Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Monday, November 21, 2016

1611 genap 33 tahun umurku

Assalmualaikum w.b.t,

Alhamdulillah 16 November yang lepas bertambah lagi umurku 1 angka..genap berusia 33 tahun..syukur masih diberi peluang untuk bernafas dan menikmati hidup di bumi Allah ini..di usia 33 tahun ini ku bersyukur sangat-sangat dengan apa yang dikecapi hingga kini..diberi peluang untuk menjadi seorang anak, isteri dan seterusnya bergelar ibu kepada 4 orang cahaya mata adalah anugerah yang paling indah kurniaan Allah..

bercerita tentang sambutan hari lahir kali ini, seperti tahun-tahun yang lalu juga kata-kata ucapan dan doa dari keluarga dan sahabat-sahabat semua amatlah saya hargai...cuma kali ni terlebih manis sikit bila en.suami memberi 'suprise' buat isterinya yang cengeng ni hihi..16 november (rabu) selepas solat subuh en.suami wish happy birthday sambil menyakat kata saya dah tua..ermm memang dah ke arah tu la kan hehe..pastu saya pergi kerja macam biasa..alih-alih dalam pukul 11.30 pagi ada orang call cakap nak hantar barang..pelik juga sebab seingat saya memang tak ada order barang apa-apa..lalu saya ajak ofismate kak liza untuk teman sebab takut juga yelah tiba-tiba je nak hantar barang..mana tahu nak hantar bom ke huhu..sekali bila jumpa orang tu dia terus ucap happy birthday dan bagi sejambak bunga, sekotak brownies dan belon..dia cakap en.suami yang bagi..alahai terus melting tiba-tiba je rasa nak balik peluk en.suami hihi...

memang tak sangka dapat suprise kali ni..pandai pula dia happy kan isterinya ni..terharu sangat-sangat..dan brownies itu juga memberi rezeki kepada kawan-kawan ofis untuk merasa..sedap teramat...:)



balik rumah petang tu pula tengok-tengok ada lagi 1 parcel dengan dengan ucapan happy birthday..apa pula la kali ni..rupa-rupanya en.suami bagi powerbank kat saya..alahai patut beria benar tanya saya haritu nak pilih yang mana satu..rupa-rupanya dia nak beli untuk saya sebab dah lama saya duk sebut-sebut nak beli powerbank..Alhamdulillah...

apapun jauh di sudut hati saya sangat mengharapkan agar dengan pertambahan usia ini, saya semakin ingat akan dekatnya saat kematian..terlalu banyak kekurangan diri ini sebagai anak, isteri dan ibu..sejujurnya saya amat mengharapkan agar diri saya dapat berubah ke arah yang lebih baik dan menjadi seorang hambaNya yang taat dan menikmati kasih sayang bersama keluarga dan serta memberi kebaikan kepada insan-insan di keliling saya...In Shaa Allah...


terima kasih semua...lots of love....:)


Monday, August 8, 2016

Detik-detik Kelahiran Terindah Ammara Maryam

Assalamualaikum dan Salam Sayang,

Tiba-tiba saya rasa sangat bersalah pada anakanda Maryam..usianya ketika ini sudahpun 1 tahun 5 bulan tapi saya tak pernah mencoretkan apa-apa kisah mengenainya..usahkan milestones nya tapi detik-detik kelahirannya pun saya tak pernah ceritakan..maafkan ibu ye sayang..Alhamdulillah di kesempatan yang ada ni saya ingin merakamkan kenangan melahirkan anakanda keempat saya ini..Ammara Maryam binti Muhamad..:)

22 Februari 2015 (Ahad)

edd saya sepatutnya harini tapi nampaknya adik baby masih lagi seronok duk dalam perut ibunya ni..perut mengeras je memanjang..tapi sakit contraction yang betul-betul masih belum dirasai..saya dah cuak sedikit sebab belum pernah ada pengalaman overdue ni huhu..yang membuatkan saya semakin risau bilamana selalunya kalau dah overdue ni biasanya berakhir dengan induce..dengar cerita kawan-kawan induce ni tersangatlah sakit..aduhai di hujung-hujung waktu ni macam-macamla perasaan yang muncul..takut, risau, excited macam-macam ada..:)..hari-hari duk pujuk adik baby keluarlah cepat..ibu dah tak sabar nak peluk cium awak..dan ibu juga sebenarnya dah tak berapa larat nak pergi kerja..entahla rasa mengandung kali ni macam mudah mengah, mudah rasa letih..nak drive pun rasa tersangatlah tak larat..faktor usia kot hihi..

