alhamdulillah..alhamdulillah..alhamdulillah..november adalah bulan yang sangat istimewa bagi saya kerana pada bulan inilah saya dilahirkan ke dunia oleh bonda tercinta..dan bulan ini jugalah saya melahirkan zuriat kedua saya dan en.suami awfiyah muafah:)..16 november yang lalu genap sudah saya berumur 30 tahun..fuhh dah masuk 3 series dah..makin bertambah usia makin bertambah tanggungjawab dan perubahan dalam hidup..sekarang memegang gelaran sebagai ibu kepada dua orang puteri dan In Shaa Allah tahun depan bertambah lagi ahli keluarga kami..alhamdulillah syukur dengan nikmat rezeki pemberianNya..
lama dah sebenarnya xbercerita pasal perkembangan anak2..maafkan ibu ye sayang2 ibu ayah..tuntutan keje di ofis membuatkan saya agak 'terlupa' dengan 'rumah kedua' saya ni..masa aisyah dulu selalu saya update perkembangannya..masa muafah pula agak jarang saya update disebabkan tugasan di ofis yang banyak menuntut masa saya..nak update di rumah..ermm umpama mimpi dalam mimpila hehe...
ok kita cerita pasal kakak aisyah dulu ye..
alhamdulillah kakak aisyah sekarang dah berusia 2 tahun 4 bulan..syukur aisyah membesar dengan sihat tapi biasalah kan anak2 di umur macam ni memang akan menunjukkan macam2 karenah yang kadangkala agak menguji kesabaran ibu dan ayahnya ni hehe..tambah pulak dia cepat dapat adik memang nampak sangatlah yang dia 'cemburu' dan akan buat apa saja utk menarik perhatian kami..tapi itulah seboleh mungkin kami cuba utk memberi perhatian yang lebih kepada kakak aisyah supaya dia xrasa 'dipinggirkan'..ibu ngan ayah sayang kakak tau...sama macam adik jugak...
hubungan kakak dgn adik???oh yg ni sangat menduga kesabaran huhu..aisyah sangat2 'baik' dgn adik sampai adik selalu menangis..kalau adik buat apa2 atau amik barang2 dia, cepat je dia tolak adik, tarik rambut dan macam2 lagi sambil mulut tu bebel "amboiiii"..memang rasa nak marah sangat bila dia buat adik tapi fikirkan balik aisyah mana faham lagi apa yg baik dan buruk..so memang kena bersabar je la banyak2:)...tapi disebalik garang2 kakak aisyah ni, kami perasan yg dia sangat2 sayang kat adik..ada masa boleh geng sangat2 bergelak ketawa bermain sama2..tapi aisyah pandai bila dia 'buat' adik n kami mcm nak marah dia cepat2 dia tepuk adik n pujuk2 adik balik..takutlah tu hehe..macam ibu ayah xtahu taktik kakak tu huhu...
dari segi percakapan dan kelakuan pula, walaupun dia cakap belum lagi se'fluent' budak2 yg sebaya dengannya tapi alhamdulillah mulut memang xberhenti pot pet pot pet..byk dah perkataan2 baru yg dia boleh cakap tapi aisyah ni agak pelat cikit..kalo dlm bahasa german dipanggil 'telo' hehe..dia xbleh sebut certain2 huruf dgn betul mcm kakak jadi tatak huhu..nak susun ayat setakat ni baru 3 or 4 patah..macam "ibu, nak air juk (ibu nak air sejuk), aisyah nak andi (mandi)..dan macam2 la..
