Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Tuesday, December 17, 2013

suka duka perjalanan penyusuan awfiyah muafah

Assalamualaikum dan Salam Ukhwah,

kali ni saya nak mencoretkan suka duka perjalanan penyusuan muafah sepanjang saya menyusukannya dengan susu badan sepenuhnya selama 11 bulan..iye saya hanya mampu memberi muafah susu badan sepenuhnya selama 11 bulan sahaja..target untuk penyusuan selama 2 tahun tidak tercapai..namun saya akur dan tetap bersyukur dengan rezeki yang diberikan Allah S.W.T kepada muafah selama tempoh ini..sekurang2nya saya dah berusaha utk memberikan yang terbaik utk muafah..dan saya akur dengan faktor biologi tubuh yang mana badan saya sedang bersiap sedia untuk menghasilkan susu baru utk baby adik yg dalam kandungan..mungkin ada hikmah disebaliknya..


 alhamdulillah..kekenyangan selepas mendapat titisan emas yg pertamanya:)

 di awal2 kelahirannya..hari kelima kot

perahan dalam pantang..alhamdulillah

perjalanan penyusuan muafah bermula sejurus selepas kelahirannya di labor room hospital putrajaya..sebaik sahaja muafah lahir dan dibersihkan, en.suami dan nurse sama2 masuk ke labor room (masa ni belum pindah ke wad lagi) membawa sekali muafah..dan nurse pun meninggalkan kami bertiga di situ..selepas diazankan en.suami terus meletakkan muafah di atas saya utk memulakan penyusuan kali pertamanya..alhamdulillah muafah seorang anak yg bijak..kali pertama je dah terus pandai latch dgn baik..syukur Allah S.W.T permudahkan..dan selepas itu bermulalah episod pam mengepam susu utk tujuan stimulate pengeluaran susu..kali ni saya memang nekad xakan ulangi kesilapan yg saya lakukan semasa melahirkan aisyah dulu..saya makan apa saja yg berkhasiat dan minum air banyak2..kalo masa aisyah dulu saya nak makan kurma pun orang xbagi, makan sayur itu xboleh sayur ini xboleh..kali ni saya makan apa saja tapi tetap berhati2 jugakla huhu..tambah pulak sepanjang dalam pantang memang en.suami yg masakkan makanan utk saya apalagi memang selera la saya makan:)

bersalin kali ni saya memang kerapkan direct feed muafah sbb apa yg saya baca sentuhan kulit ke kulit tu la yg akan merangsang tubuh menghasilkan susu dengan optimum..tapi disamping itu saya tetap akan pam sekiranya muafah tidur dalam tempoh yg lama ataupun breast dah penuh..saya berpegang kepada prinsip lagi kerap breast dikosongkan lagi banyak susu dihasilkan..dan yg paling saya suka ialah tandem maksudnya sebelah muafah menyusu dan sebelah lagi saya pam..

alhamdulillah sepanjang 3 bulan saya cuti bersalin, berat muafah naik dgn baik..sebaik saja kembali bekerja rutin saya juga sudah berubah..kalo dulu saya dtg ofis dengan membawa handbag sahaja kali ni 'handbag' dah bertambah hehe..saya cuba utk pam sekurang2nya 3 kali di ofis iaitu pukul 10.30 pagi, 1.30 tgh dan 4.30 ptg..kadang2 ada jugak yg skip sbb tuntutan kerja, mesyuarat dan sebagainya..nasib baik bos pada masa tu amat memahami walaupun dia lelaki hihi..

dugaan bermula bila saya mula didatangi period seawal usia muafah 2 bulan..pelik juga saya sbb org kata kalo menyusu badan penuh (tanpa campur makanan lain) period lambat dtg tapi saya 2 bulan lepas bersalin dah period..bila google sana sini memang setiap ibu tu xsama..ada yg sampai setahun lebih xperiod dan ada juga yg terus period lepas bersalin (saya la tu huhu)..yg merisaukan saya setiap kali period susu akan merudum sedikit..masa ni la saya akan gigihkan pam utk cukupkan bekalan muafah seharian..dan masa ni jugakla saya kerapkan tandem pumping..masa ni saya dh agak tergoda dah dgn set penyusuan shaklee tapi belum meringankan tangan lagi utk order..biarla dulu huhu...

bila usia muafah 5 bulan saya mula rasa keletihan dgn tugasan harian..pagi2 pegi ofis dan petang balik terus buat keje2 rumah pulak..nak melayan aisyah lagi..pendek kata malam2 tu seawal pukul 8.30 saya dah tertidur dgn muafah..so masa ni la tergerak hati nak cuba set menyusu shaklee..lalu saya try order dulu trial pack..alhamdulillah selepas 2 minggu saya mengamalkan vitamin shaklee ni badan dah rasa cergas, kurang dah rasa lenguh2, badan jadi bertenaga utk buat keje2 di ofis dan paling ketara kesannya saya dah kurang mengantuk semasa di ofis..kalo dulu pantang mata berat je mmg saya terlelap juga hehe..bila badan dah cergas saya pun bolehlah uruskan rumahtangga dgn baik sikit..balik dari keje cergas je masuk dapur pung pang pung pang...alhamdulillah

penghasilan susu pun alhamdulillah mencukupi utk muafah walaupun ada masa2 merudum jugak..itupun disebabkan saya stress ataupun kurang minum air..apapun saya memang xtinggalkan rutin mengepam di ofis sebab berpegang pada prinsip no demand no supply..

