Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Lilypie - Premature Baby

Lilypie - Premature Baby

Tuesday, February 17, 2015

5th pregnancy: Detail Scan+3D/4D Adik Baby+Gender Little A.M

Assalamualaikum w.b.t,

Alhamdulillah harini kandungan dah berusia 39w3d..baby A.M masih lagi seronok bergolek2 dalam perut ibunya ni..ibunya ni pulak yang xsabar2 nak bersalin dek ketidaklaratan dah nak membawa diri hehe..xpe itulah nikmat yang Allah berikan kepada wanita yang hamil..lepas ni mesti rindu saat2 macam ni..entah bila pula diberi peluang untuk kembali merasai detik2 pahit manis bergelar ibu mengandung:)..lepas ni memang dah kena amik family planning betul2 dah..no more planning sendiri sendiri memang xleh success punye huk huk..apapun semoga Allah memurahkan lagi rezeki kami selepas ini sebab hasrat en.suami nak anak ramai:)..tapi buat masa sekarang biarlah badan ni berehat dulu ye bie:)

kali ni nak share pasal detail scan baby A.M yang kami buat masa kandungan berusia 25 minggu..macam biasa setiap kali pregnant rutin ni adalah wajib bagi kami suami isteri..tambah pula abid dah ada history heart problem lagilah doktor galakkan untuk buat..sejak dari awal saya tahu pregnant lagi masa umur abid 3 bulan++ perkara pertama yang merisaukan saya ialah bimbang sekiranya baby kali ni juga menghadapi masalah yang sama dengan abid..ye lah salah satu faktornya adalah jarak kehamilan yang terlalu dekat..kemungkinan untuk sejarah tu berulang ada..(Nauzubillahiminzalik)..

so bila kandungan berusia 23-24 minggu, saya dirujuk ke hospital putrajaya untuk buat detail scan..pada masa tu doktor hamidah yang buat detail scan beritahu satu perkara yang betul2 menjadikan kerisauan saya menjadi kenyataan..dia cakap baby ada jantung berlubang (VSD)..Allahuakbar saya tak tahu nak explain perasaan ni macam mana..tapi dia xleh confirmkan lagi keadaan tu mcmana sebab dia minta kami buat detail scan sekali lagi kat luar..maksudnya buat sendiri kat private or mana2 hospital yang berkaitan..saya dan en.suami buat keputusan untuk buat kat klinik maria as usual..tapi bila call klinik maria tarikh terdekat untuk detail scan dah full..saya yang masa tu dah terlalu risau dan xsabar untuk mengetahui keadaan baby terus google cari klinik2 lain yang terdekat dan ada sediakan perkhidmatan detail scan ni...

alhamdulillah dapat booking klinik as-salam seksyen 7 bangi..walaupun harganya agak mahal sikit (RM220) tapi saya xkisah asalkan keadaan baby A.M dapat diketahui sebaik mungkin..tiba masa yang dijanjikan doktor terus buat detail scan..pun sama berita seperti yang diberitahu oleh doktor hamidah..ada VSD tapi kali ni kerisauan semakin bertambah bila doktor beritahu yang dia nampak baby A.M ada 3 bilik jantung sahaja which is manusia normal ada 4 bilik jantung...tapi doktor pun xconfirmkan lagi dan saya minta surat rujukan untuk ke ppukm sebab dah biasa kat sana...

dari situ saya dirujuk ke ppukm sekali lagi dan melalui prosedur yang sama macam abid dulu..sampai masa untuk buat detail scan kami dapat sonographer yang sama macam abid dulu dan kali ni dia pun pregnant jugak hehe..mula2 tu dia cakap eh macam pernah jumpa sebelum ni..bkn ke awak baru bersalin bulan 3 haritu (eh dia ingatlah pulak bila saya bersalin hehe)..pastu dia cakap xpe la dah rezeki:)...

masa buat detail scan ni ada 3 orang yang memerhati..sonographer, doktor dan seorang lagi tak tahulah position apa..dalam masa scan tu dia kami duk pot pet jugaklah..ye lah sebab dah kenal kan..tapi dalam hati berdebarnya hanya Allah yang tahu..berdebar menantikan apa keputusan scan kali ni..at first dia scan bahagian2 badan yang lain macam brain, kidney, tulang peha, spine dan lain2 bahagian termasuk gendernya sekali..then sampai part yang sangat dirisaukan iaitu jantung..lama dia duk scan jantung..saya dah dap dip dup dah..kemudian dia cakap "cantik je saya tengok flow dia ni, ada  4 chamber......"

