Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Thursday, December 27, 2012

ahlan wasahlan ratu hati kedua ibu&ayah

Assalamualaikum,

alhamdulillah syukur kepada Allah S.W.T kerana saya sudah selamat melahirkan zuriat kdeua kami pada 26.11.2012 (isnin) yang lalu..mohon maaf andai terlewat mengumumkannya disebabkan faktor xleh nak upload gambar sbb dah exceed limit, but now segalanya dah kembali ok..alhamdulillah..sebelum saya kembali aktif berbelog ni, saya memperkenalkan dulu ahli baru keluarga kami:)

 saat2 awal kelahiran..di alam dunia

aisyah dah jadi kakak..sayang adik mmuahh:)

ramai kawan2 yang tertanya2 nama adik aisyah ni..alhamdulillah setelah berbincang bagai nak rak, akhirnya saya dan en.suami bersetuju untuk memberi nama AWFIYAH MUAFAH BINTI MUHAMAD kepada anak kedua kami..awfiyah (berani, kuat), muafah (yang diafiatkan, kesejahteraan)..semoga anak ibu dan ayah membesar dengan sihat, bijak, berani dan kuat menempuh cabaran hidup dan semoga sentiasa diafiatkan dan beroleh kesejahteraan di dunia dan di akhirat..ameen

ok, disini saya coretkan serba sedikit mengenai kelahiran baby muafah..entry penuh kisah kelahirannya akan saya coretkan dalam next entry..Insya Allah:)

nama penuh: awfiyah muafah binti muhamad (nama panggilan muafah, nak panggil awfiyah pun boleh)
berat:3.27 kg
tinggi:55 cm
ukur lilit kepala:34 cm
mod:normal (vacuum assisted)
tempat lahir:hospital putrajaya


pssst: 

impian saya utk muafah lahir pada 16.11 tidak kesampaian, walau apapun sangat gembira bila muafah lahir pada 26.11:)..dekat2 la tu kan..apapun yg paling penting kami berdua akan celebrate birthday pada bulan yg sama..mmuahh sayang anak2 ibu dan ayah:D


Tuesday, November 20, 2012

banyak nak stori tapi xleh upload gambar

Assalamualaikum,

sepanjang seminggu lepas, banyak aktiviti kami sekeluarga..pergi berenang di pullmann, jalan2 ke tanjung malim (makan durian) dan yg paling xdijangka, naik cameron sambut besday kat sana:)..semuanya unplanned!!!mmg banyak yg nak diceritakan kat sini tapi sedih sangat bila nak upload gambar, dah exceed limit..tapi kan saya bukannya simpan gambar2 dalam picasa album tapi knapa lebih limit plak..ermm nampaknya banyaklah cerita yg akan jadi pekasam nanti huhu

kawan2, mcmana nak buat ek utk solve problem mcm ni???

Tuesday, November 13, 2012

salahke memberi susu formula kepada anak

Assalamualaikum,

setelah sekian lama saya memendam perasaan ni, akhirnya hari ni tiba jua saat utk saya meluahkan apa yang terpendam dalam hati ni..sebelum tu terlebih dahulu saya memohon maaf andai entri ini berbau emosi dan mungkin ada yang tidak bersetuju atau tersinggung dgn apa yang saya nak luahkan disini..ini hanyalah suara hati saya dan xada kena mengena dgn sesiapa..sekadar utk menyatakan apa yg terpendam jauh disudut hati saya sebagai seorang ibu..dan entry ini khusus utk tatapan anakanda aisyah mardhiyah suatu hari nanti...semoga aisyah memahami apa yang berlaku..

sejujurnya ikhlas saya menyatakan bahawa saya berasa sangat RENDAH DIRI, KECEWA, TERKILAN dan macam2 lagi perasaan negatif yang bersarang dalam hati saya sejak dari aisyah lahir sehingga sekarang..saya merasakan saya telah GAGAL jadi ibu yg terbaik buat aisyah:(

dari awal perkahwinan lagi saya dah berazam sekiranya ada rezeki saya utk mengandung dan mempunyai zuriat sendiri, saya bertekad untuk memberikan susu badan sepenuhnya kepada anak2 saya sehinggalah usia 2 tahun..xada langsung terlintas dalam fikiran saya utk memberikan susu formula..dan niat itu saya suarakan kpd en.suami, alhamdulillah en.suami menyokong hasrat saya sepenuhnya..justeru itu semasa membuat persiapan menyambut kelahiran aisyah, en.suami belikan pam manual Avent sebagai persediaan utk menjayakan penyusuan eklusif kpd anak kami..storage bottle pun byk yang dibeli..namun sesungguhnya kita hanya merancang..yang menentukan hanyalah Allah jua..