suka menyanyi baa baa black sheep..lompat tinggi2..ummi ummi..kalau mengira pulak..one two three four five six seven...ten terus huhu..abc pun lompat2 kdg2 s, t, u, a, b, c, e, f, o, z...satu, dua, tide (tiga), apat (empat)..imo (lima)..anam (enam)..ujuh (tujuh)..sampai situ je lah sepuluhnya xda hihi
satu perkara yg agak memeningkan ibu ayah sekarang ni...SEMUA benda dia nak buat sendiri..contoh nak buat susu..dia g amik chair pegi dapur amik botol sendiri dkt rak..tekan air sendiri n tuang susu sendiri dalam botol..kalo tanya nak buat apa, dia jawablah "aisyah nak susu"..dah siap tutup botol sume dia cakaplah "dah siap"..kalau kita nak basuh pinggan dekat sink pun dia g amik kerusi berdiri atas kerusi nak basuh pinggan jugak..pastu tekan lifebuoy basuh tangan..kalau tgh masak pun dia berdiri atas kerusi nak kacau gulaila nak goreng ikan la..aduh memang bersilat la kat dapur kalo dia xtidur..xpe 2 tanda2 nak tolong ibu ayah la tu ye:)
satu lagi perangai aisyah yg buat kami bertukar jadi 'singa' ialah dia suka bertempik..so kami ajar dia kalo kakak rasa nak marah or nak bertempik sebut "Allahuakbar"..alhamdulillah aisyah cepat belajar..sekarang ni kalo kami tanya.."kakak, kalo nak marah sebut apa"..aisyah jawab "Awwoh abat" (Allahuakbar)..alhamdulillah..so bila dia menjerit ke marah2 ke cepat2 kami ingatkan sebut Allahuakbar..dan dan tu jugak dia sebut Awwoh abat..pastu terus berhenti menjerit:)
cerita pasal potty training pulak, sebenarnya sebelum usianya 2 tahun lagi aisyah dah menunjukkan tanda2 untuk potty train tapi kami xberapa bersedia lagi masa tu huhu..aisyah dah mula xnak pakai diapers..kadang tu bila kita pakaikan seluar, dia tanggalkan balik seluar tu, buang diapers n pakai seluar saja:)..bila nak uk uk (poo poo) dia akan cakap nak uk uk..kalo terkucil pulak memang dah biasa sangat..kadang xsempat nk ke bilik air dah menceceh atas lantai..pastu baru dia cakap "aisyah cing (kencing)"..aduh agak mencabar sebenarnya asyik duk basuh lantai je hihi..so sekarang ni kami dah beli cover toilet tu dan dah ajar dia ke bilik air kalo rasa nak uk uk or kencing..tapi setakat ni masih lagi terkucil huhu..xpe lah saya tahu bukan sehari dua ajar terus pandai kan..akan ambil masa dan kena konsisten..harap2 cepatlah kakak aisyah free diapers ni..amin
yang lain2 saya rasa lebih kurang je kot dgn anak2 seusia dengannya..cuma setiap anak ni berbeza perkembangannya..so xleh nak bandingkan anak kita dengan orang lain:)..cuma satu je la pasal aisyah ni..rata2 yg jumpa aisyah xkisahla kat playground ke shopping complex ke mesti akan tanya aisyah berapa tahun..bila jawab 2 tahun 4 bulan orang yg bertanya tu mesti cakap besarnya dia..ermm kan saya dah cakap setiap anak ni xsama perkembangannya..mcm anak saudara saya baru nak masuk 2 tahun dah fasih bercakap mcm orang tua..aisyah dah 2 tahun lebih pun masih pelat2:)..tapi kan kalo fizikal aisyah besar ni memang ikut ayah la tu huhuhu..
kakak aisyah..dah pandai bergaya dah huhu
aksi panjat grill tingkap..kalau dia buat mcm ni saya suruh dia panjat tinggi2 lagi..last2 dia turunlah hehe
kat IKEA..kemain try test duduk atas katil..xmau turun pulak tu huhu..
naik kuda:)
adik awfiyah muafah @kakak to be...
26 nov ni genap setahun usia adik muafah..cepat je masa berlalu kan..sedar xsedar dah nak masuk setahun puteri kedua ibu ayah ni..alhamdulillah adik muafah membesar dgn sihat dan setakat ni jarang sangat dia demam ke selsema ke..berkat susu ibu kot (alhamdulillah)..adik muafah fully breastfeed selama 11 bulan sahaja:(..xtercapai nak fully bf sampai 2 tahun..sebab hormon menyusu dah 'kalah' dgn hormon mengandung..susu dah berkurang skrg ni tapi saya tetap bagi kalo muafah minta..dia rindu dan saya pun rindu:)..