lepastu dia tunjuk ke doktor disebelah dan doktor pun cakap nampak ok je jantung baby..pastu sonographer dengan doktor ni pun cakapla bahasa medic sesama diaorg..dan last sekali dia cakap.."In Shaa Allah setakat yang kami nampak ni dengan 3 pasang mata yang melihat ni baby nampak sihat..jantung baby normal presentationnya..yang lain2 pun nampak ok..In Shaa Allah kami doakan baby puan sihat"...

Alhamdulillah sebaik saja dengar team doktor cakap mcm tu rasa lega dan syukur sangat2..dan saya try2 request dengan doktor boleh x nak tgk wajah baby dalam 4D..ye lah biasa hospital goverment ni scan 2D je..nasib baik sonographer sporting last2 dapat jugak tengok wajah baby A.M (macam saya masa ni hehe)..masa buat kat as-salam baby malu nak tunjuk muka kali ni dia bagi tengok dah:)

apapun saya harapkan agar baby A.M lahir dalam keadaan yang sihat sempurna nanti..semoga Allah makbulkan..aamiin...








tengok tu pemalu sungguh adik ni:)


nampak sipi-sipi je:)




eh lupa plak nak bagitau gender baby A.M hehe..In Shaa Allah kali ni kami dapat baby girl lagi:)..xpe lah dah ada abid peneman ayah g masjid nanti..dah ada anak lelaki dan perempuan ni dah cukup bersyukur dah..apa yang penting baby A.M sihat walafiat...aamiin






Tuesday, February 10, 2015

5th pregnancy: 38 weeks&menunggu hari

Assalamualaikum w.b.t,

alhamdulillah diam tak diam dah 38 weeks saya mengandungkan adik baby A.M ni..syukur kepada Allah kerana diberikan kesihatan yang baik sepanjang mengandung kali ini..dari anak pertama hingga sekarang tak pernah mengalami pengalaman alahan cuma masalah utama saya setiap kali mengandung adalah berat badan yang berlebihan huhuhu..itulah juga punca yang menyebabkan saya kena minum air gula 2x sepanjang mengandung..cuma kali ni tambah lagi satu faktor iaitu ada history anak yang mengalami masalah jantung..so doktor nak tahu samaada diabetes adalah penyebab abid ada CHD (congenital heart disease)..tapi alhamdulillah setakat ini saya masih lagi bebas diabetes, xtahu la di masa2 akan datang mcmana sebab saya jenis yang suka makan manis2..risau jugak sebenarnya ni..tambah2 setakat mengandung ni memang makanan manis adalah favourite saya tak kira mengandung anak lelaki ke perempuan..kena control makan la nampak gayanya lepas ni..

kalau diikutkan hati ni rasa macam tak larat dh nk dtg keje..ofis baru pulak agak jauh sikit dari rumah..pastu kat ofis ni kena banyak berjalan jugak sebelum sampai ke bilik..dengan sakit sana sini biasalah kan dah sarat2 ni hehe..kalaulah cuti bersalin saya byk lagi memang saya dh amik cuti awal ni..mungkin sebab jarak mengandung dekat2 yang menyebabkan stamina saya agak menurun kali ni..mudah sangat rasa penat tambah dengan abid yang tengah melasak..abid plak sekarang ni makin manja nak berdukung je kejenya...kalau tak dukung mulalah merajuk cebek muka pastu nangis huk huk..biasalah ragam orang nak dapat adik:)

kalau sebelum2 ni untuk kelahiran normal (muafah dan abid) keduanya saya dah selamat bersalin semasa kandungan berusia 39 minggu..kali ni tak tahula mcmana sebab setiap anak berbeza patternnya..cuma kali ni saya lebih berdebar menantikan saat kelahiran sebab dah tahu mcamana sakitnya rasa contraction tu dan yg paling buat saya seriau saat2 kena jahit huhu.pengalaman melahirkan abid dulu doktor tersalah jahit menyebabkan jahitan tu dibuka semula dan kena jahit balik hidup2 tanpa bius...meraung jugalah saya waktu tu huhu..walaupun dalam hati ni rasa tak sabar je nak bersalin hehe..semoga Allah permudahkan urusan kelahiran kali ini...aamiin..

