Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Thursday, January 11, 2018

I am a happy working mother, walaupun.....

Assalamualaikum W.B.T,

Alhamdulillah, syukur di atas nikmat usia yang dipinjamkan oleh Allah S.W.T dan berkesempatan berada di tahun baru 2018,tahun 2017 telah meninggalkan kita dengan pelbagai memori samada suka mahupun duka....namun yang pasti semuanya ada hikmah dan pengajaran serta panduan untuk menempuh hari-hari yang mendatang....😊😊😊😊

bahagiakah menjadi ibu bekerja

tahun ni In Shaa Allah tahun ke-11 saya dalam perkhidmatan awam,dan tahun ke-8 saya menjadi isteri dan ibu bekerja....seorang ibu yang mempunyai 4 orang cahaya mata anugerah dan amanah dari Allah buat saya dan en.suami....mendidik anak-anak di zaman serba canggih sekarang amatlah berbeza dengan zaman kanak-kanak kita dahulu....di tambah lagi dengan cabaran sebagai ibu bekerja 8.00 a.m -5.00 pm....itu waktu di punch card,belum ambil kira waktu keluar rumah dan sampai di rumah....soalannya, bahagiakah menjadi seorang ibu yang bekerja?

surirumah sepenuh masa vs ibu bekerja

ok sebenarnya dah lama saya berhasrat untuk menulis satu entry berkenaan isu ni....isu yang tak pernah dan saya rasa tak akan ada noktah perbahasannya,namun apa yang akan saya tulis ini adalah berdasarkan pengalaman dan pandangan saya semata-mata selama bergelar isteri dan ibu bekerja ini....kalau ada yang tidak senang hati dengan penulisan saya, boleh klik X yang berwarna merah itu ye πŸ˜‰


pekerjaan yang paling mulia adalah surirumah

hurmm....pernah dengar quote ini????dimana-mana sahaja anda akan dengar dan jumpa perkataan ini....secara peribadi saya agak tidak setuju dengan pepatah ini....jika surirumah adalah pekerjaan yang paling mulia,bagaimana pula dengan kami yang bekerja ni?adakah pekerjaan kami tidak mulia????saya mengambil contoh seorang doktor wanita yang bertugas di hospital/klinik yang sanggup meninggalkan keluarganya semata-mata untuk berkhidmat kepada masyarakat demi menyelamatkan nyawa pesakit,adakah itu tidak dikira mulia?sejauh mana tafsiran 'mulia' itu di pandangan masyarakat....sekiranya memang benarlah surirumah sepenuh masa itu memang pekerjaan yang paling mulia,kenapa tidak disuruh saja kaum wanita semuanya duduk di rumah menjaga anak-anak dan rumahtangga,biar kaum lelaki sahaja yang bekerja....bolehkah begitu?


ibu mana yang sanggup melepaskan anak-anak di bawah jagaan orang lain

ini dilema kami ye wahai insan-insan yang suka bercakap....


 "best la kerja, boleh pakai lawa-lawa....time rehat boleh makan dengan kawan-kawan, kami duk rumah ni nak makan pun terkejar-kejar kadang-kadang tak sempat pun nak makan"....

"penatnya duk rumah dari pagi sampai malam,kerja rumah tak habis-habis"

"kami surirumah ni tak ada orang nak pandang pun, pakai pun selebeh je"


mai sini nak habaq na.....

sebagai seorang ibu,menjadi hasrat dan impian saya untuk mengasuh dan mendidik sendiri anak-anak 24 jam sehari,ingin melihat perkembangan dan pembesaran mereka di depan mata sendiri,namun apakan daya dengan status saya yang bekerja ni memang mustahil untuk mencapai impian tersebut, lalu anak-anak terpaksa ditinggalkan di bawah jagaan pengasuh/taska....hampir 8 jam sehari berjauhan dengan anak,dalam hati sentiasa duk teringat ke anak, anak dan makan ke belum,makan apa hari-hari, sihatkah dia, dah mandi ke belum....semuanya lah....

itu belum tambah lagi jika anak-anak tidak sihat, susah hati dengan keadaan anak satu hal, susah hati sebab kerapkali cuti pun satu hal....itu jika seorang anak yang tak sihat,kalau bergilir-gilir tak sihat lagi lama kena cuti,jujur saya bagitau cuti tahunan saya memang saya peruntukkan untuk anak-anak dan balik kg sahaja, itu pun cuti 30 hari setahun saya rasa tak cukup😌😌😌😌

walaupun bos dan kawan-kawan opis memahami (Alhamdulillah) namun jauh di sudut hati rasa serba salah juga kalau kerap cuti,makin lama cuti makin bertambahla tugas di ofis nanti....en.suami pula agak susah nak apply cuti (syukurlah tahun ni CRK dah tambah jadi 10 hari)....

kadang tu anak-anak belum sihat sepenuhnya dah terpaksa hantar ke pengasuh/taska sekiranya dah beberapa hari saya ambil cuti....gundah gulana dibuatnya, selalu je terlintas dalam hati "bestnya kalau aku tak kerja, boleh jaga anak-anak sendiri bila tak sihat, xperlu pening kepala nak ambik cuti dan sebagainya"....tapi itulah xbaik cakap kalau kan?tapi biasanya terlepas juga cakap 'kalau' hehe....

jadi anda surirumah sepenuh masa memang sangat-sangat beruntung sebab boleh jaga dan didik anak-anak sendiri....bersyukurlah😊


anugerah terindah....Alhamdulillah🌷🌸🌺🌻



saat-saat yang pasti dirindui bila anak-anak sudah besar dan mempunyai kehidupan sendiri


kerja rumah tak habis-habis dari pagi sampai malam

ye ini sangat diakui, kerja-kerja rumah memang tak pernah habis....ada je yang perlu dan nak dibuatnya....tapi anda jangan lupa yang kami ibu-ibu bekerja ni HANYA boleh buat kerja-kerja rumah tu selepas habis waktu kerja...di kala surirumah sepenuh masa boleh laksanakan kerja-kerja rumah tu dari pagi sampai ke petang/malam, kami pula bila dah balik rumah petang tu barulah boleh buat kerja-kerja tu, nak kena memasak, laundry,layan anak-anak, basuh baju lipat baju bla..bla..bla..bla...

