu cepat..tapi siapa kita untuk menidakkan rezeki Allah..di saat masih ramai lagi di luar sana yang ternati2 kehadiran zuriat, kami sangat bersyukur dengan rezeki Allah ini..memang saya akui agak mencabar untuk mendidik anak2 yang jaraknya sangat dekat..selang setahun berderet tp bila memikirkan ada lagi insan yang lebih susah dari kita, semua perasaan negatif tu hilang..

bila melihat wajah anak2 rasa sesuatu dalam diri..xtahu nak explain mcmana..tambah pulak sekarang anak2 makin membesar makin cerdik so cabaran tu semakin berganda:)..tambah pulak saya ni bekerja dan masa banyak dihabiskan di pejabat..balik rumah menggalas tanggungjawab sebagai isteri dan ibu pula..kadang tu rasa macam nak menangis pun ada lagi2 bila anak2 tantrum bila saya balik dari keje..apapun saya berpegang kepada kata2 bahawa masa anak2 kecil ni la rasa susah sikit..nanti2 dah besar kita pula yang rindukan anak2 semasa mereka kecil...

dan di saat ini..saya bahagia melihat anak2 membesar dengan sihat dan bijak..walaupun di rumah saya akan bertukar menjadi 'singa':D..hanya ibu2 yang tahu mcmana kan???..hehe

dah lama saya xtempek gambar anak2 kat sini kan..maklumlah dah lama blog ni kesepian:)..meh nak citer pasal anak2 sikit:D

aisyah mardhiyah (3 tahun 2 bulan)

kadang2 saya mcm xpercaya bila melihat aisyah sekarang ni..rasa sekejap je masa berlalu..aisyah dah semakin matang saya tengok..dah petah bercakap dah pandai meluahkan emosi dan dah pandai menilai baik buruk sesuatu perkara tu..dan aisyah jugak dah boleh diajak berlawan cakap..senang cakap dh boleh buat kawan dah..aisyah ni ramai yg xpercaya bila cakap umur dia baru 3 tahun..xtahu nape hehe..mungkin sbb badan dia agak besar sikit kot (ikut ayah dia la ni hahaha)..skrg ni hari2 duk sebut nak g sekolah..asal lalu je kawasan sekolah mulalah cakap aisyah nak g sekolah..aisyah nak belajar alif baa taa...aisyah nak kawan..bla bla bla..kalau dilayan memang xberhenti la mulut dia tu huhu..skrg ni pun dah pandai mengira, baca alif baa taa, baca doa pendek2 mcm doa tidur doa makan..tp still lagi bunyi pelat2 dia tu hehe..

awfiyah muafah (1 tahun 10 bulan)

haa budak ni agak berbeza karekternya..budak ni la yg selalu buat ibu ayah naik angin ribut petir..Ya Allah memang betul2 menguji kesabaran muafah ni hehe..dia la yg paling kuat menyakat aisyah ngan abid..dia la yg selalu cari pasal dulu dengan aisyah..dia la yg paling kuat menangis..dia la yang paling kuat merajuk..dia la yg paling manja dan mengada-ngada hehe..tp apapun dia la yang paling kuat makan!!!tolak batu dengan kayu je muafah ni huhu..kalo org tgk dia makan pun mesti menggeleng kepala tambah pulak kalau makanan fav dia mcm durian, rambutan, pisang..org dewasa pun xmakan mcm dia huhu..nasi mee apatah lagi..alhamdulillah harap2 sampai besar la dia xmemilih makan..bercakap pun pot pet pot pet..walaupun ada sesetengah perkataan kami xfaham hehe..muafah ni manjanya lebih dgn saya..pantang saya xda dpn mata mulalah bising tanya.."bu ana bu (ibu mana ibu)"..paling mencabar muafah ni sentiasa nak saya bertempek dgn dia..kalau sy nak memasak kat dapur pun meraung2 suruh dukung..selagi tak dukung selagi tu la menjerit sekuat hati..sbb tu jugaklah banyak keje2 rumah yang tergendala sbb nak kena melayan peel dia tu..

