Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Friday, April 27, 2012

bila gaji bulan 4 sudah masuk

Assalamualaikum,

eh lama xupdate story dah lain dah setting blog ni..cam pelik plak rasa..xpe la belasah je la hehe..

alhamdulillah, 25 hb 4 baru2 ni sape2 yg keje gomen pasti tersenyum melihat jumlah yang tertera dkt payslip masing2 kan..alhamdulillah rezeki..so apa perancangan anda sume?nak sopim2 ke, nak cuti2 ke, nak saving2 ke..masing2 pasti ada perancangan sendiri kan?tp apapun pastikan kita menggunakannya secara berhemah..(wah cam pakar kewangan la plak;P)

mcm saya..walaupun jumlah yang diterima tidakla byk mana berbanding org lain, tapi sangat2 bersyukur sbb 'kehadirannya' sangatlah tepat pada masanya..bln ni dpt tunggakan gaji bulan ni jugaklah myvi saya tu mintak tuannya 'memanjakannya' jugak..adoii..myvi saya tu nak kena servis (tukar minyak, tukar tayar, servis aircond dll)..so separuh duit dah habis ke situ (sabar je la)..dan dalam masa yang sama jugak kete en.suami pun kena tukar timing belt..maunya beratus2 tu..haa kan dah kata kehadirannya sangat tepat (sekali lagi senyum je la)..so balance yg tinggal xda la byk mana..tp apapun saya akan pastikan dpt melabur sikit duit utk beli barang keperluan aisyah (dah aim dah nk beli apa ni hehe)..tunggu ye dik:D

utk ibu plak..xda apa sangat sbb bila dah ada anak ni..keperluan anak yg lebih utama..tp sesekali nakla jugak bagi hadiah utk diri sdri kan wlaupun xla mahal mana..sekadar terapi diri apa salahnya kan..utk en.suami plak biar dia beli sendiri je la hahahahahaha....eh saya xla sekejam tu..ada jugak yg saya nak belikan utk dia..just wait n see<3...(walaupun si suami jarang belikan apa2 utk si isteri tp si isteri tetap jugak ingatkan suami kan kan kan...)

utk keluarga..pasti ada..walaupun xbanyak tp setiap bulan saya akan pastikan xpernah missed bagi kat keluarga di kampung..walaupun dah ada tanggungan sendiri tapi Insya Allah saya xkan jadikan itu alasan utk tidak menghulurkan duit setiap bulan walaupun mereka tidak pernah meminta..dan tak lupa jugak utk simpanan..walaupun xbanyak tp sekurang2nya ada jugak sbgai backup incase ada emergency atau hal2 penting yg lain..

so kawan2, anda sume mcmana?hehe..

p/s: isnin depan saya cuti sbb en.suami cuti sbb sekolahnya ada program hari ahad tu, so dapatlah cuti ganti isnin tu..so memikirkan xkanla nk suami sorang2 cuti, maka isteri ni pun amiklah cuti jugak nak temankan si suami..dapatla cuti 4 hari:)

Sunday, April 15, 2012

16.04.2010-16.04.2012

Assalamualaikum,

alhamdulillah..16 april menjelma lagi..genap 2 tahun peristiwa itu berlaku..masih segar di ingatan bait-bait ayat 'lamaran' dari cikgu mad (kini dah bergelar suami):D..

berjalan2 di pasar tani putrajaya sambil mendukung qiera (anak kak gee) sambil sebelah tangan sibuk duk tekan tel (ber'sms' la tu huhu)..tiba2 dapat ayat keramat "kalau mcm tu hujung tahun ni kira jadi la kita dua ye"..tiba2 blank apa benda maksud ayat ni..pastu sambung sms lagi..tp masa tu dah mula nerves dah..ye la tgh duk gurau2 tup2 ajak kawin..biar betul???huhu..

tp tu la..kalau dah jodoh xkemana..dan mmg kita xsedar pun yg jodoh tu sebenarnya dah ada depan mata pun cuma masanya je yg kita xtahu bila..walaupun masa tu mmg xterfikir utk cari pengganti selepas di'frust'kan seseorang tp saat terbukanya hijab jodoh itu, hati ini terdetik, mungkin inilah jodohku..lalu hati tanpa berdolak dalik terus mengatakan YES, THIS IS MY MR. RIGHT!!!