namun segala2nya berubah semasa muafah berusia 8 bulan (bulan ramadhan) bila saya perasan susu semakin kurang hari demi hari..mulanya saya ingatkan disebabkan faktor puasa tapi saya teruskan jugak pam dan direct feed..last2 seminggu sebelum raya saya buat UPT dan keputusannya saya pregnant lagi..Allahuakbar saya xtahu nak gambarkan perasaan saya ni mcmana..rasa sedih, terkejut semua ada..saya sedih bukan apa,masa tgk 2 line tu saya terus terfikirkan muafah dan target nak menyusukan dia selama 2 tahun..adakah saya mampu meneruskannya ataupun tidak..

bila saya berjumpa doktor, dia nasihatkan saya supaya hentikan penyusuan bila kandungan dah berusia 7 bulan..so saya teruskan jugak menyusukan dan mengepam utk muafah walaupun hasilnya dah xseberapa..masa ni pun setiap kali pam pun dapat dlm 2-3 oz sahaja..

dugaan lagi bila muafah masa ni reject botol susu..even ebm yg dalam botol pun dia xnak minum..saya xpasti la apa puncanya walaupun saya boleh agak kenapa dia reject botol..masa ni memang dia direct je la dgn saya..kat taska pun rela dia tunggu saya dtg utk menyusukannya..sedih tgk susu yang saya perah dia xnak minum dahla susu pun bukannya byk dah masa tu..masa raya pun kami struggle nak ajar dia minum melalui botol balik tapi muafah tetap reject..keadaan ni berlarutan sehingga usianya 11 bulan..dan cukup2 umur muafah 11 bulan alhamdulillah dia dah boleh terima botol balik dan dah boleh minum susu formula..sedih rasanya bila tgk muafah minum susu formula tapi saya sedapkan hati sendiri dgn bersyukur sebab dapat jugak bagi susu badan kepada muafah..sekurang2nya muafah dah dapat 6 bulan penyusuan eksklusif tanpa air masak, susu formula dan makanan lain..itupun dah cukup bersyukur dah..dan dapat pulak menyusukan muafah sehingga 11 bulan pun saya dah syukur sangat2..saya akur dgn perubahan hormon semasa mengandung ni..dgn nipplenya yg sangat2 pedih dan sakit dan jugak pengeluaran susu yg dah xmampu menampung keperluan muafah saya redha..mungkin ada hikmah disebaliknya...

walau macamanapun skrg ni saya masih lagi menyusukan muafah kalau dia mintak..kadang tu pandai dia cari 'teman baik' dia dan sengih2..fahamla tu nak neneng la tu..adik rindu ye..ibu pun rindu nak bertempek dgn adik:(..dan sekarang ni dah sebulan muafah minum susu formula..xpe lah asalkan muafah sihat itu je yg kami mahu..In Shaa Allah kalau ada rezeki saya nak belajar utk tandem nursing muafah dgn adiknya nanti..semoga Allah memurahkan rezeki baby adik nanti..amin

buat muafah,

ibu halalkan setiap titis susu ibu yang muafah minum selama ini...
ibu harap susu yang muafah minum ini menjadi darah daging yg baik utk muafah...
ibu harap ikatan yang terjalin antara kita akan tetap utuh dunia akhirat...
ibu&ayah doakan muafah jadi anak yg solehah, bijak, berakhlak mulia dan jadi hambaNya yg beriman dan beramal soleh..
ibu, ayah dan kakak aisyah sayang muafah dunia akhirat..






 

Monday, December 16, 2013

di hujung tahun 2013

Assalamualaikum,

rindu nak berblogging seperti dulu tapi sekarang ni banyak perkara yang berlaku dalam hidup dan banyak perkara yang nak diuruskan sehinggakan blog ni dah sedikit terabai..apapun cuba jugak untuk update setakat yang mampu...

alhamdulillah kita semua dah tiba di penghujung tahun 2013..begitu pantas masa berlalu sehinggakan sedar tak sedar dah nak masuk tahun baru dah..anak2 alhamdulillah semakin membesar dgn sihat dan bijak..demam sikit2 tu biasalah tengah nak membesar kan:)..baby adik sekarang pun dah memasuki usia 27 minggu..alhamdulillah baby adik semakin aktif dalam perut..dah senget benget dan perut ibu ni:)..kakak2nya pula bukan main lagi bila suruh cium adik (cium perutla hehe)..bila tanya aisyah baby dalam perut ibu boy ke girl dia cakap "xnak baby derl (girl)"..amboi kakak xbaik tau ckp mcm tu..boy ke girl tetap adik kakak jugak kan..xpe aisyah bukannya maksudkan pun apa yg dia cakap tu main cakap je dia tu hehe..pastu bila tanya nak baby apa dia cakap "nak baby boy"..emm kakak oh kakak..ibu ngan ayah gelak je lah dgr kakak cakap mcm tu..

