Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Monday, May 18, 2015

breastfeeding dan period..cabaran bermula

Assalamualaikum w.b.t,

Alhamdulillah anakanda maryam dah memasuki usia 82 harini..dan cabaran dalam menyusukannya seperti anak2 sebelum ini sudah bermula..period dah datang menjengah huk huk..dan inilah yg saya takutkan sebabnya bilamana period dah datang, susu saya akan drop gila2..hampir separuh dari hari2 biasa..contohnya kalo hari2 'tenang' sekali pam dapat 4-5 oz (xbanyak kan tapi alhamdulillah cukup untuk maryam)..kalo time period hasil akan merudum sampai 2-3 oz sahaja..dan keadaan ini akan bermula seawal seminggu lebih nak period sehinggalah hari kedua hingga ketiga period datang..selepas tu barulah akan kembali seperti asal semula..dan keadaan yang sama akan berulang next month..alahai kuat betul pengaruh hormon ni..sebab tu la saya sangat jeles kepada ibu2 yang fully bf dan masih belum period sebab mereka terlepas dah salah satu 'cabaran' breastfeeding ni huhu...

saya ni dari anak pertama walaupun fully and exclusive bf, seawal dua bulan lebih period dah datang..cuma kali ni je lambat sikit..mula2 tu cuak jugak kot2 la 'ada lagi' huhu..memang risau dan cuak sungguh sebab kalau boleh memang kali ni nak rehaaaaatttttt panjaaannnngggg dah...cukupla dulu 4 orang ni..bukan menolak rezeki tapi kesian dekat anak2 yang rapat2 dan masing2 memerlukan kasih sayang dan perhatian yang semaksimum boleh dari kami...dan menjadi kewajipan kita untuk mendidik anak2 dengan penuh kasih sayang dan tanggungjawab..

dan masa zaman2 'gelap' ni la memerlukan saya kena pulun mengepam di ofis dan juga di rumah..tapi nak bangun mengepam tengah2 malam asyik tak dengar je bunyi alarm..alarm yang tak bunyi ke atau saya yang tak dengar huhu..dan alhamdulillah sejak dari maryam lahir memang saya praktikkan tandem pumping..sebelah susukan maryam dan sebelah lagi saya pam..saya sangat suka kaedah ni tapi sekarang maryam dan semakin laju kaki dan tangannya tak duk diam..sebab tu la untuk tandem pumping saya pakai medela harmony instead of my medela swing..senang nak control hehe..

dan semasa dalam tempoh pre menstrual tu saya dah menggunakan 4 botol frozen ebm yang dikhaskan untuk 'standby' dalam bulan puasa nanti..nampak gayanya kena ganti balik la  4 botol tu..apapun seboleh mungkin saya akan cuba usaha jugak untuk menyusukan maryam seboleh2nya sehingga berusia 2 tahun..dan harap2 kali ni bolehlah maryam menyusu sepenuhnya dengan saya..kakaks dan abangnya xsempat pun 2 tahun sebab baru je diaorg berusia 6 bulan saya dah mengandung balik..abid lagi awal..masa dia berumur 3 bulan setengah saya dah mengandungkan maryam..harapan saya semoga Allah memakbulkan impian saya dan memudahkan perjalanan penyusuan maryam kali ini..aamiin...

ibu akan usaha berikan yang terbaik untuk maryam ye sayang..semoga Allah izinkan..aamiin





Wednesday, May 13, 2015

sunat baby maryam di usia 2 bulan

Assalamualaikum w.b.t,

Alhamdulillah maryam selamat disunatkan ketika umurnya mencecah 2 bulan..agak terlambat sikit sebab kakak-kakaknya disunatkan ketika berumur sebulan..ikutkan maryam pun sama tapi masa kat kg haritu (time en.suami balik), hospital yang kami selalu pergi tu (hospital an-nisa kota bharu) doktornya pukul 5.30 petang baru ada..lepastu call klinik-klinik lain pun sama..ada satu klinik yang available tapi doktornya pulak lelaki..sedangkan malam tu en.suami dah nak balik putrajaya (en.suami balik weekend je..sabtu pagi sampai ahad malam dah naik bas ke putrajaya)..last2 kami decide nanti balik putrajaya la sunatkan maryam...

