Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Thursday, May 24, 2012

hati xsabar nak balik kg tapi hati jugak berat nak buat keputusan

Assalamualaikum,

Alhamdulillah..hari yang ditunggu2 telahpun tiba..Insya Allah petang ni kami bertiga akan bertolak balik kg..hari ni saya half day hehe..seronoknya rasa..xsabar nak sampai kg dah lama xbalik..last balik pun cuti sekolah bulan 3 hari tu..

tapi dalam keseronokan nak balik kg, hati saya sebenarnya sayu dan pilu..sebabnya kepulangan kami ke kampung kali ni jugak adalah...erm xsanggup saya nak cakap..sebenarnya pengasuh aisyah akan bercuti selama beberapa hari pada hujung bulan 5 ni dan jugak beberapa hari dalam bulan 6 nanti selepas cuti sekolah..kalau setakat sehari saya boleh amik cuti tapi ni dah berhari2, kalau saya amik cuti alamatnya habis la cuti tahun saya..ni baru setengah tahun..nak spend utk cuti raya lagi, cuti hujung tahun lagi..tu belum lagi standy cuti utk hal2 kecemasan..bila request en.suami utk amik CRK, dia cakap susah nak dapat..sehari pun kadang2 lepas kadang2 xlepas inikan plak berhari2..so nak xnak keputusan dibuat yang aisyah akan dihantar ke kg selama sebulan sepanjang bulan 6 ni..aduh sedihnya rasa bila mengenangkan akan berjauhan dengan anak tersayang..tambah plak aisyah skrg dah kenal org, dah makin cerdik..makin bijak dan mcm2la..confirm terbayang2 keletah dia nanti..

yg paling sedih bila terbayangkan bangun dari tidur hari2 nanti tengok aisyah xda kat tempat tidur dia:(..sedih sangat..ye lah mesti xda org kejut dah pagi2..biasa kalau aisyah bangun mesti dia akan 'menegur' ayah dan ibu dengan caranya yg cute tu..paling tidak aisyah akan berdiri ditepi katil dan pandang kami berdua dengan mata bulatnya dalam gelap tu sambil tersengih2 dan 'bercakap' dengan bahasa dia tu..Ya Allah..kuatkanlah hatiku semasa berjauhan dgn aisyah nanti..

so balik kg nanti kami memang bertiga tapi bila dtg putrajaya nanti kami hanya berdua tanpa aisyah:(..apapun semoga aisyah akan sentiasa gembira dan ceria dibawah jagaan keluarga saya nanti..




buat aisyah,

aisyah, ibu ayah minta maaf sebab terpaksa tinggalkan aisyah dengan tok ma sume..ayah dan ibu bukan sengaja tapi keadaan yang memaksa..apapun ibu dan ayah nak aisyah tahu yang ibu dan ayah akan sentiasa merindui aisyah nanti..we love u so much!!!!!




p/s: blog ni pun akan bercuti selama seminggu sebab tuan rumah nak balik berehat seminggu di kampung..Insya Allah panjang umur kita jumpa lagi..doakan kami sekeluarga selamat pergi dan kembali..amin

Wednesday, May 23, 2012

pengasuh oh pengasuh

Assalamualaikum,

first of all mintak maaf banyak2 sebab arini hari 'berangin'..so blog la jadi mangsa luahan perasaan huhu..

pagi tadi mcm biasa saya dan en.suami hantar aisyah ke rumah pengasuh..sampai je kat bawah saya sorang je yg naik..en.suami tunggu kat bawah..sampai je rumah pengasuh tengok grill dah bukak cuma pintu je yang bertutup..pastu saya ketuk dan bagi salam..ok xbukak lagi saya ketuk lagi..kali ni lebih kuat..hampa!!!xda apa2 respon..pastu saya cubala bukak pintu tp berkunci..pastu saya gegar2kanla pintu tu dgn harapan ada orang perasan ada orang kat luar (saya)..pun senyap sunyi..ok xpa saya ketuk lagi lebih kuat sampai sakit tangan..maklumlah pintu kat kuarters ni tebalnya 20 lapis!!!ketuk punya ketuk sambil tengok jam..haissh dah lambat ni..nak tel, tel saya mmg jarang bawa naik lagipun sekejap je pun nak hantar aisyah...pastu saya ketuk dan ketuk lagi sambil gegar2kan pintu tu banyak kali..astaghfirullahalazim manala pengasuh aisyah ni..kang xpasal2 pecah pintu tu saya kerjakan huhu..punyala kuat macam tu pun xdengar..saya dah mula berangin dah sebab ini bukan kejadian kali pertama..dah banyak kali dah..bila tengok jam mmg saya dah terlambat..lalu tanpa membuang masa saya turun balik bagitau en.suami..last2 en.suami suh g keje dulu nanti dia akan hantarkan aisyah..

