Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Thursday, January 11, 2018

I am a happy working mother, walaupun.....

Assalamualaikum W.B.T,

Alhamdulillah, syukur di atas nikmat usia yang dipinjamkan oleh Allah S.W.T dan berkesempatan berada di tahun baru 2018,tahun 2017 telah meninggalkan kita dengan pelbagai memori samada suka mahupun duka....namun yang pasti semuanya ada hikmah dan pengajaran serta panduan untuk menempuh hari-hari yang mendatang....😊😊😊😊

bahagiakah menjadi ibu bekerja

tahun ni In Shaa Allah tahun ke-11 saya dalam perkhidmatan awam,dan tahun ke-8 saya menjadi isteri dan ibu bekerja....seorang ibu yang mempunyai 4 orang cahaya mata anugerah dan amanah dari Allah buat saya dan en.suami....mendidik anak-anak di zaman serba canggih sekarang amatlah berbeza dengan zaman kanak-kanak kita dahulu....di tambah lagi dengan cabaran sebagai ibu bekerja 8.00 a.m -5.00 pm....itu waktu di punch card,belum ambil kira waktu keluar rumah dan sampai di rumah....soalannya, bahagiakah menjadi seorang ibu yang bekerja?

surirumah sepenuh masa vs ibu bekerja

ok sebenarnya dah lama saya berhasrat untuk menulis satu entry berkenaan isu ni....isu yang tak pernah dan saya rasa tak akan ada noktah perbahasannya,namun apa yang akan saya tulis ini adalah berdasarkan pengalaman dan pandangan saya semata-mata selama bergelar isteri dan ibu bekerja ini....kalau ada yang tidak senang hati dengan penulisan saya, boleh klik X yang berwarna merah itu ye πŸ˜‰


pekerjaan yang paling mulia adalah surirumah

hurmm....pernah dengar quote ini????dimana-mana sahaja anda akan dengar dan jumpa perkataan ini....secara peribadi saya agak tidak setuju dengan pepatah ini....jika surirumah adalah pekerjaan yang paling mulia,bagaimana pula dengan kami yang bekerja ni?adakah pekerjaan kami tidak mulia????saya mengambil contoh seorang doktor wanita yang bertugas di hospital/klinik yang sanggup meninggalkan keluarganya semata-mata untuk berkhidmat kepada masyarakat demi menyelamatkan nyawa pesakit,adakah itu tidak dikira mulia?sejauh mana tafsiran 'mulia' itu di pandangan masyarakat....sekiranya memang benarlah surirumah sepenuh masa itu memang pekerjaan yang paling mulia,kenapa tidak disuruh saja kaum wanita semuanya duduk di rumah menjaga anak-anak dan rumahtangga,biar kaum lelaki sahaja yang bekerja....bolehkah begitu?


ibu mana yang sanggup melepaskan anak-anak di bawah jagaan orang lain

ini dilema kami ye wahai insan-insan yang suka bercakap....


 "best la kerja, boleh pakai lawa-lawa....time rehat boleh makan dengan kawan-kawan, kami duk rumah ni nak makan pun terkejar-kejar kadang-kadang tak sempat pun nak makan"....

"penatnya duk rumah dari pagi sampai malam,kerja rumah tak habis-habis"

"kami surirumah ni tak ada orang nak pandang pun, pakai pun selebeh je"


mai sini nak habaq na.....

sebagai seorang ibu,menjadi hasrat dan impian saya untuk mengasuh dan mendidik sendiri anak-anak 24 jam sehari,ingin melihat perkembangan dan pembesaran mereka di depan mata sendiri,namun apakan daya dengan status saya yang bekerja ni memang mustahil untuk mencapai impian tersebut, lalu anak-anak terpaksa ditinggalkan di bawah jagaan pengasuh/taska....hampir 8 jam sehari berjauhan dengan anak,dalam hati sentiasa duk teringat ke anak, anak dan makan ke belum,makan apa hari-hari, sihatkah dia, dah mandi ke belum....semuanya lah....

itu belum tambah lagi jika anak-anak tidak sihat, susah hati dengan keadaan anak satu hal, susah hati sebab kerapkali cuti pun satu hal....itu jika seorang anak yang tak sihat,kalau bergilir-gilir tak sihat lagi lama kena cuti,jujur saya bagitau cuti tahunan saya memang saya peruntukkan untuk anak-anak dan balik kg sahaja, itu pun cuti 30 hari setahun saya rasa tak cukup😌😌😌😌

walaupun bos dan kawan-kawan opis memahami (Alhamdulillah) namun jauh di sudut hati rasa serba salah juga kalau kerap cuti,makin lama cuti makin bertambahla tugas di ofis nanti....en.suami pula agak susah nak apply cuti (syukurlah tahun ni CRK dah tambah jadi 10 hari)....