saya selalu bagitau en.suami perasaan takut saya nak menghadapi sakit bersalin ni..dan en.suami suruh saya amik epidural kali ini..ye lah berdasarkan pengalaman melahirkan abid 11 bulan yang lalu, sakit contraction berganda2 bilamana saya kena masuk ubat untuk kuatkan contraction sebab masa tu kepala baby masih lagi tinggi so contraction pun xkuat sangat..nurse pun masukkanlah ubat untuk bagi jalan cepat terbukak tapi Masya Allah sakitnya hanya Allah yang tahu..sangat berbeza dengan 'sakit normal' masa melahirkan muafah..tapi entahlah kadang tu terdetik jugak nak amik epidural tapi bila baca side effectnya rasa tak nak pulak..apapun saya harap kelahiran kali ini dipermudahkan dan selamat semuanya..kita hanya merancang Dia jua yang menentukan...

adik baby pun nampaknya masih selesa duk dalam perut ibunya ni..mengeras dan mild contraction tu dah ada cuma tanda2 betul nak bersalin tu belum ada..ternanti2 jugak kali ni apa tanda2 saya nak bersalin..minggu depan dah masuk 39 minggu..adik baby kalau boleh keluar selepas hari sabtu ye sebab hari sabtu tu ayah nak bawa kita g makan steambot dulu..haritu makan kat picc xpuas hati n xberbaloi..indah khabar dari rupa huhu..so ayah nak bawa makan kat maeps pulak..memang kat situ puas hati makan walaupun dah naik harga..so kita makan puas2 dulu ye sayang baru kita jumpa In Shaa Allah...


dear baby A.M,

walaupun kehadiran kamu di luar jangkaan ibu dan ayah, tapi ketahuilah sayang saat disahkan kamu hadir dan membesar dalam rahim ibu, saat itulah timbul rasa kasih dan sayang sebab ianya adalah lambang cinta ibu dan ayah..

saat kamu semakin membesar hari demi hari dan mula menendang2 dari dalam membuatkan ibu dan ayah tidak sabar untuk menatap wajahmu dan memeluk erat tubuhmu..

keluarlah kamu dari perut ibu dalam keadaan yang selamat dan sihat sempurna...ibu ayah, kakak aisyah, kakak muafah dan abang abid semuanya menantikan kehadiranmu sayang...


Monday, February 9, 2015

Diari Jantung Abid: dirujuk ke PPUKM

Assalamualaikum w.b.t,

sebaik saja mendapat surat rujukan dari doktor maria, kami suami isteri terus ke PPUKM hari yang sama..dengan tak tahu jalannya kami main redah je..almaklumlah kedua-duanya jakun dengan jalan di bandaraya ni hehe..nak sampai ke PPUKM dari putrajaya pun dekat 3 jam duk pusing tempat yang sama huhu cabaran betul..lepas tanya orang sume alhamdulillah sampai jugak ke PPUKM..sampai kat kaunter O&G terus daftar dan nurse bagi satu tarikh untuk datang checkup seterusnya..

4 hari kemudian saya dan en.suami hadir untuk temujanji antenatal pertama di PPUKM..prosedur kat sini, 1st visit kena scan dulu dengan sonographer barulah tunggu giliran untuk jumpa doktor..sebaik saja no giliran dipanggil, kami masuk ke bilik ultrasound dan sonographer tanya serba sedikit pasal kandungan pada masa tu..then dia terus scan baby dan katanya dia xboleh nak conclude apa2 pasal jantung abid sebab kedudukan abid masa tu xberapa cantik..so dia akan refer untuk buat detail scan di tingkat 1 pada tarikh lain..masa buat scan kat sini umur kandungan 25 minggu..