macam situasi saya, saya dan en.suami berbeza waktu bekerja,saya keluar rumah di awal pagi,manakala en.suami pula kerja petang,syukur sangat-sangat sebab di waktu pagi en.suami banyak menolong buat housechores macam basuh n sidai baju,mop lantai dan sebagainya....cuma yang mencabar bila balik kerja sebelah petang....saya sampai di rumah paling awal pukul 6.15 petang,anak-anak 4 orang semua saya yang ambik sebab en.suami sampai rumah dalam pukul 7.30-7.45 malam, cuba anda bayangkan dalam tempoh lebih kurang 1 jam setengah tu la saya kena bersilat berkungfu berkaraete nak masak dinner, nak keluarkan pakaian kotor taska anak-anak, nak menjadi 'pengadil' kepada anak-anak yang kejap-kejap "ibu, tengok kakak ni cubit awfiyah"..."ibu adik buat tumpah air"....."ibu, abid laparrrr"....ibu, adik tak nak kongsi main"....ibu itu ibu ini😫😫😫😫

dalam keadaan badan yang penat (penat bekerja+stress layan anak-anak bergaduh dalam kereta haha), terpaksa jua gagahkan diri buat semua tu sebab seboleh-bolehnya bila en.suami sampai di rumah dinner dah siap,rumah dah dalam keadaan kemas dan tenang dan paling penting nak sahut saranan penceramah-penceramah yang mengatakan bahawa bila suami balik dari kerja, sambutlah dengan senyuman yang manis, hidangkanlah air buatnya.....tapiiiiiii seringkali situasi itu tidak menjadi kenyataan😁😁😁😁....macamana nak senyum di kala badan dan otak sudah terlalu penat?dengan karenah anak-anak yang sangat menguji kesabaran,ye lah 8-9 jam berjauhan bila jumpa sudah tentulah masing-masing nak perhatian dari ibunya ni....kita ni dalam fikiran macam-macam nak buat, balik kerja tak sempat nak duduk pun terus sarung 'topi' isteri dan ibu pula....kalau hari bekerja memang semuanya 'rushing'....

itu belum lagi masa dengan anak-anak....waktu malam nak kena pantau anak-anak buat keje sekolah, siapkan beg sekolah,pastikan anak-anak tidur paling-paling lewat pukul 10.00 malam,barulah saya ada masa untuk duduk lunjurkan kaki....

esoknya pula pagi-pagi lagi anak-anak dah kena bangun,siapa yang tak kesian tengok anak-anak kecil yang sedang nyenyak tidur dah kena kejut awal-awal pagi bersiap-siap ke taska, tapi inilah namanya kehidupan....kena keraskan hati dan sematkan dalam hati bahawa ini semua akan berlalu pergi bila anak-anak dah besar dan dewasa, di waktu itu pasti kita akan merindui saat-saat di waktu anak-anak masih kecil (waktu yang sedang dilalui sekarang)....so, nikmatilah saat-saat indah ini πŸ’—πŸ’—πŸ’—πŸ’—....


anak-anak permata hati ayah dan ibu


jadi surirumah tak ada 'life'....dunia hanya dengan anak-anak dan kerja rumah je

life macamana yang dimaksudkan dan diinginkan?adakah dengan menjadi surirumah tak boleh nak berhubung langsung dengan orang luar (family, kawan-kawan)?zaman sekarang zaman teknologi semuanya di hujung jari....facebook,instagram, whatsapp dan macam-macam lagi cara nak berhubung,itu semua hanya alasan penambah perisa....

kalau kata orang perempuan yang bekerja boleh pakai cantik-cantik, habistu surirumah memang tak boleh keluar rumah langsung ke?memang tak ada keluar jalan-jalan/pergi kenduri ke apa ke?dan kalau pergi kenduri kahwin contohnya memang kena pakai kain batik dan t-shirt je ke?so funny....jangan tak tahu kadang-kadang surirumah ni lagi bergaya dari kami yang bekerja ni πŸ˜₯ Allah bagi akal,fikirlah sendiri dimana logiknya ungkapan tu....

surirumah jawatan idaman bagi ibu-ibu bekerja

saya salah seorangnya....tak elok kalau cakap 'kalau' tapi saya terpaksa guna juga dalam entry ni....
kalaulah saya tahu begini mencabar jadi seorang ibu yang bekerja, dari awal kahwin lagi saya tak akan bekerja dan hanya menumpukan perhatian terhadap anak-anak dan rumahtangga....tapi adakah saya tahu takdir dan perjalanan hidup saya di masa akan datang?adakah saya tahu bila jodoh saya?adakah saya tahu saya akan dikurniakan rezeki anak-anak yang ramai dan rapat-rapat?....Allah is the best planner....

kalaulah saya ni bekerja di sektor swasta dan suami mampu menanggung saya dan keluarga, sudah lama saya LETAK JAWATAN!!!!....tetapi jawatan saya sekarang ni adalah jawatan TETAP dan berkhidmat di sektor awam, amat mustahil untuk saya letak jawatan,banyak perkara yang perlu difikirkan,tidak semudah petik jari sahaja....lagipun saya dapat jawatan ini sebelum saya kahwin lagi,untuk apa belajar tinggi-tinggi jika bukan untuk dapat kerja dan membantu keluarga, saya bukanlah dari keluarga yang senang, saya anak sulung dan sudah tentu saya menjadi harapan keluarga untuk membantu adik-adik....dan Alhamdulillah rezeki saya dipanggil temuduga SPA sebaik habis final exam degree, 4 bulan kemudian saya terima surat tawaran bekerja dengan status tetap....syukur sangat-sangat sebab masa tu memang niat nak bantu keluarga terutama ma dan ayah....3 tahun bekerja saya bertemu jodoh dengan en.suami dan dalam tempoh 5 tahun berkahwin kami dikurniakan 4 orang anak....kakak aisyah sekarang 7 tahun, kakak muafah 6 tahun,abang abid 4 tahun dan adik maryam 3 tahun....jarak anak yang rapat-rapat juga sangat mencabar, dari segi perhatian, kasih sayang, ekonomi dan semuanyalah,faham-faham sahajalah kos hidup di bandar yang sememangya tinggi dan sangat menuntut bajet bulanan yang tinggi,tapi itulah bila fikir biarlah bersusah-susah dahulu bersenang-senang kemudian....In Shaa Allah ada manisnya nantiπŸ˜„πŸ˜„πŸ˜„πŸ˜„