muafah je la yg kami risaukan sekarang ni..bertambah2 kemanjaan dia tu..asyik nak bertempek je dgn ibunya..org lain nk pegang pun xboleh..susah nak bergerak buat itu buat ini..org kata pe'el nk dapat adik mcm tu la..yeke?masa aisyah dulu pun mcm ni jugak tapi masih boleh dikawal lagi tapi muafah ni adoiila pening kepala sikit hehe..nak ibu depan mata dia je..xtahula mcm mana gayanya bila baby adik dah keluar nanti..moga dipermudahkan..amin

kami sekeluarga ni pun sebenarnya baru je sampai dari kg semalam..xpuas rasanya bercuti seminggu di kg..rasa sekejap je masa berlalu..family kat kg pun xpuas lagi bermain dgn aisyah dan muafah ni..In Shaa Allah kalo ada masa dan dipanjangkan umur memang nak balik lagi kg sebelum bersalin ni..sbb plannya nanti nak pantang kat sini je..dah ada 3 org anak nanti xtahu la keadaannya mcm mana..huru hara ke tak hehe

bila cuti sekolah je mmg saya rasa relaks sikit..sbbnya masa ni lah berpeluang rasa dihantar dijemput dari ofis hehe..kalo x hari2la kena drive sendiri..en.suami pun masa ni la ada masa lebih sikit utk keluarga..kalo x memanjang sibuk dgn keje sekolahnya tu huhu..tapi cuti sekolah dah x lama dah..26hb12 ni dah start sibuk balik dah..so sementara masa yg ada ni harus digunakan dgn sebaik mungkin..

bab persiapan utk menyambut kehadiran baby adik pulak, satu apa pun belum buat lagi huhu..padahal nurse dah pesan dah boleh prepare dah barang2 baby..tapi itulah setiap kali hujung minggu mesti ada je benda lain nak kena buat..so harapnya sebelum en.suami kembali sibuk ni nak kena prepare dah barang2 baby..lambat2 nanti xlarat pulak nak pusing2 mall tu tu..

dan perkara yg selalu akan ditanya oleh kawan2 dan saudara mara ialah xlain xbukan gender baby..maklumlah sebelum ni kami dah ada 2 org anak perempuan so ramai yg duk cakap2 mesti kali ni baby boy dah..xkurang juga yg duk cakap2 asyik baby girl je bila masa nak bagi geng ayah pulak..astaghfirullahalazim..sedar x mereka itu semua kuasa Allah..siapala kita utk menentukan anak lelaki dan perempuan..saya ada jugak bertanyakan en.suami kalo kali ni perempuan jugak mcm mana..en.suami pun cakap mcm mana apanya perempuan pun anak kita jugak..lelaki ke perempuan tetap anak anugerah dan amanah Allah yg perlu dijaga sebaik mungkin..kita kena syukur sebab diberikan zuriat berbanding dgn org lain yg Allah uji tidak dikurniakan zuriat ataupun lambat mendapat zuriat..syukur Alhamdulillah kami dikurniakan zuriat utk menguatkan lagi kasih sayang antara kami...

In Shaa Allah ada kesempatan akan saya update lagi di sini..semoga kawan2 semua sentiasa dalam lindungan Allah S.W.T..amin

 

Sunday, November 24, 2013

perkembangan anak-anak~november 2013

Assalamualaikum dan Salam Ukhwah,

alhamdulillah..alhamdulillah..alhamdulillah..november adalah bulan yang sangat istimewa bagi saya kerana pada bulan inilah saya dilahirkan ke dunia oleh bonda tercinta..dan bulan ini jugalah saya melahirkan zuriat kedua saya dan en.suami awfiyah muafah:)..16 november yang lalu genap sudah saya berumur 30 tahun..fuhh dah masuk 3 series dah..makin bertambah usia makin bertambah tanggungjawab dan perubahan dalam hidup..sekarang memegang gelaran sebagai ibu kepada dua orang puteri dan In Shaa Allah tahun depan bertambah lagi ahli keluarga kami..alhamdulillah syukur dengan nikmat rezeki pemberianNya..

lama dah sebenarnya xbercerita pasal perkembangan anak2..maafkan ibu ye sayang2 ibu ayah..tuntutan keje di ofis membuatkan saya agak 'terlupa' dengan 'rumah kedua' saya ni..masa aisyah dulu selalu saya update perkembangannya..masa muafah pula agak jarang saya update disebabkan tugasan di ofis yang banyak menuntut masa saya..nak update di rumah..ermm umpama mimpi dalam mimpila hehe...

ok kita cerita pasal kakak aisyah dulu ye..

alhamdulillah kakak aisyah sekarang dah berusia 2 tahun 4 bulan..syukur aisyah membesar dengan sihat tapi biasalah kan anak2 di umur macam ni memang akan menunjukkan macam2 karenah yang kadangkala agak menguji kesabaran ibu dan ayahnya ni hehe..tambah pulak dia cepat dapat adik memang nampak sangatlah yang dia 'cemburu' dan akan buat apa saja utk menarik perhatian kami..tapi itulah seboleh mungkin kami cuba utk memberi perhatian yang lebih kepada kakak aisyah supaya dia xrasa 'dipinggirkan'..ibu ngan ayah sayang kakak tau...sama macam adik jugak...

hubungan kakak dgn adik???oh yg ni sangat menduga kesabaran huhu..aisyah sangat2 'baik' dgn adik sampai adik selalu menangis..kalau adik buat apa2 atau amik barang2 dia, cepat je dia tolak adik, tarik rambut dan macam2 lagi sambil mulut tu bebel "amboiiii"..memang rasa nak marah sangat bila dia buat adik tapi fikirkan balik aisyah mana faham lagi apa yg baik dan buruk..so memang kena bersabar je la banyak2:)...tapi disebalik garang2 kakak aisyah ni, kami perasan yg dia sangat2 sayang kat adik..ada masa boleh geng sangat2 bergelak ketawa bermain sama2..tapi aisyah pandai bila dia 'buat' adik n kami mcm nak marah dia cepat2 dia tepuk adik n pujuk2 adik balik..takutlah tu hehe..macam ibu ayah xtahu taktik kakak tu huhu...