sebaik aisyah lahir, alhamdulillah susu dah keluar..dan kali pertama menyusukan aisyah xtergambar dgn kata2 betapa indahnya menjadi seorang ibu..indah sungguh ciptaan Allah..aisyah pertama kali menyusu dah pandai cari 'makanannya'..fitrah semulajadi anugerah Allah..hari keempat saya mula memerah..alhamdulillah walaupun xbanyak hasil yg dapat tapi saya tetap dgn niat utk bagi 100% susu ibu, xterniat langsung utk campur susu..hari ke-10 aisyah dikesan mempunyai kuning yg agak tinggi xsesuai dgn usia dan berat badannya..tambahan pula aisyah lahir dalam kategori borderline premature dan berat bawah 2.5kg, so risiko utk dapat jaundis mmg tinggi..sehinggalah hari ke-27 barulah aisyah boleh discharged dari klinik iaitu dah xperlu ulang alik amik darah walaupun tahap bacaan bilirubin tu masih xsesuai dgn umur aisyah..dalam tempoh tu jugaklah saya berusaha sedaya upaya utk memberikan sepenuhnya susu ibu sbb saya tahu hanya susu ibu yg boleh menyembuhkan jaundis..jadual saya setiap hari adalah DF (direct feeding) dan pam, pam dan terus mengepam..walaupun hasilnya xmemberangsangkan tapi saya teruskan dgn rutin mengepam..tapi paling banyak yg saya dapat kalau mengepam hanyalah 1-1.5 oz utk kedua2 belah cik b..masa tu mmg xdinafikan yg saya mmg stress dgn keadaan yg dihadapi..tambahan pulak en.suami xda disisi..seminggu sekali baru balik..bila saya nak makan makanan yg boleh menambahkan susu ibu mcm kurma, ada yg melarang sbb katanya saya ni bersalin operate, bisala kalau makan tu makan ni..ma pulak xmelarang dia mmg jaga saya dgn baik cuma bila org2 lain yg ckp mcmtu saya pun jadi xberani nak makan..ye lah bila nak makan tu xboleh nak makan ni xboleh so mcmana susu nak banyak..lepas pada tu baru saya rasa betapa bodohnya saya kenapalah saya nak dgr cakap2 'org luar' tu..

bila bawak aisyah cucuk utk 1 bulan, beratnya hanya naik 500 gram je..sedih hati bila tgk anak org lain naik banyak dalam sebulan sedangkan aisyah banyak tu je yg naik..tapi saya tetap bagi aisyah susu badan dan saya perah dan terus perah..tapi bila mencapai usia 2 bulan. keperluan penyusuan aisyah semakin meningkat tapi saya xmampu nak memenuhi keperluannya..sampaila satu malam tu aisyah menjerit sekuat hati bila dia xpuas hisap susu..last2 ma bagitau suh top up dgn susu formula sbb kesian tgk aisyah kelaparan..mula2 saya berkeras xnak tapi bila tgk keadaan aisyah, saya jadi xsampai hati nak memaksa aisyah menahan kelaparan semata2 nak memenuhi hasrat saya utk bagi fully bf kpd aisyah, saya luahkan pada en.suami dalam telefon, en.suami pun mula2 mmg xsetuju utk campur susu tapi bila saya explain keadaan aisyah, last2 terpaksa mengalah jugak...

mlm tu jugak ida g beli susu anmum utk aisyah, pertama kali susu tu masuk dalam mulut aisyah, menitis airmata saya sbb saya dah GAGAL..hanya Allah yang tahu perasaan sedih saya masa tu..bermula dari situlah aisyah mula minum susu formula..tapi disamping tu saya tetap memberikannya susu badan selang seli dgn susu formula..last2 susu badan saya kering dgn sendiri sbb aisyah dah reject puting original..masa tu saya dah pasrah dah..kalau itu yg terbaik utk aisyah saya redha, saya cuma mahu lihat aisyah sihat dan membesar dgn baik walaupun bukan dgn susu ibu sepenuhnya..hati ibu mana yg sanggup tgk anak menangis lapar..alhamdulillah selepas itu aisyah membesar dgn sihat dan jarang dapat penyakit mcm demam, batuk dll..cuma aisyah kerap selsema tapi xla serius sangat, mungkin disebabkan cuaca yg skjap panas skjap sejuk, setiap kali lepas cucuk pun aisyah xpernah demam cuma masa umurnya 6 bulan barulah aisyah demam buat kali pertama..

