Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Tuesday, December 17, 2013

suka duka perjalanan penyusuan awfiyah muafah

Assalamualaikum dan Salam Ukhwah,

kali ni saya nak mencoretkan suka duka perjalanan penyusuan muafah sepanjang saya menyusukannya dengan susu badan sepenuhnya selama 11 bulan..iye saya hanya mampu memberi muafah susu badan sepenuhnya selama 11 bulan sahaja..target untuk penyusuan selama 2 tahun tidak tercapai..namun saya akur dan tetap bersyukur dengan rezeki yang diberikan Allah S.W.T kepada muafah selama tempoh ini..sekurang2nya saya dah berusaha utk memberikan yang terbaik utk muafah..dan saya akur dengan faktor biologi tubuh yang mana badan saya sedang bersiap sedia untuk menghasilkan susu baru utk baby adik yg dalam kandungan..mungkin ada hikmah disebaliknya..


 alhamdulillah..kekenyangan selepas mendapat titisan emas yg pertamanya:)

 di awal2 kelahirannya..hari kelima kot

perahan dalam pantang..alhamdulillah

perjalanan penyusuan muafah bermula sejurus selepas kelahirannya di labor room hospital putrajaya..sebaik sahaja muafah lahir dan dibersihkan, en.suami dan nurse sama2 masuk ke labor room (masa ni belum pindah ke wad lagi) membawa sekali muafah..dan nurse pun meninggalkan kami bertiga di situ..selepas diazankan en.suami terus meletakkan muafah di atas saya utk memulakan penyusuan kali pertamanya..alhamdulillah muafah seorang anak yg bijak..kali pertama je dah terus pandai latch dgn baik..syukur Allah S.W.T permudahkan..dan selepas itu bermulalah episod pam mengepam susu utk tujuan stimulate pengeluaran susu..kali ni saya memang nekad xakan ulangi kesilapan yg saya lakukan semasa melahirkan aisyah dulu..saya makan apa saja yg berkhasiat dan minum air banyak2..kalo masa aisyah dulu saya nak makan kurma pun orang xbagi, makan sayur itu xboleh sayur ini xboleh..kali ni saya makan apa saja tapi tetap berhati2 jugakla huhu..tambah pulak sepanjang dalam pantang memang en.suami yg masakkan makanan utk saya apalagi memang selera la saya makan:)

bersalin kali ni saya memang kerapkan direct feed muafah sbb apa yg saya baca sentuhan kulit ke kulit tu la yg akan merangsang tubuh menghasilkan susu dengan optimum..tapi disamping itu saya tetap akan pam sekiranya muafah tidur dalam tempoh yg lama ataupun breast dah penuh..saya berpegang kepada prinsip lagi kerap breast dikosongkan lagi banyak susu dihasilkan..dan yg paling saya suka ialah tandem maksudnya sebelah muafah menyusu dan sebelah lagi saya pam..

alhamdulillah sepanjang 3 bulan saya cuti bersalin, berat muafah naik dgn baik..sebaik saja kembali bekerja rutin saya juga sudah berubah..kalo dulu saya dtg ofis dengan membawa handbag sahaja kali ni 'handbag' dah bertambah hehe..saya cuba utk pam sekurang2nya 3 kali di ofis iaitu pukul 10.30 pagi, 1.30 tgh dan 4.30 ptg..kadang2 ada jugak yg skip sbb tuntutan kerja, mesyuarat dan sebagainya..nasib baik bos pada masa tu amat memahami walaupun dia lelaki hihi..

dugaan bermula bila saya mula didatangi period seawal usia muafah 2 bulan..pelik juga saya sbb org kata kalo menyusu badan penuh (tanpa campur makanan lain) period lambat dtg tapi saya 2 bulan lepas bersalin dah period..bila google sana sini memang setiap ibu tu xsama..ada yg sampai setahun lebih xperiod dan ada juga yg terus period lepas bersalin (saya la tu huhu)..yg merisaukan saya setiap kali period susu akan merudum sedikit..masa ni la saya akan gigihkan pam utk cukupkan bekalan muafah seharian..dan masa ni jugakla saya kerapkan tandem pumping..masa ni saya dh agak tergoda dah dgn set penyusuan shaklee tapi belum meringankan tangan lagi utk order..biarla dulu huhu...