dari segi percakapan dan kelakuan pula, walaupun dia cakap belum lagi se'fluent' budak2 yg sebaya dengannya tapi alhamdulillah mulut memang xberhenti pot pet pot pet..byk dah perkataan2 baru yg dia boleh cakap tapi aisyah ni agak pelat cikit..kalo dlm bahasa german dipanggil 'telo' hehe..dia xbleh sebut certain2 huruf dgn betul mcm kakak jadi tatak huhu..nak susun ayat setakat ni baru 3 or 4 patah..macam "ibu, nak air juk (ibu nak air sejuk), aisyah nak andi (mandi)..dan macam2 la..

suka menyanyi baa baa black sheep..lompat tinggi2..ummi ummi..kalau mengira pulak..one two three four five six seven...ten terus huhu..abc pun lompat2 kdg2 s, t, u, a, b, c, e, f, o, z...satu, dua, tide (tiga), apat (empat)..imo (lima)..anam (enam)..ujuh (tujuh)..sampai situ je lah sepuluhnya xda hihi

satu perkara yg agak memeningkan ibu ayah sekarang ni...SEMUA benda dia nak buat sendiri..contoh nak buat susu..dia g amik chair pegi dapur amik botol sendiri dkt rak..tekan air sendiri n tuang susu sendiri dalam botol..kalo tanya nak buat apa, dia jawablah "aisyah nak susu"..dah siap tutup botol sume dia cakaplah "dah siap"..kalau kita nak basuh pinggan dekat sink pun dia g amik kerusi berdiri atas kerusi nak basuh pinggan jugak..pastu tekan lifebuoy basuh tangan..kalau tgh masak pun dia berdiri atas kerusi nak kacau gulaila nak goreng ikan la..aduh memang bersilat la kat dapur kalo dia xtidur..xpe 2 tanda2 nak tolong ibu ayah la tu ye:)

satu lagi perangai aisyah yg buat kami bertukar jadi 'singa' ialah dia suka bertempik..so kami ajar dia kalo kakak rasa nak marah or nak bertempik sebut "Allahuakbar"..alhamdulillah aisyah cepat belajar..sekarang ni kalo kami tanya.."kakak, kalo nak marah sebut apa"..aisyah jawab "Awwoh abat" (Allahuakbar)..alhamdulillah..so bila dia menjerit ke marah2 ke cepat2 kami ingatkan sebut Allahuakbar..dan dan tu jugak dia sebut Awwoh abat..pastu terus berhenti menjerit:)

cerita pasal potty training pulak, sebenarnya sebelum usianya 2 tahun lagi aisyah dah menunjukkan tanda2 untuk potty train tapi kami xberapa bersedia lagi masa tu huhu..aisyah dah mula xnak pakai diapers..kadang tu bila kita pakaikan seluar, dia tanggalkan balik seluar tu, buang diapers n pakai seluar saja:)..bila nak uk uk (poo poo) dia akan cakap nak uk uk..kalo terkucil pulak memang dah biasa sangat..kadang xsempat nk ke bilik air dah menceceh atas lantai..pastu baru dia cakap "aisyah cing (kencing)"..aduh agak mencabar sebenarnya asyik duk basuh lantai je hihi..so sekarang ni kami dah beli cover toilet tu dan dah ajar dia ke bilik air kalo rasa nak uk uk or kencing..tapi setakat ni masih lagi terkucil huhu..xpe lah saya tahu bukan sehari dua ajar terus pandai kan..akan ambil masa dan kena konsisten..harap2 cepatlah kakak aisyah free diapers ni..amin

yang lain2 saya rasa lebih kurang je kot dgn anak2 seusia dengannya..cuma setiap anak ni berbeza perkembangannya..so xleh nak bandingkan anak kita dengan orang lain:)..cuma satu je la pasal aisyah ni..rata2 yg jumpa aisyah xkisahla kat playground ke shopping complex ke mesti akan tanya aisyah berapa tahun..bila jawab 2 tahun 4 bulan orang yg bertanya tu mesti cakap besarnya dia..ermm kan saya dah cakap setiap anak ni xsama perkembangannya..mcm anak saudara saya baru nak masuk 2 tahun dah fasih bercakap mcm orang tua..aisyah dah 2 tahun lebih pun masih pelat2:)..tapi kan kalo fizikal aisyah besar ni memang ikut ayah la tu huhuhu..


kakak aisyah..dah pandai bergaya dah huhu

aksi panjat grill tingkap..kalau dia buat mcm ni saya suruh dia panjat tinggi2 lagi..last2 dia turunlah hehe

kat IKEA..kemain try test duduk atas katil..xmau turun pulak tu huhu..

naik kuda:)

adik awfiyah muafah @kakak to be...

26 nov ni genap setahun usia adik muafah..cepat je masa berlalu kan..sedar xsedar dah nak masuk setahun puteri kedua ibu ayah ni..alhamdulillah adik muafah membesar dgn sihat dan setakat ni jarang sangat dia demam ke selsema ke..berkat susu ibu kot (alhamdulillah)..adik muafah fully breastfeed selama 11 bulan sahaja:(..xtercapai nak fully bf sampai 2 tahun..sebab hormon menyusu dah 'kalah' dgn hormon mengandung..susu dah berkurang skrg ni tapi saya tetap bagi kalo muafah minta..dia rindu dan saya pun rindu:)..