org kata bagi susu badan anak jarang dapat penyakit, lebih cerdik dari bagi susu formula tapi dari pengalaman saya, aisyah mcm budak2 lain yg menyusu badan jugak..cerdik, bijak dan jarang sakit..ada jugak anak kawan2 saya yg fully bf tapi kerap sakit..itu semua kuasa Allah..kita sebagai ibu bapa hanya mahukan yg terbaik utk anak2..tapi itu xbermakna saya menyokong sepenuhnya susu formula..saya masih percaya dgn khasiat susu ibu yg tiada tolok bandingnya..

cuma....yg paling membuatkan hati saya disiat2 bila ada org2 disekeliling yg seolah2 'memperkecilkan' saya yg xmampu fully bf ni..dgn bangga memberitahu anaknya fully bf, xcampur dgn apa2 susu sedangkan dia tahu yg saya x fully bf aisyah..iye saya tahu mungkin saya yg terlebih emosi tapi serius saya cakap saya cukup sensitif bila ada org yg bangga dgn diri..terasa sangat kekurangan diri saya ni:(..tapi saya anggap je itu rezeki mereka..biarlah mereka nak ckp apa pun..apapun saya kagum dgn kawan2 dan ibu2 yang mampu memberikan susu badan secara eklusif kpd anak2 mereka..mereka adalah sumber inspirasi dan penguat semangat saya dimasa akan datang..

dan utk kelahiran anak kedua ini, saya berazam utk tidak mengulangi kesilapan yg sama..saya akan meneruskan perjuangan saya yg terhenti sebelum ini..semoga Allah memakbulkan impian saya kali ini..ameen

kepada ibu2 yg berjaya menyusukan anak2 dengan susu ibu secara eklusif, saya mohon janganlah memandang rendah kpd kami ibu2 yang TERPAKSA memberikan susu formula kpd anak2 kami..bersyukurlah kerana anda semua diberikan rezeki utk menyusukan anak dgn susu ibu sepenuhnya..kami juga mahu jadi seperti anda semua tapi belum ada rezeki..doa2kan kami agar berjaya seperti anda ye..


buat anak ibu aisyah mardhiyah,

ibu minta maaf sayang sbb xmampu memenuhi hak aisyah utk menyusu badan sekurang2nya 2 tahun, walaupun aisyah hanya sempat minum susu ibu selama lebih kurang 2 bulan je tapi ibu amat berharap yg aisyah xakan salahkan ibu nanti..ibu hanya nak yg terbaik utk aisyah..ibu sayang aisyah dunia akhirat..


3rd pregnancy:37 weeks..november@disember

Assalamualaikum,

alhamdulillah minggu ni kandungan saya dahpun berusia 37 minggu..orang kata dah mencapai usia matang sekiranya baby keluar dalam minggu ni dan minggu2 seterusnya tapi nampak gayanya mcm lambat je lagi huhu..kalau ikutkan tarikh EDD berdasarkan LMP ialah 2.12.2012..tapi jauh disudut hati saya amat mengharapkan baby adik lahir pada 16.11.2012 (jumaat)..bkn apa sbb tu tarikh lahir saya hehe..kalau baby adik betul2 keluar pada tarikh tu bolehlah share tarikh lahir yg sama dgn ibu:)..senang ayah nak celebrate huhu...apapun saya xkisah bila baby adik nak keluar cuma saya amat berharap agar baby adik xkeluar bulan disember..ada sebabnya kenapa saya xsuka tapi saya xboleh share kat sini..hanya saya je yg tahu sebabnya, org lain pun xtahu termasuklah en.suami, biarlah ianya tersimpan dalam hati saya..apapun saya berserah kepada takdir Allah sebab hanya Dia yang tahu apa yg terbaik untuk saya..

perkembangan saya setakat ini pula, alhamdulillah syukur masih diberi kesihatan yg baik..sepanjang tempoh mengandung ni syukur sangat2 sbb xmengalami sebarang alahan mcm aisyah dulu cuma baru2 ni diuji dgn kesihatan aisyah yg xberapa baik..tapi xda alahan xbermakna saya sentiasa sihat dan bertenaga..lumrah ibu mengandung pasti ada sakit sana sakit sini..sbb tu lah ibu mengandung ni banyak kelebihan yang Allah janjikan..pengorbanan seorang ibu itu sungguh besar..dari saat mengandung, melahirkan, menyusukan dan membesarkan anak2 , sbb itulah kita kena menghargai susah payah ibu dan ayah membesarkan kita, bila dah jadi ibu ni barulah saya tahu mcmana rasanya ma dan ayah menjaga kami adik beradik dari kecil sampai masing2 dah boleh berdikari dan sampai ke tahap ni..semoga ma dan ayah sentiasa dalam rahmat dan kasih sayang Allah S.W.T hendaknya..ameen