lalu tanpa mengambil masa yg panjang..bila dua hati dah suka mmg xmenoleh ke belakang lagi..segala laluan seolah2 dipermudahkan..seolah2 mmg itulah jalan jodoh kami..alhamdulillah segala persiapan dipermudahkan dan berjalan lancar sehinggalah kami selamat disatukan sebagai suami isteri yang sah pada 1 Syawal 1431 Hijrah (10.9.2010 Jumaat)..syukur Ya Allah..

dan hari ni 2 tahun berlalu, kami telah dikurniakan permata hati yang sungguh comel dan bijak..Aisyah Mardhiyah..semoga bila aisyah dah besar nanti aisyah akan baca coretan ibu ni ye sayang..Insya Allah satu hari nanti ibu akan coretkan detik2 awal mcmana ibu dan ayah boleh berjumpa, berkahwin dan seterusnya lahirlah kamu sayang..buah cinta ibu dan ayah..dunia&akhirat..amin

 senyuman yg mampu mencairkan hati ayah&ibu

ayah&ibu sayang aisyah dunia&akhirat..syukur atas anugerah terindah ini

Monday, April 9, 2012

manisnya bertudung:)

Assalamualaikum,

kalau ada baby perempuan xsah kalau xda gambar pakai tudung kan?hehe..saya pun mcm tu la jugak huhu..saja nak main2 ngan anak tersayang:)



 alahai anak ibu..setiap hari rasa xsabar nak sampai rumah nak peluk cium aisyah:)


ustazah aisyah mardhiyah..tapi xlulus lagi sebab rambut terjembol tu hehe..semoga aisyah membesar dgn sihat dan menjadi anak yang solehah dan berakhlak mulia..amin


aksi tidak berapa sopan dari aisyah huhu

Assalamualaikum,

ptg2 ni nak elak mengantuk buat keje..nak tempekla gambar bidadari kesayangan ayah&ibu ni..aksi yg xberapa nak sopan dari aisyah hihi..

 adussh..entah dari manala aisyah belajar duduk mcm ni huhu

 protes xnak duduk dlm stroller..cer sopan ckit dik hehe

Sunday, April 8, 2012

misi diteruskan

Assalamualaikum,

alhamdulillah, hari ini misi diteruskan kembali..misi apa tu?misi menggantikan puasa la hehe..haritu 'ter'stop sekejap sebab non stop outstation bagi ceramah utk pelbagai jabatan..mmg agak memenatkan bila terpaksa keluar sana sini..naik flight turun flight..ada yg drive sendiri..dan paling memenatkan menanggung rindu insan2 tersayang..siapa lagi kalau bukan en.suami dan aisyah, anak ibu yg semakin bijak skrg ni:)..syukur sangat2 sbb aisyah boleh stay dgn ayahnya dgn baik..tp jauh di sudut hati ibu, rasa sangat2 bersalah sbb terpaksa 'tinggalkan' aisyah..tp Insya Allah bermula April ni saya dah discuss dgn bos utk kurangkan outstation saya..kalau ceramah tu sekitar putrajaya/kl dan xmemerlukan saya bermalam mungkin saya boleh pertimbangkan..kalau boleh saya nak sentiasa bersama2 aisyah..nasib baik bos memahami:)..kalau time bujang dulu saya xkisah travel sana sini sorang2 tp skrg keadaan dah berbeza:)...

baki puasa saya ada 25 hari lagi..banyakkan?ye lah sebab saya berpantang dalam bulan puasa so sebulan tu la kena ganti:)..bila tengok kalendar sedar xsedar kita ada lebih kurang 3 bulan je lagi untuk menyambut ketibaan Ramadhan bulan penuh keberkatan..so saya dah xleh nak tangguh2..target saya agar saya dapat selesaikan hutang puasa ni secepat yg mungkin..Insya Allah..

p/s: 

menu bukak puasa malam ni..ikan cencaru sumbat sambal+mangga (yg  ni saya dah buat siap2 semalam tinggal nak sumbat je) dan tomyam (en.suami dah siap buat sblum g sekolah)..tu je dah cukup..kalau saya sorang2 nak masak xtahula bila nak siap..aisyah bukannya boleh tinggal sorang2 kat hall tu..bila ibu masuk dapur je, jenguk2 kat ruang tamu xada rupa2nya duk tersengih dah kat pintu dapur..aduhai mcmmanala ibu nak nak masak dik hehe..