masuk minggu ni dah 2 minggu muafah on susu formula..sedih memang sedih tapi  i have to:(..bila dia hisap memang akan rasa sakit sangat2 tambah pulak susu dah xbyk..dalam masa yg sama saya rasa lega sbb doktor nasihatkan supaya berhentikan penyusuan bila kandungan dah masuk 7 bulan..sekarang ni baby adik dah masuk 24 minggu..tapi sebelum aisyah dapat terima susu formula ni memang banyak dugaannya..nanti saya cerita di entry lain ye..dan saya juga byk baca dalam internet yg mengatakan susu ibu akan berubah rasa bila kandungan berusia 4 bulan ke atas..dan secara automatik anak itu sendiri yg akan menolak utk menyusu dengan ibunya..ermm agaknya inilah yang terjadi dgn muafah kot..tp aisyah baru 2 minggu nak menyusu formula ni huhu..

makan pulak xyah cakapla..pantang nampak makanan..bila xbagi dah pandai merajuk guling2..dah pandai cium pipi kita..kalo suruh mandi cepat2 tarik baju, n nak bukak seluar sendiri..dengar je bunyi air dalam bilik air gedik2 kaki tu nak mandi..2 beradik ni memang pantang ajak mandi selagi xkena paksa keluar selagi tu la duk berendam dalam kolam kat bilik air tu huhu...

muafah masih belum boleh berjalan laju lagi huhu..setakat ni baru 3, 4 langkah je pastu jatuh..turun naik katil dah terror..'mengemas' pun juara..kita lipat kain dia pun 'lipat' jugak..standard la kan:)..'suka' bercakap di telefon..dia amik tel ke apa2 je yg boleh jadi telefon pastu pot pet pot pet (bahasa dia la) mcm bizi sangatla cakap pasal bisnes tu huhuhu..

dari segi kelasakan..yapp memang muafah lagi lasak dari aisyah masa umur dia baya2 ni dulu..aisyah dulu lasak juga tapi lasak jenis sopan..muafah ni memang lasak sungguh sampai ayahnya pun geleng kepala..xpe la dik take your time:)..dah panjat grill tingkap..masuk menyorok dalam kabinet dapur dan macam aksi la dia buat..tu selalu kena marah dgn dengan kakak tu hehe..sebab tu la juga lah dapat gelaran 'kereta kebal ayah'...

oh ye..muafah sekarang dah xnak makan bersuap..semua nak makan sendiri..satu lagi fasa mencabar kami perlu tempuh:)..memang xla rumah nak sentiasa kemas..hari2 kena vacuum, mop lantai hehe..hari2 jugak kena kemas barang2 kat dapur sebab adik muafah ni suka sangat 'mengembara' dalam kabinet dapur..kalau cari kat luar xjumpa carilah kat dalam kabinet..memang syokla dia duk 'mengemas' dalam tu huhu..muafah dah pandai give 5 and babai masa umur 7 bulan..sekarang dah pandai kiss2 orang dan geleng kepala kalau xnak sesuatu..cuma cakap je belum ada yg jelas..setakat papapapaaaa maamaaaa dan bahasa baby tu memang dah bising dah..nak tgk muafah ni sebut ibu ke ayah dulu...aisyah dulu perkataan pertama dia sebut ialah ayah..kecik hati ibu hehe
 
 muafah 11 bulan:)

 muafah ni pun terlebih lasak dari aisyah dulu huhu

 yeayy..saya dah happy duduk rumah

 outing day..suka dua beradik ni dapat naik kete bergerak tu huhu

puteri ayah dan ibu:)













alhamdulillah seronok sangat tengok perkembangan anak2 setiap hari..gelak ketawa menangis menjerit..itulah yang mewarnai kehidupan kami suami isteri..sekarang perasaan xsabar untuk menimang cahaya mata ketiga semakin ketara..tambah pulak baby adik sekarang dah main aktif dalam perut ni:)..perut dah mula membonjol sana sini bila baby adik buat aksi2 akrobatik kat dalam..semoga baby adik membesar dengan sihat sempurna ye sayang..sayang kakak aisyah, adik muafah dan adik A.M..love u so much!!!

Monday, November 11, 2013

4th pregnancy: buka buku merah dan checkup muafah 10 bulan

Assalamualaikum,



 dah selamat buka buku merah@16 minggu:)



 muafah 10 bulan:)

Alhamdulillah..buku merah utk baby adik dahpun selamat dibuat pada minggu ke-16..iye dah 4 bulan baru saya pegi klinik utk register antenatal checkup:)..ada 2 sebab kenapa agak lambat saya buka buku merah ni..yg pertama sbb kalau saya pegi klinik masa 4 bulan so sekali sahaja la syarat berat badan saya kena naik 0.5kg sebulan..selepas 5 bulan baru kena naik 2kg sebulan..masalah utama saya setiap kali pregnant yg inilah..berat badan terlebih naik dari yg sepatutnya hehe..so kalau checkup nti 5 bulan xda la byk bulan rekod berat badan terlebih huhu..tapi saya malas dah nak fikir nk elak minum air gula ke apa sbb skrg ni dah wajib ibu2 mengandung yg berumur 25 tahun ke atas kena minum air gula utk check samada ada kencing manis atau tak..tp saya rasa potensi saya utk dapat kencing manis kali ini agak tinggi sbb mengandung kali ni saya memang addicted dgn makanan2 yg manis..baby girl kot sbb pengalaman sama seperti mengandung sebelum2 ni:)..