on the way g opis mmg saya drive laju2la sbb nak kejar punch card..mana2 kereta yang agak kurang berhemah dapat hon saya la jawabnya..tambah berangin bila ada yg bawak kereta xikut peraturan..biasalah bila syaitan tgh bersorak kan..astaghfirullah...sampai2 diopis plak tengok parking yang saya selalu parking lagi membuatkan darah saya naik!!!ishh keta ni..mmg saya kenal tuan punyanya tapi nak bagitau kan kecik hati plak..dah sah2 tempat tu boleh muat 2 keta..dia pegi parking keta dia sorang2 kat situ sampai xda space utk keta lain..(marah ni)..pusingla saya beberapa minit kat situ..dah membuang masa dah kat situ utk cari parking..naik opis memang merah dah kad saya hari ni..pukul 8.03 minit..selama ni bersih je punch card saya tapi hari ni dah tercemar dgn color merah..xpa lah dugaan..think positif...

ptg ni plak tengah2 buat keje dapat msg dari pengasuh cakap aisyah tersungkur kat almari tv dan benjol sikit kat kepala..dari hati yang dah sejuk kembali membara..dan2 tu jugak lah hati ni terdetik nak cari pengasuh lain tapi bila fikir2kan balik hati orang kena jaga juga..tapi bila fikir keselamatan anak memangla nak yg terbaik dan boleh diharap..selama ni mmg saya dah bertolak ansur dengan dia..saya cuma cari pengasuh yang mana pagi2 dan petang2 masa saya nak hantar dan ambil aisyah, pintu dah terbuka..barulah nampak kita ni 'welcoming'..ni pagi2 duk ketuk pintu bagai nak rak..masa nak amik sebelah petang pun sama..ishh macam mana nak buat ni...

ermm sorilah hari ni teremosi sikit..sekadar meluahkan yang terbuku di hati..

Monday, May 21, 2012

1 Rejab 1433H

Assalamualaikum,

alhamdulillah...hari ni 1 Rejab 1433H..bermulala bulan yang penuh barakah..dan bila menjelang bulan rejab ini bermakna kita pun semakin menghampiri bulan ramadhan, bulan yang penuh keberkatan..kejap je rasa masa berlalu kan..pejam celik pejam celik dah nak menghampiri ramadhan dah..eh puasa belum habis ganti ni huhu..ada 14 hari lagi...

alhamdulillah juga hari ni saya masih diberi kekuatan untuk meneruskan misi mengganti puasa..walaupun pada mulanya rasa agak xlarat jugak tapi memandangkan masa dah semakin suntuk, so saya kena gak mengagahkan diri utk berpuasa hari ni dan kebetulan pulak hari ni bersamaan 1 rejab..banyak ganjarannya jika berpuasa sunat hari ni..Insya Allah..tambahan pulak minggu depan saya 'bercuti' dari berpuasa sebab nak balik kg:)..eee xsabarnya nak balik kg..dah lama xbalik..last balik masa cuti sekolah bulan 3 hari tu...lama kan?

balik kg ni mcm2 makanan yg saya dah listkan utk makan..ye la setengah makanan tu xda kat sini..kalau ada pun semestinya xsama dgn masakan air tangan bonda tercinta kan:)..alamatnya berat badan dah tentu2 lah naik..so jangan salahkan orang lain:)..xpa kita makan puas2 pastu puasa balik huhu..ayat nak sedapkan hati sendiri..