23 Februari 2015 (Isnin)

harini ada temujanji di KK Presint 9..dah terlebih 1 hari dah..sebelum pergi klinik saya whatsapp bos maklumkan yang saya dah start nak bercuti dah..sebab memang betul-betul rasa dah larat nak pegi office..lepas bersiap-siap saya dan en.suami ke klinik..bila jumpa doktor, check dan scan sume doktor bagitau semuanya ok, baby ok saya pun ok..dan doktor bagi ' surat cinta' iaitu surah serah diri ke hospital pada 27 Februari 2015 (Jumaat) untuk induce sekiranya saya masih belum bersalin pada tarikh tu..

dalam hati sentiasa berdoa semoga Allah memudahkan urusan bersalin kali ini dan adik baby keluar secara natural..tak ada paksaan..)

25 Februari 2015 (Rabu@9.30 malam)

saya duduk berehat-rehat sambil tengok tv ditemani adik saya dan abid..kakak aisyah dan muafah awal-awal dah balik kampung sebab ikut perancangannya saya akan balik berpantang kat sana selepas bersalin nanti..ma pula tak dapat datang kali ni sebab sibuk dengan urusan majlis perkahwinan adik saya pada bulan mac nanti..

sedang ralit tengok tv, tiba-tiba rasa "eh macam dah sakit contraction ni"..dah mula rasa happy+cuak..happy sebab kalau betul dah masanya saya tak perlu induce..cuak sebab dah tahu rasa sakit bersalin macam mana hehe..ok relaks dan masa ni tak bagitau en.suami lagi sebab sakitnya tak berapa kuat sangat..guna application contraction timer kat handphone..dalam 10 minit sekali..saya bagitau adik minta dia tidurkan abid sebab saya mungkin nak pergi hospital malam tu..takut bila abid nampak saya keluar rumah meraung-raung pula dia nanti..lagila rasa sebak dan tak sampai hati nak tinggalkan dia..:( 

bila sakit dah makin kuat (5 minit sekali) saya bagitau en.suami yang sedang sibuk buat kerja dalam bilik komputer, en.suami urut-urut belakang dan terus ajak pergi hospital..saya kata tunggu dulu kalau boleh tak nak pergi awal-awal..target saya kalini pergi hospital terus masuk labor room..tak nak warded dulu sebab tak tahan sakit sorang-sorang dalam wad sebab en.suami tak boleh teman kecuali waktu melawat je..so saya tahan dulu sakit walapun masa tu saya rasa memang betul-betul dah sampai masanya..sebab pengalaman bersalin sebelum ni saya dah tahu bagaimana rasa contraction sebenar..maklumlah ni dah kali keempat hehe..

dalam pukul 11.30 macamtu saya rasa macam dah tak boleh tahan sakit, bagitau en.suami jomlah pergi hospital..(walaupun dari awal en.suami dah ajak tapi jual mahal konon boleh tahan hihi)..siap-siap mandi sume kami berdua terus ke labor room hospital putrajaya..dalam hati duk berharap semoga jalan dah buka byk sikit dan tak perlu warded terlebih dahulu..

26 Februari 2015 (Khamis)

pukul 12.00 tengah malam sampai di hospital..selepas je siap daftar nurse suruh masuk bilik pemeriksaan..check urine dan berat semua..hoho kali keempat mengandung ni berat saya dah berjaya mencecah 80kg!!!(tahniah untuk diri sendiri..pengsan!!!)..2 kali ganda berat sebelum kahwin..

dah selesai semua tu nurse suruh baring nak check CTG dan contraction..sambil-sambil tunggu doktor datang..dan saya merasakan yang contraction dah semakin kuat..tak lama kemudian doktor datang..nurse bagitau doktor tengok pada graf CTG ni macam jalan dah buka 4 cm ke atas..dalam hati rasa sedikit happy sebab kalau dah 4cm boleh terus masuk labor room..sempat lagi bermonolog walaupun diri tengah menahan kesakitan hihi..

