Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Wednesday, January 21, 2015

5th pregnancy:dilema cuti bersalin

Assalamualaikum dan Salam Sayang,

Alhamdulillah diam tak diam baby A.M dah berusia 36 minggu dalam kandungan..cepatnya masa berlalu kali ni..due In Shaa Allah 21.2.2015..muafah dan abid lahir di usia 39 minggu..aisyah je awal 36 minggu..adik A.M ni hanya Allah yang tahu detik waktu kelahirannya..semoga baby A.M lahir dalam keadaan yang sihat dan selamat..aamiin..

dah dekat2 nak bersalin ni satu perkara yang berlegar-legar dalam fikiran ni..CUTI BERSALIN..cuti bersalin saya hanya tinggal 30 hari saja lagi..waaa xkanlah lepas 30 hari dah naik keje...tu la sapa suh amik cuti bersalin 90 hari untuk tiga2 anak..ingin saya tekankan sekali lagi kita hanya merancang namun Allah jua sebaik-baik perancang dan penentu segalanya..usah dipertikaikan rezeki dan amanah dari Allah ini..Dia Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk hamba-hambaNya...walaupun kehamilan kali ni memang sangat tidak dijangka...


bila sudah ditetapkan begini maka saya harus menerimanya dan In Shaa Allah ada jalannya..cuma yang mana satu jadi pilihan masih belum dapat diputuskan lagi..sekarang ni saya ada 2 pilihan:

1) Cuti Bersalin 30 hari + Cuti Rehat 10 hari = 40 hari


kiranya betul2 lepas habis pantang saya dah naik keje..tapi yang menjadi kerisauan saya ialah macamana nak hantar baby ke pengasuh di usianya baru 40 hari..dan satu lagi yang menjadi dilema sempatkah saya buat stok susu untuk baby A.M..yelah bulan feb dan mac ni adalah bulan yang agak sibuk bagi saya sekeluarga sebab adik saya anis a.k.a pengasuh 3 orang anak saya ni nak kawin bulan 3 nanti..dengan persiapan kahwinnya saya mungkin terlibat serba sedikit sebab kenduri belah perempuan ni agak 'berat' jugak persiapannya..dengan nak uruskan baby kecik, abid dan kakaks, saya takut tak terkejar nak buat stok susu..(semoga Allah permudahkan..aamiin)


nak amik cuti lebih-lebih pun xboleh sebab masih lagi di awal tahun..banyak lagi cuti yang nak guna di kemudian hari..lagipun kalau hal-hal yang melibatkan pengasuh dan anak sakit memang saya je yang kena amik cuti..en.suami faham2 lah memang payah dapat cuti..CRK pun 7 hari je setahun...kalau ada hal yang betul2 urgent baru boleh cuti...


saya juga harap sangat2 dalam tempoh 40 hari bercuti ni badan saya dh sihat dan kuat untuk kembali bekerja..dalam hal ni saya sangat mengharapkan agar en.suami faham keadaan saya sekiranya hal2 rumah tak terurus dengan baik..walaupun sebelum ni memang dia pun yang banyak uruskan hal2 dalam rumah berbanding saya huhu..

2) Cuti Bersalin 30 hari + Cuti Menjaga/Menyusukan Anak (CMA) 30 hari (Cuti Tanpa Gaji) = 60 hari

ni plan kedua saya...kelebihan jika saya amik CMA ni ialah save cuti rehat saya:)...sebab syarat untuk amik CMA ni tidak memerlukan pegawai untuk menghabiskan cuti rehat yang berkelayakan..so cuti rehat saya untuk tahun ni boleh diperuntukkan untuk hal-hal kecemasan..yelah sebelum ni cik anis yang jaga di rumah ikut cuti saya..ni kalo dh hantar pengasuh saya yang kena ikut cuti pengasuh:(...

kelemahannya pulak..nama pun dah cuti tanpa gaji faham-faham sendiri lah ye huhu...tapi semua ni masih lagi dalam pertimbangan dan perbincangan saya dengan en.suami..kalau keadaan ekonomi mengizinkan memang saya pilih yang no.2 ni..at least cuti 60 hari tu badan saya dah kuat untuk bekerja semula..kalo cuti 40 hari je pengsan nak uruskan 4 orang anak serentak huhu..

nak tak nak memang kena decide cepat2 sbb saya ni dalam fasa menunggu masa dah ni..dah 36 minggu tapi satu barang pun xpacking lagi huhuhuhuhu...semoga Allah S.W.T permudahkan urusan bersalin kali ini..aamiin


No comments:

Post a Comment