errmmm sebenarnya ada something yg saya nak share kat sini tapi tunggula lepas balik dari kg nanti dan yg paling penting kena dapatkan green light dari en.suami dulu:)..k lah saya nak sambung buat keje jap..banyak nak kena setel maklumlah minggu depan nak bercuti panjang:)

Tuesday, May 15, 2012

aisyah bila di dalam kereta

Assalamualaikum,

sejak dua bulan lepas masa umur aisyah 8 bulan, dia dah xreti nak duduk diam dalam carseat huhu..letak sekejap mula la meronta2 nak bangun..nak tengok jalan jugak agaknya hehe..

sekarang dah masuk 10 bulan lagi la..nak pakaikan belt pun mmg xmuat dah huhu..dah beberapa minggu saya ngan en.suami cari carseat baru tp model yg kami nak tu xda stok...nak cari brand lain xberkenan plak..kalau ada yg berkenan xsesuai dgn bajet plak hehe..so nak xnak tunggu je la sikit masa lagi..harap2 adalah stok yg kami berkenan tu:)..

tp tu la sementara nak tunggu dapat carseat baru tu terpaksa la bersabar sikit dgn ragam aisyah masa dalam keta ni..kalo pagi2 xpa la sbb en.suami pun ikut sekali masa nak hantar aisyah ke rumah pengasuh..yang harunya time petang la..nasib baik rumah pengasuh dgn rumah kami dekat je...kalau x jenuhla kejap2 kena berenti drive huhu..nak tahu apa yg aisyah buat dalam kereta?jom...

 nak memanjat je la kejenya:)


 ada hati tu nak kuar dari car seat:)


 ha senyum la..ibu geram ni adik xduk diam2!!!


 ada la tu benda yg menarik minatnya:)


 o nak pegang sticker roadtax tu rupanya:)


 ha buatla muka comel xbersalah tu:)


 macamanala nak drive ni huhu


 duk elok2 dik:)


ada je benda yang nak disentuhnya:)


haishh pening gak kepala bila aisyah xnak duk diam dalam keta ni..drive pun kena slow2 je..dgn mulutnya duk pot pet pot pet..tangan kaki plak xduk diam..harap2 sebelum balik kg minggu depan dapatla carseat tu..amin:)

Monday, May 14, 2012

aisyah di usia 10 bulan

Assalamualaikum,

alhamdulillah..hari ni 14.5.2012 genap permata hati ibu dan ayah berumur 10 bulan..sekejap je kan masa berlalu???syukur alhamdulillah sehingga hari ini, aisyah jarang sakit2..demam pun sekali je masa umur 6 bulan haritu..tapi apapun saya akan sentiasa berjaga2 sebab sakit demam ni kita xboleh nak jangka..harapnya semoga aisyah sentiasa sihat2 dan ceria2 selalu ye..

aisyah di usia 10 bulan ni...mak aiiii..semput ibu dan ayah dibuatnya huhu..melasak xpadan dgn anak perempuan:)..suka panjat sana panjat sini..apapun jom kita tengok perkembangan aisyah bila dah berusia 10 bulan ni:)