di usia kandungan 37 minggu ni, baby adik semakin kerap mengeras..dan saya juga dah menjadi pengunjung setia bilik air hehe..mlm pun berapa kali bangun huhu..dan yg paling dilema bila dah dalam fasa 'menunggu masa' ni adalah semasa hendak tidur..bila malam nak tidur je, mesti rasa xsabar nk bersalin sbbnya dah xsanggup menghadapi saat2 hendak melelapkan mata..mengiring xkena, terlentang xkena..lenguh pinggang segala..bantal pulak kena byk huhu..nak bangun pun sama..en.suami kena tolakkan baru boleh bangun..kaki pun dah bengkak sedikit tapi xla ketara sangat..braxton hicks plak boleh dikatakan setiap hari mmg akan rasa..haritu masa checkup kat kk presint 9 doktor ckp kepala mash tinggi..mcm lambat je lagi ni huhu...

apapun saya berharap semoga proses kelahiran baby adik kali dipermudahkan dan semoga selamat semuanya..ameen

 jalan2 bawa aisyah amik angin luar..kesian duk terkurung dalam rumahje:)

 jalan2 sekitar putrajaya

 depan picc..saja berhenti tepi jalan tgk org shooting menari lagu hindustan huhu

 aisyah xda mood..tgh rancak menggaru masa ni, saja bawa keluar nak alihkan perhatian dia pada gatal2 tu

 anak manja ayah ni

37 weeks:)


psstt:

bila dah hujung2 ni barulah rasa teringin nak makan mcm2..paling teringin nak makan durian crepe, alhamdulillah minggu lepas dah dapat merasa..semalam pulak teringin nak makan buah durian fresh, alhamdulillah dah tertunai dah mlm tadi siap makan pulut durian lagi..thanks bie:D




Monday, November 12, 2012

aisyah allergik antibiotik

Assalamualaikum,

2 minggu lepas kami sekeluarga diuji apabila aisyah disyaki allergik dgn ubat antibiotik..pada mulanya kami mmg xtahu apa punca yg membuatkan tubuh aisyah timbul bintik2 merah..mulanya sikit je tapi lama kelamaan penuh satu badan sampaikan hampir xnampak warna kulit aisyah..

ceritanya mcm ni, masa aisyah kat kg kepala aisyah naik biji2 dkt belakang kepala..kalau org kelantan panggil kenan..kat sini xtahula pulak panggil apa..masa tu biji kenan tu dah pecah n keluarla lendir2 yg berbau hanyir..aisyah demam masa tu suhu dekat 40 darjah celcius..so family saya bawakla g HUSM then doktor bagi ubat masuk ikut bontot dan bagi jugak antibiotik dan ubat sapu..alhamdulillah setelah makan ubat tu dan juga berubat cara kampung, keadaan aisyah dah semakin ok..

bila balik putrajaya, saya dapati biji kenan aisyah masih ada dan besar pulak tu saiznya..so saya decide utk bawa aisyah ke klinik kesihatan presint 9..doc bagi antibiotik jenis yang sama mcm HUSM bagi..khamis pagi (1.11.2012) aisyah makan antibiotik tu..ptg tu naik bintik2 merah kat badan..dan aisyah dah mula menggaru2..so mlm tu kami bawa aisyah ke Unit Kecemasan dan Trauma Hospital Putrajaya..dalam 2 jam lebih baru dapat jumpa doktor tapi masa jumpa doktor tu bintik2 merah aisyah dah makin surut so doktor xdapatlah tengok keadaan sebenar aisyah..last2 dia bagi ubat tahan gatal (ubat makan) dan doktor suruh teruskan antibiotik yang kk bagi..malam tu berjaga la kami sampai ke pagi sebab aisyah xboleh tidur..sambil menangis sambil menggaru sampai melecet berdarah betis dan badan..masa tu luluh hati tgk keadaan aisyah sampaikan saya dan en.suami dah xtahu nak buat apa..kesian xpayah cakapla..basah bantal kerana menangis..Ya Allah xsampai hati tgk aisyah menderita sakit mcm tu..dgn keadaan saya yg agak membataskan utk bergerak pantas, nak bangun pun susah apatah lagi nak memujuk aisyah yg meronta2 menangis menahan rasa sakit satu badan..en.suami lagi kesian dgn sibuknya nak menanda kertas PMR, last2 dlm pukul 5 pagi baru aisyah terlena..tu pun tertidur sebab kepenatan menangis dan menggaru..walaupun telah disapu lotion yg doktor bagi dan juga lapkan dgn air utk kurangkan gatal tapi masih xberkesan..dekat2 pukul 6 pagi barulah saya terlelap..