sebab yg kedua ialah nk pegi sekali dgn appointment muafah 10 bulan..malas nk pegi klinik banyak kali hehe..dan seperti yang lepas2 jugak kk presint 9 jugaklah yg menjadi tempat utk membuat pemeriksaan ibu dan anak:)..seperti biasa kami bertiga (en.suami dan muafah) pegi awal ke klinik sbb skrg dah ikut masa temujanji yg diberikan ke klinik..saya uruskan pendaftaran saya dan en.suami uruskan pendaftaran muafah..sementara saya pegi check urin, amik darah sume en.suami tunggu giliran utk muafah..nasib baik giliran muafah dipanggil dulu sbb kalau giliran saya dulu memang lama la nak siap..masuk bilik nurse check berat ukur tinggi sume dan alhamdulillah berat muafah naik sikit..walaupun naik 200 gram je tp sekurang2nya dapat balik berat asalnya sebelum dihantar ke taska..nasib baik jugak masih di atas line kuning..tapi nurse kata xperlu risau as long as dia aktif dan cergas..memang aktif sangat2 muafah ni lebih aktif dari kakak aisyah masa umur dia mcm ni dulu huhu..cuma nurse mintak jugak jgn putus asa ajar muafah minum susu botol sebab susu masih lagi menjadi salah satu sumber tumbesaran dia yg penting..masa ni memang muafah fully bf lagi tp masalahnya susu saya dah drop..hormon mengandung dah mengatasi hormon penyusuan..ok lah saya cuba lagi..

selepas selesai checkup muafah, kami menunggu giliran saya dipanggil pula..alhamdulillah xlama menunggu nombor saya terus dipanggil..kali ni dapat bilik 11..agak lama jugaklah duk dlm bilik tu dlm setengah jam..mcm2 yg nurse tanya..tambah pulak bila tgk sejarah mengandung saya sebelum ni..2010 (mengandung&miscarriage), 2011 (mengandung&C-sect), 2012 (mengandung&normal+vacuum), 2013 (mengandung)..see tiap2 tahun mengandung:)..bila tgk sejarah tu nasib baik nurse xmarah2 n xbising2..cuma dia advise lepas ni kena buat 'family planning' betul2..hehe..

ok faktor risiko saya kali ni..Unsured Of Date (USOD), memang xpasti bila last LMP sbb period ding dong sepanjang menyusukan muafah..tapi alhamdulillah hasil scan doktor EDD adalah sama mcm 1st scan dgn dr.maria masa 7 weeks dulu iaitu 15 Mac 2014..dan

pastu check perut sume dan alhamdulillah heartbeat baby dh boleh dgr dgn alat doppler tu..sume detail la nurse check..tu yg lama tu..dah siap sume keluar bilik tgk2 muafah dahpun tertidur..kenyang agaknya lepas en.suami suapkan makanan tadi..dalam pukul 11 selesai la check semuanya..alhamdulillah..next checkup masa 20 minggu pulak..



nota saya: berat permulaan masa buka buku merah ni ialah 64.7kg..kita tgk bulan2 akan datang nti..pengsan:)

Tuesday, November 5, 2013

muzium alam semulajadi putrajaya

Assalamualaikum,

bila ada masa terluang dengan keluarga memang berjalanlah kami bawa anak2 ke tempat2 yang belum pernah sampai..kali ni kami ke muzium alam semulajadi di presint diplomatik..dekat je pun dengan rumah 5 minit je sampai huhu..tapi tu lah dah 3 tahun duduk sini baru kali ni kami sampai:)..kalau ikutkan kami ke sini dah sebulan lebih tapi bila tengok balik gambar2 yg ada rupa2nya belum cerita lagi kisah ke sini..ok lah jom layan gambar dulu...

 auummmm...aisyah panggil tiger huhu



 tikus mondok kot


 haiwan yang diawet


 mousedeer


 aisyah panggil anyet (monyet)

 our small family:)

 excited kakak n adik tengok haiwan

 adik&ayah:)

 badak:)


 muafah teruja tgk replika haiwan:)


 apa la yg ditakutkan aisyah tu huhu

 muafah n cik anisnya:)


 kakakibuadikayah:)

 anak2 ibu&ayah..love u so much!!!

 puteri2 kami berdua..aisyah&muafah:)

 cek mek molek:)

 gelak sorang2 tgk gaya muafah duduk..mcm org tua2 huhu




kami di situ lebih kurang 2 jam jugakla..saja bagi anak2 meneroka alam sekeliling..walaupun kebanyakan haiwan adalah diawet tapi tetap satu ilmu yg baru utk anak2..dulu dah pernah bawa g zoo negara tapi xcerita lagi kat sini:)..so far tempat ni sesuaila jugak sekadar utk santai2 bersama keluarga..daripada duduk rumah je kan:)

ok lah untuk pengetahuan semua..tiket masuk ke sini hanyalah RM2 sahaja utk orang dewasa dan percuma untuk kanak2 di bawah 12 tahun..selamat meneroka:)

Tuesday, October 29, 2013

aisyah: kisah malam tadi

Assalamualaikum,

kakak aisyah..dah 2 tahun 3 bulan dah dia..lama xupdate perkembangan kakak dalam blog ibu ni..makin hari makin cerdik..makin banyak akal dan banyak cakap jugak:)..sampai kadang2 xterlayan ibu ayah bila kakak duk bercerita itu ini..

