5 januari yang lalu merupakan hari ulangtahun en.suami tersayang..dan sempena hari yg penuh bermakna itu, saya ingin mendedikasikan puisi ini utk en.suami tecinta..
Buat suamiku...
Insan yang penuh dengan cinta dan sayang.
Ku panjatkan rasa penuh kesyukuran pada Allah Al-Wahhab,
kerana memberikan masa untuk aku mengenali erti kasih sayang dari insan dan Tuhan, menghayati pengorbanan luar biasa yang mencetus keinsafan dan memberikan aku waktu untuk mengecap cinta sedingin salju.
Buat suami tercinta, doaku kutujukan khusus buatmu. Tika sujud yang panjang, aku memohon agar kehidupan abang sentiasa dalam rahmat Tuhan. Semoga Allah panjangkan umur abang, diberikan kesihatan yang baik dan rezeki yang penuh keberkatan.
Ku doakan, biarlah hanya yang terbaik berlaku dalam kehidupan, dunia dan akhirat bersama kita gapai penuh kesyukuran. Harapan dan impianku bang, agar aku mampu membuat abang sentiasa tersenyum dan tertawa saat kita bersama meniti usia. Moga Allah berikan aku kekuatan untuk membekalkan tenang dihatimu walaupun tika hidup kita di hempas gelombang.
Terima kasih Tuhan kerana Kau jadikan dia untukku....
Terima kasih abang kerana hadirmu begitu membahagiakanku....
"abg, hepy besday..semoga Allah merahmati hubungan kita hingga ke syurga..amin..ummie syg abg..sgt2"
No comments:
Post a Comment