Alhamdulillah dapat doktor muslimah yang handle kes saya..dia terus check jalan..dah 6cm katanya..(dalam hati apa..6cm dah??)..terus doktor suruh masuk bilik bersalin..nurse kelam kabut bersiap sebab ni dah anak keempat..takut tak sempat masuk bilik..:)..nurse tanya boleh jalan tak, ke nak naik wheelchair..saya cakap nak jalan sebab nak bagi jalan cepat terbuka..tapi baru je sampai muka pintu saya dah tak boleh jalan..sakit yang teramat..nurse cepat-cepat sorong dengan wheelchair ke bilik bersalin..

sampai bilik bersalin sempat tengok jam pukul 1.00 pagi..nurse minta salin pakaian hospital..tapi masa tu saya dah sakit tahap tak boleh tahan sangat-sangat..nak naik atas katil pun tak boleh..last-last dengan bantuan nurse berjaya juga pakai 'uniform' walaupun tak kemas mana..ikut dan je hehe..contraction memang menggila sungguh dah masa ni..di mulut hanya terluah mana suami saya..mana suami saya..nurse cakap nanti dah dekat nak bersalin baru kita panggil..apa la nurse ni saya dah sakit sangat-sangat dahni boleh pula nak tunggu-tunggu..tiba-tiba saya rasa macam nak buang air besar hehe..bagitau nurse dia kata puan buang je atas ni nanti saya cuci..padahal tadi lepas diberi ubat untuk membuang tak da pula saya membuang apa-apa..kali kedua rasa cakap kat nurse saya nak buang air besar lagi la..dia pun datang check ok puan, puan boleh teran slow-slow..dalam hati dah mula rasa excited alamak baby dah nak keluar ke..tapi sedikit sedih sebab en.suami tak masuk lagi ni..keadaan masa ni dah kelam kabut..ye lah nurse pun tak sempat prepare apa-apa..bila saya cakap nak membuang kali kedua tu baru lah nurse keluar panggil en.suami..

ngam-ngam en.suami masuk baby meluncur keluar dengan sekali teran je..Alhamdulillah sangat mudah maryam keluar tak sempat nak ber pom pom pun hehe..dan syukur en.suami pun sempat melihat puterinya keluar..Allahuakbar lega sangat-sangat..impian saya dimakbulkan..pukul 1.00 pagi masuk bilik bersalin, pukul 1.19 pagi maryam melihat dunia..

en.suami keluar sementara saya nak 'dikerjakan' lagi untuk proses membuang uri dan menjahit luka..kali ni kena jahit juga tapi sikit je la..sambil-sambil tu skin to skin dengan maryam..dan maryam pun macam kakak-kakak dan abangnya juga..kali pertama dah pandai latch dengan betul..kuasa Allah sangat hebat..Subhanallah indahnya saat-saat itu...

dalam pukul 7.00 pagi saya dihantar ke wad 2B..bila semua dah selesai diperiksa, saya dan baby dalam keadaan sihat, tengahari tu dah boleh discharged..bermulalah espisod saya berpantang dan bergelar ibu kepada 4 orang cahayamata yang jaraknya setahun seorang..mencabar?sila jawab sendiri hehe...

Alhamdulillah segala-galanya dah selamat..walaupun kehadiran maryam kami tidak pernah menduga langsung tapi ternyata Allah itu Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk hamba-hambaNya..

doa ibu ayah semoga maryam, abang abid, kakak muafah dan kakak aisyah membesar dengan sihat dan menjadi anak yang soleh dan solehah, bijak pandai ilmu dunia dan akhirat, berakhlak mulia dan beramal soleh..Aamiin Ya Rabbal Alamin..




















Ammara Maryam binti Muhamad
(Wanita Yang Kuat Iman)
 26 Februari 2015 (Khamis)
 3.27kg
 Hospital Putrajaya
40 minggu 4 hari
SVD

Monday, June 13, 2016

Jalan-jalan Genting Strawberry Farm 2016

Assalamualaikum w.b.t,

Alhamdulillah harini dah masuk hari kelapan kita semua berpuasa di bulan Ramadhan..walaupun bulan puasa tapi saya belum lagi nak bercerita pasal kisah-kisah di bulan puasa ni sebaliknya nak share kisah kami sekeluarga jalan-jalan di Genting Strawberry Farm pada 31 Januari 2016 yang lalu..

