Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Tuesday, July 30, 2013

cerita ramadhan kali ini

Assalamualaikum,

lamanya rasa xupdate blog ni..bulan puasa blog pun puasa jugak ye hehe..alhamdulillah diam xdiam kita sudah berada di hampir penghujung ramadhan..begitu pantas masa berlalu..ramadhan kami kali ini sama juga seperti tahun lepas..bezanya tahun lepas berpuasa dengan seorang anak, tahun ni dah ada 2 orang anak kecil:)..

waktu keje saya di bulan puasa ni sama je dengan hari2 biasa..cumanya rutin sedikit berubah kerana pukul 4.30 petang saya dah kena g amik aisyah dan muafah kat taska..taska kat ofis ni kena amik anak paling lambat 5.05 minit..lebih dari tu kena charge..kalo saya sharp2 punch kul 5 pun mmg xsempat ambik sebab ofis saya di blok selatan n taska di blok utara so amik masa juga untuk sampai..

bab berbuka puasa pula terus terang saya cakap memang xsempat nak masak..banyak membeli je..bukan xnak masak tapi keadaan xmengizinkan..sampai rumah paling awal pukul 5.30-5.45 petang..sampai je kat rumah letak barang2 sume uruskan anak2..biasanya waktu mcm ni aisyah akan poo poo..dan bila aisyah poo poo maksudnya saya akan bertukar jadi singa:)..sebabnya aisyah bila poo poo dia akan bukak sendiri diapers tu, masukkan dalam tong sampah n xdan2 nak masuk bilik air..selalunya perkara ni akan terjadi semasa saya sedang menyusukan muafah..muafah baru je nak mula menyusu aisyah dah start dah dia punya keje..yang buat saya jadi singa tu sebab setiap kali bukak diapers mesti ada stool dia yg terjatuh ke lantai..sekuat mana pun saya ckp tahan dulu jgn bukak diapers, aisyah mmg xpeduli..so kena la tinggalkan muafah yang tengah meraung2 tu..mmg masa tu tahap kesabaran dah mula menipis huhu..basuh berak aisyah n terus mandikan dia..masa ni adik memang dah 'berjalan' sampai ke pintu bilik air duk berteriak kat situ tunggu ibu n kakak aisyah dalam bilik air..

keluar bilik air basuh lantai bekas stool aisyah pulak..masa ni mmg muafah dah menangis tahap maksimum dah tp saya kena siapkan mop lantai sbb nanti takut aisyah duk berlari2 atas lantai tu lain pulak jadinya..pernah sekali dia buat 'kueh' atas karpet..Ya Allah rasa mcm nk mkn je aisyah tp bila tengok dia buat muka kesian terus xjadi marah..saya pulak yang menangis beria2 huhu..bila dah siap uruskan aisyah, uruskan muafah pulak..kadang tu tengah solat pun dua beradik ni duk keliling saya..sorang duk depan sorang duk atas riba..aduhai mmg agak mencabar sementara tunggu en.suami sampai..muafah pulak jenis xboleh berenggang dengan saya..nak sentiasa bertepek je..saya bangun je dia dah menangis..alahai manja sungguh anak ibu ayah yg sorang ni:)..so keadaan itu sedikit sebanyak menyukarkan saya utk membuat keje2 rumah..bila letak muafah dalam walker pulak, kakak aisyah pun akan naik sama sampai berhimpit dengan adik muafah..last2 simpan balik walker dalam stor..

dalam duk kalut2 'bergaduh' dengan anak2 tu, saya terkejar2 masuk dapur..basuh botol2 dan perkakasan pam sume..letak dlm sterilizer n sambil2 tu kemaskan beg2 taska anak2..dalam pukul 6.30 en.suami sampai dia yg akan masuk dapur..masa ni la saya boleh berehat sekejap..biar aisyah dengan ayahnya pula yg berperang kat dapur huhu..kalau ada lauk basah dlm peti en.suami akan masak lauk yg simple2 dan cepat..selebihnya lauk yg saya beli kat ofis..dihujung2 ramadhan ni memang saya akui agak penat bila menyusukan anak sambil berpuasa..tapi saya gagahkan jua sebab niat saya untuk menyusukan muafah selama mana yg boleh dan selagi ada susu yang mengalir selagi itulah yg saya akan berikan sampailah ke titisan yang terakhir..tapi saya pasti yg saya perlu juga mencampur susu muafah nanti..memang sedih bila difikirkan perkara ni tapi saya terpaksa untuk kebaikan muafah jugak..susu pun dah mula berkurang sekarang ni tambah pulak dengan bulan puasa..tapi saya xmahu terlalu memikirkan perkara ini..hanya Allah S.W.T yang tahu apa yg terbaik untuk kami...

bab bersahur pula saya dan en.suami mmg wajib kena bangun bersahur dan wajib makan nasi..dan peneman kami setiap kali bersahur sudah tentu adik muafah..saya pun xtahula muafah ni mcmana..setiap kali saya bangun tidur setiap kali tu juga dia akan terjaga padahal dia tengah tidur nyenyak tu..setakat ni baru sekali muafah tidur masa kami bersahur selebihnya mmg xpernah la dia xbangun..lama2 kami dah biasa dengan keadaan ni:)..kuat betul bonding muafah ngan ibu ye..

tapi sekarang ni keadaan sedikit berbeza sebabnya aisyah sedang berada di kampung..oh rindunya dengan anak dara tu yg semakin keletah dan bijak..dah xada teman 'bergaduh' petang2, dah xada org nak usik2 adik..dah xada org nk pujuk2 saya bila saya menangis disebabkan apa yg dia buat..aisyah pandai bila saya marah dia n buat2 menangis dia akan terus datang peluk saya..terus cair hati ibu:)..bersabarlah duhai hati..lagi 3 hari je nak balik kg..

tp ramadhan kali ni saya agak ralat sebab xberkesempatan nk bersolat terawih..bukan xmahu tp dengan muafah yg sentiasa nk saya peluk dukung setiap masa agak menyukarkan saya..semenjak dua menjak ni manjanya lain mcm..ke sbb stress duk taska dik hehe..pastu lepas maghrib automatik badan akan jadi lemah selemahnya sampaikan saya akan tertidur dan akan bangun balik kul 12 mlm (tu kalo larat nk bangun la)..kalau masa saya tertidur tu muafah belum tidur, en.suami yg akan amik alih tugas menidurkan muafah..kesian jugak dengan en.suami sbb sentiasa sibuk dgn kerja2 sekolah tapi apakan daya puasa kali ni agak lain rasanya..mungkin sbb penat menguruskan 2 org anak kecil yg masih memerlukan perhatian sepenuhnya walaupun aisyah dah semakin pandai berdikari..apa pun inilah pengalaman yg tidak boleh diganti..semoga dapat bertemu lagi di ramadhan yang akan datang..amin

2 comments:

  1. pengorbanan seorang ibu..cik Aisyah saya baru nk masuk setahun 3 bulan..hihi..
    br sorg tu..tp alhmdulillah..sempat memasak lg..yela br sorg..

    ReplyDelete
  2. ha,a..anak dah masuk dua mmg kelam kabut sikit..jarak setahun sorang pulak tu..mmg penat tp bila tgk senyuman anak2 hilang penat tu:)

    ReplyDelete