Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Tuesday, March 1, 2016

Pengalaman Abid Kena Denggi ~Part 1

Assalamualaikum w.b.t,

kita hanya manusia biasa yang tidak lepas dari diuji dengan dugaan dari Maha Pencipta..sesungguhnya ujian itu tanda Allah ingat dan sayang pada kita..november tahun lepas kami sekeluarga diuji dengan kesihatan abid, satu-satunya anak lelaki kami..masa ni abid berusia 1 tahun 8 bulan..

kisah bermula...

10-12 november 2015 (selasa-khamis)~day 1 fever

malam sebelum tu dalam pukul 2 pagi tiba-tiba en.suami kejut bagitau badan abid panas sangat..padahal sebelum tidur tu ok je duk main-main aktif macam biasa..bila saya bangun jamah badan abid, ya memang panas..check suhu 38++..kami jelum-jelum dulu badan abid sbb nak tunggu lepas subuh untuk ke hospital..

ditakdirkan Allah harini memang family saya nak datang putrajaya sebab masa ni kelantan cuti lama (deepavali+hari keputeraan sultan kelantan)..aisyah ngan muafah pun datang sekali (tahun lepas diaorang duduk kat kg)..so selepas subuh tu kami berempat ke hospital putrajaya..petugas hospital nampak je en.suami dukung abid terus datang periksa dan masa tu dia cakap pernafasan abid laju, check suhu 39++..dan bila check dada dan belakang nurse terus suruh bawa masuk ke dalam tak perlu tunggu giliran sebab dia kata abid asthma..kena neb kat dalam..saya pelik bila nurse kata abid asthma..saya rasa nurse tu salah dengar kot antara bunyi asthma dengan bunyi heart murmur..xpe lah lalu en.suami bawa abid masuk ke dalam sementara saya jaga maryam..

dalam sejam lebih en.suami keluar dan bagitau boleh balik..sebab baru demam 1 hari..ubat demam diberikan dan kami balik rumah..lepas makan ubat tu demam abid kebah sekejap dan nampak dia aktif bermain..tapi selepas 3-4 jam badannya dah mula panas balik..seharian haritu memang on off demamnya tapi masih boleh bermain macam biasa..

petang dalam pukul 5 family saya sampai..syukur sangat at least ada family di sisi boleh beri semangat dan tolong tengok-tengokkan abid sementara saya dan en.suami kerja..so dari hari selasa sampai khamis tu memang abid masih demam, on off tapi bila demamnya datang suhu tak kurang dari 39++...


13 november 2015 (jumaat)~day 4 fever (warded hospital putrajaya)

abid masih demam tapi kalini dia dah melepek, tak nak join dah kakaks bermain..makan pun tak nak susu pun tak minum..saya dah risau dah ni tapi masa tu serius saya tak terfikir langsung pasal denggi walaupun kawasan rumah kami ni black area..saya ingatkan demam biasa..petang balik keje tu tengok abid memang terbaring melepek je..lepas maghrib kami terus ke kk presint 9..check darah platlet 120++..doc kata denggi ni tapi untuk confirmkan darah abid tadi di check sekali lagi..dalam setengah jam menunggu doc panggil masuk balik dah sahkan abid POSITIF DENGGI..nak terduduk rasanya bila dengar doc cakap macamtu..ye lah dah la abid ada masalah jantung ni denggi pula, doube triple risau saya..bila tengok keadaan abid macam tu doc cepat-cepat call hospital dan abid kena dihantar dengan ambulan..ayahnya yang bawa abid dengan ambulan sementara saya dan ida (my twin) balik rumah hantar maryam dan kemaskan barang-barang dan keperluan abid dan ayahnya..dalam pukul 1.00 pagi saya dan ida sampai semula di hospital putrajaya dan masa ni abid dah boleh masuk wad..en.suami maklumkan yang doc di bahagian kecemasan membebel sebab abid tak dimasukkan drip dari klinik tadi..doc tu kata dah lemah tahap macamni sepatutnya drip dah pasang dari klinik tadi lagi..ermm mana kami tau doc kami pun panik tadi tak terlintas pula pasal tu, lagipun kami tak tahu prosedur..doc tu sebenarnya membebel dekat kk presint 9 tu huhu..


di klinik presint 9, putrajaya

 sakitnya ibu kena ambik darah ni..:(



semoga Allah lindungi dan selamatkan abid...aamiin


sebaik sampai di wad tu, abid kena check darah sekali lagi..dalam pukul 3 pagi dapat tahu result dan platlet drop lagi (tak ingat dah berapa)..malam tu en.suami yang jaga sebab saya kena balik..maryam tu mana boleh kalau ibunya ni tak ada di sisi..tapi sepanjang malam tu memang tak lena tidur duk risaukan abid..