sebenarnya kami tak merancang pun untuk ke sini..asalnya selepas balik dari rumah adik ipar di rawang, saja je saya bagitau en.suami apa kata kita jalan-jalan bawa anak pergi genting highlands ikut jalan batang kali..dari situ dah dekat dah..tapi bukanlah pergi genting highlands tu untuk bersuka-suka ye..kami ni memang suka pergi 'ukur jalan' terutama tempat yang tak pernah pergi..maklumlah jauh berjalan luas pandangan..:)

perjalanan dari rawang ke batang kali mengambil masa lebih kurang 1 jam lebih..sampai je genting highlands, en.suami cakap nak try naik sampai atas..saya tak nak sebab memang takda niat pun nak naik atas..tak suka g tempat-tempat macamtu huhu..tapi en.suami kata naik tengok je lah lepas tu turun balik..ok marilah kita mendaki..tinggi memang tinggi tapi sayangnya anak-anak semua tidur masa tu, tak dapatlah nak tunjuk view kat situ..ok dah sampai puncak kami terus turun ke bawah..dalam perjalanan turun tu saya bagitau en.suami alang-alang dah sampai sini jom lah kita masuk strawberry farm tu..nak tengok mana lagi best genting ke cameron hihi..

sampai je genting strawberry tu, saya dan adik serta aisyah muafah je masuk..en.suami, ayah fik (adik ipar), abid dan maryam duk luar..sebabnya memang niat nak bawa aisyah dan muafah tengok strawberry je..ye lah sebelum ni asyik-asyik duk sebut nak pergi cameron nak petik strawberry..menurun siapa la tu..adehh..masuk je ke dalam ok lah ladangnya luas juga..bukan strawberry je ada dalam tu..taman lavender, taman bunga, pusat penanaman cendawan dan macam-macam lagi ada..tapi kami just singgah lalu je..sebab nak kejar masa pun satu..sekadar menunaikan hajat anak-anak..:)..

oh ye kawan-kawan yang bercadang untuk datang ke sini, strawberry farm ni letaknya di gohtong jaya ye..jangan naik cari sampai ke puncak pulak hehe..berhampiran dengan Hotel Seri Malaysia..tiket masuk RM8/dewasa dan RM5/kanak-kanak..

kesimpulannya mana lagi best genting higlands ke cameron highlands?ermm bagi saya yang memang "hatiku tertinggal di cameron ni", cameron masih menjadi tempat kegemaran untuk bercuti..en.suami pun..tapi genting strawberry ni pun tak kurang menariknya..bolehlah untuk bawa anak-anak bercuti..lagipun sini lagi dekat berbanding cameron kalau dari kl..apapun pengalaman mengenal satu-satu tempat tu sangat berharga..dan yang paling penting anak-anak gembira..:D


 strawberry yang gemuk-gemuk dan ranum-ranum



 tengok pun geram..:)


 merah-merah strawberry

 aisyah dan muafah

 teman bergaduh dan teman bermain

 my gegirl..:)


 akrab sangat..kat rumah?pengsan!!!


 kesayangans


 sekuntum mawar merah



 adik bongsu saya..:)


 happynya anak-anak ibu ayah


 with cik pah


 father&daughter..:)

 ammara maryam


 we are family..hingga syurga In Shaa Allah


 aisyah, muafah, abid


 depan pintu masuk

 muafah dah letih..:)

kami..:)

Thursday, June 9, 2016

Salam Ramadhan 1437H

Assalamualaikum w.b.t,



Alhamdulillah syukur atas segala nikmat pemberianNya..masih dipanjangkan umur untuk bertemu kembali dengan bulan ramadhan yang penuh dengan keberkatan ini..harini hari ke-5 kita semua menunaikan ibadah berpuasa di bulan ramadhan dan rasanya belum terlambat untuk saya mengucapkan selamat berpuasa kepada semua sahabat-sahabat dan pembaca blog saya yang tak seberapa ni..:)

sejujurnya saya sangat rindu untuk kembali aktif menulis blog di 'rumah' saya ini, teringin untuk mencoretkan setiap perkara yang berlaku dalam kehidupan seharian, pahit manis kehidupan kami sekeluarga dan yang penting sekali untuk tatapan anak-anak kesayangan saya..seandainya saya sudah tiada lagi nanti, kisah mereka yang saya coretkan di sini lah yang akan menjadi pengubat rindu mereka nanti..