  • dah makin terer berdiri..aisyah mula pandai berdiri sambil berpegang masa nak masuk usia 9 bulan..so dalam sebulan ni memang asyik practice je la kejenye huhu..bila dah practice tu mestila ada yg fail..so jatuh terlentang, terhantuk depan tu dah biasa sangatla..sbb tu ibu&ayah kena sentiasa berjaga2 huhu..
  • bila dah berdiri..aisyah dah mula berjalan selangkah dua langkah sambil berpegang..dan kadang2 nampak jugak dia cuba lepaskan tangan sekejap tp xlama la..gayat ye dik:)..xpa cuba lagi ok..practice make perfect..dan bila aisyah dah berdiri, aisyah pun dah pandai nak duduk slow2 dari posisi bangun..kalau x masa mula2 pandai berdiri dulu, dia pakai lepas je tangan tu..konon ada org sentiasa nk sambut dia huhu..tapi skrg alhamdulillah..dah pandai nak duduk perlahan2..dah tahu takut jatuh ye dik hehe..bijak anak ibu ni..belajar dari kesilapan ye:)
  • kalau org xkenal aisyah mesti kata aisyah ni pendiam..hakikatnya mulut xberenti membebel..mcm2 bahasa yg keluar..pot pet pot pet..jerman ada, perancis ada sampaikan saya&en.suami asyik tergelak bila dengar aisyah 'bercakap'..aduhh bila dh pandai cakap nanti xtahu la mcmana huhu..
  • makin terserlah minatnya pada air..yg ni nasib baik ayahnya rajin melayan..pantang nampak anak poo poo ke confirm nak mandikan..anak apalagi makin sukala:)..letak je dalam bathtub dia tu..ha berendam la sampai sejuk beku..sambil duk main2 ngan itik2 n kepuk2 air tu..gelak sakan la dia..tu pun ada hati lagi xnak kuar bilik air..aduhai anak...tapi sejak lahir lagi saya dah perasan aisyah xtakut dgn air..bila mandikan masa kecik dulu senyap je dia, xpernah nangis bila masuk air..sampai sekarang alhamdulillah xtakut air..tp besar2 nanti xtahula mcmana pulak..ingat nak cari swimming suit utk aisyah tp sampai skrg xterbeli pun lagi..tunggu ye dik nanti ibu&ayah belikan:)
  • satu pelosok rumah aisyah dah jelajah..bilik2, dapur sume aisyah dah masuk..kalau tgh masak kat dapur tengok2 dia xda..ha carilah kat mana2 ceruk..pastu bila panggil nama tanya buat apa terus sengih je la kejenya..eee gerammm betull tgk anak dara ni:)
  • bab makan pulak..since aisyah dah pun masuk 10 bulan, saya dah pelbagaikan sikit food dia..cuma puree buah xmiss lagi sbb nak makan buah potong gigi aisyah xbesar lagi huhu..cuma nasi mmg saya dah mula bagi nasi yg kita makan sbb aisyah dah pandai kunyah2..telur, ikan pun dah bagi..cuma saya masih lagi cuba elakkan tambah perasa (garam gula) dalam food aisyah..kalau boleh sehingga umur setahun..tapi en.suami kdg2 suap je makanan kita kat dia..saya geram gak tp bila dia bagi tu sikit je xpa lah..anak dia jugak dia tahu la elok ke xelok kan:)
  • masuk 10 bulan ni, baru nampak bayang2 gigi aisyah yg baru nak tumbuh di bhgian bawah..nampak mcm ada 2 batang tp xtahu la kot2 ibunya yg excited lebih hehe..nak kata air liur meleleh sejak 4 bulan lebih lagi huhu..xpa dik ibu xkisah sbb ibu tahu yg anak ibu ni suka buat suprise kan:)
  • tidur mlm dah agak lewat sikit..kalau dulu masa tidurnya tetap tp skrg ada cepat ada lambat..agak penat jugaklah nak tunggu dia tidur sebab asyik la nak main je kejenya..walaupun mata dah memberat sakan tapi tahan lagi xnak tidur tu..main lagi utama:)..tapi aisyah ni mmg jenis tahan mengantuk..mata hampir tertutup pun ada hati nak main lagi..tp ok gak sbb bila dia dah betul2 penat tu mmg mudahlah dia tidur:)..setakat ni paling lambat aisyah tidur pukul 11 malam dan bila tidur tu terusla sampai pagi..tengah malam plak kdg2 jaga nak susu kadang2 tak..siang hari mmg xyah cakapla..susah kemain nak tidur huhu...
ermm banyak sebenarnya nak citer pasal cek mek ni tp mcm panjangla pulak huhu...apapun semoga aisyah terus membesar dengan sihat dan ceria dan jadi anak yang solehah..amin


::aisyah di usia 10 bulan::

 dah makin cerdik..bila panggil nak amik gambar terus berpaling:)

 xda dah muka baby2..muka budak2 dah hehe

 alahai manisnya anak ibu&ayah ni:)

 ohh jeling ibu ye:)

 muka bangun tidur pagi tadi..aisyah dah cukup 10 bulan hari ni tau:)


o yeke..jadi aisyah dah besar la ni ibu:)...