14 november (sabtu)~day 5 fever (fasa kritikal)

abid masih lagi demam, bila demamnya datang nurse akan bagi ubat punggung sebab suhu bukan suam2 ye..panas memanjang 39-40.5..masa ni abid memang merengek je nak berdukung..ye lah kita yg dewasa ni pun kalo demam kalah baby..nak berpijak sakit nak bawa badan sendiri pun sakit inikan pula budak tak sampai 2 tahun lagi..susu memang tak minum langsung, makan pun tak..bila doktor datang dia bagitau darah akan dicheck setiap 6 jam sekali..dan dia explain denggi ni ada 3 fasa iaitu fasa demam (1-4 hari), fasa kritikal (5-7 hari), fasa pemulihan/penyembuhan (8-14 hari), abid sekarang dalam fasa kritikal, dalam waktu ni darah akan diambil setiap 4 jam sekali dan dalam fasa ini juga para doktor akan lebih monitor keadaan abid kerana apa saja boleh terjadi..untuk kes denggi ni, selain bacaan platlet, kepekatan darah sangat penting iaitu Hct..dua ni je yang doktor risau..Hct tu doktor tak nak bacaan dia lebih dari 40 sebab kalau lebih dari tu bila darah pekat pelbagai komplikasi boleh berlaku..doktor juga bagitau kalau dah lepas fasa kritikal ni dan tak ada apa-apa komplikasi berlaku In Shaa Allah abid akan selamat..Allahurabbi semoga Allah sembuhkan dan selamatkan abid dari keadaan yang bahaya..

15 november 2015 (ahad)~day 6 fever (fasa kritikal)

abid masih lagi demam, dan masa ni gusi abid juga mula berdarah..dan bintik-bintik merah telah keluar satu badan..ketika ni memang doktor kejap-kejap datang tanya dan check abid..doktor bagitau bila bintik-bintik merah dah keluar itu tanda positif walaupun boleh belaku keadaan sebaliknya..Nauzubillahiminzalik..dan sebenarnya waktu suhu normal (tak demam) itulah waktu yang paling bahaya kerana virus-virus sedang mengganas dalam badan..




lemah..:(

melepek dengan ayah


nak tidur dengan ayah



dengan ayah fik..:)


saat demam melanda


hobi belek kaki sendiri..:)



bila demam kebah sekejap bolehla muncung mulut hehe




dengan pok cik yah..:)




dengan cik da yang setia menemani, setia bertukar syif dengan saya  dan en.suami..terima kasih banyak c.da..:)


cepat sihat ye abid sayang..bila dia tidur barulah boleh rest sekejap g solat


hero ayah kuat kan?


bintik-bintik merah dah keluar





head to toe bintik merah


yang ni ada rasa geram jugak..hari ke-4 warded boleh doktor tak tahu abid ada heart problem walhal dah bagitau dari awal masuk wad dan setiap kali tukar doktor kami akan bagitau, lepastu terus doktor pasang mesin utk tgk oksigen level abid..Alhamdulillah normal


hiburkan hati hero..:)


bila nampak makaroni baru abid nak makan..favorite dia ni..:)



hingus abid..bercampur dengan darah sikit


duck..duck pun duck la abid..:)


bila selera mula pulih sebelum selera hilang balik..:(



ada beberapa kali juga bacaan hct >40


usaha/petua merawat denggi untuk abid:-

1) sup ketam

- Alhamdulillah sebaik saja dapat tahu abid kena denggi, pak sdara ngan tok sdara abid terus cari ketam nipah untuk dibuat sup..mujur jugak abid lalu nak makan sup ketam ni..byk dia minum sup ketam..ada kesan postif juga bila platletnya mula naik sedikit walaupun masih lagi di tahap rendah..terima kasih ayah wan ngan tok ngoh:)

2) jus pucuk betik

- salah satu petua yang sangat famous untuk denggi..pahit yang amat..kita orang dewasa pun tak boleh telan apatah lagi abid..tapi kami paksa juga minum dengan syringe..dan Alhamdulilah dengan izin Allah platlet abid naik banyak selepas minum jus daun betik ni..walaupun ada keluar artikel mengatakan jus pucuk betik bahaya untuk kesihatan tapi apapun kita berusaha dan berdoa semoga Allah melindungi kita semua..aamiin..terima kasih mak long&pak long abid bagi daun betik:)

3) buah tembikai dan jus kiwi

- jus kiwi abid tak suka tapi buah tembikai dia makan banyak..mcm makan nasi..tak pe la dik asalkan nak makan ibu ayah dah cukup syukur dah..

4) air masak, susu, apa-apa je yang berunsurkan air

- kalau kena denggi mmg xda ubat..drip dan usahakan consume apa-apa je yang berunsurkan air macam sup, bubur nasi dan sebagainya..air memang kena mnum banyak dan untuk kanak-kanak seperti abid, minum susu..

16 november 2015 (isnin)- day 7

- harini hari lahir saya, tapi tak sempat nak pedulikan pun sebab kesihatan abid lebih utama..Alhamdulillah abid menunjukkan perubahan positif..platlet dah naik sikit-sikit..tapi ada sesuatu yang merisaukan para doktor apatah lagi kami semua..sepatutnya demam abid dah berlalu tapi abid masih lagi demam kuat..dari rasa lega terus kami semua berdebar-debar semula...


to be continue...









4 comments:

  1. saya takda pengalaman anak kena denggi..tapi diri sendiri & suami pernah kena denggi..memang terasa azabnya..tapi syukur sangat2 Alysa & danish tak terjangkit masa tu..

    ReplyDelete
  2. kak murni,

    kita yg dewasa pun seksa kan kena denggi..ni lagilah budak..tak keruan rasanya masa ni..semoga kita semua dilindungiNya..Aamiin

    ReplyDelete
  3. chik,

    xdan lagi nak sambung..agak kebizian sikit 2 minggu akan datang ni hehe..In Shaa Allah akan disambung secepat yang mungkin..:D

    ReplyDelete