diam tak diam tahun ni masuk tahun ke-6 saya berpuasa sebagai seorang isteri dan ibu yang bekerja..dengan anakanda berempat yang menjadi penyeri dalam rumah dengan gelak tangis masing..:D..cuma ye lah bila dah bekerja ni yang menjadi sedikit halangan adalah masa..untuk bulan ramadhan ni saya pilih waktu bekerja 7.30 pagi hingga 4 petang..dengan harapan balik awal sempatlah nak menyediakan juadah berbuka puasa..target tahun ni masih sama dengan tahun2 lepas..kurangkan membeli dan seboleh-bolehnya nak masak sendiri..walaupun simple tapi kenyang..:)

akhir sekali saya doakan semoga segala amal ibadah kita di bulan yang mulia ini diterima olehNya dan semoga kita istiqamah berbuat kebaikan di bulan-bulan yang lain juga..In Shaa Allah..


Monday, March 28, 2016

Diari Jantung Abid: umur sebulan..simptom 'heart failure' mula kelihatan

Assalamualaikum w.b.t...

Alhamdulillah keadaan abid dari awal kelahirannya baik-baik saja..jaundis pun tak ada..senang sangat menjaganya..yang tak berapa senang nak handle kakaksnya tu..masing-masing tengah nak membesar lasak dan aktif tak dapat dipisahkan..:)

semasa abid berusia 2 minggu, kami membawanya ke ppukm untuk 1st appointment di klinik paediatrik (kardiologi)..kali ni kami jumpa dengan doktor bilqis (pakar jantung kanak-kanak)..di awal pertemuan doktor memberitahu ohh inilah parent abid ye..doktor bilqis ni sangat tegas orangnya tapi sangat baik..soalan dia kena kita jawab straight tak boleh bunga-bunga konar sana konar sini..kecut perut sokmo kalu nok jawab soalan dia huhu...dari hasil pemeriksaan terhadap abid, doktor bilqis sahkan abid mempunyai 5 masalah pada jantungnya..terduduk seketika sebaik saja doktor bilqis explain kepada kami..sebelum ni masa dalam kandungan kami diberitahu yang abid hanya mengalami masalah vsd sahaja..doktor bilqis terangkan yang dalam kandungan kita tak dapat nak lihat 100% kerana baby dalam kandungan kita tak boleh lihat dengan jelas keseluruhannya..dari perbincangan tu doktor bagitau plan rawatan untuk abid..memang tak da jalan lain kecuali pembedahan dan sejujurnya kami memang dah bersedia mental fizikal untuk menghadapi saat-saat macam ni since semasa mengandungkan abid lagi..ini lah salah satu kebaikan buat detail scan semasa mengandung..sekurang-kurangnya kita boleh sediakan diri untuk menghadapi apa jua kemungkinan yang berlaku..

doktor bilqis memaklumkan kepada kami yang beliau dahpun merujuk ke IJN dan dah dapat tarikh untuk 1st appointment kat sana iaitu semasa abid berumur sebulan nanti..almost 1 jam berada dalam bilik doktor, sekali lagi doktor bilqis buat echo ke atas abid..dan hasil echo ni abid memang sah di diagnose:

TGA (Transposition of the Great Arteries)
VSD (Ventricular Septal Defect)
  ASD (Atrial Septal Defect)
PDA ( Patent Ductus Arteriosus)
PFO (Patent Foramen Ovale)

5 masalah pada jantung abid..rasa sedih memang tak terucap dengan kata-kata..tapi kami kuatkan semangat dan keraskan hati untuk tak nak bersedih..nak fikir yang positif je..doktor bagitau yang abid sangat bertuah sebab lubang yang ada pada jantungnya tu lah yang jadi "inusurans' untuk abid survive..dengan lubang yang ada tu lah yang membolehkan darah yang beroksigen dengan tak beroksigen mix together dan disebabkan tu juga lah abid tak cyanotic (kebiruan)..hebatnya Allah... ada juga kes dimana baby yang ada TGA tapi tak ada lubang..kes macam ni baby tu memang kena terus operate sebaik saja dilahirkan semata-mata untuk membuat lubang dulu sebelum pembedahan besar dibuat..sesungguhnya Allah itu Maha Penyayang...segala puji bagi Allah yang mencipta manusia..di akhir pertemuan dengan doktor bilqis pagi tu, doktor memberitahu bahawa untuk kes abid, kena buat pembedahan sebelum usianya 6 bulan..untuk mengelakkan komplikasi dan keadaan bertambah teruk..