pagi jumaat tu (2.11.2012) tgk2 satu badan aisyah dah naik merah2..dah xda rupa aisyah dah..dek kepenatan berjaga sepanjang mlm saya mintak masuk ofis lambat sikit..dan pagi tu bawa aisyah ke klinik dr.maria di alamanda tapi doktor lain yg bertugas..saya cuba mintak mc sbb mmg tubuh saya pun dah xlarat sebenarnya tp doktor tu xbagi pulak sbb katanya anak yg sakit..xpa la saya mmg saya tahu saya xlayak tapi kalau doktor lain sblum ni bagi je mc kat saya..lagipun ni baru 1st time saya nak minta mc sepanjang mengandung ni, xpernah suka2 hati saya gunakan reason mengandung utk mintak mc dari mana2 klinik kecuali kalau kesihatan saya betul2 melayakkan saya dpt mc..doktor yg periksa aisyah tu pun bagitau teruk jugak keadaan aisyah masa tu..lepas bagi ubat semua, saya balik rumah sekejap pastu terus ke ofis..malam tu lagi sekali aisyah xboleh tidur..berjaga lagi sampai pagi..

sabtu (3.11.2012) en.suami kena g sekolah sebab sekolah ganti..so saya berdua je dgn aisyah sbb adik saya anis balik kg utk exam jawatan penolong penguasa imigresen..keadaan aisyah masa tu semakin teruk..sebaik en.suami sampai rumah dalam pukul 6 ptg kami bawa aisyah sekali lagi ke hospital putrajaya sbb kaki tangan aisyah dah keras..sampai je dkt kaunter triage tu, MA yg bertugas terus bawak masuk jumpa doktor sbb kes aisyah agak berat..alhamdulillah xlama menunggu, aisyah diperiksa oleh doktor dan doktor pun interview serba sedikit..tanya aisyah ada allergik apa2 makanan ke..saya ckp aisyah makan makanan yg dia makan hari2, xda plak saya perkenalkan makanan baru kat dia lagi, pastu kalau nak kata sbb environment xda la sampai seteruk tu, last2 bila ckp aisyah ada amik antibiotik doktor pun terus suspek yg aisyah kena allergik antibiotik..walaupun aisyah makan antibiotik yg sama mcm HUSM bagi tapi doktor cakap mmg ada kes mcm tu, bila dah mkn kali kedua baru nampak kesan alahan tu..masa tu dah dekat pukul 7 mlm dan doktor bagitau dia nak inject ubat utk bagi tahan gatal sbb ubat sapu mmg xjalan dan dia nak amik darah sekali..tapi dia cakap kena tunggu paling kurang 3 jam dlm wad sementara utk monitor perkembangan aisyah..so aisyah pun dibawa ke dalam bilik semi kritikal dan disitu saya dan en.suami xdibenarkan utk melihat prosedur yg doktor lakukan..kami hanya tunggu di luar tirai sahaja dan dengarlah suara aisyah meraung2..ye lah budak2 manala suka kena bedung kemas2 tambah pulak tu nak kena cucuk..sebak rasa bila dgr aisyah menangis tu..dekat setengah jam barulah selesai prosedur tu, tengok2 tangan aisyah dah berbalut..sian anak ibu dan ayah:(..xlama lepas tu bila dah dapat katil, saya bergilir2 solat dgn en.suami..sampailah pukul 10.30 mlm barulah doktor dtg tengok keadaan aisyah..tp keadaan aisyah masih sama, xda perubahan walaupun selepas diinject..so doktor discuss dgn pakar kanak2 then dia bagitau aisyah boleh discharged tapi kalau esoknya keadaan makin teruk, kena cepat2 bawa hospital utk admit wad..dalam pukul 11 mlm lebih barulah kami sampai rumah..alhamdulillah mlm tu aisyah boleh tidur agak lena sikit dan kami pun tertidur jugak dalam keletihan..

esoknya tgk keadaan aisyah mcm berkurang sikit dan 2, 3 hari selepas tu alhamdulillah aisyah dah pulih sepenuhnya dan dah kembali aktif mcm biasa..lega rasa hati tgk aisyah ceria kembali..ye lah masa dia tgh sakit tu kami terpaksa pakaikan stokin dan sarung tangan utk elakkan kesan menggaru tu jadi lebih teruk..aisyah dah rasmi sarung tangan adik dia hehe..tapi serius inilah kali pertama kami diuji dgn keadaan aisyah yang tidak sihat seteruk ini..dan sepanjang umur aisyah 15 bulan ni, inilah jugak kali pertama kami merasai pengalaman berjaga malam..dari lahir sehinggalah sebelum aisyah sakit ni, kami xpernah merasai pengalaman berjaga malam sebab aisyah sangatlah baik even dia demam sekalipun xpernah berjaga lagi..so kali ni lah baru kami dapat merasainya buat kali pertama..org kata dugaan semasa mengandung..syukur en.suami dan adik saya byk membantu..seriously saya mmg xlarat sangat2..apapun syukur sangat2 sbb aisyah dah kembali sihat..semoga selepas ini aisyah dijauhkan dari kesihatan yang tidak baik..ibu dan ayah doakan semoga aisyah sihat2 selalu dan membesar jadi anak yang aktif dan solehah..ameen


