Assalamualaikum W.B.T..
28/2/2010(14 Rabiulawal 1431 Hijrah), kami warga BKP kehilangan seorang insan yang amat2 kami kasihi, sayangi dan amat2 kami hormati..Pn. Hashimah binti Yahya a.k.a kak shima..sungguh aku terkejut menerima berita itu semalam...sungguh tidak diduga arwah begitu cepat meninggalkan kami semua..namun tiada kuasa lain yang mampu menandingiNya...sesungguhnya ajal dan maut adalah ketentuan Dia Yang Maha Esa...
sepanjang aku berada di BKP ni, arwah telah kuanggap sebagai ibuku sendiri begitu juga bagi sahabat2ku yg lain...terlalu banyak ilmu yg dicurahkan, nasihat yg dititipkan dan juga senda gurau yg sentiasa menceriakan aku dan 'Geng2 Bas Sekolah' khususnya dan warga BKP amnya...cakapla apa sahaja topik sekalipun, arwah begitu sporting dalam melayani kerenah kami semua..masih terngiang2 gelak ketawa, senyuman dan kata2 arwah...semasa hayatnya kami selalu mengusiknya sambil bergelak tawa..sungguh aku tak akan lupakan kenangan itu semua..
walaupun arwah dah bertukar ke bahagian lain bbrapa bulan lalu kerana kenaikan pangkat, namun arwah tidak jemu2 melawat kami disini dan kedatangannya sentiasa dinanti2 dan dirindui kami semua...namun Allah lebih menyayanginya...semasa hayatnya kami selalu ternanti2 masakannya terutamanya jeli kelapa dan kari kepala ikan..namun itu semua hanya tinggal kenangan di hati kami semua..dan dengan berbekalkan resipi jeli kelapa yg diberikan arwahlah, aku kini mampu untuk membuatnya sendiri wpun rasanya tidaklah sehebat air tangan arwah..namun aku sangat2 menghargai ilmu yg diberikan itu dan Insya Allah akan kukenang selagi hayat dikandung badan...bila teringatkan jeli kelapa terus aku teringatkan arwah..dan kini tiada lagi teman untuk pergi gym...dan tiada lagi teman untuk diajak bermain badminton...:(
Ya Allah..cucurilah rahmat ke atas roh arwah kak shima dan tempatkannya di kalangan hamba2Mu yg beriman..semoga arwah tenang menghadapMu Ya Allah...dan berikanlah kekuatan kepada keluarga arwah (sebak yg teramat bila mengenangkan suami dan anak2 arwah yg cukup baik dan mesra dengan kami semua) supaya mereka kuat dan tabah menghadapi dugaan ini..dan ampunkanlah segala dosa2 arwah...
walaupun arwah dah bertukar ke bahagian lain bbrapa bulan lalu kerana kenaikan pangkat, namun arwah tidak jemu2 melawat kami disini dan kedatangannya sentiasa dinanti2 dan dirindui kami semua...namun Allah lebih menyayanginya...semasa hayatnya kami selalu ternanti2 masakannya terutamanya jeli kelapa dan kari kepala ikan..namun itu semua hanya tinggal kenangan di hati kami semua..dan dengan berbekalkan resipi jeli kelapa yg diberikan arwahlah, aku kini mampu untuk membuatnya sendiri wpun rasanya tidaklah sehebat air tangan arwah..namun aku sangat2 menghargai ilmu yg diberikan itu dan Insya Allah akan kukenang selagi hayat dikandung badan...bila teringatkan jeli kelapa terus aku teringatkan arwah..dan kini tiada lagi teman untuk pergi gym...dan tiada lagi teman untuk diajak bermain badminton...:(
kak shima.. pergimu tiada ganti... hilangmu tiada lagi penyeri... nasihatmu sentiasa kami ingati.. dan kenangan bersamamu sentiasa di hati...Al-Fatihah...
arwah kak shima..kami sentiasa merinduimu...
kenangan di hari raya BKP 2008