fuhhhh lega rasanya dah luahkan apa yang terbuku di hati....bukan niat nak membandingkan cuma nak meluahkan rasa bila sana sini asyik duk canang surirumah itu, surirumah ini.....seolah-olah surirumah je yang penat dan banyak bekorban untuk keluarga....sangat tidak adil!!!!kami ibu-ibu bekerja ni tersangatlah berangan-angan nak jadi fulltime housewife seperti anda,namun mengenangkan komitmen dan juga kos sara hidup sekarang menuntut kami semua untuk sama-sama membantu ekonomi keluarga, walaupun jauh di sudut hati rasa ralat sebab masa dengan anak-anak sangat terhad terutamanya di saat mereka semakin membesar....

namun saya yakin apa saja dalam hidup kita ni Allah dah aturkan yang terbaik....pokok pangkalnya tujuan dan matlamat hidup kita sama cuma jalan ceritanya sahaja yang berbeza....dan sekarang saya sangat bahagia bergelar WORKING MOTHER sebab bila di rumah saya tetap bertukar 'topi' sebagai seorang ISTERI DAN IBU🌷🌷🌷🌷❤❤❤❤


Alhamdulillah....i am happy working mother❤❤❤❤

Friday, October 27, 2017

throwback:maryam pula kena warded~lung infection

Assalamualaikum dan Salam Jumaat,

sambung kisah anak-anak bergilir warded, selasa pagi tu saya dan suami ke rumah kami untuk bersih-bersih dan kemas-kemas apa yang patut,maklumlah rumah yang baru siap pembinaan memang banyak yang perlu dicuci dan dibersihkan....sebab salah satu agenda kami balik kampung kali ni pun memang nak bersihkan rumah sebab kalau ikut perancangan raya nanti nak buat kenduri akikah maryam+doa selamat....bila abid kena warded kami kena tumpukan perhatian terhadap kesihatan anak-anak dulu (Allah sebaik-baik perancang)....bila abid dah discharged, kami curi-curi masa cuci rumah setakat yang mampu....anak-anak semua duduk ngan family saya....dalam duk ralit cuci rumah tu dapat whatsapp dari adik bongsu bagitau maryam demam panas....

memang selama abid duk hospital pun,anak-anak kat rumah dalam keadaan tak berapa nak sihat, kakak aisyah masih lagi batuk-batuk,tak berselera makan, maryam demam on off....dalam pada kami diuji ni syukur juga sebab berada di kampung bersama family, sekurang-kurangya ahli keluarga yang  boleh tengok-tengokkan anak-anak....tak ternilai jasa kalian semua....

 kali pertama


kali kedua


kali kedua adik saya whatsapp suhu maryam 41.3!!!!rasa nak tercabut nyawa....terus siap-siap balik rumah ma,ambik maryam terus pecut ke HUSM....dalam hati duk doa semoga adik maryam tak da apa-apa....ye lah xpernah lagi tu suhu cecah 40 lebih....risau takut sawan je....dalam kereta duk basahkan badan maryam....panas garing orang tua kata :(

sampai HUSM masuk ubat supp sebab suhu tinggi sangat....tak lama menunggu terus nombor dipanggil masuk....story dekat doktor pasal abid n maryam yang demam on off dah dekat seminggu....check darah maryam juga, dalam pada tu heart rate maryam agak tinggi dan doktor check kali kedua, katanya kalau tinggi lagi kena drip air dan kena monitor di wad sementara....bila check kali kedua HR masih tinggi so memang on la drip....masa tu dah dekat nak berbuka dah....mujur adik saya ikut sekali bolehlah tinggalkan maryam dengan ayahnya sekejap sementara saya dan adik  saya keluar cari juadah berbuka (ala kadar je sebab duk runsing ke anak huhu)

 budak tak pernah sakit teruk huhu


 tertidur letih


 bagi makan aiskrim sebab tonsilnya juga bengkak


 tak ada selera nak makan


 cepat sihat ye dik maryam


bertemankan 'adik' hehe



sebaik saja saya kembali ke wad sementera, suami maklumkan yang doktor pakar kanak-kanak dah datang tengok,katanya paru-paru maryam ada bunyi sikit dan hasil dari x-ray memang ada jangkitan sikit....doktor maklumkan tengok dulu malam ni macamana sebab biasanya kalau jadi macam ni kena warded, alahai gundahnya hati bila dengar kena warded tu, tak sampai 24 jam pun lagi abid discharged ni sambung dengan maryam pula....:(....malam tu doktor pakar (yang lain pula) datang tengok maryam dan sebaik saja tengok fail n interview saya dan suami doktor kata better kita warded kan sebab abang dia pun history lepto takut maryam pun sama....suspek lepto juga....x apa lah doktor mana yang terbaik kami ikut asalkan anak-anak kembali sihat....masa tu dah pukul 1 pagi lebih dah rasanya....minta izin dengan dokktor untuk balik sekejap sebab nak hantar adik balik rumah dulu dan nak ambil barang keperluan maryam juga....maklumlah tak sangka nak kena warded juga....suami jaga maryam dulu sebab tengah tunggu dihantar ke wad....dalam pukul 2.30 pagi sampai rumah,ambik barang-barang semua terus pecut sorang-sorang ke HUSM....mata mengantuk sangat tapi tahankan juga....sampai area bukit marak (sesiapa yang tahu, tahulah hihi) dup dap dup dap cepatla sampai cabang tiga....senyap sunyi terutama dekat selekoh batu katak tu huhu....kuat-kuat pasang radio ikim.fm....:D

sampai je di hospital nurse datang maklumkan dah boleh naik ke wad 6 selatan....bermalam la kami kembali di hospital....maryam on antibiotik....1st time dia warded ni....sambung kembali rutin bergilir-gilir berjaga di hospital....

