Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang, saya ingin memperkenalkan ahli baru keluarga kami..adik aisyah dan muafah..Muhammad Abid Muayyad bin Muhamad..selamat dilahirkan secara normal pada 7 Mac 2014 (Jumaat) jam 2.50 petang di PPUKM dengan berat 3.45kg..kenapa PPUKM?saya akan ceritakan di entry yang akan datang..In Shaa Allah...
Assalamualaikum semua:)
abid dah botak...dicukurkan rambut oleh ayah di hari ke-7
sebulan..keluar picnic kat taman:)
lena tidur:)
tidur je la kejenya hehe
panggilan mesra untuk putera hati kami ni ialah abid..ataupun adik..eh muafah pun still lagi kami panggil adik hehe..Alhamdulillah abid sangat mudah dijaga sama macam kakak2nya juga..cuma time malam je la dia tidur nak berulit..kena dokong ulit perlahan2 pastu bila dah lena bolehla letak atas cot dia..tidurla sampai ke pagi (bangun untuk menyusu pastu tidur balik)..alhamdulillah sampai sekarang masih diberikan rezeki untuk menyusukan abid sepenuhnya..walaupun sedikit masa lalu susu saya merudum dengan agak serius..nanti saya akan ceritakan juga kenapa susu saya merudum..
oh ye ramai jugak yang bertanyakan maksud nama abid ni..bila kami bagitau je nama penuh abid ramai jugak yang macam pelik terutama tang nama muayyad tu hehe..sebenarnya saya dah lama simpan nama ni dari dulu lagi sekiranya diberikan rezeki dapat anak lelaki..dan sebaik saja tahu yang kami bakal dapat anak lelaki memang dah tak fikir nama lain dah walaupun en.suami ada cadangan nama lain..tapi lepas dipujuk2 dan saya sungguh2 bagitau maksudnya akhirnya en.suami bersetuju:)..
ok lah maksud nama abid ni...
Muhammad~Yang Terpuji
Abid~Yang Beribadat
Muayyad~Kuat, Menang
sesungguhnya perancangan Allah sangatlah indah..maksud disebalik nama penuh abid ini sangat kena dengan abid..muayyad maksudnya kuat, menang sesungguhnya sangat mendalam maksudnya dengan diri abid..maksud nama muayyad inilah yang membuatkan saya berjaya memujuk en.suami:)..dan untuk makluman semua saya reserve nama ni sebelum tahu keadaan abid lagi dan sebelum tahu jantinanya lagi..Allahuakbar sungguh indah perancanganMu Ya Allah..semoga abid membesar dengan sihat dan menjadi seorang yang soleh, taat beribadat dan semoga kuat menghadapi cabaran dan dugaan hidup dan sentiasa menang dalam menegakkan agama Allah..aamiin...
ibu, ayah, kakak aisyah, kakak muafah dan semua sayangkan abid sangat2..be strong ye sayang...
tahniah..dah dapat baby lagi..
ReplyDeleteAlhamdulillah..mar bila nak tambah:)
ReplyDelete