Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Showing posts with label suami isteri. Show all posts
Showing posts with label suami isteri. Show all posts

Sunday, December 11, 2011

cara menghargai pasangan

Assalamualaikum,

hidup berumahtangga pasti ada pasang surut, pahit manis, suka duka dan sebagainya..bohonglah kalo ada sesiapa yang mengatakan alam rumahtangganya sentiasa happy, manis2 semuanya, xda yang pahit..percaya x?mungkin pada pandangan mata kasar, pasangan itu nampak romantik dan bahagia sekali..dan pada pandangan kita yang melihatnya mesti terdetik dalam hati.."sweetnya mereka, bestnya dapat suami/isteri macam tu, beruntungya dll.."..tapi adakah kita tahu masalah2 yang mereka hadapi dalam rumahntangga mereka, konflik2 yang hadir hingga seringkali menyebabkan berlaku salah faham, rajuk merajuk, saling menyalahkan pasangan dan macam2 lagi..

dulu sebelum kawin saya pun xterkecuali dari berpandangan sebegitu..pantang nampak sweet couple (yg dah kawin ye:P) mesti cakap.."wah untungnya dia..husband/wife dia cantik/hensem, lemah lembut/gentleman, romantik, pandai memasak dll..tapi bila saya dah kawin barulah tahu macamana keadaan yang sebenarnya hehe..ada masa2 manis dan ada masa2nya masam hehe..alam rumahtangga ni sebenarnya banyak yang perlu diteroka..tidak cukup dengan hanya kata2 cinta semata, namun ia menuntut lebih daripada itu..wahh cakap macam dah lama kawin padahal baru je setahun kawin huhu..tapi xkisahlah baru nak kawin ke, baru kawin ke even yg dah lama kawin ke, semuanya xterlepas dari mencari dan terus mencari ilmu2 dan seterusnya mempraktikkan amalan2 yang boleh membawa keharmonian dalam rumahtangga masing2 kan..so disini saya ingin berkongsi ilmu tentang bagaimana cara2 untuk membahagiakan pasangan masing..jom kita tengok..

Penghargaan Kepada Suami
- Selalu berikan senyuman
- Berhias di hadapan suami
- Masak masakan kegemaran suami
- Minta pandangan suami jika ada masalah
- Selalu urut-urutkan suami
- Menjaga maruah suami
- Puji suami di hadapan keluarga atau orang lain
- Berikan hadiah hari jadi
- Pandai mengambil hati suami
- Selalu memberikan sokongan bila suami ada masalah
- Membina hubungan baik dengan keluarga suami
- Minta izin suami sebelum buat sesuatu
- Mohon maaf dengan suami sebelum tidur

Penghargaan Kepada Isteri
- Ingati tarikh-tarikh penting bersama isteri (Hari Ulang Tahun Perkahwinan, Hari Lahir)
- Ingati tarikh kelahiran anak-anak
- Bantu isteri melakukan kerja-kerja rumah (memasak, membasuh & jaga anak)
- Ungkapkan kata-kata cinta sebelum tidur
- Selalu berikan pelukan dan kucupan kepada isteri
- Membina hubungan baik dengan keluarga isteri
- Ucapkan terima kasih apabila bersama
- Selalu memberikan kejutan-kejutan yang menggembirakan
- Selalu berpenampilan segak (sebab suami kacak, orang akan puji isteri)
- Memberikan kemaafan dan memohon maaf andai tersilap
- Panggil isteri dengan panggilan yang manja
- Puji isteri depan anak-anak dan keluarga
- Berikan hadiah apabila isteri anda melahirkan anak

(info: credit to http://www.fitrahpower.com/bagaimana-memberikan-penghargaan)

so kawan2..adakah kita pernah melakukan salah satu dari perkara2 yang disenaraikan di atas?mungkin ada lagi cara lain yang boleh diamalkan..xda salahnya sekiranya ia boleh membahagiakan pasangan kita..mungkin ada diantara kita yang suka bila rasa dihargai (saya pun termasuk dlm golongan ni kot hehe), tapi apa salahnya jika sesekali kita pulak yang menghargai pasangan kita..barulah hidup bertambah bahagia ye tak?hehe..

"sharing is caring"

jom sama2 kita berusaha memperbaiki diri menjadi isteri/suami yang dikasihi dan disayangi:) 

Monday, July 11, 2011

jika isteri menangis

Jika Isteri Menangis 



Jika seorang isteri menangis dihadapanmu,
itu bererti dia tidak dapat menahannya lagi.
Jika kau memegang tangannya saat dia menangis,
dia akan tinggal bersamamu sepanjang hidupmu...
Jika kau membiarkannya pergi,
dia tidak akan kembali menjadi dirinya yang dulu, selamanya!
Seorang isteri tidak akan menangis dengan mudah,
kecuali didepan orang yang sangat dia sayangi, dia akan menjadi lemah!
Seorang isteri tidak akan menangis dengan mudah,
hanya jika dia sangat menyayangimu.
Dia akan menurunkan rasa EGOnya.

Wahai suami2,
jika seorang isteri pernah menangis keranamu,
tolong pegang tangannya dengan penuh pengertian.
Kerana dia adalah orang yang akan tetap bersamamu sepanjang hidupmu disaat kau terperuk terlalu dalam .

Wahai suami2,
jika seorang isteri menangis keranamu,
tolong jangan menyia-nyiakannya...
Mungkin, kerana keputusanmu, kau merosakkan kehidupannya.
Saat dia menangis didepanmu, saat dia menangis keranamu...
Lihatlah jauh kedalam matanya. Dapatkah kau lihat dan kau rasakan SAKIT
yang dirasakannya keranamu ?
Apakah keistimewaan perempuan ini?
Dibalik KELEMBUTANNYA dia memiliki kekuatan yang begitu dahsyat..
TUTUR katanya merupakan KEBENARAN...
SENYUMANNYA adalah SEMANGAT bagi orang yang dicintainya...
PELUKAN & CIUMANNYA bisa memberi KEHANGATAN bagi anak2nya...
Dia TERSENYUM bila melihat temannya tertawa..
Dia TERHARU, MENANGIS bila melihat KESENGSARAAN pd org2 yg dikasihinya...
Dia mampu TERSENYUM dibalik KESEDIHANNYA...
Dia sangat GEMBIRA melihat KELAHIRAN...
Dia begitu sedih melihat KEMATIAN..
TITISAN air matanya bisa membawa PERDAMAIAN.
Tapi dia sering dilupakan oleh SUAMI kerana 1 hal.
Bahawa "Betapa BERHARGANYA dia".