hari jumaat (hari ke-4) saya tanya doktor tak boleh balik lagi ke....doktor cakap belum lagi, masih ada bunyi sikit-sikit dan maryam pun nampak tak berapa aktif so doktor tak konfiden nak bagi balik....alahai dik....petang tu kakak-kakak, abe abid, cik da tok ma n jiran-jiran datang melawat....baru lah nampak ceria maryam bermain dengan abe kakaks dia....nurse yang bertugas pun cakap baru nampak dia senyum....:)

akhirnya hari sabtu tu, saya merayu dengan doktor untuk balik sebab esoknya (ahad) kami dah nak balik putrajaya....selepas check maryam semua Alhamdulillah nampak semakin baik dan doktor bagi discharged....sambung antibiotik di rumah....syukur Ya Allah....

di kesempatan ini saya nak mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga buat:

1. ahli keluarga (belah saya dan suami) yang tidak putus-putus mendoakan dan memberi semangat kepada kami untuk kesembuhan abid dan maryam....
2. para doktor, nurse dan petugas di wad 4 HRPZ II dan HUSM di atas komitmen dan layanan yang terbaik sepanjang abid dan maryam warded di sana....sangat cekap dan efisien....dalam masa 3 jam sahaja dah dapat tahu result darah yang abid positif leptospirosis....semoga Allah memberkati dan merahmati kalian semua di dunia dan di akhirat.
3. kawan-kawan dan saudara mara yang tidak putus-putus mendoakan dan share petua dan tips untuk kesembuhan abid dan maryam....yang tidak jemu-jemu bertanyakan khabar dan memberi semangat di kala diri ini sudah lemah semangat....i love u all....
4. majikan kami yang sangat memahami terutama my boss dan officemate yang banyak memberi semangat dan mendoakan....

doaku semoga Allah memurahkan rezeki, memberikan kesihatan yang baik dan memudahkan segala urusan kalian di dunia dan di akhirat....Aamiin....Aaminn Ya Rabbal Alamin



sekian cerita 12 hari berkampung di hospital....sesungguhnya kita hanya merancang Allah jua sebaik-baik perancang dan menentukan....harapan dan doa saya semoga anak-anak kita semua membesar dengan sihat dan menjadi anak yang soleh dan solehah....Aamiin




p/s: mohon maaf sekiranya terms medical yang saya gunakan dalam entry ni tidak tepat....saya tak berkait dengan bidang perubatan cuma bercakap dari pengalaman sahaja....mohon maaf ye :)

Thursday, October 26, 2017

throwback: abid~kencing tikus@leptospirosis

Assalamualaikum dan Salam Jumaat,

harini saya nak share kisah abid dan maryam yang kena warded pada jun yang lalu....di awal bulan Ramadhan kami sekeluarga diuji dengan anak-anak yang tak sihat....semoga ada rahmat dan hikmah di sebalik semua ini....In Shaa Allah

27 Mei 2017 (sabtu) - 1 Ramadhan

harini adalah hari pertama bulan Ramadhan dan harini juga permulaan cuti sekolah pertengahan tahun selama lebih kurang 2 minggu....kami dalam perjalanan pulang ke kampung kerana cadangnya nak berbuka puasa hari pertama di kampung....jumaat malam sebelum balik kampung tu kakak aisyah demam agak tinggi suhunya....kami bawa ke klinik check darah semua dan doktor mengatakan kakak aisyah ada infection dan doktor bagi antibiotik.....dalam masa yang sama juga kakak aisyah batuk-batuk dan selsema....muafah, abid dan maryam masih lagi sihat cuma ada selsema sikit je masa ni....

Alhamdulillah kami sampai di kampung sebelah petang, syukur dapat berbuka puasa bersama keluarga tersayang....anak-anak lagilah seronok dapat jumpa tok ma tok ayah dan mak-mak saudaranya:)....

28 Mei 2017 (ahad) - 2 Ramadhan

abid dan maryam nampak kurang sihat harini....check suhu memang sah demam lalu kami bawa ke kk bachok sebab ubat demam tak ada....doktor suh check darah juga dan result darah tu normal darah putih ok, platlet pun ok....so doktor bagi ubat demam,batuk dan selsema....petang tu balik rumah belah suami sebab nak berbuka di sana pula harini....abid masih demam on off tapi dia masih aktif bermain cuma susu dan makan agak kurang....maryam pula dedar2 badannya tapi selera makan masih ok....

29 Mei 2017 (isnin) - 3 Ramadhan

Alhamdulillah harini abid dan maryam nampak semakin baik cuma masih lagi ada demam sikit-sikit....hati beransur lega, ye lah bila anak-anak tak sihat ni serba serbi tak kena....risau walaupun hanya demam manja-manja....hati ibu kan....kakak aisyah pun masih lagi ada demam dan tengah makan antibiotik....muafah sorang je yang steady....erkk kalo dia demam lagi haru sebab muafah ni jenis tonsil bengkak....kalau dia demam memang tinggi sokmo suhunya....:(