Alhamdulillah Allah izinkan maryam disunatkan ketika berusia 2 bulan..kami memilih klinik maria alamanda dan doktornya sudah tentulah doktor maria yang friendly itu:)..syukur urusan berjalan lancar dan maryam tak menangis pun..strong girl anak ibu ayah ni:)..saya ada juga bertanyakan doktor kalau anak lelaki bolehke nak sunatkan cepat..kalo boleh saya nak sunatkan abid juga huhu..tapi doktor cakap seeloknya kalau anak lelaki kalau nak sunat, sunatkan terus di awal-awal kelahiran ataupun masa baby kecik lagi..kalau dah umur macam abid ni (1 tahun 2 bulan) dah x praktikal sebab faktor susah nak jaga (peringkat nak membesar kan tentulah lasak dan aktif)..so kalau nak sunat jugak tunggu la umur dia 5 tahun ke atas ke macamtu lah..ok abid awak selamat buat masa sekarang hehe...dan untuk anak perempuan pula doktor kata seelok-eloknya buat semasa baby kecik lagi dalam umur sebulan tu just nice orang putih kata hehe..

 adik maryam yang murah dengan senyuman:)

adik maryam dan adik abid..eh muafah pun still dipanggil adik lagi tau huhu
(abid..tutup sikit mulut tu)


Sunday, May 10, 2015

Assalamualaikum Ammara Maryam, cahaya mata ke-4 kami

Assalamualaikum w.b.t,

Alhamdulillah dengan penuh kesyukuran saya ingin memperkenalkan cahaya mata kami yang ke-4, seorang puteri yang selamat melihat dunia pada 26 Februari 2015 (Khamis) di usia kandungan 40weeks+4days (overdue)..




Ammara Maryam binti Muhamad 
lahir pada 26 Februari 2015
1.19 pagi (khamis)
berat 3.39 kg
hospital putrajaya
normal delivery (svd)


setelah berhempas pulas bertekak lidah berbincang suami isteri akhirnya kami sepakat memberi nama AMMARA MARYAM BINTI MUHAMAD...AMMARA (a lady with strong iman, tolerant) dan MARYAM (ibu Nabi Isa A.S)..nama maryam tu memang saya dah cop lama dah hehe..yg susahnya nak cari pangkal A..cari punya cari adalah beberapa nama yang jadi pilihan..akhirnya ammara juga yang kami pilih disebabkan maksudnya yg baik...

alhamdulillah sekarang maryam dah berumur 2 bulan lebih..kali ni saya bercuti dua bulan sahaja..cuti bersalin 30 hari+cuti separuh gaji 30 hari (kuota cuti bersalin dah habis huk huk)..tapi sepanjang cuti bersalin banyak dugaan dan cabaran yang kami tempuhi..maryam admit wad 10 hari semasa usianya 17 hari (naik chicken pox), lepas tu abid pulak admit wad 3 hari, telefon saya rosak (hilang sume contact no, maklumat customer tropika dan wildan dan yang paling sedih hilang habis gambar anak2 termasuk gambar maryam masa lahir..syukurlah dalam telefon husband ada gambar tu)..dan macam2 lagi la..dengan susu drop masa maryam kat hospital..sume tu membuatkan saya macam bukan ibu bersalin..xda jalan slow2, xda berbengkung perut..usahkan nak berbengkung bagai nak masuk bilik air pun terkejar2 huhu..tambah pulak dengan nak menjaga 4 orang anak kecik yang berderet  ni (hihi) membuatkan badan ni macam apa dah:)

ok lah masa mengepam susu dah sampai..In Shaa Allah saya akan berkongsi satu persatu kisah yang terjadi sepanjang saya cuti bersalin kali ini..