lepastu tunggu giliran jumpa doktor pulak..alhamdulillah kesihatan saya baik2 saja..hb, bp sume ok..kemudian dia kata nanti unit foetal maternal akan telefon bagitau tarikh untuk buat detail scan..dapatlah mc haritu hehe..yang bestnya kat sini, doktor akan tanya nak mc ke time slip..of course la saya mintak mc sebab checkup pun kadang2 pukul 2, 3 petang baru selesai..kadang-kadang tu kita tak mintak pun tapi dr bagi jugak mc:)...patient kat sini ramai sangat..nak balik ofis semula pun kadang dah pukul 4 lebih baru sampai..so alang2 kita mc terus:)

seminggu kemudian, kami ke PPUKM untuk detail scan..sonographer yang sama buat scan..dan alhamdulillah pada masa tu doktor pakar kardiologi kanak-kanak iaitu doktor yong junina (sepanjang scan kat sini memang dia akan pantau untuk bagi diagnosis) ada masa free dan dia ada bersama2 sepanjang sesi detail scan dilakukan..dari situ dia explain keadaan jantung abid..

pada awalnya, dr yong bagitau yang ada lubang besar pada jantung abid..Ya Allah rasa satu demi satu dugaan yang Allah bagi..masa detail scan kat klinik maria, doktor xada cakap pulak yang abid ada jantung berlubang..kemudian dia lukiskan secara ringkas defect pada jantung abid..tapi alhamdulillah pada masa tu dia cakap size bilik jantung abid adalah equal..so maksudnya abid bukanlah mengalami "hypoplastic right heart syndrome"..lega dah kat situ tapi bila dikhabarkan yang lubang pada jantung abid agak besar, kami jadi risau balik..dr yong cakap dalam sebulan lagi kita akan repeat scan sebab masa tu abid dah besar sikit dan lebih jelas nak tengok jantungnya..

masa usia kandungan 30 minggu, sekali lagi dr yong scan jantung abid dan dia bagitau setakat ni apa yang dia nampak masalah abid hanyalah jantung berlubang sahaja (VSD)..dan dia cakap dia xperlu booking NICU untuk abid sebaik lahir nanti dan saya boleh rooming-in dengan abid lepas bersalin nanti..alhamdulillah lega rasa bila dr yong bagitau macam tu..tapi perasaan risau tetap bersarang dalam hati ni..saya ada juga bertanya dr yong samaada kelahiran abid nanti bolehkah secara normal delivery@c-sect..dia cakap xda masalah kalau nak bersalin normal..syukur..

so selepas 2 kali appointment detail scan dengan dr.yong, saya continue checkup di O&G sampaila minggu2 terakhir sebelum abid lahir..dalam masa yang sama juga kena continue checkup di KK Presint 9..

saya ada bertanyakan doktor apa punca yang menyebabkan abid mengalami masalah jantung..doktor cakap mungkin disebabkan keturunan, ibu yang menghidap diabetes, jangkitan kuman rubella dan selebihnya adalah unknown factor..tapi pemakanan bukanlah penyebab CHD...

nak kata keturunan, xda pulak, nak kata diabetes dah 2 kali buat mgtt alhamdulillah result sume normal, rubella pulak xda..akhirnya kami terima ini semua adalah qada dan qadar dari Allah S.W.T..semoga ada hikmah disebaliknya..


to be continued..




Friday, February 6, 2015

Diari Jantung Abid:detik-detik awal penyakit abid dikesan

Assalamualaikum dan Salam Jumaat,


Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang, akhirnya jari jemari berjaya juga menaip di keyboard untuk mula mencoretkan kisah perjuangan abid anak ketiga kami yang ditakdirkan mengalami Congenital Heart Disease (CHD) yang mula dikesan sejak berusia 25 minggu dalam kandungan..tujuan saya menulis di sini adalah untuk berkongsi pengalaman dan pengetahuan mengenai CHD kerana semasa mengandungkan abid, saya selalu google pengalaman ibu ayah yang mempunyai anak yang mengalami masalah jantung sejak bayi lagi tetapi amat sedikit info yang saya dapat..so harapnya dengan adanya coretan ini mampu membantu parents di luar sana yang mempunyai anak yang mengalami masalah jantung ini..

coretan pertama dimulakan dengan kisah bagaimana kami mengetahui abid mempunyai 'heart problem'..seperti biasa untuk anak-anak sebelum ni setiap kali mengandung kami akan buat 'detail scan+4D' dengan tujuan utama untuk mengetahui perkembangan anak yang dikandung samada sihat ataupun tidak..kalo orang lain buat scan untuk tahu gender baby n nak tgk baby secara live tapi kami letak perkara tu no.2..sebab kami lebih beri perhatian kepada perkembangan keseluruhan bayi dalaman dan luaran supaya kami lebih bersedia dengan sebarang kemungkinan (seboleh2nya minta dijauhkan)..