org2 cakap anak tengah memang mcm tu..sebab dia rasa terhimpit kot..ada kakak ada adik..tapi ketahuilah sayang ibu dan ayah xpernah membeza-bezakan anak2 ibu ayah..kami sayang kakak, muafah dan adik abid..cuma kami kena bersabar sikit dengan perangai kamu tu hehe..

muhammad abid muayyad (6 bulan++)

haa ni anak lelaki pertama kami..hero ayah dan ibu..alhamdulillah selepas operation jantung masa umur abid 2 bulan setengah haritu, abid menunjukkan perkembangan yang positif..semakin sihat semakin ceria dan aktif..dan makin kuat menyusu..walaupun hanya sempat menyusukannya selama 3 bulan sahaja (In Shaa Allah saya akan cerita sebab2nya nanti) tp saya redha dengan ketentuanNya..sedih memang sedih sebab memang dah niat nak fully bf abid selama 2 tahun tapi apakan daya saya kena akur dengan keadaan sekarang..walaupun perkembangan motor kasarnya sedikit lewat berbanding baby seusianya tp kami tak 'memaksa' abid untuk menyamai milestones baby2 lain..contohnya abid baru boleh meniarap masa umur dia masuk 6 bulan..bila saya bagitau doktor dia cakap itu biasa..sebab lepas pembedahan abid xboleh agresif sangat dan xdigalakkan sangat untuk memberi tekanan kepada dadanya..lagipun dulu dia sakit dan xkuat untuk cergas seperti baby2 lain..doktor cakap biar dia control sendiri badannya mengikut keselesaan dia sendiri..sbb dia yg rasa mcmana..tp bila dia boleh meniarap saya pula yg risau takut dia sakit ke apa huhu..mula2 tu mmg nampak dia mcm kekok bila meniarap tapi lama2 dia dah selesa dgn posisinya tu..skrg ni tgh laju bergolek ke sana ke mari..xpe sayang..ibu ayah cuma nak abid sihat, aktif dan ceria selalu..ibu ayah akan berusaha untuk menjaga abid sebaik mungkin In Shaa Allah..






 my sweetheart:)






 
my hero:)



semoga anak2 ibu&ayah membesar dengan sihat..menjadi anak yang soleh dan solehah dan menjadi hamba yang taat pada Allah S.W.T..aamiin


Cerita Aidilfitri 1435H~baru nak update

Assalamualaikum,

In Shaa Allah lebih kurang 2 minggu lagi umat Islam akan meraikan Hari Raya Aidiladha..tp saya baru nak update cerita a.k.a kenangan semasa menyambut hari raya aidilfitri yg lepas hihi..xpe lah nama pun utk kenangan di masa hadapan..asalkan ada tercoret dalam 'rumah' ni pun dah memadai:)

kali ni turn pagi raya di rumah saya dulu hehe..walaupun rumah saya dan en.suami dekat (lebih kurang 15 minit) tp tetap juga ada turn pagi raya kat mana dulu..tahun lepas pagi raya kat rumah en.suami so kali ni rumah saya la pulak:)..rutin pagi raya mcm biasa..bangun pagi mandi siapkan juadah pastu siapkan anak2..en.suami dan family sy g solat raya tinggallah saya, anak2 dan adik beradik siapkan apa yg patut di rumah..sebab kebiasaannya lepas solat raya ramai yg akan singgah beraya...

petang raya tu baru balik rumah en.suami..tahun ni semua adik beradik en.suami balik beraya di kampung..mmg meriah dgn anak2 sendiri dan anak2 saudara:)..k lah saya xmahu cerita panjang..sekadar nak mencoretkan kenangan bila melihat gambar2 semasa hari raya tahun ini:)
















 macam biasa..nk amik gambar family yg betul2 'cantik' agak payah hehe..abid plak merengek nak tido dah











 dua beradik yg jauh dirindu dekat cari pasal hehe



 anak2 dara saya:)



 muafah yg pantang nampak makanan..tambah pulak rambutan mmg favourite dia huhu



 @4months old~my bodyguard..terlena sudah:)