eh sikit2 pasal aisyah..mesti ramai yg boring bukak blog saya ni kan huhu..tapi xkisahla ini belog saya terpulangla saya nak cerita apa ke kan:)..sejak dah ada anak ni memang banyak je kisah2, peristiwa yang hendak dikongsi bersama..lagipun ianya adalah untuk kenangan saya sekeluarga juga pada masa2 akan datang..dan nanti bila aisyah dah besar, dah pandai membaca hopefully dia akan baca balik mengenai dirinya sejak dari dalam perut lagi sehinggalah keluar melihat dunia dan seterusnya perkembangannya dari masa ke semasa bersama2 ibu dan ayah dan juga insan2 tersayang yang sentiasa menyayanginya...Insya Allah
ok hari ni saja je saya nak cerita rutin hidup saya setiap hari bersama aisyah..yang ni aktiviti saya semasa masih dalam cuti haritu..
pagi2 biasanya dalam pukul 7 atau 8 pagi aisyah akan bangun..dan moodnya pada waktu ni tersangat2lah baik..senyum je memanjang..pantang agah sikit mulala tersengih2..gerammm sangat time2 gini..pastu dah pandai 'menegur' dan asyik kuar bunyi je tapi ibu xpaham la dik hehe..bila nampak dia start merengek2 je terus saya bagi susu bukan apa tapi saya takut dia menangis je time nak mandi nanti..pukul 9 pagi biasanya saya akan mandikan dia..saya still mandikan dalam bathtub dia lagi n still mandikan dengan air suam..pernah sekali saya cuba letakkan dalam air sejuk n bila masukkan kaki ke dalam air terus dia angkat kaki sebab sejuk..kesian anak ibu..ala ibu saja je dik nak biasa2kan dengan kesejukan hehe..bila tengok aisyah still xboleh terima air sejuk saya mandikan dengan air suam sampai sekarang..lagipun org2 tua pesan nanti bila dia dah besar2 sikit baru boleh ajar mandi dengan air sejuk..citer bab mandi cek mek aisyah ni tersangat2la suka..kalo dia tengah menangis pun masuk je dalam air terus senyap..issh minat air ke adik ni..dan macam biasala sepanjang mandi tu mmg baik je dia..cool je huhu..biasanya waktu pagi ayahnya dulu yg mandikan..petang barula saya yang akan mandikan aisyah sebab en.suami mengajar petang..so separuh hari saya xda la rasa lambat je masa berlalu sebab en.suami ada sebelah pagi tu..pas mandi pulak kena cepat2 pakaikan baju sume sebab lepas tu mesti dia akan mintak susu..aisyah ni bila dah lapar xreti dah nak nangis slow2..terus ke volume maksimum terus huhu...sebab tu saya kena cepat..adehh mmg penat tapi seronok:D
shower time..suka la tu nak mandi, sampai pengasuh dia sendiri pun cakap senang nak mandikan aisyah ni hehe
ni masa 2 bulan lebih still pakai barut..sekarang xpakai dah..xmuat dah:)
muka hepy dapat mandi:)
pas mandi biasanya aisyah akan tido sampai tengahari..masa ni la saya boleh buat kerja2 rumah..ala keje2 biasa yang surirumah biasa buat hehe..kemas rumah, basuh baju, lipat baju, gosok baju kalo nak luarbiasa sikit 'surirumah sementara' ini akan mengadap internet berbelog, fb or search info pasal baby progress or whatever bout baby hehe..tu pun kalo mood broadband n aisyah ok..kalo x mmg xterbukak pun internet..kadang baru je connect internet aisyah dah bagi hint suh layan dia:P
minum susu dulu kenyang2
baru boleh tido:D
tengahari pulak biasanya saya xmasak pun sebab serba salah nak masak coz saya sorang2 je kat rumah so, saya makan je apa yang ada huhu..lepas je solat zohor saya rehat2 kejap sambil layan aisyah or lipat2 kain baju..pukul 3.30 petang mmg saya terpacak depan tv sebab nak tengok citer korea yg best "Jewel In The Palace"..best tau citer ni kisah dia pasal masak2 di dapur istana maharaja..macam2 konflik dan masalah yang timbul dan setiap masalah mesti ada penyiasatan yang dilakukan..tapi bila dah kerja ni xboleh follow dah citer ni...sambil tengok tv sambil tu gak duk guling2 ngan aisyah sampaila petang...
dalam pukul 6 biasanya aisyah akan mandi dan saya pun siap2 utk masak for dinner..tapi jarang jugak saya masak sebab itu bergantung pada en.suami..kalo dia nak makan barula saya masak..tapi saya masak xsedap pun huhu..kalo x kami berdua makan je apa2 yang ada..
dalam pukul 7.30 malam biasanya en.suami akan sampai rumah..pas solat maghrib mmg all time duk layan aisyah je sebabnya masuk je malam aisyah akan mula 'buat perangai'..xnak duduk atas tilam dia..dia nak duk atas riba je..sebab tu kalo mlm memang susah sikit nak tidurkan dia..kena riba n buai2 slow2 barula dia tido..tu pun sekejap je kalo letak atas tilam terus dia sedar merengek2..erm nak tak nak terpaksa gak dodoikan dia sampai betul2 dia tidur,,kadang tu pukul 11 or 1 pagi baru dia tidur..bila tengok keadaan macam tu en.suami suruh beli buai tapi saya xnak..buat masa ni la tapi xtahula akan datang mcmana..tapi kat rumah pengasuh memang dia letak atas buai kat rumah je tido bawah..malam pulak dia akan bangun 2-3 kali untuk minum susu dan masa bangunnya juga dah regular sekarang..jauh beza masa dalam pantang dulu setiap jam saya akan bangun utk bf dia..biasanya lepas hisap susu mmg dia akan tidur balik..dan aisyah akan sedar dalam pukul 5.30 pagi sampaila subuh..so sekarang xleh dah nak tidur lama2 hehe..dan begitulah untuk hari2 yang seterusnya:)
so itulah sedikit sebanyak rutin saya selama berada di putrajaya menghabiskan cuti bersalin ni..walaupun penat tapi seronok, puas hati dapat tengok aisyah depan mata 24/7..tapi ni bila dah start keje........faham2 sendirila ye:(
mata dah hampir2 nak tido tu
menguap lah dulu
emm sedapnya tido atas ayah ni:)
ibu rindu awakla aisyah...:(
No comments:
Post a Comment