Alhamdulillah masih lagi dipinjamkan nafas oleh Yang Maha Pencipta untuk bertemu dengan saat ini..rindu rasa 'rumah' keduaku ini...agak lama terbiar sepi tanpa sebarang update dari tuan rumah:)...alhamdulillah saya dah selamat melahirkan zuriat ketiga kami pada 7 mac 2014 (jumaat)..anak lelaki yang diberi nama Muhammad Abid Muayyad bin Muhamad..lengkap sudah keluarga kami..alhamdulillah..
sebenarnya saya dalam fasa menyesuaikan diri dengan perubahan yang berlaku dalam hidup sehingga kini..sebaik saja tamat tempoh 90 hari maternity leave, saya melaporkan diri di jabatan baru..segala2nya baru buat saya..pejabat baru, suasana baru, tugas dan tanggungjawab baru, kawan2 baru dan pendek kata semuanya baru la bagi saya kecuali jawatan je masih lama hihi..hari ni kira baru hari ketiga saya di pejabat baru..masih lagi mencari2 rentak dan suasana keje di sini..memang tak dinafikan setelah 7 tahun berkhidmat di tempat lama, agak sukar untuk saya mengikiskan kenangan suasana keje di tempat sebelum ni..tapi saya akan cuba untuk menerima perubahan ini dan belajar menerima sesuatu yang baru..semoga saya dapat memberikan khidmat terbaik di sini..In Shaa Allah
ohh dah agak lama jugak tak bercerita pasal my lovely family..alhamdulillah dalam tempoh mencecah 4 tahun usia perkahwinan september ini, kami dahpun berlima..syukur atas rezeki dan amanah yang diberikan ini..saya dah bergelar ibu anak tiga!!!..perasaan?syukur tapi dalam masa yg sama risau andainya saya tak mampu menjadi ibu yang baik untuk putera dan puteri kami..tambah pulak anak2 membesar di bandar so cabarannya mungkin agak berbeza..dengan perkembangan teknologinya yg pantas berkembang membuatkan corak pendidikan pun dah berbeza..
anak2 setakat ni alhamdulillah..biasalah ragam anak2 membesar tambah pulak beza usianya selang setahun je, memang hari2 'berperang' je lah kejenye huhu..aisyah dah nak masuk 3 tahun bulan 7 ni, muafah nak masuk 2 tahun bulan 11 ni..abid baru je 3 bulan hehe..masing2 ada ragam dan peel tersendiri..gelagat dan keletah anak2 amat menghiburkan kami sekeluarga..kadang2 rasa masa tu cepat sgt berlalu sampai xsedar anak2 dah makin membesar..contohnya aisyah, rasa baru je lahirkan dia tup tup harini dah pandai berdikari, mulut pun dah pot pet mcm org tua tp masih lagi pelat huhu..sgt sayangkan abid..dia marah kalo muafah kacau adik abid..tapi dalam masa yg sama rasa kasihan jugak kat aisyah sbb baru nak masuk 3 tahun dah dapat 2 orang adik..apapun kasih sayang kami semua sama rata tak ada beza pun....nak tepek gambar pun xboleh sbb gambar byk dalam telefon dan xtransfer lagi dalam pc baru kat ofis ni..ok lah jumpa lagi:)
No comments:
Post a Comment