bila usia muafah 5 bulan saya mula rasa keletihan dgn tugasan harian..pagi2 pegi ofis dan petang balik terus buat keje2 rumah pulak..nak melayan aisyah lagi..pendek kata malam2 tu seawal pukul 8.30 saya dah tertidur dgn muafah..so masa ni la tergerak hati nak cuba set menyusu shaklee..lalu saya try order dulu trial pack..alhamdulillah selepas 2 minggu saya mengamalkan vitamin shaklee ni badan dah rasa cergas, kurang dah rasa lenguh2, badan jadi bertenaga utk buat keje2 di ofis dan paling ketara kesannya saya dah kurang mengantuk semasa di ofis..kalo dulu pantang mata berat je mmg saya terlelap juga hehe..bila badan dah cergas saya pun bolehlah uruskan rumahtangga dgn baik sikit..balik dari keje cergas je masuk dapur pung pang pung pang...alhamdulillah

penghasilan susu pun alhamdulillah mencukupi utk muafah walaupun ada masa2 merudum jugak..itupun disebabkan saya stress ataupun kurang minum air..apapun saya memang xtinggalkan rutin mengepam di ofis sebab berpegang pada prinsip no demand no supply..

namun segala2nya berubah semasa muafah berusia 8 bulan (bulan ramadhan) bila saya perasan susu semakin kurang hari demi hari..mulanya saya ingatkan disebabkan faktor puasa tapi saya teruskan jugak pam dan direct feed..last2 seminggu sebelum raya saya buat UPT dan keputusannya saya pregnant lagi..Allahuakbar saya xtahu nak gambarkan perasaan saya ni mcmana..rasa sedih, terkejut semua ada..saya sedih bukan apa,masa tgk 2 line tu saya terus terfikirkan muafah dan target nak menyusukan dia selama 2 tahun..adakah saya mampu meneruskannya ataupun tidak..

bila saya berjumpa doktor, dia nasihatkan saya supaya hentikan penyusuan bila kandungan dah berusia 7 bulan..so saya teruskan jugak menyusukan dan mengepam utk muafah walaupun hasilnya dah xseberapa..masa ni pun setiap kali pam pun dapat dlm 2-3 oz sahaja..

dugaan lagi bila muafah masa ni reject botol susu..even ebm yg dalam botol pun dia xnak minum..saya xpasti la apa puncanya walaupun saya boleh agak kenapa dia reject botol..masa ni memang dia direct je la dgn saya..kat taska pun rela dia tunggu saya dtg utk menyusukannya..sedih tgk susu yang saya perah dia xnak minum dahla susu pun bukannya byk dah masa tu..masa raya pun kami struggle nak ajar dia minum melalui botol balik tapi muafah tetap reject..keadaan ni berlarutan sehingga usianya 11 bulan..dan cukup2 umur muafah 11 bulan alhamdulillah dia dah boleh terima botol balik dan dah boleh minum susu formula..sedih rasanya bila tgk muafah minum susu formula tapi saya sedapkan hati sendiri dgn bersyukur sebab dapat jugak bagi susu badan kepada muafah..sekurang2nya muafah dah dapat 6 bulan penyusuan eksklusif tanpa air masak, susu formula dan makanan lain..itupun dah cukup bersyukur dah..dan dapat pulak menyusukan muafah sehingga 11 bulan pun saya dah syukur sangat2..saya akur dgn perubahan hormon semasa mengandung ni..dgn nipplenya yg sangat2 pedih dan sakit dan jugak pengeluaran susu yg dah xmampu menampung keperluan muafah saya redha..mungkin ada hikmah disebaliknya...

walau macamanapun skrg ni saya masih lagi menyusukan muafah kalau dia mintak..kadang tu pandai dia cari 'teman baik' dia dan sengih2..fahamla tu nak neneng la tu..adik rindu ye..ibu pun rindu nak bertempek dgn adik:(..dan sekarang ni dah sebulan muafah minum susu formula..xpe lah asalkan muafah sihat itu je yg kami mahu..In Shaa Allah kalau ada rezeki saya nak belajar utk tandem nursing muafah dgn adiknya nanti..semoga Allah memurahkan rezeki baby adik nanti..amin

buat muafah,

ibu halalkan setiap titis susu ibu yang muafah minum selama ini...
ibu harap susu yang muafah minum ini menjadi darah daging yg baik utk muafah...
ibu harap ikatan yang terjalin antara kita akan tetap utuh dunia akhirat...
ibu&ayah doakan muafah jadi anak yg solehah, bijak, berakhlak mulia dan jadi hambaNya yg beriman dan beramal soleh..
ibu, ayah dan kakak aisyah sayang muafah dunia akhirat..






