note: mlm td dh dpt mkn chicken chopp..thanks ek abg, len kali kita g mkn lagi:P
Wednesday, January 26, 2011
agak-agakla...
note: mlm td dh dpt mkn chicken chopp..thanks ek abg, len kali kita g mkn lagi:P
Tuesday, January 25, 2011
nak makan chicken chopp..
Wednesday, January 19, 2011
nk kemana besok???
note:hepy holiday tu u olls..jaga diri sentiasa...:)
Tuesday, January 18, 2011
Takziah..
Thursday, January 13, 2011
kisah di suatu petang
Monday, January 10, 2011
utk suami tercinta..selamat ulangtahun sayang
5 januari yang lalu merupakan hari ulangtahun en.suami tersayang..dan sempena hari yg penuh bermakna itu, saya ingin mendedikasikan puisi ini utk en.suami tecinta..
Buat suamiku...
Insan yang penuh dengan cinta dan sayang.
Ku panjatkan rasa penuh kesyukuran pada Allah Al-Wahhab,
kerana memberikan masa untuk aku mengenali erti kasih sayang dari insan dan Tuhan, menghayati pengorbanan luar biasa yang mencetus keinsafan dan memberikan aku waktu untuk mengecap cinta sedingin salju.
Buat suami tercinta, doaku kutujukan khusus buatmu. Tika sujud yang panjang, aku memohon agar kehidupan abang sentiasa dalam rahmat Tuhan. Semoga Allah panjangkan umur abang, diberikan kesihatan yang baik dan rezeki yang penuh keberkatan.
Ku doakan, biarlah hanya yang terbaik berlaku dalam kehidupan, dunia dan akhirat bersama kita gapai penuh kesyukuran. Harapan dan impianku bang, agar aku mampu membuat abang sentiasa tersenyum dan tertawa saat kita bersama meniti usia. Moga Allah berikan aku kekuatan untuk membekalkan tenang dihatimu walaupun tika hidup kita di hempas gelombang.
Terima kasih Tuhan kerana Kau jadikan dia untukku....
Terima kasih abang kerana hadirmu begitu membahagiakanku....
"abg, hepy besday..semoga Allah merahmati hubungan kita hingga ke syurga..amin..ummie syg abg..sgt2"
imbasan 2010
alhamdulillah minggu ni dah masuk minggu kedua bulan januari 2011, begitu pantas masa berlalu meninggalkan kita kan?dan dah agak lama jugak saya tidak mencoret citer kat sini dan untuk permulaan tahun baru ni, saya just nk membuat imbasan perisitiwa suka duka yang telah menjadi kenangan sepanjang tahun 2010 yang lalu..org lain sume dah selamat buat review masing2 tp saya lak baru terhegeh2 nk buat huhu, x pa yg pting ada jugak kan:P..ok check it out......
- balik kg cuti raya cina wif ehem, adik ehem n cikgu mad, after cuti dah terbukti jelas kebenaran tentang satu perhubungan..sedih mmg sedih tp xkan nk sedih sampai ke tua kot..positifkan diri dan alhamdulillah dah boleh terima kenyataan dgn hati terbuka..
- 27 feb, buat plan last2 minute pegi bercoti di cameron higland utk kali yg keberapa xtahula, kali ni percutian yg agak berbeza ckit coz kami pegi berempat dan hanya sy sorang je lady..yg lain sume kumbang huhu...sehari suntuk berjalan dari kul 8 pg sampai 12.30 mlm..very da sweet momen:P
- dan part yg pling pting berlaku masa di cameron ni, bibit2 perkenalan ngan en.suami telah bermula disini..hihihi syuke syuke:D..tp sbnarnya masa ni just kwn2 je xda feeling2 pun, maklumlah hati baru je nk pulih dari frust yg xbrapa menonggeng tu huhuhu..
- 28 feb, kami warga BKP telah kehilangan seorang 'ibu' yg sangat2 kami sayangi..arwah kak shima telah kembali ke rahmatullah di hospital putrajaya, saya sempat pergi melawat jenazah dan mengucup dahinya buat kali yg terakhir, sungguh sebak perasaan masa tu..semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh arwah dan ditempatkan dikalangan hamba-hamba yg beramal soleh..al-fatihah..
April 2010
- ada ceramah kat melaka n sebelum tu pegi survey jalan dulu maklumla sy ni bukannya bese sgt jln2 kat melaka ni..pegi ngan hafiz n cikgu mad..journey yg best sangat dpt lepak2 kat selat melaka..n balik dari melaka ni la segala2nya bermula..cikgu mad mula sms dan start dari situla hubungan kami berkembang dari hari ke hari..hehe
- 16/4/2010, tarikh ini akan tetap ku kenang sampai bila2 sebab hari ni lah sy dilamar oleh cikgu mad:P auww malunya nk citer kat sini tapi demi satu kenangan di hari2 mendatang nk la jugak ada ingatan kat blog ni huhu..dan selepas itu kehidupanku mula berubah sebab hidup saya semakin terisi dan bermakna sebab dah ada seseorang yg betul2 ikhlas menerima dan menyayangi saya, sesungguhnya benarlah, Allah menguji kita dengan menemukan kita dgn org yg salah sebelum Dia menemukan kita dgn org yg betul..syukur Alhamdulillah..
Jun 2010
- 7.6.2010 (isnin) majlis merisik telah berlangsung dengan sederhana tetapi lancar dan meriah dgn kehadiran saudara mara, maklumlah saya anak pertama dalam keluarga yg akan berkahwin..masa ni rasa sungguh terharu sangat2 terutama bila pandang wajah bonda, sesungguhnya saya tahu jauh disudut hatinya ingin melihat anak2nya mendirikan rumahtangga dgn seseorang yg boleh menerima dan membimbing saya ke jalan yg diredhai Allah dan dapat menjaga saya dgn sebaik mungkin..dan hari ni saya dah hampir menunaikan hajatnya..Insya Allah xlama lagi sy akan melaksanakan impian bonda tersayang..
- tarikh kawin pun dah ditetapkan masa ni iaitu akad nikah pada 1 syawal (10.9.10), majlis rumah saya 3 syawal (12.9.2010) dan majlis bertandang pada 5 syawal (14.9.2010)..
- bulan ni jugak kami dah buat hiv test n apa2 yg patut..maklumlah sy kan keje kat sini so mana2 urusan kena disetelkan awl2, booking pelamin, photoghrapher, khemah dll
Ogos 2010
September 2010
November 2010
December 2010
2010 akan menutup tirainya tidak lama lagi..dan bulan ni sy telah bercuti balik kg dan bulan ni jugak sy ada berita utk dikongsi sama..tapi masa belum mengizinkan lagi..nanti dah sampai masanya, sy akan share dgn kawan2 semua..Insya Allah..
ok, itulah saja rentetan memori sepanjang 2010 dimana tahun ni merupakan tahun yg amat bermakna bagi saya sebab status saya dah berubah..sy dah bergelar isteri kepada seorang suami yg amat dicintai..syukur diatas segala kurniaan dari Yang Maha Esa..thank you Allah..
p/s: panjang giler imbasan ni dah namanya setahun kan hehehe..time kasihla kpd sesiapa yg sudi membaca sampai habis hehehe..