sebenarnya nak citer kisah malam tadi..dalam pukul 9 malam saya rasa xsedap badan..sakit belakang, sakit perut dan mcm2 la sampai saya jadi xselesa..so saya pun masuk bilik dengan niat nak berehat sekejap sambil sapu2 minyak angin kat atas perut..bahagian atas je saya sapu bawah xsapu..dalam 5 minit lepas tu en.suami masuk tgk saya duk usap2 perut sume..terus dia tolong urut2 belakang n sapu minyak angin..xlama lepas tu aisyah pun masuk..bila tgk ayahnya duk urut saya dia pun tanya.."ibu atik?(ibu sakit)..aisyah ni pelat sikit huhu..so saya ckpla ibu sakit..xmau nakal2 ye..lepas dah urut2 sapu minyak sume en.suami pegi sambung buat keje balik..tinggallah aisyah dengan saya je..muafah duk main kat luar ngan cik anisnya..masa tu la aisyah g amik minyak angin yg terletak atas meja..naik atas katil suh saya buka penutupnya sebab ketat..pastu dia tuang minyak letak atas tangannya dan sapu belakang saya..sambil tepuk2 (sebijik mcm ayah dia buat huhu)..sambil2 tu duk tenung muka saya n cakap "yan ibu atik (sian ibu sakit)"..pastu dia amikkan comforter n selimutkan saya n tepuk2 lagi..mcm yg saya buat kalo nk tidurkan dia..pastu dia pun turun katil n keluar bilik dan tutup pintu..konon nk suh saya rehatla tu huhu..

xlama lepas tu aisyah masuk bilik semula..naik atas katil..betul2kan selimut saya n tepuk2 lagi..nak pastikan saya dah ok ke belum hehe..caring betul kakak ni:)..tersentuh hati saya bila dia buat mcm tu..tiba2 duk terbayang agaknya nanti saya dah tua n sakit2 dia buat mcm ni tak kat ibu dia:(..harap2 mcm tu la..amin

Ya Allah..semoga kakak aisyah membesar dengan jiwa iman terhadapMu..berikanlah kami kesabaran dalam mendidik amanah2Mu ini..semoga aisyah menjadi kakak terbaik dan menjadi contoh untuk adik2nya nanti..amin

sayang anak2 ibu ayah..mmuaahhh.. 




amanah untuk ayah dan ibu..sayang kakak dan adik

Thursday, October 24, 2013

4th pregancy:dreaming of this

Assalamualaikum,

ye saya sangat2 mengidamkan ini sekarang:)
 
  
















dah survey harga..boleh tahan jugak..kena fikir byk kali..tapi saya rasa ini dah jadi mcm keperluan kot..sekarang ni pun dah start sakit2 pinggang time tidur even kandungan baru nak masuk 20 minggu..nanti dah makin sarat..ermm paham2 sendirilah ye mcm mana seksanya nak tidur..sampaikan nak bangun pun en.suami kena tolong..kalau dapat bantal ni harap2 selesala sikit nk tidur..tapi adakah tercapai impianku yg satu ni:)..kalau ada rezeki adalah...


Thursday, October 17, 2013

4th pregnancy: gerakan pertama baby adik@16 weeks

Assalamualaikum,


alhamdulillah usia kandungan sekarang dah berusia 18 minggu..perut pun dah mula nampak sikit..pakaian biasa ke ofis a.k.a baju kurung dah semakin kurang selesa..tapi masih boleh pakai lagi..itupun yang saya dah besarkan ukurannya..yg lama mmg langsung xmuat dah:)..baju2 pregnant dulu masih belum keluarkan lagi dalam almari..dulu cakap kat en.suami baju2 mengandung ni rehat ye utk 3 tahun akan datang..tup tup xsampai setahun kena pakai balik dah huhu..

orang kata bila dah masuk anak kedua dan seterusnya pergerakan pertama baby akan dapat dirasai lebih awal..mungkin ada betulnya sbb saya perasan yang baby adik kat dalam ni dah mula bergerak2 sejak usia kandungan 16 minggu...tapi masa tu saya xberapa confident lagi walaupun gerakan tu memang dirasai setiap hari..tapi sekarang di usia 18 minggu memang pergerakan baby adik semakin dirasai..berdenyut2 perut ni:)...alhamdulillah syukur masih diberikan peluang sekali lagi utk merasai detik2 indah ini..xsabar nk tgk perut bergelombang balik dan xsabar jugak nak rasa terkejut dek tendangan baby adik yg selalu membuatkan ibunya ni tersentak:)..kakak aisyah pun dah tahu dah ada baby lagi dalam perut ibu..dulu masa perut kempis (kempis la sangat huhu) xda nya dia nak layan bila kata ada baby dalam perut..skrg ni dah tahu dah siap cium perut n kata baby lagi..huhu kakak baru 2 tahun 3 bulan dah ada 2 orang adik ye..In Shaa Allah..

adik muafah pulak..mcm biasalah manja dgn ibu..eh dgn ayah pun manja jugak..aisyah pun sama..ye lah kalau di rumah en.suami yg banyak menguruskan aisyah dan muafah..tapi bab nak menyusu mmg ayahnya xdapat menolong la hehe..dan saya masih lagi fully bf muafah..bukan xcuba utk mencampur susu tapi muafah ni pandai..rasa susu lain sikit dia luah balik..ok yg tu nti saya cerita dalam next entry..walaupun diikutkan saya sedih utk 'melepaskannya' tapi saya lagi sedih bila seharian bekerja muafah sanggup tunggu utk menyusu dgn saya..dan yg paling xtahan bila nipple pedih setiap kali dia nak menyusu..ditambah pulak dengan suka menggigitnya..muafah mmg sengaja je pun nak menggigit..biasanya dia pandang saya dulu pastu senyum2 n terus ngapppp...bila saya menjerit sakit mengekek2 la dia ketawa nampak gigi besar kat atas tu huhu..en.suami pun dah risau dengan muafah yg xnak minum susu selain susu ibu..bukannya dia xbagi saya menyusu tapi risau dgn baby dlm perut..tapi saya dah explain kat dia yg In Shaa Allah baby ok..doktor pun xda halangan kalau saya nk continue bf tapi dia suruh saya stop masa kandungan dah mencecah 7 bulan..takut risiko prematured..ada lebih kurang 2 bulan lebih je lagi utk kami 'mengajar' muafah menyusu thru botol..harap2 berjaya la (tapi dalam hati saya sedih nak bagi susu fm kat muafah..kalaulah boleh saya terus je bagi susu badan ni sampaila muafah sendiri yg xnak tapi saya xtahan dgn pedihnya nipple ni:(..


