menyusukan maryam kali ini banyak sungguh dugaan..Allah..di awal2 kelahirannya dulu diuji dengan maryam yang kena chicken pox..kepenatan berulang alik ke hospital dan dalam masa yang sama sibuk dengan majlis kahwin adik saya menyebabkan saya kurang rehat (17 hari berpantang), makan minum ke laut tambah pulak nak menguruskan 3 orang anak di rumah menyebabkan susu saya merudum dengan jayanya:(..masa tu memang saya betul2 upset..risau seandainya terpaksa bagi susu formula kepada mayam..namun benarlah Allah itu Maha Penyayang..3 hari terakhir maryam di wad doktor dah benarkan saya stay di hospital bersama maryam kerana keadaan maryam dah bertambah baik walaupun masih lagi diletakkan di bilik isolation..yang penting saya dah boleh direct feed maryam dan dalam masa yang sama dapat stimulate susu secara semulajadi..alhamdulillah selepas itu production back to normal..syukur sangat2..
dan minggu lepas sekali lagi saya diuji..sebaik saja sampai di kg (minggu pertama cuti sekolah), saya terus flat..dah la masa hari saya sampai tu, sepupu saya sebelah rumah kawin..dengan ramai tetamu yang datang termasuklah di rumah saya sekali membuatkan saya rasa nak pitam..badan dah mula rasa sejuk panas sejuk panas..dan masa ni jugak saya sakit sangat di bahagian abdomen..sungguh xpernah merasa sakit seperti ini sampai berguling2..kesian maryam nak pegang dia pun tak boleh..en.suami ajak g klinik tapi saya tak nak..seboleh mungkin saya cuba untuk bertahan dan elakkan makan panadol (walaupun panadol selamat untuk bf mommy)..
tahan punya tahan hari kedua di kampung keadaan masih sama..last2 saya telan jugak panadol 2 biji..alhamdulillah lega sekejap rasa sakit tu..tapi malam tu rasa sakit menyucuk datang menyerang kembali..badan saya dah panas gila..last2 terpaksa akur juga untuk ke klinik..bila dibuat pemeriksaan doktor kata saya kena infection di saluran kencing (tapi bukan kencing kotor)..sebab tu la saya rasa sakit yang amat sangat dan doktor cakap demam saya pun tinggi suhunya..so doktor bagi ubat demam dan antibiotik..dengar saja antibiotik saya terus tanya doktor..ye lah setahu saya ibu menyusu seboleh2nya elakkan pengambilan antibiotik (jika boleh)..sebab ada antibiotik yang tidak boleh diambil untuk ibu menyusu dan kesan yang paling ditakuti ianya akan mengurangkan susu badan..inilah yang paling saya risau..dah la masa tengah demam tu susu memang dah drop..susu pun xsempat nak perah sebab sampai2 je kampung terus terbaring sakit habis satu badan...
tapi doktor tu cakap antibiotik yang dia bagi tu selamat untuk baby dan tak akan mengurangkan susu..bab selamat tu In Shaa Allah saya yakin tapi bab yang tak mengurangkan susu tu saya tak berapa nak yakin..ikutkan hati memang saya tak nak makan ubat2 tu tapi kalau saya tak makan sanggupke saya tahan sakit yang sangat kuat tu..dan bila saya tak sihat anak2 pula akan rasa tempiasnya..macamana nak layan anak2 dan menyusukan maryam sedangkan masa tu nak berpijak pun rasa sakit mencucuk..
akhirnya saya terpaksa jugak makan (salah satunya tak nak kena bebel dengan en.suami huhu)..masuk hari ketiga saya makan antibiotik tu, saya start untuk memerah susu bila badan dah rasa sedikit kuat..perah punya perah almost setengah jam hasilnya sungguh menyedihkan saya..
hasil setengah jam..sedih kan?
berapa titik je yang dapat..saya syak ni kesan dari pengambilan antibiotik+saya tak sihat..tapi sebelum ni pun walaupun tak sihat tak adalah teruk macam ni sekali hasilnya..lalu saya putuskan untuk tidak habiskan antibiotik yang sepatutnya kena habiskan dalam masa 5 hari..alhamdulillah selepas 2 hari susu dah kembali macam biasa..dan saya pun dah semakin sihat selepas berurut selama 3 hari di kampung..mak bidan kata saya kena demam urat..ye la kot sebab selepas bersalin saya sempat berurut sekali sahaja dan selepas tu balik kampung terus tak duduk diam bila anak2 masuk hospital (maryam dan abid)...
harapan saya semoga saya terus diberi kekuatan untuk menyusukan maryam dan smeoga Allah terus melimpahkan rezeki buat maryam..sedaya mungkin saya ingin menyusukan maryam selama mana diberikan rezeki dariNya..walaupun pelbagai rintangan yang dilalui namun semuanya saya cuba untuk terus bangun dan terus melangkah..doakan saya ye kawan2...
suka sangat dapat 'bercakap' dengan ayahnya:)
maryam 3 bulan lebih..alhamdulillah masih lagi exclusive bf..semoga sampai 2 tahun ye sayang...
Hi salam , thank share info. tula ada kawan ofis saya cerita yg susu dia susah nak keluar,susu merudum sejak2 ni kesian anak lapar..ada juga org recommend suruh guna Pump It Milk Booster sapu2 je utk tambah susu..InshaAllah boleh cuba :)
ReplyDelete