masuk minggu ni dah 2 minggu muafah on susu formula..sedih memang sedih tapi i have to:(..bila dia hisap memang akan rasa sakit sangat2 tambah pulak susu dah xbyk..dalam masa yg sama saya rasa lega sbb doktor nasihatkan supaya berhentikan penyusuan bila kandungan dah masuk 7 bulan..sekarang ni baby adik dah masuk 24 minggu..tapi sebelum aisyah dapat terima susu formula ni memang banyak dugaannya..nanti saya cerita di entry lain ye..dan saya juga byk baca dalam internet yg mengatakan susu ibu akan berubah rasa bila kandungan berusia 4 bulan ke atas..dan secara automatik anak itu sendiri yg akan menolak utk menyusu dengan ibunya..ermm agaknya inilah yang terjadi dgn muafah kot..tp aisyah baru 2 minggu nak menyusu formula ni huhu..
makan pulak xyah cakapla..pantang nampak makanan..bila xbagi dah pandai merajuk guling2..dah pandai cium pipi kita..kalo suruh mandi cepat2 tarik baju, n nak bukak seluar sendiri..dengar je bunyi air dalam bilik air gedik2 kaki tu nak mandi..2 beradik ni memang pantang ajak mandi selagi xkena paksa keluar selagi tu la duk berendam dalam kolam kat bilik air tu huhu...
muafah masih belum boleh berjalan laju lagi huhu..setakat ni baru 3, 4 langkah je pastu jatuh..turun naik katil dah terror..'mengemas' pun juara..kita lipat kain dia pun 'lipat' jugak..standard la kan:)..'suka' bercakap di telefon..dia amik tel ke apa2 je yg boleh jadi telefon pastu pot pet pot pet (bahasa dia la) mcm bizi sangatla cakap pasal bisnes tu huhuhu..
dari segi kelasakan..yapp memang muafah lagi lasak dari aisyah masa umur dia baya2 ni dulu..aisyah dulu lasak juga tapi lasak jenis sopan..muafah ni memang lasak sungguh sampai ayahnya pun geleng kepala..xpe la dik take your time:)..dah panjat grill tingkap..masuk menyorok dalam kabinet dapur dan macam aksi la dia buat..tu selalu kena marah dgn dengan kakak tu hehe..sebab tu la juga lah dapat gelaran 'kereta kebal ayah'...
oh ye..muafah sekarang dah xnak makan bersuap..semua nak makan sendiri..satu lagi fasa mencabar kami perlu tempuh:)..memang xla rumah nak sentiasa kemas..hari2 kena vacuum, mop lantai hehe..hari2 jugak kena kemas barang2 kat dapur sebab adik muafah ni suka sangat 'mengembara' dalam kabinet dapur..kalau cari kat luar xjumpa carilah kat dalam kabinet..memang syokla dia duk 'mengemas' dalam tu huhu..muafah dah pandai give 5 and babai masa umur 7 bulan..sekarang dah pandai kiss2 orang dan geleng kepala kalau xnak sesuatu..cuma cakap je belum ada yg jelas..setakat papapapaaaa maamaaaa dan bahasa baby tu memang dah bising dah..nak tgk muafah ni sebut ibu ke ayah dulu...aisyah dulu perkataan pertama dia sebut ialah ayah..kecik hati ibu hehe
muafah 11 bulan:)
muafah ni pun terlebih lasak dari aisyah dulu huhu
yeayy..saya dah happy duduk rumah
outing day..suka dua beradik ni dapat naik kete bergerak tu huhu
puteri ayah dan ibu:)
alhamdulillah seronok sangat tengok perkembangan anak2 setiap hari..gelak ketawa menangis menjerit..itulah yang mewarnai kehidupan kami suami isteri..sekarang perasaan xsabar untuk menimang cahaya mata ketiga semakin ketara..tambah pulak baby adik sekarang dah main aktif dalam perut ni:)..perut dah mula membonjol sana sini bila baby adik buat aksi2 akrobatik kat dalam..semoga baby adik membesar dengan sihat sempurna ye sayang..sayang kakak aisyah, adik muafah dan adik A.M..love u so much!!!
No comments:
Post a Comment