30 Mei (selasa) - 4 Ramadhan

bangun pagi ni tiba-tiba hati terus berdebar, badan abid panas balik dan dia pun dah tak nak makan minum semua, melepek terus....mula la fikir macam-macam, ye lah macam mana saya tak risau sebab abid pernah kena denggi sebelum ni (tahun 2015)....risau sangat tambah pula kawasan rumah kami di putrajaya ni memang dengue area....dalam tengahari macamtu kami bawa abid ke klinik sekali lagi,check darah ok cuma ada penurunan sikit darah putih dan platelet walaupun masih dalam bacaan normal....doktor tanya tinggal di kawasan denggi ke tak, saya jawab ye....lalu dia suruh pergi makmal dan minta buat ujian denggi....sepanjang tunggu result darah tu hati ni tak payah cakapla....Allah je yang tahu macam mana risaunya saya....doa banyak-banyak harap bukan denggi la....:(....lebih kurang setengah jam result keluar dan Alhamdulillah negatif denggi....tapi doktor kata abid kena refer ke hospital sebab dia nampak letih tambah pula memang tak selera makan....kepekatan darah (Hct) pun 47.0 masa tu....pekat darahnya...doktor tanya nak ke HRPZ II ke HUSM....saya minta ke HUSM sebab dekat sikit dengan rumah....doktor minta tunggu sekejap sebab nak call HUSM dulu tanya ada katil kosong ke tak....tak lama menunggu doktor panggil masuk dia kata HUSM full...kena pergi HRPZ II....ok tak kisahla mana-mana pun sebab masa ni fikir nak abid dapat rawatan yang cepat dan terbaik jah....

lebih kurang pukul 3 petang saya dan abid bertemankan nurse naik ambulan ke HRPZ II....sampai di hospital daftar semua tunggu M.A check n refer ke doktor...doktor yang periksa abid tu kata tonsilnya bengkak mungkin sebab tu lah abid demam....hati sedikit lega bila doktor kata abid demam tonsil jah....bukan apa sebab kalau tonsil In Shaa Allah cepat baik bila dah on antibiotik....tapi memandangkan Hct 47 doktor sedikit risau....pekat sangat tu, sementara tu doktor suruh bawa abid cucuk line sebab nak drip air....abid ni memang jenis payah nak cari line dia...mula-mula M.A yang cuba, 3 kali cuba tak berjaya kiri kanan kena cucuk....pastu H.O pula yang buat, pun tak berjaya....last-last tunggu M.O datang baru berjaya....kali ke-8 cucuk....sian anak ibu ayah....:(


lebih kurang pukul 7 malam baru boleh masuk wad....berbuka la di wad haritu:)


 pagi selasa-abid demam kembali


 kena ambik darah:(


 siannya anak ibu ayah kaki tangan kena cucuk :(


kali ke-8 baru berjaya buat line :(


31 Mei 2017 (rabu) - 5 Ramadhan

doktor pakar datang round, dia cakap abid akan diberikan rawatan sebagai 'dengue patient'....katanya walaupun ujian darah negatif tapi ada juga kes denggi macam ni....Allahu risaunya rasa...dan result darah abid juga menunjukkan penurunan darah putih dan platlet which is memang nampak macam denggi....rawatannya drip air dan kena pujuk abid untuk makan minum....abid masa ni memang terbaring je dia,nak bangun pun tak larat....sedih sangat tengok keadaan abid masa ni, rindu nak dengar suara dia....:(

sepanjang duduk wad ni abid demam on off tapi masa ni demam dia tak tinggi sangat....dalam 37.5-37.9 macam tu lah....hari ketiga (khamis) baru nampak abid gagah sikit nak bangun n minum susu....demam pun nampak macam dah nak baik....sehinggalah hari jumaat tu abid demam semula....

2 Jun 2017 (jumaat) - 8 Ramadhan

pagi ni suhu badan abid kembali tinggi....38.5....hati memang sentiasa tak senang duduk, petang tu lebih kurang pukul 4 petang doktor datang ambil darah abid, saya suarakan kebimbangan kepada doktor tapi jawapan doktor lagilah buat saya bertambah risau...."kami pun risau juga ni" :(....Allah semoga abid tak da penyakit-penyakit bahaya Ya Allah....

lebih kurang pukul 7 malam di saat saya sedang bersiap-siap untuk berbuka puasa, doktor datang ke katil dan bagitau...."puan, anak puan positif kencing tikus (leptospirosis)"....

Allah Ya Allah dugaan apakah ini Ya Allah....2 tahun lepas kena denggi kali ni kencing tikus pula....dari mana datangnya virus-virus ni :(....doktor tanya kami ada pergi mandi kat mana-mana air terjun ke....saya jawab tak ada sebab saya memang jaga bab-bab tu....tak dapat saya fikir kat mana abid kena virus lepto tu, bila doktor sebut kencing tikus dalam fikiran ni mula la terlintas yang bukan-bukan....ye lah siapa yang xtahu bahaya kencing tikus kan?

doktor bagitau kita start antibiotic yang paling kuat untuk abid selama 5 hari....dan doktor juga maklumkan kalau di kelantan ni,kalau kes macam ni ada dua kemungkinan sama ada denggi/atau kencing tikus...ermm saya faham doktor....



 penat :(


 abid kuat ye nak 


 kami semua doakan abid cepat sihat tau


 memenuhi aktiviti sehari-hari :)


 color cantik-cantik ye abid :)


 kawan baik abid-ultraman :D


 berbuka puasa sama-sama :)

Alhamdulillah dah semakin sihat....dah boleh bermain dengan abang kimi (rakan se wad)....moga abang kimi pun cepat-cepat sihat dan boleh balik rumah ye....:)


datang melawat abang....happy tapi dia tak tahu lepastu dia pula yang duduk katil hospital :(



5 Jun 2017 (isnin)

hari ketujuh abid warded,Alhamdulillah dengan izinNya abid dah semakin sihat dan ceria kembali....macam-macam yang kami usaha untuk buat penawar abid, masa di didiagnos denggi kami bagi makan sup ketam, minum jus jambu merah, buah kiwi dan macam-macam lagi walaupun abid xberselera nak makan semua tu....bila positif lepto pula suami buatkan air kelapa direbus bersama dengan serai,ini petua yang ramai duk share....apapun semua dengan izin Allah S.W.T jua....dalam pukul 6 petang abid boleh discharged dengan syarat kena sambung antibiotic di rumah....syukur dapat balik rumah dah....lenguh-lenguh badan tak payah ceritalah duk berulang alik ke hospital bergilir-bergilir dengan suami....cuti yang dirancang hanya seminggu kena sambung cuti lagi....masa ni dah tak fikir ke cuti apa dah,hanya nak anak-anak sihat je...malam ni leganya dapat tidur di rumah dan dapat bersama dengan anak-anak....tapi kelegaan itu hanya sementara bilamana esoknya saya kembali bermalam di wad...kalini dengan pesakit yang lain pula iaitu dik bongsu, maryam....





to be continue....