 amboi anak sapa la ni huhu..time ni kat rumah pengasuh:)


gula2 hati saya..love aisyah&ayah banyak2:)






"happy 10 months old sayang..ayah&ibu sayang aisyah dunia akhirat"


Friday, May 11, 2012

kenangan seminggu sebelum kelahiran aisyah

Assalamualaikum,

sejujurnya saya rasa sangat bersalah terhadap diri sendiri kerana tidak mampu untuk mencatatkan setiap detik2 perjalanan aisyah ke alam dunia sebelum ni..walaupun telah berniat dalam hati untuk sebolehnya tidak terlepas saat2 yang indah itu, namun disebabkan banyak kekangan dari segi masa, ketiadaan mood berblogging dan macam2 lagi lah, maka agak ketinggalan untuk memahatkan setiap memori itu..tapi bermula hari ini..demi anak tercinta, Insya Allah saya akan mula mengimbas kembali detik2 disaat2 awal kehamilan sehinggalah lahirnya bidadari kami suami isteri ini..xpa lambat sikit pun kan dari xda langsung lagi naya hehe..at least ada gak rujukan dan kenangan kami sekeluarga nanti:)

ok utk hari ni saya nak citer dulu detik2 seminggu sebelum kelahiran aisyah..

 en.suami bawak naik cruise tasik putrajaya:)

 muka masing2 yang berkilat huhu

en.suami tercinta:)

 with 35weeks's tummy:)


 mula2 duk kat dalam tp mcm xbest pastu terus duk kat luar..barula dpt fresh air:)


 kenangan indah:)


 masa ni pesta flora putrajaya baru bermula..dpt tengok bot berhias:)


 posing dan terus posing huhu


 cik abang pun nak posing jugak:)


 aisyah 35 minggu dalam perut ibu:)


 saat2 sebelum bergelar ibu dan ayah:)


 berlatarbelakangkan opis saya..tu la tempat saya cari rezeki:)


 oh MOF..5 tahun saya berkhidmat di sini:)


 masjid putra..di kejauhan:)


 dapat tengok sunset..indahnya ciptaan Allah..


 masa ni tengah diperdengarkan lagu my heart will go on..oh titanic sungguh!!!hehe


 dah nak sampai:)


 subhanallah...cantiknya


alhamdulillah tercapai jugak hasrat nak naik cruise putrajaya..actually sebelum kawin lagi en.suami dah ajak naik cruise ni..last2 lepas kawin dan nak dapat anak baru tercapai hehe, xpa la at least dapat merasa gak:)...masa kami naik ni dalam pukul 6.30 petang sbb jadual utk sebelum tu dah terlepas..so amik yang ni dan sebab tu lah dapat tgk sunset:)..jangkamasa cruise ni berlayar dalam 40 minit..so dapatlah melihat putrajaya dari air plak huhu..apapun terima kasih untuk en.suami tercinta sebab sudi bawa mak buyung ni naik cruise..love u!!!


note:

seminggu selepas naik cruise ni, ingat nak g pesta flora plak..alih2 aisyah dah keluar:D



Wednesday, May 9, 2012

kejutan hari ibu:)

Assalamualaikum,

selasa yg lepas (8/5/2012), sebaik saja sampai di rumah selepas ambik aisyah..terus letakkan dia kat ruang tamu n terus masuk bilik utk simpan beg..tiba2 mata ni terpandang sesuatu atas meja solek..terus wordless..xtahu nk cakap apa tp yg pasti air mata memang menitik..kata ratu airmata kan:)..dan apa yg pasti mmg xsangka yg en.suami akan buat suprise mcm ni...nak tahu apa dia?jeng..jeng..jeng...



 untuk hari ibu:)

 chocolate cake..eh aisyah pun komplot ngan ayah jugak ek hehe

 my fevret..red roses..tengkiu bie:)

 epal merah..kenapa ada epal?ada kisahnya nti saya elaborate ye:)

 patah2 perkataan yg cukup membuatkan hati rasa bahagia dan terharu..alhamdulillah

 jom potong kek:)

 ibu&aisyah yg asyik duk pandang je kek tu:)

 bila boleh makan ni ibu:)