kadang tu anak-anak belum sihat sepenuhnya dah terpaksa hantar ke pengasuh/taska sekiranya dah beberapa hari saya ambil cuti....gundah gulana dibuatnya, selalu je terlintas dalam hati "bestnya kalau aku tak kerja, boleh jaga anak-anak sendiri bila tak sihat, xperlu pening kepala nak ambik cuti dan sebagainya"....tapi itulah xbaik cakap kalau kan?tapi biasanya terlepas juga cakap 'kalau' hehe....

jadi anda surirumah sepenuh masa memang sangat-sangat beruntung sebab boleh jaga dan didik anak-anak sendiri....bersyukurlah😊


anugerah terindah....Alhamdulillah🌷🌸🌺🌻



saat-saat yang pasti dirindui bila anak-anak sudah besar dan mempunyai kehidupan sendiri


kerja rumah tak habis-habis dari pagi sampai malam

ye ini sangat diakui, kerja-kerja rumah memang tak pernah habis....ada je yang perlu dan nak dibuatnya....tapi anda jangan lupa yang kami ibu-ibu bekerja ni HANYA boleh buat kerja-kerja rumah tu selepas habis waktu kerja...di kala surirumah sepenuh masa boleh laksanakan kerja-kerja rumah tu dari pagi sampai ke petang/malam, kami pula bila dah balik rumah petang tu barulah boleh buat kerja-kerja tu, nak kena memasak, laundry,layan anak-anak, basuh baju lipat baju bla..bla..bla..bla...

macam situasi saya, saya dan en.suami berbeza waktu bekerja,saya keluar rumah di awal pagi,manakala en.suami pula kerja petang,syukur sangat-sangat sebab di waktu pagi en.suami banyak menolong buat housechores macam basuh n sidai baju,mop lantai dan sebagainya....cuma yang mencabar bila balik kerja sebelah petang....saya sampai di rumah paling awal pukul 6.15 petang,anak-anak 4 orang semua saya yang ambik sebab en.suami sampai rumah dalam pukul 7.30-7.45 malam, cuba anda bayangkan dalam tempoh lebih kurang 1 jam setengah tu la saya kena bersilat berkungfu berkaraete nak masak dinner, nak keluarkan pakaian kotor taska anak-anak, nak menjadi 'pengadil' kepada anak-anak yang kejap-kejap "ibu, tengok kakak ni cubit awfiyah"..."ibu adik buat tumpah air"....."ibu, abid laparrrr"....ibu, adik tak nak kongsi main"....ibu itu ibu ini😫😫😫😫

dalam keadaan badan yang penat (penat bekerja+stress layan anak-anak bergaduh dalam kereta haha), terpaksa jua gagahkan diri buat semua tu sebab seboleh-bolehnya bila en.suami sampai di rumah dinner dah siap,rumah dah dalam keadaan kemas dan tenang dan paling penting nak sahut saranan penceramah-penceramah yang mengatakan bahawa bila suami balik dari kerja, sambutlah dengan senyuman yang manis, hidangkanlah air buatnya.....tapiiiiiii seringkali situasi itu tidak menjadi kenyataan😁😁😁😁....macamana nak senyum di kala badan dan otak sudah terlalu penat?dengan karenah anak-anak yang sangat menguji kesabaran,ye lah 8-9 jam berjauhan bila jumpa sudah tentulah masing-masing nak perhatian dari ibunya ni....kita ni dalam fikiran macam-macam nak buat, balik kerja tak sempat nak duduk pun terus sarung 'topi' isteri dan ibu pula....kalau hari bekerja memang semuanya 'rushing'....

itu belum lagi masa dengan anak-anak....waktu malam nak kena pantau anak-anak buat keje sekolah, siapkan beg sekolah,pastikan anak-anak tidur paling-paling lewat pukul 10.00 malam,barulah saya ada masa untuk duduk lunjurkan kaki....

esoknya pula pagi-pagi lagi anak-anak dah kena bangun,siapa yang tak kesian tengok anak-anak kecil yang sedang nyenyak tidur dah kena kejut awal-awal pagi bersiap-siap ke taska, tapi inilah namanya kehidupan....kena keraskan hati dan sematkan dalam hati bahawa ini semua akan berlalu pergi bila anak-anak dah besar dan dewasa, di waktu itu pasti kita akan merindui saat-saat di waktu anak-anak masih kecil (waktu yang sedang dilalui sekarang)....so, nikmatilah saat-saat indah ini πŸ’—πŸ’—πŸ’—πŸ’—....