Tuesday, October 24, 2017

Abid: Speech Delay

Assalamualaikum semua,



sekian lama mencari mood untuk kembali menulis, Alhamdulillah petang ni ada kesempatan masa sedikit untuk menaip di keyboard setelah sekian lama blog ini terbiar sepi tanpa sebarang update :)

kali ni saya terpanggil untuk menulis atau berkongsi serba sedikit pengalaman mengenai anakanda abid iaitu mengenai 'speech delay' yang dialami oleh abid....pernah ada kawan yang tanya macammana saya boleh kesan abid ada masalah perkembangan dalam percakapannya....so here the story


cepat berjalan lambat bercakap

ye, ini ayat yang sering dituturkan oleh orang tua2/yang berpengalaman....biasa kan kita dengar kalau anak-anak lambat berjalan mesti cepat bercakap dan begitulah sebaliknya....abid start berjalan masa umurnya 11 bulan, agak cepat dari kakak-kakaknya yang 'boleh kaki' di usia 12 bulan....agaknya abid tahu yang dia dah nak jadi abang so kena la cepat-cepat berjalan agar ibu ayah tak susah nak mendukung dua baby hehe....bagi yang tak tahu, abid umur 11 bulan dah jadi abang ye, tak sampai setahun dia dapat adik :)

abid anak lelaki pertama saya, dan saya pernah dengar/baca yang anak lelaki agak lambat sedikit dari segi percakapan tak macam anak perempuan....tapi saya ambil pendekatan wait and see sebab saya percaya setiap anak perkembangannya lain-lain....bila masuk je umur setahun abid masih belum boleh sebut apa-apa perkataan pun lagi even word 'nak' pun xboleh sebut, tapi mulutnya memang ada membebel macam baby lain cuma perkataan bermakna tu belum ada lagi....sebulan, dua bulan, tiga bulan dan seterusnya pun masih belum ada perkataan yang jelas dari mulut abid, sehinggalah umurnya 1 tahun 6 bulan baru abid boleh sebut 'nak'....Allah je yang tahu betapa gembiranya saya masa tu, sekurang-kurangya saya tahu abid boleh bercakap cuma lambat....bila orang disekeliling tahu pasal abid, ramai yang cakap biasalah tu kalau cepat jalan lambatla cakapnya, tapi bila saya perhatikan perkembangan bahasa abid saya tahu ada something wrong dengan abid yang mana saya perlu bertindak dengan cepat....kawan-kawan yang sebaya dengannya pun dah mula petah bercakap tapi abid tetap dengan bahasa dia sendiri lagi....masa umur 1 tahun 6 bulan tu follow up di kk dan kena buat test M-Chart tu dan Alhamdulillah abid lulus test tu cuma part bercakap tu yang nurse alert dan minta saya pantau perkembangannya....

umur 1 tahun 8 bulan barulah abid boleh sebut 'bu (ibu) dan aah (ayah)'....dia tak boleh sebut ayah tapi aah je bunyinya....masa tu ditakdirkan abid ada temujanji dengan cardiologist di ppukm, so terus saya minta doktor refer ke Unit Terapi Pertuturan di hospital yang sama, sebelum tu doktor tengok juga perkembangan abid (cara pegang pensil, eye contact etc)....Alhamdulillah perkembangan yang lain memang ikut graf umur cuma bab bercakap tu je yang problem....


 11 bulan....mula berjalan :)



dah jadi abang :)


hearing test (Unit Audiologi)

sebaik saja dapat surat rujukan daripada doktor, saya dan suami terus ke unit pertuturan terapi pada hari yang sama dan dapat tarikh untuk buat ujian pendengaran terlebih dahulu....Alhamdulillah abid lulus ujian pendengaran, dalam erti kata lain kelewatan abid bercakap bukan disebabkan masalah pendengaran....sebab bila anak-anak lambat bercakap ni boleh disebabkan oleh pelbagai faktor dan salah satunya adalah masalah pendengaran....sebaik saja dapat keputusan hearing test kami kembali ke unit terapi pertuturan dan dimaklumkan bahawa tempoh menunggu untuk kelas terapi mungkin mengambil masa dan paling cepat 6 bulan baru dapat giliran....kami ok saja memandangkan abid pun tak sampai umur 2 tahun lagi dan therapist kat situ pun cakap kita bagi masa kat abid mana tahu dalam tempoh menunggu tu abid ada improvement....sebab katanya kanak-kanak yang refer kat situ mostly yang dah umur 2 tahun ke atas....kalau 2 tahun ke bawah masih dikira awal lagi untuk detect "speech delay"....

menunggu giliran

tunggu punya tunggu selepas 6 bulan pun masih belum dipanggil....dalam tempoh tu abid dah boleh sebut beberapa perkataan tapi banyak yang pelat....hanya saya je yang faham maksud/kehendak dia....ayahnya sendiri pun tak faham hihi....tapi much better la dari sebelum ni....akhirnya masa temujanji di klinik paediatric saya pergi tanya sendiri di kaunter unit pertuturan....bila diberitahu dah setahun menunggu nurse check nama abid di buku daftar, rupan-rupanya nama abid 'tercicir'....hurmm xpa lah saya pun tak nak salahkan sesiapa, dan ditakdirkan masa tu therapist ada berdekatan kaunter nurse dan dia cepat-cepat bagi tarikh untuk abid....Alhamdulillah :)



sesi pertama terapi pertuturan abid In Shaa Allah akan saya kongsikan dalam entry seterusnya....doa-doakan mood rajin saya kembali ye :D






Monday, February 20, 2017

Muafah: Septic Arthritis


Assalamualaikum w.b.t,


What Causes Septic Arthritis?