dan seperti biasa pilihan kami untuk buat detail scan kali ni di klinik maria alamanda dengan kos sebanyak RM200 (detail scan+3D4D)..temujanji dibuat semasa kandungan berusia 25 minggu.. (waktu terbaik untuk buat detail scan ialah 20-28 minggu) so kami amik tengah2:)..sampai waktu yang ditetapkan saya, en.suami dan ma (kebetulan waktu tu family datang sini) ke klinik maria..sebaik saja nama dipanggil masuk saya dan en.suami masuk ke bilik scan..dapat sonographer yang sama masa muafah dulu hehe..sebaik saja prob diletak atas perut, sonographer mula tunjukkan satu persatu bahagian tubuh baby..dia check brain, spine, kidney dan sumenya..sambil2 tu dia turn ke 4D picture n nampakla muka abid:)..nasib baik position abid cantik bolehlah nampak keseluruhan muka..tapi xnampak chubby lagi sebab baru 25 minggu kan..then sonographer check jantung abid..agak lama dia duk godek2 jantung abid..last2 dia cakap xnampak jelas sangat bahagian jantung dan dia kata xpe lah kita tengok gender dia dulu..alhamdulillah terpampang jelas gender abid..en.suami dah senyum sampai ke telinga dah huhu..pastu sonographer suruh saya g jalan2 dulu pastu baru masuk balik..so saya dengan en.suami g ronda2 sekejap dalam alamanda..

dalam 15 minit kemudian kami masuk balik dan sesi scanning diteruskan lagi....sonographer check detail jantung abid..dalam 15 minit jugakla dia duk tengok jantung saja..last2 dia tanya "anak sebelum ni ada masalah apa2 tak?"..saya cakap la xda..saya dah mula rasa ada sesuatu yang xkena bila dia tanya macam tu...then dia cakap..

"dari apa yang saya nampak ni, jantung baby macam ada masalah..saiz bilik jantungnya xsama..sebelah kanan kecik dari sebelah kiri..kalau istilah perubatan kita panggil 'hypoplastic right heart syndrome'..masalah ni jarang berlaku dan agak complicated..saya cadangkan puan buat detail scan sekali lagi untuk pastikan betul2 apa masalah yang sebenarnya"..namun alhamdulillah organ-organ yang lain normal...

bagaikan batu besar menghempap kepala bila sonongrapher explain berkenaan jantung abid..tapi saya cuba kuatkan semangat untuk terima apa saja kemungkinan yang mendatang..then kami consult dengan doktor maria..dia explain pasal penyakit ini dan kebetulan anak saudaranya pun mengalami masalah yang sama macam abid..adiknya kena berhenti keje sebab kena fokus untuk menjaga anak saudaranya itu..dan doktor meramalkan jangka hayat anak saudaranya xlama..bila dengar cerita doktor maria tu macam2 perkara mula bermain2 dalam fikiran..adakah saya pun kena berhenti keje jugak untuk jaga abid nanti, mampukah kami menjaga abid dengan baik sedangkan dalam masa yang sama perlu fokus pada aisyah dan muafah juga..Allahuakbar rasa xberpijak di tanah je masa tu..ye lah selama ni duk dengar dan baca kisah orang lain je kali ni terjadi kat diri sendiri..kemudian doktor maria buat surat rujukan dan tanya kami mahu ke hospital mana samada PPUKM atau PPUM sebab kat sana je ada foetal maternal unit...

bila difikirkan jarak kedua2 hospital ni kami pilih untuk rujuk ke PPUKM which is yang paling dekat dgn rumah walaupun tahu jalan nak ke sana memang selalu sesak..sebab bila tanya hospital putrajaya doktor maria kata kat sana xada cardiology paeds..so dari situ bermulalah rutin checkup di ppukm yang menuntut pengorbanan masa kami kerana terikat dengan banyak temujanji klinik dan hospital...









 abid@25 weeks:)

 4 chamber heart~masa ni detect saiz bilik kanan kecik dari sebelah kiri




to be continued....