masa mula2 nak kena..menangis sepanjang masa sambil menggaru:(

keadaan aisyah sebelum dibawa ke hospital kali kedua

 tertidur kepenatan menanggung sakit yg tidak dapat diluahkan

 ni di hari jumaat..bintik2 merah dah menyerang satu badan 

 masa ni mmg terkejut tgk keadaan aisyah

 ni lah rupa aisyah semasa dibawa ke hospital kali kedua

 bila tgk ibu dan ayah makan wafer aisyah pun teringin jugak..last2 en.suami g belikan wafer kosong tanpa inti utk aisyah

xsabar nak makan hehe

 nak suapkan utk ayah ye:)

 seronok dapat makan wafer..habis separuh aisyah makan wafer kosong tu..lapar agaknya yelah sebelum ni xlalu makan

last2 tertidur dah aisyah selepas penat jalan2 dalam wad..tgh2 sakit pun ligat lagi berjalan dalam wad sambil duk tegur nurse2 ngan doktor kat situ..sume yg tgk mesti cakap kesiannya tapi itulah tuan punya badan bukannya tahu erti penat..kita ni yg penat mengejarnya hehe



di kesempatan ini saya ingin mengucapkan terima kasih banyak2 kpd family saya dan en.suami yg mengirimkan ubat2 dan air tawar dari kg sbgai usaha utk menyembuhkan aisyah..sesungguhnya bila berhadapan dgn keadaan seperti ini, barulah kita tahu susah senang nak menjaga seorang anak..ni baru sorang..kalau dah 2,3 dan seterusnya xtahula mcmana..barulah tahu pengorbanan ibu dan ayah membesarkan kita adik beradik..time2 mcm ni la tiba2 rindu kat ma dan keluarga di kg:(..semoga Allah sentiasa melindungi mereka semua..ameen

Sunday, November 11, 2012

aisyah 15 bulan

Assalamualaikum,

alhamdulillah, bidadari kecil kesayangan kami dahpun berusia 15 bulan..cepat je masa berlalu..rindu aisyah masa baby2 dulu hehe..setakat umur aisyah 1 tahun 3 bulan ni, dah banyak perkembangan aisyah yang sangat membanggakan dan menghiburkan kami sekeluarga..walaupun mungkin xsama dgn perkembangan kanak2 lain seusianya tapi bagi kami ia tetap satu pencapaian yang terbaik buat aisyah..

di usia 1 tahun 3 bulan ni, aisyah dah pandai sebut beberapa perkataan lagi..contohnya "air, dapp (sedap), burdd (bird), pa (selipar), duduk, tok (letak), tup (tutup) dan lain2 lagi..kadang2 rasa mcm xpercaya yg aisyah dah boleh 'bercakap'..seronok dgr ayat2 yg keluar dari mulut dia tu hehe..selain dari tu tabiat aisyah bila ada kat dapur time org tgh masak, dia pun ikut sibuk nak masak..bising suruh angkat nak tgk apa yg kita tgh masak..sampaikan dia nak pegang senduk nak kacau/masak sekali ngan kita..aduhla kecik2 dah tunjuk minat masak ye hehe..ni mesti ikut ayah ni..kalau ibu mmg xla huhu

aisyah skrg mmg dah faham n dah boleh ikut arahan dah..contohnya kalau kita suruh g ambil diapers, laju je g ambik dalam plastik diapers dia tu, kalau suruh buat something pun dia dah faham..mandi?ohh yg ni xyah cakaplah..siap meraung2 kalau kita angkat dia nak keluar dari bilik air..mmg kena bagi dia main air puas2 barulah dia rela hati nak keluar dgn sendiri hehe

muzik?saya rasa kebanyakan kanak2 pun mmg suka dgr muzik kan?termasukla aisyah ni..pantang dgr muzik xkisahlah iklan ke, lagu ke, zikir ke cepat je badan bergoyang2..paling aisyah suka bila tgk video chicken dance..dgr je intro muzik tu tangan dah standby dah buat gaya mcm ayam tu..bila muzik dah makin rancak, ha siap dgn kaki2, bontot, tangan sebijik2 tiru gaya ayam tu menari..aduhai dari manala dia belajar ni..tapi itulah anugerah Allah kepada kanak2..natural..kalau lagu 1,2,3 Sayang Allah pulak, siap dgn jari2 lagi tunjuk satu2 mcm yg dalam video lagu tu..seronok sangat tgk aisyah ceria mcm tu..alhamdulillah