Septic arthritis usually is caused by bacteria that spread through the blood stream from another area of the body. It can also be caused by a bacterial infection from an open wound or an opening from a surgical procedure, such as knee surgery.
In adults and children, common bacteria that cause acute septic arthritis include Haemophilus influenza, staphylococcus, and streptococcus. These foreign invaders enter the bloodstream and infect the joint, causing inflammation and pain.

Septic Arthritis...itulah yang berlaku kepada anakanda kedua saya muafah pada hari raya aidiladha tahun lalu...baru berkesempatan untuk berkongsi pengalaman yang tidak boleh dilupakan di saat umat Islam sedang meraikan hari raya korban...izinkan saya berkongsi kisahnya...

11/9/2016 (ahad)
esok merupakan hari raya aidiladha...kali ni sambut di rumah en.suami dulu..malam ni seperti biasa sibuk dengan aktiviti memasak dan persiapan nak menyambut raya...anak-anak riang gembira bermain dengan sepupu-sepupu...muafah pun masa ni masih lagi aktif bermain..
tengah memasak tiba-tiba muafah datang mengadu lututnya sakit katanya..bila tengok terkejut sebab lututnya bengkak merah macam bisul dan panas..tiba-tiba tak boleh berjalan...jadinya memang malam tu dia duk diam je lah...muafah ni jenis suka simpan sorang-sorang...kalau dia sakit sikit-sikit memang dia tak bagitau orang unless kalau dah betul-betul tak boleh tahan baru dia bagitau..contohnya macam ni lah..sebab tu kami semua tak syak dia sakit sebab dia cergas dan riang je sepanjang hari tu...

12/9/2016 (isnin~raya aidiladha)
selepas solat raya balik ke rumah tok ma dan pergi ke rumah cikda sebab cikda ada buat jamuan sikit di rumahnya...so seharian tu memang duk rumah cikda je...tak ada pergi ke mana-manapun...muafah start dari malam raya tu memang tak boleh berjalan dah...sakit sangat katanya...tetamu yang datang semua pakat duk kata bisul...nanti pecah ok lah katanya..saya tak sedap hati sebenarnya sebab tengok 'lain macam' je bisul muafah ni..sepanjang malam tu memang muafah tak lena tido duk merengek sakit...

13/9/2016 (selasa)
pagi-pagi lagi kami bawa muafah ke klinik 1 Malaysia..klinik tu je yang buka yang lain masih cuti (kelantan cuti 2 hari raya korban)...MA just bagi ubat demam sahaja..memang muafah demam panas masa ni..so bagi ubat demam dulu...memang tak beraya ke mana-mana pun sebab memikirkan keadaan muafah..

14/9/2016 (rabu)
tengok bengkak di lutut muafah semakin merebak ke peha dan betis..area situ rasa panas dan merah...demam muafah pun tak kebah-kebah...pelik pula takkan bisul macam ni..so decide untuk bawa muafah ke HUSM selepas Isya'..pergi bertiga je dengan muafah dan en.suami...sampai sana doktor check dan terus buat xray takut ada patah mana-mana ke...bila result x-ray keluar Alhamdulillah tak ada patah mana-mana...tapi doktor bimbang muafah kena jangkitan dalam sendi yang boleh membahayakan keadaan...kena tunggu doktor pakar datang dulu untuk confirmation dan masa ni doktor dah standby pasang drip siap-siap sebab kemungkinan besar muafah kena warded...terkejut kami masa tu sebab tak sangka sampai kena masuk wad...:(

tertidur menunggu doktor pakar

dalam pukul 1.00 pagi doktor pakar datang check dan bagitau memang ada tanda-tanda infection dalam sendi...kena masuk wad untuk scan dan x-ray sekali lagi untuk tengok sampai mana nanah tu ada sebab takut dan sampai ke sendi..kalau dah sampai ke sendi memang kena operate buang nanah..
dalam pukul 2.00 pagi muafah ditolak ke wad surgical kanak-kanak..malam ni en.suami dulu yang temankan muafah sementara saya perlu balik uruskan kelengkapan muafah dan jenguk anak-anak yang lain..pukul 3.00 pagi gagahkan diri balik sorang-sorang dalam keadaan badan penat dan mata mengantuk...

15/9/2016 (khamis)
lepas uruskan anak-anak (family jaga) saya ke HUSM semula sebab en.suami bagitau pagi ni nak scan lutut muafah...Alhamdulillah sebaik sampai di hospital muafah terus dipanggil masuk untuk scan..hasil dari scan memang nanah tu sangat banyak terutama di kawasan lutut...hitam je nampak dalam gambar...penuh dengan nanah..so doktor decide untuk operate esok pagi (jumaat)...mlm kena start berpuasa pukul 2.00 pagi...teringat masa abid dulu pun kena puasa pukul 2.00 pagi sebelum pembedahan jantung..kali ni muafah pula...2x pengalaman anak kena bedah...:(...harini pun ayahnya yang jaga di wad...saya kena balik sebab maryam masih bf..