Thursday, February 5, 2015

stok barang keperluan anak-anak

Assalamualaikum w.b.t,

bila mempunyai anak yang jarak dekat2 ni dan masih lagi menggunakan keperluan yang sama, setiap bulan saya dan en.suami akan survey kedai2 yang menawarkan harga yang murah..ye lah anak sume tiga orang so kuantiti yang perlu dibeli adalah tripple..setiap bulan keperluan yang memang wajib dibeli ialah susu (dumex dupro&dugro), diapers, wet tissue dan pencuci botol..yang dibeli 2@3 bulan sekali biasanya pencuci baju, puting botol dan lain-lain..antara kedai pilihan kami ialah:

1. Manjaku Bangi

di sini biasanya kami akan beli diapers (drypers), wet tissue dan pencuci botol..harga drypers kat sini biasanya dalam range RM33.90..kalo ada promosi dapatlah harga RM30.90@31.90..sekali sekala dapatlah RM29.90 tapi tu  pun memang rare sangatlah..baru2 ni g tengok harga drypers dah jadi RM34.90..hrmm belum gst dah naik harga ye..pernah jugak cuba bertukar ke jenama lain yang lebih murah macam onwards, whoopee dan sebagainya tapi kualiti xsama macam drypers..pelekat mudah tanggal dan cepat bocor..ini pengalaman saya dan anak2 la..lain orang lain pendapatnya..lagi satu saya perasan walaupun harga yang ditawarkan jauh lebih murah dari drypers tapi kuantiti dalam setiap pek adalah kurang dari kuantiti drypers..contohnya untuk drypers saiz M satu pek besar ada 80 keping (RM30.90-RM34.90), kalo jenama lain ada yang 56, 64 dan harga dalam range RM25-RM30..so kalo kira by sekeping tu lebih kurang sama je kan harga dia..so mehla kita main matematik dulu sebelum beli hehe...

susu pulak tiga2 anak minum dumex..abid minum dupro, muafah dugro 1-3 tahun dan aisyah dugro 3-6 tahun..harga untuk setiap kategori ni pun xsama..untuk susu umur 1 tahun ke bawah memang mahal sikit..susu muafah dan aisyah pun kadang dapat harga sama kadang harga berbeza..tapi start penghujung tahun lepas kebanyakan susu formula dah naik harga..kalo dulu dekat econsave bangi masih lagi dapat harga RM18-RM20 kalo time promosi..sekarang ni paling murah pun dapat RM22.90..susu abid pulak RM27-RM29 satu pek..keperluan sebulan untuk abid 6 pek, muafah 6 pek n aisyah pun 6 pek..total sebulan dalam 18 pek susu kena beli..anak2 pulak jenis peminum susu tegar huhu...sebab tu lah kami sanggup ke beberapa tempat semata-mata untuk dapatkan harga yang lebih menjimatkan..kalo setakat nak beli 1-2 pek je kami xkisah..ini 18 pek setiap bulan..


2. Pasaraya Grand Union, Serdang

ada satu tempat yang saya nak kongsi dengan kawan2 sume yang berada di sekitar bangi, serdang, putrajaya dan sri kembangan..iaitu pasaraya grand union di serdang..saya xtahu nak tunjuk map camana tapi tryla tanya en.google ye hehe..en.suami yang selalu datang sini sebab dekat dengan sekolahnya..biasanya harga susu dumex kat sini antara yang termurah berbanding tempat lain termasuklah mydin..tapi harganya pun ikut masa jugaklah bukan setiap masa murah..so bila tengok harga yang murah berbanding biasa memang kami akan beli untuk stok 2-3 bulan akan datang...selain dari tu, barang2 lain pun memang murah berbanding pasaraya lain..so apalagi jomla serbu grand union huhu...

