Alhamdulillah harini kandungan dah berusia 39w3d..baby A.M masih lagi seronok bergolek2 dalam perut ibunya ni..ibunya ni pulak yang xsabar2 nak bersalin dek ketidaklaratan dah nak membawa diri hehe..xpe itulah nikmat yang Allah berikan kepada wanita yang hamil..lepas ni mesti rindu saat2 macam ni..entah bila pula diberi peluang untuk kembali merasai detik2 pahit manis bergelar ibu mengandung:)..lepas ni memang dah kena amik family planning betul2 dah..no more planning sendiri sendiri memang xleh success punye huk huk..apapun semoga Allah memurahkan lagi rezeki kami selepas ini sebab hasrat en.suami nak anak ramai:)..tapi buat masa sekarang biarlah badan ni berehat dulu ye bie:)
kali ni nak share pasal detail scan baby A.M yang kami buat masa kandungan berusia 25 minggu..macam biasa setiap kali pregnant rutin ni adalah wajib bagi kami suami isteri..tambah pula abid dah ada history heart problem lagilah doktor galakkan untuk buat..sejak dari awal saya tahu pregnant lagi masa umur abid 3 bulan++ perkara pertama yang merisaukan saya ialah bimbang sekiranya baby kali ni juga menghadapi masalah yang sama dengan abid..ye lah salah satu faktornya adalah jarak kehamilan yang terlalu dekat..kemungkinan untuk sejarah tu berulang ada..(Nauzubillahiminzalik)..
so bila kandungan berusia 23-24 minggu, saya dirujuk ke hospital putrajaya untuk buat detail scan..pada masa tu doktor hamidah yang buat detail scan beritahu satu perkara yang betul2 menjadikan kerisauan saya menjadi kenyataan..dia cakap baby ada jantung berlubang (VSD)..Allahuakbar saya tak tahu nak explain perasaan ni macam mana..tapi dia xleh confirmkan lagi keadaan tu mcmana sebab dia minta kami buat detail scan sekali lagi kat luar..maksudnya buat sendiri kat private or mana2 hospital yang berkaitan..saya dan en.suami buat keputusan untuk buat kat klinik maria as usual..tapi bila call klinik maria tarikh terdekat untuk detail scan dah full..saya yang masa tu dah terlalu risau dan xsabar untuk mengetahui keadaan baby terus google cari klinik2 lain yang terdekat dan ada sediakan perkhidmatan detail scan ni...
alhamdulillah dapat booking klinik as-salam seksyen 7 bangi..walaupun harganya agak mahal sikit (RM220) tapi saya xkisah asalkan keadaan baby A.M dapat diketahui sebaik mungkin..tiba masa yang dijanjikan doktor terus buat detail scan..pun sama berita seperti yang diberitahu oleh doktor hamidah..ada VSD tapi kali ni kerisauan semakin bertambah bila doktor beritahu yang dia nampak baby A.M ada 3 bilik jantung sahaja which is manusia normal ada 4 bilik jantung...tapi doktor pun xconfirmkan lagi dan saya minta surat rujukan untuk ke ppukm sebab dah biasa kat sana...
dari situ saya dirujuk ke ppukm sekali lagi dan melalui prosedur yang sama macam abid dulu..sampai masa untuk buat detail scan kami dapat sonographer yang sama macam abid dulu dan kali ni dia pun pregnant jugak hehe..mula2 tu dia cakap eh macam pernah jumpa sebelum ni..bkn ke awak baru bersalin bulan 3 haritu (eh dia ingatlah pulak bila saya bersalin hehe)..pastu dia cakap xpe la dah rezeki:)...
masa buat detail scan ni ada 3 orang yang memerhati..sonographer, doktor dan seorang lagi tak tahulah position apa..dalam masa scan tu dia kami duk pot pet jugaklah..ye lah sebab dah kenal kan..tapi dalam hati berdebarnya hanya Allah yang tahu..berdebar menantikan apa keputusan scan kali ni..at first dia scan bahagian2 badan yang lain macam brain, kidney, tulang peha, spine dan lain2 bahagian termasuk gendernya sekali..then sampai part yang sangat dirisaukan iaitu jantung..lama dia duk scan jantung..saya dah dap dip dup dah..kemudian dia cakap "cantik je saya tengok flow dia ni, ada 4 chamber......"
lepastu dia tunjuk ke doktor disebelah dan doktor pun cakap nampak ok je jantung baby..pastu sonographer dengan doktor ni pun cakapla bahasa medic sesama diaorg..dan last sekali dia cakap.."In Shaa Allah setakat yang kami nampak ni dengan 3 pasang mata yang melihat ni baby nampak sihat..jantung baby normal presentationnya..yang lain2 pun nampak ok..In Shaa Allah kami doakan baby puan sihat"...
Alhamdulillah sebaik saja dengar team doktor cakap mcm tu rasa lega dan syukur sangat2..dan saya try2 request dengan doktor boleh x nak tgk wajah baby dalam 4D..ye lah biasa hospital goverment ni scan 2D je..nasib baik sonographer sporting last2 dapat jugak tengok wajah baby A.M (macam saya masa ni hehe)..masa buat kat as-salam baby malu nak tunjuk muka kali ni dia bagi tengok dah:)
apapun saya harapkan agar baby A.M lahir dalam keadaan yang sihat sempurna nanti..semoga Allah makbulkan..aamiin...
tengok tu pemalu sungguh adik ni:)
nampak sipi-sipi je:)
eh lupa plak nak bagitau gender baby A.M hehe..In Shaa Allah kali ni kami dapat baby girl lagi:)..xpe lah dah ada abid peneman ayah g masjid nanti..dah ada anak lelaki dan perempuan ni dah cukup bersyukur dah..apa yang penting baby A.M sihat walafiat...aamiin
tahniah ila..tumpang gembira..tak lama lagi lahirlah puteri lagi kan
ReplyDeletet.kasih..ha a mar..meriah rumah dgn bunga2..ada 1 kumbang di celah2:)
ReplyDeleteSaya doakan baby ni lahir macam baby normal yg lain. Hanya kita2 je yg faham dan semoga sejarah tak berulang lagi
ReplyDeleteAssalamualaikum . Maaf kak saya nak tanya detail scan hospital putrajaya bahagian blok mana ye?
ReplyDelete