16/9/2016 (jumaat)
kami dimaklumkan giliran muafah jam 8.00 pagi...dalam pukul 10.00 pagi masih belum dipanggil lagi...bukan apa kesian kat muafah dah merengek lapar..tunggu punya tunggu dah dekat pukul 12.00 masih belum dipanggil juga..saya terpaksa balik dulu sebab ada hal penting nak diuruskan...baru je keluar dari kawasan parking en.suami maklumkan yang muafah dah ditolak ke dewan bedah...dalam hati duk bayang mungkin doktor tebuk je kot untuk buang nanah seperti kes-kes bisul yang lain..
dalam 1 jam setengah pembedahan selesai...Alhamdulillah semua dah selamat...petang tu saya dan family ke hospital melawat muafah...doktor memaklumkan yang mujur muafah cepat di bawa ke hospital sebab nanah tu dah hampir sangat dengan sendi..kalau dah masuk dalam sendi memang bahaya...syukur Ya Allah...
luka tu doktor belum jahit...disumbat dengan gauze untuk clearkan saki baki nanah yang xhabis keluar...saya sendiripun xtengok lagi lukanya macam mana sebab masih berbalut...
harini juga muafah dapat pindah wad Usains (guna medical card) sebab baru ada katil kosong...Alhamdulillah selesa sikit sebab muafah ni jenis suara kuat tambah-tambah kalau menjerit habis 1 wad dengar suara dia...sekurang-kurangnya tak lah mengganggu pesakit lain...:)


 pecah sendiri sebelum di tolak ke OT


 Alhamdulillah...selamat dibedah



18/9/2016 (ahad)
awal-awal pagi doktor dah datang untuk buka balutan dan tengok luka...saya memang jenis penakut tak boleh tengok luka dan darah tapi gagahkan diri juga tengok sebab anak sendiri kan..tambahan pula saya duk fikir sikit je doktor tebuk...sekali doktor buka terkejut tengok lukanya ternganga macam tu sekali...Allah... terus saya pandang ke lain tak sanggup nak tengok...yang muafah ni pula dia buat-buat berani tengok sekali terus dia dia meraung sambill cakap " ibu lutut muafah nampak isi"...punyalah pujuk dia bagi kerjasama untuk doktor check dan buat dressing sekali...doktor cakap lepas ni kena dressing sekali sehari...aduh...tabahlah duhai anak...

 :(

macam ni lah setiap kali nak dressing...:(


19/9/2016-21/9/2016

setiap pagi muafah kena dressing..setiap kali tu juga lah dia meraung..tengok nurse dan doktor masuk bilik pun dah fobia...ubat antibiotik memang kena makan mengikut jadual..mujur juga dia senang nak makan ubat...paling kesian bila pukul 12.00 malam tengah-tengah tidur kena kejut makan ubat..dalam tempoh beberapa hari ni saya, kakak dan adik bergilir-gilir jaga sebab en.suami dah keje...muafah pun nampak bosan duduk dalam wad...sebab tu lah bila dah selesai dressing semua kami bawa muafah keluar jalan-jalan (naik wheelcair) dan biasanya pergi beli aiskrim kat kedai bawah tu..masa ni layan je lah dia nak makan apa kecuali yang gatal-gatal..cabaran utama masa jaga dia masa ni beratnya 20kg..mak aii sakit pinggang nak dukung dia ke bilik air..kalau malam pakaikan je diaper kat dia..x larat nak dukung huhu


 kakak yang setia menemani...:)





 ceria kawan 1 sekolah datang melawat...adam...:)







 abid dan kakak aisyah setia menemani..:)



 ayah&menantunya...:)


 makan ubat...:)

 ceria orangnya sakit-sakit pun..:)



 yahoo saya nak cepat sihat cepat boleh balik..:)

 my baby...always my baby..:)





nak keluar jalan-jalan...:)

mek jangok..hari-hari minta pakai jubah...bila pakai jubah barulah orang tahu dia gegirl..kalau tak doktor sendiri panggil dia abe...:)

22/9/2016 (khamis)

harini luka muafah akan dijahit...seawal pagi muafah ditolak ke dewan pembedahan..saya menemani muafah hingga ke saat dia dibius..dalam sejam lebih dah siap dan saya dipanggil masuk ke bilik menunggu...masa ni muafah dah sedar sikit-sikit tapi masih dalam keadaan mamai..tapi dalam mamai-mamai dia sempat lagi merengek nak ibu temankan sekali atas katil..bila dia dah stabil semua barulah ditolak kembali ke wad..doktor maklumkan kalau semua dah ok maybe ahad atau isnin nanti dah boleh balik..sampai saja di wad muafah dah minta nak makan tapi doktor tak benarkan lagi..kena tunggu dalam sejam@2 jam lagi baru boleh makan...jenuh pujuk...:)

25/9/2016 (ahad)

Alhamdulillah sebaik selesai pemeriksaan pagi ni doktor dah bagi greenlight untuk balik rumah..tca 2 minggu kemudian..tak sabar rasanya nak balik dah lama berkampung di hospital...(11 hari dalam wad) anak-anak pun dah kerinduan di rumah..lepas ni sambung dressing 2 hari sekali di klinik berhampiran...

masa muafah sakit ni sekali lagi saya ambil cuti separuh gaji selama sebulan...dari cuti raya aidiladha terus sambung lagi sebulan...tapi muafah ni sakit-sakit pun lasak tetap lasak macam biasa...gerun kita yang menengoknya..semoga muafah cepat-cepat baik ye sayang...

di kesempatan ini saya nak mengucapkan jutaan terima kasih buat semua ahli keluarga, saudara mara dan sahabat-sahabat yang banyak membantu dan mendoakan kesembuhan muafah...tak lupa juga kepada para doktor dan nurse di Wad Eksekutif HUSM yang sangat baik dan caring...semoga Allah membalas kebaikan kalian dengan rahmat dan kebaikan jua...In Shaa Allah...

pesanan:

kalau anak-anak terjatuh atau ada luka terutamanya di kawasan sendi, please alert dan pastikan luka tu di rawat sebaiknya...dalam kes muafah ni doktor bagitau kemungkinan besar berpunca dari luka tapi berlaku infection sebab lukanya di area lutut yang memang high risk untuk terjadinya septic arthritis ni..bila flashback balik dia ada bagitau jatuh masa hari sukan sekolah tapi ye lah mana dia nak bagitau kita ni dia jatuh ke apa..kita pun x nampak masa dia jatuh dan tak perasan luka di lututnya tu...harap-harap tak berulang lagi lepas ni...In Shaa Allah...