3. Pasaraya Darussalam, Presint 9 Putrajaya

kat sini drypers memang murah jugak dalam RM31.90..salah satu pilihan tapi kami lebih suka beli di manjaku sebab biasanya akan dapat free gift kalo beli banyak hehe..tapi kalo xda tempat lain dah memang beli kat sini la jawabnya..sampaikan abang ipar yang duk kajang pun datang beli kat sini hehe...

 bila dapat harga murah beli banyak terus untuk stok..at least dh jimat untuk 2-3 bulan


 borong di expo midvalley

baru2 ni grand union nak habiskan stok yang pek lama..harga RM39.95 untuk 2 pek dan dapat lagi percuma 350 gm untuk setiap 2 pek tu...berbaloi kan?so jadilah mcm gambar kat atas ni..tu pun kalo boleh en.suami nak borong 1 rak tu..orang yang tengok mesti ingat kami berniaga huhu..kalo beli mcm ni In Shaa Allah mampu bertahan 3-4 bulan..dah save berapa dahtu...


Wednesday, February 4, 2015

maternity&children expo mid valley 21-23 Nov 2014

Assalamualaikum w.b.t,

nampak sangat banyak masa free kan sehari 2,3 entry hehe..tengah ada mood nak menulis ni baik tulis cepat2..kang dah hibernate balik berhabuk bersawangla blog ni hehe..ok lah kali ni just nak cerita pasal kunjungan ke maternity&children expo bulan 11 tahun lepas..punyalah lama peram baru nak story:)..orang muka expo mcm kami ni memang tiap2 tahun xlepaskan peluang untuk meredah lautan manusia kat midvalley dalam keadaan perut memboyot ni semata2 nak cari barang2 anak dengan harga yang menjimatkan..tapi biasanya saya dan en.suami hanya pegi expo yang diadakan di midvalley sahaja..tempat lain xpernah pegi kecuali sacc..kalo dekat pwtc sume xpernah sampai sebab tak tahu jalan huhuhu..

kali ni pergi dengan adik n adik ipar n bawa abid sorang je sebab masa ni kakaks duk kg..mcm biasa gerak awal dari putrajaya..sampai midvalley parking still byk sampai pening nak park keta kt mana sebab masih byk yg kosong hehe..naik tingkat 3 tengok2 dah ramai orang menunggu hall dibuka..lepak2 situ kejap n sebaik saja pintu dibuka terus terjah..orang ramai menuju ke meja free gift tapi saya bo layan sebab ramai sangat Q nye..masuk dalam cari apa yang dah ada dalam list je..tapi saya rasa expo kali ni tak berapa menarik sebab xbanyak booth2 yang mampu menarik minat saya..booth avent pun kecik secoet je tapi dapatlah harga teats natural dengan harga RM25..kalo harga biasa RM31.90..ok la kan beli banyak dapat jimat sikit..

booth yang kami aim ialah pureen..kami memang pengguna setia pureen..banyak produk pureen yang kami guna macam wet tissue, pencuci botol, pencuci baju dan baju bajan..tapi kalo time pureen warehouse sale kami tak pernah pegi sebab bila baca review orang ramai sangat time pureen buat sale terus xjadi g walaupun teringin sangat nak pegi sebab katanya harga sangat2 murah berbanding kat expo mcmni..xpe lah yang kat sini pun dah cukup jimat dah..so haritu beli stok wet tissue, pencuci botol, pencuci baju ABD dan baju-baju cik adik baby sikit..pastu jalan2 cuci mata cari mainan untuk anak2 pastu balik..xlama pun kat situ sebab dah target nak beli sekian2 barang..xnak buang masa sebab lepastu kami nak ke rembau pulak ada kenduri kawan en.suami..selesai makan kenduri panjangkan langkah ke melaka pulak huhuhu..last2 malam jugak sampai rumah..penat tapi hati gembira:)


 cik anis, ayah fik, ayah wan and also abid:)


 ramai dah yang menunggu


 my buah hati abid:)


 saya yang xpernah kurus lepas kawin huhu


 my favourite brand:)

free gift..berbaloi kan?



aisyah&muafah~dekat bergaduh jauh dirindu

Assalamualaikum w.b.t...

dah lama tak bercerita pasal anak2 dara saya kan hehe...alhamdulillah kakaks (aisyah dan muafah) semakin aktif membesar..dengan jarak umur setahun memang agak pening nak melayan ragam dua beradik ni hehe..

lumrah adik beradik biasalah kan..kejap baik kejap gaduh kejap tarik rambut pastu berbaik semula..kita kecik2 dulu pun macam tu la kan:)..tapi biasanya aisyah yang jadi mangsa..muafah suka 'buli' aisyah dulu..yang aisyah pulak akan lawan balik last2 meraung dua2..aduh riuh satu rumah..tapi bila diaorang xda sunyilah pulak:(...

