Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Thursday, April 11, 2013

kakak aisyah bila dapat adik

Assalamualaikum,

alhamdulillah..rezeki Allah sangat luas..diusia aisyah 1 tahun 4 bulan sudah bergelar kakak..reaksi aisyah bila pertama kali tengok adik muafah?senyum malu2:)...agaknya dah biasa panggil baby baby masa adik dalam perut ibu, so bila adik betul2 dah keluar pun kakak aisyah asyikla duk panggil baby..bila pertama kali bagitau nama adik, terus lekat dan sampai skrg tetap panggil 'afah' utk muafah..xpe la mungkin dia rasa lagi dekat bila panggil dengan panggilan tu..semoga anak2 ibu ayah close each other sampai bila2..ameen

di awal kelahiran adik muafah, masih tidak terserlah rasa cemburukan adik, maklumlah masa tu ramai org duk melayan dia..tapi bila balik ke putrajaya masa adik muafah berusia 1 bulan, sedikit demi sedikit kakak aisyah sudah mula menunjukkan rasa cemburunya, walau bagaimanapun syukur alhamdulillah aisyah masih lagi terkawal bila dgn adiknya..ye lah runsing kalo biarkan dia sendirian dgn muafah..tapi lama2 terkeluarla jugak aksi2 yg boleh menyentapkan jantung saya..contohnya bila dia nak angkat muafah letak atas ribanya sendiri..fuhh nasib baik sempat tgk..tu belum lagi bila dia tepuk2 manja adik pastu terus belepukkk atas kepala/muka adik muafah..huhu biasalah anak tgh membesar...lagipun baru berusia 1y4m manalah tahu erti 'xboleh tepuk adik kuat2, nanti sakit'...so mmg kena pemantauan yg ketat la bila aisyah ada dekat dgn adiknya sbb mesti akan ada je aksi diluar jangkaannya hehe..

bila perhatian lebih diberikan kepada adik muafah, aisyah mulalah tunjukkan perhatian..contohnya dia akan tarik tangan kita untuk buat apa yg dia nak, ambilkan apa yg dia nak, pendek kata apa sahaja dia akan buat untuk alihkan perhatian ibu ayahnya supaya layan kehendak dia..mmg nampak jelas disitu rasa cemburunya tapi kalau terjadi mcm tu, biasanya en.suami yg mainkan peranan layan aisyah..sebab adik muafah mmg melekat je 24 jam dgn ibu huhu..

tapi dari pemerhatian saya sejak hari pertama kelahiran adik muafah, kasih sayang yang ditunjukkan aisyah kepada adiknya amatlah kuat..setiap masa mesti kiss adik sambil sebut 'ayan'(sayang)..bayangkan kalau tgh2 sibuk bermain sekalipun kejap2 dia akan datang cium adik lepas tu pegi sambung main balik..sama jugak kalau dia lalu depan adik mesti dia akan singgah cium adik dulu pastu sambung jalan..bangun pagi2 pun perkara wajib yg dia buat bila celik mata ialah cari adik sambil mulut duk panggil afah..afah..pastu cium mmuahh then barula dia mulakan harinya samada tgk tv atau main..aktiviti ni xpernah missed aisyah lakukan sejak muafah lahir sampaila skrg..bayangkan tgh2 tidur pun still lagi ingatkan adiknya..pernah satu malam tu muafah nangis nak susu..masa tu aisyah memang tgh lenala tidur..dgr je adiknya menangis tiba2 dgr aisyah sebut afah..afah..yit..yit (jerit)..saya ingatkan aisyah sedar rupa2nya dia sdg tidur..kuatnya aura dan ikatan antara mereka sampaikan dalam tidur pun aisyah boleh teringatkan adiknya..subhanallah

dan muafah pula walaupun masih keccil tapi saya perasan dia sangat suka tgk kakak aisyah terutama bila tgk aisyah duk main atau duk cakap2 dgn dia..sengih je bila tgk kakak..kadang tu gelak mengekek bila tgk aisyah..apa yg lawaknya pun xtahula huhu..xsabar nak tunggu muafah besar dan nak tgk diaorg main sama2, belajar sama2 dan semuanya sama2lah:)..semoga ikatan kasih sayang yg terbina antara aisyah dan muafah (dan bakal adik2nya kelak..ameen) akan terus utuh terbina sehingga ke syurga..ameen

riak wajah aisyah masa bawak adik pulang dari hospital..entah apala perasaannya hehe


everytime nak cium dan riba adik


suka sangat bila dapat riba adik:)

kakak aisyah&adik muafah:)

seriau jugak nak bagi aisyah riba sbb kadang2 dia lepas mcm tu je..so kena ada pengawasan sepenuhnya:)


pagi2 bangun tido melekat je tepi adik:)


main2 dgn adik dulu baru pegi buat keje lain:)


tolong 'jaga' adik bila ibu buat keje...ayah g school

nak main2 dgn adik..adik suka sokmo tgk kakak:)


kakak makan pisang, adik makan jari:)

peneman setia adik tiap kali bangun pagi:)

dah penat jaga adik, akhirnya tertidur sendiri:)


sayanganak2ibuayah...mmuaaahhh!!!!

No comments:

Post a Comment