 

Monday, December 16, 2013

di hujung tahun 2013

Assalamualaikum,

rindu nak berblogging seperti dulu tapi sekarang ni banyak perkara yang berlaku dalam hidup dan banyak perkara yang nak diuruskan sehinggakan blog ni dah sedikit terabai..apapun cuba jugak untuk update setakat yang mampu...

alhamdulillah kita semua dah tiba di penghujung tahun 2013..begitu pantas masa berlalu sehinggakan sedar tak sedar dah nak masuk tahun baru dah..anak2 alhamdulillah semakin membesar dgn sihat dan bijak..demam sikit2 tu biasalah tengah nak membesar kan:)..baby adik sekarang pun dah memasuki usia 27 minggu..alhamdulillah baby adik semakin aktif dalam perut..dah senget benget dan perut ibu ni:)..kakak2nya pula bukan main lagi bila suruh cium adik (cium perutla hehe)..bila tanya aisyah baby dalam perut ibu boy ke girl dia cakap "xnak baby derl (girl)"..amboi kakak xbaik tau ckp mcm tu..boy ke girl tetap adik kakak jugak kan..xpe aisyah bukannya maksudkan pun apa yg dia cakap tu main cakap je dia tu hehe..pastu bila tanya nak baby apa dia cakap "nak baby boy"..emm kakak oh kakak..ibu ngan ayah gelak je lah dgr kakak cakap mcm tu..

muafah je la yg kami risaukan sekarang ni..bertambah2 kemanjaan dia tu..asyik nak bertempek je dgn ibunya..org lain nk pegang pun xboleh..susah nak bergerak buat itu buat ini..org kata pe'el nk dapat adik mcm tu la..yeke?masa aisyah dulu pun mcm ni jugak tapi masih boleh dikawal lagi tapi muafah ni adoiila pening kepala sikit hehe..nak ibu depan mata dia je..xtahula mcm mana gayanya bila baby adik dah keluar nanti..moga dipermudahkan..amin

kami sekeluarga ni pun sebenarnya baru je sampai dari kg semalam..xpuas rasanya bercuti seminggu di kg..rasa sekejap je masa berlalu..family kat kg pun xpuas lagi bermain dgn aisyah dan muafah ni..In Shaa Allah kalo ada masa dan dipanjangkan umur memang nak balik lagi kg sebelum bersalin ni..sbb plannya nanti nak pantang kat sini je..dah ada 3 org anak nanti xtahu la keadaannya mcm mana..huru hara ke tak hehe

bila cuti sekolah je mmg saya rasa relaks sikit..sbbnya masa ni lah berpeluang rasa dihantar dijemput dari ofis hehe..kalo x hari2la kena drive sendiri..en.suami pun masa ni la ada masa lebih sikit utk keluarga..kalo x memanjang sibuk dgn keje sekolahnya tu huhu..tapi cuti sekolah dah x lama dah..26hb12 ni dah start sibuk balik dah..so sementara masa yg ada ni harus digunakan dgn sebaik mungkin..

bab persiapan utk menyambut kehadiran baby adik pulak, satu apa pun belum buat lagi huhu..padahal nurse dah pesan dah boleh prepare dah barang2 baby..tapi itulah setiap kali hujung minggu mesti ada je benda lain nak kena buat..so harapnya sebelum en.suami kembali sibuk ni nak kena prepare dah barang2 baby..lambat2 nanti xlarat pulak nak pusing2 mall tu tu..

dan perkara yg selalu akan ditanya oleh kawan2 dan saudara mara ialah xlain xbukan gender baby..maklumlah sebelum ni kami dah ada 2 org anak perempuan so ramai yg duk cakap2 mesti kali ni baby boy dah..xkurang juga yg duk cakap2 asyik baby girl je bila masa nak bagi geng ayah pulak..astaghfirullahalazim..sedar x mereka itu semua kuasa Allah..siapala kita utk menentukan anak lelaki dan perempuan..saya ada jugak bertanyakan en.suami kalo kali ni perempuan jugak mcm mana..en.suami pun cakap mcm mana apanya perempuan pun anak kita jugak..lelaki ke perempuan tetap anak anugerah dan amanah Allah yg perlu dijaga sebaik mungkin..kita kena syukur sebab diberikan zuriat berbanding dgn org lain yg Allah uji tidak dikurniakan zuriat ataupun lambat mendapat zuriat..syukur Alhamdulillah kami dikurniakan zuriat utk menguatkan lagi kasih sayang antara kami...

In Shaa Allah ada kesempatan akan saya update lagi di sini..semoga kawan2 semua sentiasa dalam lindungan Allah S.W.T..amin