aisyah tahun ni masuk 4 tahun (bulan 7) n muafah pulak masuk 3 tahun (bulan 11)..sekejap je rasa anak2 membesar...aisyah alhamdulillah dah petah bercakap muafah pulak baru 2, 3 suku kata boleh buat ayat...tapi mulut memang pot pet..paling xtahan bila kita usik dia, dia akan cakap "a nak awan ayah@ibu@tok ma@ sape2 je yang usik dia (tak nak kawan ayah@ibu@tok ma@sape2 je)...bekeng ckit muafah ni huhuhu..tapi sangat melindungi abid..nampak sangat dia sayangkan abid..tapi kalo dia buat lasak2 kat abid aisyah pulak yang marah muafah...hehehe anak oh anak...

 puteri sulung kami kakak aisyah:)

 aisyah dan muafah:)











ambik angin petang@kg en.suami:)

kisah penyusuan abid

Assalamualaikum w.b.t

bila bercakap tentang penyusuan anak2 hati saya cukup sebak..walaupun saya tahu yang itu semua adalah rezeki Allah namun jauh di sudut hati rasa sedih sebab tak dapat menyusukan anak2 mengikut tempoh yang ditetapkan dalam Islam..paling saya sedih saat menyusukan abid..bukan menidakkan ketentuan Ilahi namun sebagai seorang ibu sudah pasti ingin memberikan yang terbaik untuk anak2...

abid hanya sempat menyusu susu ibu sepenuhnya sehingga umurnya 3 bulan sahaja...di saat itu susu saya merudum dengan drastik sebelum disahkan mengandung lagi..dan disaat susu saya merudum tu la abid mula menunjukkan peningkatan untuk menyusu sebaik sahaja selamat menjalani pembedahan di IJN..masa tu saya pulun memerah namun hasilnya tetap sama dan lama kelamaan semakin merudum walaupun pelbagai cara telah saya buat untuk meningkatkan production..akhirnya saya akur dengan perubahan biologi tubuh..saya tidak boleh mementingkan diri sendiri untuk terus mengejar impian 'mahu fully breastfeed selama 2 tahun' sedangkan dalam masa yang sama bekalan susu abid terpaksa dicatu..akhirnya di saat abid berumur 3 bulan abid telah minum susu formula-dumex dulac (sama macam kakaks dulu)...

hati mana yang tak sedih..dahla abid diuji dengan masalah jantung..seboleh2nya saya nak bagi yang terbaik untuk abid namun saya percaya ada hikmah disebaliknya..saya dan keluarga sangat2 bersyukur kerana abid telah membesar dengan sihat dan aktif sama macam baby2 lain yang sihat sampaikan ada yang tak percaya abid ada masalah jantung..ada satu masa tu abid demam dan kami bawa ke klinik..doktor yang periksa abid tu tak percaya abid baru lepas menjalani major operation..dia cakap tak macam budak sakit jantung pun..alhamdulillah atas nikmat ini Ya Allah..Kau lindungilah anak-anakku dari segala perkara yang tidak baik..Kau sembuhkanlah penyakit anakku Muhammad Abid Muayyad..aamiin...

walaupun abid menunjukkan perkembangan yang baik namun jauh di sudut hati tetap berasa risau akan masa depannya..setakat ini abid masih memerlukan follow up di beberapa tempat iaitu IJN, PPUKM dan Hospital Serdang..kawan2 doakan abid kami sihat sepenuhnya ye..

duhai abid anak soleh ibu ayah..membesarlah kamu menjadi anak yang beriman dan taat pada agama..kami semua sayangkan kamu lebih dari diri kami sendiri..ibu dan ayah sanggup buat apa saja demi melihat kesembuhanmu...tiada apa yang lebih membahagiakan selain melihat senyuman, gelak ketawa dan aksi lincah kamu yang menceriakan hari2 kita sekeluarga..sihatlah kamu dengan kesembuhan yang Allah beri...


 obses dengan buku hehe













Muhammad Abid Muayyad..hero di hati kami semua..hero yang berjuang di meja bedah IJN..kuatnya kamu anakku sesuai dengan nama kamu...Allahuakbar...