Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Tuesday, October 19, 2010

*aku cinta dia*

Assalamualaikum w.b.t

aku cinta dia????fuhh jiwang betul mek zila ni..mcm xprcaya pun ada..hehehe..ala sekali sekala nk gak feeling2 ni asyik korang jer feeling meeling..:)

sblum 2 let me stori about my GBS a.k.a Geng Bas Sekolah@Geng Budak Sopan.:D..sapa GBS tu??sbnarnya sesaje je kitaorg bg nama 2 just for fun..tp actually ni adalah kwn2 rapat aku kat opis..antaranya za, ninie, ain, k.nana, kak g a.k.a ibu, ida, clement dll..bkn aku xkwn ngan yg lain, semuanya aku baik2 sajo tp ni la kwn2 yg paling rapat ngan aku kt opis..susah senang kongsi bersama..kitaorg dah ibarat cam adik beradik..kemana2 je pergi mesti bersama, apa saje citer mesti dikongsi..dari hal2 keje sampaila hal2 peribadi...

hehehe 2 la pengenalan entry ni..sebenarnya aku nk citer pasal status aku yg terkini..dengan berkahwinnya aku maka kini semua GBS dah bergelar isteri orang..Alhamdulillah syukur..kalo sblum ni aku sorang je yg still single mingle dlm GBS ni hehehe..sblum aku berjumpa dgn suamiku, byk dugaan2 n citer2 duka dalam hidup aku..semuanya dikongsi wif GBS..diaorg byk bagi nasihat kat aku, kata2 semangat spya aku xterlalu mengikut perasaan..alhamdulillah aku berjaya melaluinya dengan adanya GBS sebagai tempat meluahkan perasaaan...

dan dengan bersaksikan GBS jugaklah akhirnya aku kini telah bergelar isteri org..:D..dari awal perkenalan aku ngan suamiku sampailah akhirnya aku bertemu jodoh ngan dia..aku sendiri pun mcm xpercaya yg sebenarnya dia lah jodoh aku..ye lah sebelum ni aku hanya menganggapnya sebagai kawan je xlebih dari tu sbb aku sdri pun masa 2 dah pasrah dengan semua yang berlaku..dan pada masa tu jugak aku dah menyerahkan segala-galanya pada takdir Yang Maha Esa..dan disaat tu jugak aku dh menetapkan selepas ni kalo ada yg menyayangi aku seikhlas hati dan boleh menerima baik buruk aku seadanya, aku akan menerimanya dengan setulus hati aku dan aku xnk kawan lama2 dah..pendek kata masa tu aku betul2 dah pasrah dan benarla sesungguhnya ajal maut jodoh dan pertemuan semuanya Dia yang menentukan ..xlama selepas tu aku dipertemukan dengan dia yg tersayang dan kalo diimbas kembali detik2 awal perkenalan kami sehinggala ianya berakhir dengan ikatan yang suci, boleh dikatakan cam cerita dalam novel hehehe..ni member2 aku yg cakapla.. apapun aku bersyukur sangat2 dipertemukan dengan dia yang kini telahpun menjadi suamiku..syukur Alhamdulillah Ya Allah..sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk hambamu..



**to GBS> thanks for everthing..for what we share together, for what we learn together n thanks for being my best fwen..i love u alls...GBS sentiasa dihati**

**n of course utk suamiku yg tersayang..terima kasih yang tidak terhingga kerana sudi menjadikan ummie suri dihati abang..semoga hubungan kita sentiasa dirahmati Allah dan bahagia ke akhir hayat..dan semoga kita juga tabah mengharungi hidup berumahtangga dengan sabar dan hadapi susah senang bersama..sayang abang dihati ummie..i luv u so much..from the bottom of my heart..honestly...**




masa zaman 'kawan-kawan jer':D





rupanya dialah jodohku:P..thank u sayang for being such a wonderful husband..





*******aku cinta diaaaaaaaa*******