apapun saya cuma mengharapkan agar saya diberikan kekuatan utk melalui hari2 yang mendatang ni dgn baik..nak membesarkan 2 orang anak kecil, nak uruskan rumahtangga..nak jaga diri sendiri n baby dalam perut ni..nak melaksanakan tugas harian di pejabat...penat mmg penat tapi bila fikir kenapa saya nk mengeluh..bukannya saya seorang yg mengalami situasi begini..saya sangat respect dgn ibu2 bekerja yg mampu menguruskan rumahtangga dan kerja dgn baik dan seimbang..saya juga nak jadi seperti mereka....In Shaa Allah..







Tuesday, October 8, 2013

cuti2 malaysia: jalan2 di penang

Assalamualaikum,

cuti hari malaysia 16 september 2013 yang lalu kami xbalik kg sebaliknya kami memutuskan untuk jalan2 ke penang disamping melawat adik ipar dan juga kakak ipar kat sana (belah en.suami)..kami bertolak hari sabtu dan balik sini hari isnin..

petang sabtu kami ke rumah adik ipar dulu di nibong tebal dan bermalam di situ..esoknya barula kami sefamily (dengan family adik ipar) gerak ke bukit bendera..jalan agak jammed jugakla..kali pertama saya naik bukit bendera pada tahun 2003..almost 10 tahun jugakla baru naik ke sini semula..bezanya dulu dtg dgn kawan2..kali ni datang berlima (dengan baby adik dalam perut hihi)..seronok nak bawa aisyah dan muafah naik tren..muka aisyah teruja+gayat bila tren mula bergerak..agak curam jugak jalan dia..tren sesak macam sardin..maklumlah hari minggu kan:)



 naik tren bukit bendera..dekat sejam beratur baru sampai turn huhu


 berlatarbelakangkan pulau pinang:)


 with cik anis:)


 aisyah with ayah@papa:)


 with ayah fiq dan ayah@papa:)

 pulau pinang:)

 dahaga dah kakak aisyah..letih meround:)


 4 of us..eh 5 with baby adik dalam perut@14 weeks:)

 muafah yang ceria dpt berjalan-jalan hehe


 sejuk jugak kat sini..tapi cameron lagi best:)


 tak teh..tak teh..kakak aisyah ajar adik muafah jalan:)


 budak yang xreti duk diam..berjalan ke sana sini huhu



bergambar lagi:)

 aisyah&muafah with their sepupu..qaisara:)


 
 suka dapat naik kereta ye:)
 
ehem..ehem..masing2 sedang bertanding menggemukkan diri huhu:)


balik dari bukit bendera singgah kat chawrasta (betul ke ejaan ni ek?) sekejap sebab itu salah satu tujuan saya nak g penang..nak beli kicap char kuey teow yg tersedap pernah saya jumpa setakat ni..dulu masa saya g ceramah kat penang ni dah beli 1 botol, balik rumah rupa2nya sedap sangat..mcm kat kedai..so kali ni beli 2 botol..en.suami suh amik lebih lagi tapi cukupla 2 botol..bukannya makan char kuey teow hari2 hehe..dan xlupa beli jugak sedikit jeruk..syarat wajib..oh ye kicap char kuey teow n jeruk ni saya beli kat Nasir jeruk..saya suka beli kat sini sebab jeruknya xla manis sangat dan lagi sedap dari jeruk Pak Ali..sorila gambar x snap plak huhu

balik dari chawrasta tu kami ke ke rumah kakak en.suami di kubang semang..lepak2 situ then malam tu g  makan char kuey teow lagi hihi..kata mengidam kan:)..malam tu balik rumah adik ipar di nibong tebal dan bermalam di situ..

esoknya bersiap2 utk balik tapi sebelum tu pegi melawat adik ipar dulu yang belajar di kolej mara kulim..otw balik singgah beli durian kg jap di tepi jalan then baru gerak balik putrajaya..alhamdulillah selamat sampai dalam kul 8.30 malam..hari yang padat dan agak meletihkan tapi happy sangat2..dapat jalan2 pun dah happy sangat dah tambah pulak en.suami pun 'kaki jalan' jugak:)..teringin jugak nak g jalan2 tengok negara orang pulak tapi rezeki belum ada:)..tambah pulak dgn nak masuk 3 org anak kecik2 ni memerlukan persediaan yang secukupnya kalau nk travel nanti..buat masa ni cukupla dalam malaysia dulu hehe..tapi yg paling seronok bila tgk anak2 happy kemain dapat lihat 'dunia'..ye lah asyik terperuk kat rumah je kan:)..k lah ada masa nanti In Shaa Allah akan cerita percutian di tempat lain pulak..walaupun dah beberapa bulan berlalu gambar pun dah terperap lama tapi tetap nak coretkan juga di sini utk kenangan:)