berbalik kepada simptom heart failure yang ketara semasa abid berusia sebulan, ada satu hari tu semasa sedang menyusukan abid (df), tiba-tiba dia muntah dengan laju dan banyak..habis keluar susu yang dia minum tu..lepastu abid nampak macam penat sangat dan tertidur..pada mulanya saya ingat sekali tu je dia muntah, tapi setiap kali dia menyusu selepas tu memang dia akan muntah (bukan jeluwak susu)..dan masa ni juga kami perasan yang abid bernafas dengan sangat laju..sampaikan ritma pernafasannya kami tak sempat nak 'tangkap'..laju sangat..kesian anak ibu ayah..:(..bila melihat keadaan abid macama tu, saya pam susu dan bagi abid minum dengan botol..ini untuk menjimatkan tenaganya supaya dia tak mudah penat sebab bila dia menyusu direct, abid perlu menggunakan tenaga yang banyak dan ini akan membuatkan jantungnya kena bekerja keras..

satu lagi simptom yang ketara ialah kuat berpeluh..ada satu malam tu bila tersedar dari tidur, saya dapati tempat tidur abid basah..saya ingatkan diapersnya bocor tapi bila check rupanya yang basah tu adalah peluh abid dan memang sah bajunya basah disebabkan peluh..:(

bermula dari situ kami lebih berjaga-jaga dan memberi sepenuh perhatian kepada abid..atas dasar tu juga kakaks (aisyah dan muafah) terpaksa dibawa pulang ke kampung oleh tok ma kerana kalau saya nak handle tiga2 dalam masa yang sama memang tak mampu..kakaks yang sangat aktif dan lasak dengan banyak siri temujanji dengan hospital, nak angkut tiga2 pegi hospital dengan saya yang dalam berpantang memang agak mencabar..mujurlah tok ma dan family faham situasi kami masa tu..kami memang kena fokus kepada kesihatan abid terlebih dahulu..biarlah orang nak kata kami tak bertanggungjawab ke apa ke sebab hantar anak-anak balik kampung..mereka yang tak melaluinya memang tak akan faham kan?



 assalamualaikum semua:)


saya abid..budak kuat:)


 saya dah pandai sembang-sembang hehe


 hobi saya tidur:)

 tidur lagi:)

 ni kakaks saya..semua duk berebut nak jaga saya:)



 ni kakak saya no.2..umurnya baru 1 tahun 4 bulan hehe

ni ayah saya:)

 2 oz yang diminum 2 oz juga yang keluar balik:(

bonding..love u my baby:)


ok lah sampai sini dulu la ye..In Shaa Allah akan datang saya akan share kisah temujanji pertama abid di IJN...






Tuesday, March 22, 2016

Pengalaman Abid Kena Denggi ~ Part 2

Assalamualaikum w.b.t,

bila masuk hari ke-7 demam, para doktor risau sebabnya kalo ikutkan abid sepatutnya dah tak demam, tapi ni abid masih lagi demam dengan suhu yang tinggi..sebelah pagi suhu normal tapi bila menjelang tengahari, petang dan malam suhunya akan naik mendadak ke 39++..bila doktor pakar datang check dia suspek abid kena 'kawasaki' pulak..apa bendanya ni alahai..tak pernah dengar pun kawasaki ni..doktor bagitau simptom-simptom kawasaki ada pada abid seperti mata dan kaki bengkak, mata bertahi dan demam yang tinggi..dalam hati duk berdoa semoga Allah jauhkan abid dari bahaya..lalu darah abid diambil sekali lagi untuk buat 'blood culture'..mengikut kata doktor, dia takut abid abid kena bacterial infection yang lagi bahaya dari virus..tak dapat bayang keadaan abid masa tu..dengan tak nak makan minum, menyusu pun tak nak..saya lagi lah dah rasa dunia ni berputar-putar dah..dah tak lalu makan minum, penat tak payah cakapla ulang alik ke hospital..bayangkan baru je saya sampai tempat parking nak balik ke rumah, dapat perkhabaran yang abid kembali demam panas..balik rumah pun tak sempat nak duduk berbaring..dengan maryam yang masih fully bf masa tu..kesannya susu drop mendadak..stok ebm dalam freezer habis licin..kat ward pun xsempat nak mengepam dek abid yang all the time nak beriba berdukung..ibu kena berkorban salah satu..sedihnya rasa..maryam di rumah pun perlukan perhatian tapi abid lagi lah perlukan ibu di hospital..:(


