Alhamdulillah anakanda maryam dah memasuki usia 82 harini..dan cabaran dalam menyusukannya seperti anak2 sebelum ini sudah bermula..period dah datang menjengah huk huk..dan inilah yg saya takutkan sebabnya bilamana period dah datang, susu saya akan drop gila2..hampir separuh dari hari2 biasa..contohnya kalo hari2 'tenang' sekali pam dapat 4-5 oz (xbanyak kan tapi alhamdulillah cukup untuk maryam)..kalo time period hasil akan merudum sampai 2-3 oz sahaja..dan keadaan ini akan bermula seawal seminggu lebih nak period sehinggalah hari kedua hingga ketiga period datang..selepas tu barulah akan kembali seperti asal semula..dan keadaan yang sama akan berulang next month..alahai kuat betul pengaruh hormon ni..sebab tu la saya sangat jeles kepada ibu2 yang fully bf dan masih belum period sebab mereka terlepas dah salah satu 'cabaran' breastfeeding ni huhu...
saya ni dari anak pertama walaupun fully and exclusive bf, seawal dua bulan lebih period dah datang..cuma kali ni je lambat sikit..mula2 tu cuak jugak kot2 la 'ada lagi' huhu..memang risau dan cuak sungguh sebab kalau boleh memang kali ni nak rehaaaaatttttt panjaaannnngggg dah...cukupla dulu 4 orang ni..bukan menolak rezeki tapi kesian dekat anak2 yang rapat2 dan masing2 memerlukan kasih sayang dan perhatian yang semaksimum boleh dari kami...dan menjadi kewajipan kita untuk mendidik anak2 dengan penuh kasih sayang dan tanggungjawab..
dan masa zaman2 'gelap' ni la memerlukan saya kena pulun mengepam di ofis dan juga di rumah..tapi nak bangun mengepam tengah2 malam asyik tak dengar je bunyi alarm..alarm yang tak bunyi ke atau saya yang tak dengar huhu..dan alhamdulillah sejak dari maryam lahir memang saya praktikkan tandem pumping..sebelah susukan maryam dan sebelah lagi saya pam..saya sangat suka kaedah ni tapi sekarang maryam dan semakin laju kaki dan tangannya tak duk diam..sebab tu la untuk tandem pumping saya pakai medela harmony instead of my medela swing..senang nak control hehe..
dan semasa dalam tempoh pre menstrual tu saya dah menggunakan 4 botol frozen ebm yang dikhaskan untuk 'standby' dalam bulan puasa nanti..nampak gayanya kena ganti balik la 4 botol tu..apapun seboleh mungkin saya akan cuba usaha jugak untuk menyusukan maryam seboleh2nya sehingga berusia 2 tahun..dan harap2 kali ni bolehlah maryam menyusu sepenuhnya dengan saya..kakaks dan abangnya xsempat pun 2 tahun sebab baru je diaorg berusia 6 bulan saya dah mengandung balik..abid lagi awal..masa dia berumur 3 bulan setengah saya dah mengandungkan maryam..harapan saya semoga Allah memakbulkan impian saya dan memudahkan perjalanan penyusuan maryam kali ini..aamiin...
ibu akan usaha berikan yang terbaik untuk maryam ye sayang..semoga Allah izinkan..aamiin
No comments:
Post a Comment