kiss baby adik dalam perut pun mmg dah selalu dah..kalau suruh je  sayang adik, terus datang cium perut pastu sibuk sebut tup..tup (sambil tutup baju)..sweet sangat..sayang adik ye, nanti adik dah keluar main elok2 dgn adik tau..tiap kali nak makan kalau suh baca doa, mmg dia buat gaya baca doa tu tapi belum sempat nak baca doa dah turunkan tangan huhu

setengah budak lain diusianya mungkin dah tahu tunjuk kepala, rambut, hidung dll tapi aisyah setakat ni baru faham mata dgn pusat:)..tapi sweet sangat sbb kalau tanya mana mata, dia akan kenyit2kan mata ala mengada2 hehe..perkembangan terbaru aisyah sekarang ni, bila tanya siapa aisyah mardhiyah or siapa budak solehah, terus angkat tangan sambil senyum sengih2..kadang tu dua2 tangan dia angkat hehe..pandai anak ibu dan ayah ni..dan yang boleh membuatkan kami semua gelak sakan bila dgr ayat dia kalau tgk sesuatu yg pelik atau berjaya buat sesuatu..contohnya kalau dalam gelap pastu kita pasang lampu, mesti dia akan sebut.."haa sambil nganga mulut buat muka terkejut"..aduhai mcm2 lah aisyah ni hehe..apapun ibu dan ayah doakan semoga aisyah mardhiyah terus membesar dgn sihat ye sayang..nanti aisyah akan belajar banyak perkara lagi..ibu dan ayah akan sentiasa di samping aisyah..we love u so much!!!!

 naik kereta sibukla dia nak duduk kat tempat driver..maklumlah mcm2 boleh main..signal, wiper sume dia petik

 nak ganti ayah ke dik hehe

 muka serius huhu

 relaks minum susu:)

 naik kuda kat klinik maria alamanda

sayang aisyah:)

 kakak to be..Insya Allah

 dah besar dah anak ibu dan ayah ni:)

merenung masa depan:)

dkt playground..jumpa abang terus nak salam:)

naik kuda:)

kenangan terakhir dgn stroller lama..now dah tukar baru..hope aisyah suka ye:D


alhamdulillah..setakat ni aisyah membesar dengan sihat dan aktif..cuma 2 minggu lepas ada sedikt dugaan ke atas kami sekeluarga yang mengajar kami erti kesabaran dan kasih sayang..nanti saya akan ceritakan dalam next entry..walau apapun syukur alhamdulillah kerana sekarang aisyah dah kembali sembuh seperti sediakala malah semakin aktfif dan cerdik..banyak perkara baru yang aisyah dah belajar selepas sakit haritu..inilah hikmahnya..alhamdulillah..syukur Ya Allah atas nikmatMu ini..

Thursday, November 8, 2012

hadiah besday aisyah

Assalamualaikum,

sian aisyah..besday dah berlalu bulan 7 haritu tapi hadiahnya baru dapat baru2 ni huhu..bukan apa masa besday aisyah bulan 7 tu, kami xsempat cari hadiah utk aisyah..pastu bila nak beli, aisyah pulak duk kat kg dekat sebulan..so bila aisyah balik sini barulah boleh rasmikan hadiah besday aisyah yang kami beli..reaksi pertama aisyah bila tengok hadiah dia ni???oh teruja sangat..sampai je dari kg pukul 11 mlm masa raya haji tu, nampak je basikal tu terus segar balik mata..terus nak naik..alhamdulillah aisyah suka ye..nanti kita g jalan2 kat taman naik basikal ye:D

 mmg color gegurl sangat:)

 naik basikal dalam rumah..nak keluar cuaca xmenentu skrg ni..so pusing2 je la dlm rumah kecik kami ni:)

 gantung kawan aisyah dkt handle basikal:)

 testing music..asyik duk tekan je button music tu..bila keluar bunyi mulala bergoyang2 duk berjoget:)

ni naik motor ke naik basikal ni dik hehe

 dah start angkat kaki dah:)

 sekejap je la dapat duduk elok2..pastu mulala mcm2 aksi:)

 amboi sukanya dia:)

 tengok baby tv sambil naik basikal:)


alhamdulillah..ibu dan ayah suka bila tgk aisyah happy..semoga aisyah terus membesar dengan sihat dan ceria2 selalu dan diberikan kesihatan yang baik..ameen



Monday, November 5, 2012

aidilfitri dan aidiladha 1433H

Assalamulaikum,

punya la lama peram cerita kan sampaikan kedua2 raya dahpun berlalu..tapi xkisahlah yg penting ada jugak kenangan yang terabadi di blog ini..sekadar untuk kenangan kami sekeluarga:)

