Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Tuesday, May 14, 2013

pacifier:perlu@tidak?

Assalamualaikum,

semalam dan harini saya transit muafah ke taska ofis disebabkan adik saya balik kg untuk interview..sambil2 tu ambil peluang ni untuk train muafah dengan suasana baru sebab awal bulan 6 nanti Insya Allah muafah dah boleh dihantar ke taska..

hari pertama (semalam) alhamdulillah muafah ok, tapi harini semasa saya g jenguk tengahari tadi, muafah sedang dalam percubaan untuk ditidurkan oleh pengasuhnya..sambil tu menangis (read:merintih)..dan masa tu jugak pengasuh cakap suh bagi pacifier (puting tiruan) sebab kalau x mmg susah nak tidur dan diaorang pun mmg xdan nak layan sorang demi seorang baby kat situ..dalam hati dah terdetik rasa sedih dan xnak!!!

iye..saya tersangat faham situasi kerja mereka sebab saya dulu pun pernah keje sebagai pengasuh dan saya sememangnya faham apa yang mereka lalui..memang xdan nak layan person by person..saya diam je masa tu sebab saya tahu sebenarnya muafah dia xperlukan puting pun..dia cuma nak orang sentiasa ada depan mata dia..dan waktu nak tidur dia nak orang dukung n bawa jalan2 baru dia tidur..tapi ye lah xkan pengasuh sempat nak buat mcm tu kan..budak lain ramai lagi yang lebih memerlukan perhatian..masa saya keje pengasuh dulu lagila..2 org (saya dan sorang kawan) jaga dalam 22 orang budak..fuhh mmg xsempat nak rest pun..

so pandangan saya muafah mungkin memerlukan sedikit masa utk menyesuaikan diri dengan keadaan dan suasana baru..dan saya harap sangat pengasuh dapat memberikan sedikit masa untuk muafah sebab seboleh2nya saya xnak bagi pacifier utk muafah..bukan apa saya takut muafah akan bergantung kepada pacifier..banyak pengalaman kawan2 dan juga saudara dimana anak mereka bergantung kepada pacifier..xda pacifier kat mulut xleh..walaupun saya tahu ada sesetengah budak xda yg bergantung sangat dengan pacifier ni tapi kita sebagai ibubapa seboleh2nya cuba mengelakkan selagi boleh..en.suami pun xsetuju bila saya bagitau perkara ni..walauapapun kami hanya nak yg terbaik utk muafah..dan juga aisyah..kalau dah keadaan memaksa saya terpaksa (walaupun hati sangat berat)..

2 comments:

  1. Cian Muafah....harap lama-lama oklah kat taska tu....cam Aisyah dulu

    ReplyDelete
  2. Salam Zila,

    sebagai nasihat, Zira standby aje pacifier utk Safiyya waktu dia baby dulu. Daripada pengasuh gunakan pacifier taska yg kita xtau kebersihannya. Zira sendiri x pernah sumbatkan benda alah tu kt Safiyya, Zira letak kt tepi tilam aje utk memudahkan pengasuh. Kat rumah mmg x pernah bagi sbb Zira tahu anak Zira mmg tidak diajar menggunakan pacifier. Tapi utk langkah kebersihan, Zira sediakan jugak, ari2 bwk balik utk basuh supaya kita yakin dengan kebersihannya. Dan Alhamdulillah mmg Safiyya tak bergantung pada pacifier langsung sehingga kini.

    -Pandangan dari insan yang kerdil-

    ReplyDelete