 3 of us:)

 tengok tu aisyah dah xsabar nk kerjakan kek tu:)

 suap pun xleh nk romantik2..aisyah la ni xreti duk diam:)

 ok...jom potong kek:)

 aisyah tengok je ayah suapkan ibu..jeles lettew:D

i love rose:)

actually pagi selasa tu..selesai je solat subuh en.suami wish "selamat hari ibu sayang"..pastu dlm hati bercakap "eh hari ni ke hari ibu"..sejujurnya saya xtahu pun tarikh sebenar hari ibu walaupun saya juga ada membelikan sesuatu utk ma sempena hari ibu hehe..tp xkisahlah berapa hb pun yg penting tanda ingatan:)..bila en.suami wish mcm tu terus rasa diri ni dihargai, disayangi..tapi bila mengenangkan banyaknya kekurangan saya sebagai isteri dan ibu, terus rasa bersalah, sedih dan mcm2 lagi..maafkan ayang ye bie:(

dan kisah pasal epal merah tu plak sbnarnya mcm ni..beberapa hari sblum tu en.suami nak buat puri epal utk aisyah..adala beberapa biji epal ni..saya ingatkan en.suami akan tinggalkanlah sebiji dua utk makan tapi tgk2 dia pegi buat semua  epal tu, xda tinggal sebiji pun..apalagi saya terusla 'ter'kecik hati sbb mmg nk sangat2 mkn epal tu..biasalah bila hormon dah senget mmg touching la jawabnya huhu..tp saya xda la marahkan en.suami pun cuma rasa sedih je la bila xdapat makan epal yg masa tu saya mmg nak makan..ngok ngek kan hormon ni:)..so disebabkan tu la 'kot' en.suami bagi epal merah tu:)..thanks bie sbb memahami..dan fevret chocolate pun ada:)..so smlam saya xpuasa sbb bawa kek tu ke opis bagi kwn2 makan..hari ni baru sambung puasa balik..ada 18 hari lagi ni..fuhh kesat peluh jap hehe...

apapun 'hadiah' yang diberikan oleh en.suami ni tersangatlah saya hargai..ini merupakan kali pertama saya meraikan hari ibu:)..sebelum ni wish dkt ma n kawan2 je..kali ni turn diri sendiri plak:)..syukur atas nikmat kebahagiaan ini..alhamdulillah

utk ma tercinta,

selamat hari ibu..
terima kasih diatas segala jasa dan pengorbanan ma membesarkan kami semua..
terima kasih diatas segala kasih sayang yang dicurahkan..
terima kasih diatas segala2nya..
semoga ma sentiasa dalam rahmat Allah dan dipanjangkan umur dan disembuhkan dari penyakit...dan
semoga ma sentiasa bahagia dan ceria...amin

utk suamiku yang tersayang,

terima kasih atas segala kasih sayang yang dicurahkan..
terima kasih atas perhatian yang diberikan..
maafkan segala kesalahan dan kekurangan ayang selama ni..
doakanlah semoga ayang mampu menjadi isteri yang solehah..
dan ibu yang baik utk anak2 kita nanti..
semoga kebahagiaan ini berkekalan hingga ke syurga..amin
i love u so much!!!

Wednesday, May 2, 2012

setelah hujan turun mencurah di putrajaya

Assalamualaikum,

alhamdulillah, setelah berminggu2 putrajaya diselubungi cuaca panas terik, hari ini syukur Allah telah menurunkan hujan membasahi bumi putrajaya..syukur sangat2..

sebelum ini di saat kita merungut kepanasan, kita tertanya2 bilala hujan nak turun namun sesungguhnya Allah itu Maha Penyayang lalu Dia terus menurunkan titis2 hujan untuk menyejukkan kembali bumi ini..sesungguhnya Allah itu Maha Adil lagi Maha Mengetahui..

sehingga ke saat ini pun, suasana mendung masih menyelubungi putrajaya..indah sekali pemandangan di sini saat titis2 hujan turun membasahi bumi..subhanallah...