~corat-coret aidilfitri 1433 H~

  • 1 syawal 1433 H..genap mahligai kasih saya dan en.suami berusia 2 tahun..masih segar di ingatan malam 1 syawal kami sah menjadi suami isteri dengan sekali lafaz..maka bermulalah perjalanan kami dalam ikatan suami dan isteri..alhamdulillah di usia perkahwinan yg baru mencecah 2 tahun ini, banyak perkara yang dipelajari..masam manis pahit masin semua telah dirasai dan sudah pasti akan banyak lagi pengalaman yang perlu ditempuhi di masa hadapan..semoga kami diberi kesabaran dan kekuatan dalam menempuhi kehidupan mendatang.ameen..dan di usia perkahwinan 2 tahun ini juga kami bakal berempat..2 tahun 2 orang anak:)..syukur alhamdulillah diatas rezeki kurniaan dari Allah S.W.T..semoga kami mampu menjadi ibu&ayah yang terbaik buat anak2 kami kelak..ameen
  • seperti biasa di pagi aidilfitri, maaf bermaafan adalah perkara wajib yang perlu dilakukan..tahun ni pagi raya adalah di rumah en.suami..xkisahla mana2 pun sebab rumah mmg dekat je:)..tapi tahun ni suasana raya agak suram disebabkan pemergian ayahanda tercinta ke rahmatullah pada 19 ramadhan 1433H..alfatihah untuk arwah ayah..pemergian yang sungguh mengejutkan kami sekeluarga namun janji Allah sudah pasti..giliran kita xtahu bila..semoga roh arwah ayah ditempatkan di kalangan hamba2Nya yang beriman dan beramal soleh..ameen
  • walaupun begitu, aidilfitri diraikan seperti biasa dan alhamdulillah tahun ni semua adik beradik en.suami pulang ke kg untuk menyambut aidilfitri..so agak meriah jugakla sbb adik beradik en.suami 11 orang:)..so pagi raya selepas menziarahi pusara ahli keluarga tersayang, kami berkonvoi beraya beramai2 ke rumah saudara mara dua2 pihak..
  • petang sikit baru beraya di rumah saya pulak..sampailah malam..dan begitulah seterusnya di hari raya kedua, ketiga sampailah kembali ke putrajaya..mmg xlekat di rumah..penat xyah cakapla sbb masa tu saya pun dah masuk 6 bulan pregnant..agak letih bila bergerak ke sana sini tapi apapun tetap rasa gembira bila dapat berjumpa saudara mara yg kebanyakannya masa hari raya je boleh jumpa..
  • jom layan memori aidilfitri kami...:D
 aisyah pelik tengok ayah pakai songkok:)

 family kecik kami buat masa ni:)..Insya Allah raya tahun depan bakal berempat..ameen

 jalan2 dalam kg:)

 ampunkan ayang ye bie..

 belakang rumah pun jadilah utk amik gambar:)

 alahai sukanya anak ibu ayah ni:)

 3 of us:)

tido dan membuas:)


~corat-coret aidiladha 1433 H~

  • aidiladha tahun ni, walaupun cuti sekejap je iaitu 3 hari tapi kami tetap balik..perjalanan pulang ke kg selama 14 jam amat meletihkan dengan membawa perut yang berusia 35 minggu..kaki bengkak xyah cakaplah huhu tapi disebabkan ke'excited'an nak jumpa aisyah, semua letih penat tu tolak ke tepi:)
  • aidiladha tahun lepas kami buat kenduri akikah untuk aisyah..tahun ni en.suami ada ambil bahagian buat korban so selepas solat raya di kg saya, kami balik rumah en.suami pulak sbb korban dibuat kat sana..hari raya ni sengaja saya pakaikan aisyah dgn baju kurung yg sama mcm tahun lepas..nostalgia setahun katakan hehe
  • ok lah saya xnak cerita panjang..jom layan gambar kami di hari raya aidiladha yg lalu:)
 ralit duk main:)

 menjinjing nak tengok lembu huhu

 ustazah aisyah mardhiyah..ameen

 aisyah yg nak kat sume org:)

 3 ekor lembu dikorbankan pada hari raya pertama

 en.suami antara org kuat pada hari tu hehe

 sesi melapah

 sume pakat gotong royong buat keje..ni lah bestnya duk kg:)

 dalam 2-3 jam jugak nak settlekan seekor lembu ni

 bila dah siap lapah sume, kena agihkan ikut bahagian masing2:)

 anak manja ayah..bertepek je kejenya huhu

kenangan di rumah mok (nenek aisyah di tumpat):)


akhir kata.."selamat hari raya..maaf zahir dan batin" (nak wish jugak walaupun dah terlambat:D)