anak-anak permata hati ayah dan ibu


jadi surirumah tak ada 'life'....dunia hanya dengan anak-anak dan kerja rumah je

life macamana yang dimaksudkan dan diinginkan?adakah dengan menjadi surirumah tak boleh nak berhubung langsung dengan orang luar (family, kawan-kawan)?zaman sekarang zaman teknologi semuanya di hujung jari....facebook,instagram, whatsapp dan macam-macam lagi cara nak berhubung,itu semua hanya alasan penambah perisa....

kalau kata orang perempuan yang bekerja boleh pakai cantik-cantik, habistu surirumah memang tak boleh keluar rumah langsung ke?memang tak ada keluar jalan-jalan/pergi kenduri ke apa ke?dan kalau pergi kenduri kahwin contohnya memang kena pakai kain batik dan t-shirt je ke?so funny....jangan tak tahu kadang-kadang surirumah ni lagi bergaya dari kami yang bekerja ni πŸ˜₯ Allah bagi akal,fikirlah sendiri dimana logiknya ungkapan tu....

surirumah jawatan idaman bagi ibu-ibu bekerja

saya salah seorangnya....tak elok kalau cakap 'kalau' tapi saya terpaksa guna juga dalam entry ni....
kalaulah saya tahu begini mencabar jadi seorang ibu yang bekerja, dari awal kahwin lagi saya tak akan bekerja dan hanya menumpukan perhatian terhadap anak-anak dan rumahtangga....tapi adakah saya tahu takdir dan perjalanan hidup saya di masa akan datang?adakah saya tahu bila jodoh saya?adakah saya tahu saya akan dikurniakan rezeki anak-anak yang ramai dan rapat-rapat?....Allah is the best planner....

kalaulah saya ni bekerja di sektor swasta dan suami mampu menanggung saya dan keluarga, sudah lama saya LETAK JAWATAN!!!!....tetapi jawatan saya sekarang ni adalah jawatan TETAP dan berkhidmat di sektor awam, amat mustahil untuk saya letak jawatan,banyak perkara yang perlu difikirkan,tidak semudah petik jari sahaja....lagipun saya dapat jawatan ini sebelum saya kahwin lagi,untuk apa belajar tinggi-tinggi jika bukan untuk dapat kerja dan membantu keluarga, saya bukanlah dari keluarga yang senang, saya anak sulung dan sudah tentu saya menjadi harapan keluarga untuk membantu adik-adik....dan Alhamdulillah rezeki saya dipanggil temuduga SPA sebaik habis final exam degree, 4 bulan kemudian saya terima surat tawaran bekerja dengan status tetap....syukur sangat-sangat sebab masa tu memang niat nak bantu keluarga terutama ma dan ayah....3 tahun bekerja saya bertemu jodoh dengan en.suami dan dalam tempoh 5 tahun berkahwin kami dikurniakan 4 orang anak....kakak aisyah sekarang 7 tahun, kakak muafah 6 tahun,abang abid 4 tahun dan adik maryam 3 tahun....jarak anak yang rapat-rapat juga sangat mencabar, dari segi perhatian, kasih sayang, ekonomi dan semuanyalah,faham-faham sahajalah kos hidup di bandar yang sememangya tinggi dan sangat menuntut bajet bulanan yang tinggi,tapi itulah bila fikir biarlah bersusah-susah dahulu bersenang-senang kemudian....In Shaa Allah ada manisnya nantiπŸ˜„πŸ˜„πŸ˜„πŸ˜„


fuhhhh lega rasanya dah luahkan apa yang terbuku di hati....bukan niat nak membandingkan cuma nak meluahkan rasa bila sana sini asyik duk canang surirumah itu, surirumah ini.....seolah-olah surirumah je yang penat dan banyak bekorban untuk keluarga....sangat tidak adil!!!!kami ibu-ibu bekerja ni tersangatlah berangan-angan nak jadi fulltime housewife seperti anda,namun mengenangkan komitmen dan juga kos sara hidup sekarang menuntut kami semua untuk sama-sama membantu ekonomi keluarga, walaupun jauh di sudut hati rasa ralat sebab masa dengan anak-anak sangat terhad terutamanya di saat mereka semakin membesar....

namun saya yakin apa saja dalam hidup kita ni Allah dah aturkan yang terbaik....pokok pangkalnya tujuan dan matlamat hidup kita sama cuma jalan ceritanya sahaja yang berbeza....dan sekarang saya sangat bahagia bergelar WORKING MOTHER sebab bila di rumah saya tetap bertukar 'topi' sebagai seorang ISTERI DAN IBU🌷🌷🌷🌷❤❤❤❤


Alhamdulillah....i am happy working mother❤❤❤❤