esoknya masa doktor datang check, rupa-rupanya tonsil abid bengkak..patutlah demam dan tak nak makan minum, dalam masa yang sama juga doktor suspect kemungkinan juga abid demam disebabkan infection di tempat yang kena cucuk darah (kaki dan tangan)..masa tu tangan, kaki dan betis abid bengkak bersinar-sinar macam nak pecah, nak cucuk darah pun darah dah tak boleh keluar katanya doktor..ye lah dah berapa belas/puluh kali dah ambik darah sepanjang warded tu..setiap 4-6 jam sekali...kesian abid..:(

sebaik saja tahu tonsil abid bengkak..doktor terus on antibiotics..biasalah budak nak makan ubat memang payah tapi kena paksa jugak makan..dalam masa yang sama juga kami bagi abid makan/minum makanan yang sejuk-sejuk atas saranan doktor..Alhamdulillah suka abid dapat makan aiskrim, twister orange (sejuk)..susu pun bancuh dengan air sejuk semata..tak ada campur air panas..dalam hari ke-7 kat hospital tu doktor datang dan bagitau result darah abid dah normal dan clear..tak da apa-apa kuman dalam darah..Alhamdulillah syukur sangat-sangat pada Allah Yang Maha Pengasih dan memakbulkan doa kami sekeluarga...rasa lega sangat-sangat tengok abid kembali aktif dan ceria seperti biasa..

dan hari ke-8 abid dah boleh discharged..esoknya ma, ida, ipah dah bertolak pulang ke kampung..aturan Allah sangat cantik..Dia datangkan my family tepat pada masanya di saat kami diuji..pada masa ni juga saya mengambil cuti separuh gaji sebulan untuk menjaga abid sehingga dia betul-betul sihat sepenuhnya sebelum kembali dihantar ke pengasuh..tak pe lah duit boleh dicari tapi anak?..bila melalui sendiri pengalaman perit macam ni saya seolah-olah fobia untuk keluar membawa anak-anak ke taman-taman dan tempat-tempat yang berisiko terdapat nyamuk..sememangnya kawasan rumah kami ni pun adalah 'black area' untuk kes denggi..masa abid mula-mula masuk hospital pun, staff jkn putrajaya datang check rumah takut-takut kami yang 'membiak' aedes tapi clear je rumah..tapi tak mustahil nyamuk datang daripada rumah/ruang sekitar/tempat yang kami pergi sebelum tu..apapun marilah kita sama-sama pastikan kebersihan sekitar rumah kita sendiri untuk mencegah denggi daripada menyerang kita semua..

 abid our hero..:)


 lemah je masa ni..:(


 makan macam kat rumah..tak pe lah dik asalkan nak makan sudah hehe


 auummmm


 sedap-sedap makanan abid ni hehe


 lapar..:D

 conteng-conteng..:)











 dah nak sihat dah..:)


 abid..dah berapa kali tukar bilik dahni..dari depan,belakang, tengah, depan balik huhu


 anok jate ayoh...:)


 dah kuat sikit diajaknya pusing-pusing wad..:)


 kawan-kawan abid yang rajin melayan masa dalam wad..saing dengan orang besar saje abid ni hehe


 abid ni bila time ayah jaga elok je perangainya..nak tidur pun mudah..suruh tidur, tidur..hihi



 main-main lagi..:)



 kakaks datang melawat abid tapi boleh jumpa kat bawah je..dalam wad xleh masuk



 "abe g mano, lamo adik tok jjupo abe abid"..agaknya gitulah maryam royak tu hehe


 "abe pun rindu gok ko adik"..:D



di kesempatan ini juga, saya ingin merakamkan jutaan terima kasih buat semua ahli keluarga, saudara mara dan sahabat handai yang datang melawat dan mendoakan kesembuhan dan kesihatan abid, semoga Allah membalas jasa baik kalian semua..Aamiin..

special thanks buat cik da abid yang sanggup sambung cuti seminggu semata-mata nak jaga abid di hospital..terima kasih atas pengorbananmu..