Friday, April 6, 2012

cerita makan2:)

Assalamualaikum,

25 Mac 2012 (ahad) baru2 ni kami ada buat majlis makan2 di rumah..sebenarnya hajat nak buat makan2 ni dah lama since tahun lepas lagi tp asyik tertangguh disebabkan susah nk cari masa yg sesuai..kebetulan plak family saya pun dtg so kami pun decidela utk buat time ni..mula2 tu ramai yg tanya majlis ni sempena apa..ada yg tanya sempena besday aisyah ke hehe..ohh aisyah belum sampai setahun lagi mana boleh celebrate besday huhu..untuk pengetahuan semua, majlis ni dibuat mmg dengan niat untuk menjamu rakan2 dan saudara mara je, xda sempena apa pun..dan ianya juga adalah sebagai tanda kesyukuran di atas rezeki yang telah dikurniakan Allahkepada kami sekeluarga..so kami nak berkongsi rezeki tu dengan kawan2 semua..ok lah saya xnak cerita panjang, jomla layan gambar:)

 ma n adik saya..org kuat majlis:)

 eh budak baju biru tu pun nak bergambar jugak ke hehe...

 ida n anis:)

 persiapan di pagi majlis:)


 ni lah kembar saya..xsama kan?tapi ramai gak yg tertukar masa majlis ni..ada yg kata "eh tadi dah salam nape sampai 2x plak nk salam hehe"


 menu of the day:)

menu utama..laksam (kiri) dan laksa (kanan)


 ni la laksam sebelum dipotong..homemade ni:)..abaikan bentuk yg xseragam tu sebab tudung periuk yg digunakan adalah xrata:)


 kuah laksa penang:)


 kuah laksa lemak:)

ulam2 untuk laksa penang dan laksam:)

 ni stail laksa kelantan..ada belacan, garam dan sambal lada:)

 desert of the day: kek batik sponsored by ida:)..sampai ulang buat kali kedua ptg tu:)

 agar2 pandan santan..skjap je dah licin:)

menu yg jadi rebutan..rojak buah..kuah rojak made by en.suami:)..(nk order blehla contact2 ek):D

 xlupa..keropok wajib ada:)

 dan air sirap+oren:)

 dan highchair aisyah jadi mangsa untuk letak plastik sampah huhu

 antara tetamu terawal..mek (my cousin)&family..besar dah iyadzaheen n iman zaheera:)

 my officemate kak sue&anak2:)

 kawan2 en.suami n adik ipar saya..wan (tengah):)

 dalam pukul 3 rumah dah penuh sampai ada tetamu yg datang xleh masuk..kena bersesak2 sebab padat sangat..minta maaf ye kawan2 rumah kecik:)

 ni kawan2 sekolah en.suami:)

 sempit jadinya rumah:)

 sambil makan sambil borak2:)

 antara officemate yg datang..kak gee, kak aziah&ezi:)

 dan bila majlis dah berakhir baru sempat tuan rumah nak bergambar ngan tok ma:)

alhamdulillah..majlis berlangsung dengan sangat meriah..terima kasih kepada kawan2 yg sudi datang especially sheila (akak minta maaf ye xsempat nk layan) dan kawan2 semua..minta maaf banyak2 sebab xsempat nk layan tetamu2 yg dtg sbb tengah kalut kat dapur nak kukus laksam..laksam paling byk permintaan sampai ada yg tunggu laksam masak..sapa tu???hehe...apapun terima kasih sekali lagi kerana sudi hadir memeriahkan majlis..Insya Allah kalau ada rezeki kita jumpa lagi:)

Thursday, April 5, 2012

walker: perlu atau tidak?

Assalamualaikum,

saya dalam dilema skrg..samada nak beli atau tidak walker untuk aisyah..sebabnya kalau boleh saya xmahu ajar anak saya pakai walker..dulu masa zaman bujang selalu berangan kalau saya dah kawin n ada anak, saya xmahu ajar anak saya tidur dalam buai, pakai puting (pacifier) dan xnak letak dalam walker..dan alhamdulillah bila saya dah kawin dan dikurniakan cahaya mata yg pertama ni, aisyah mmg saya ajar tidur bawah (xpernah naik buai) dan xpakai puting(walaupun ramai yg suggest suruh bagi puting) tapi sy cuba bersabar pertahankan cara saya..tapi xtahulah plak kalau ada rezeki anak2 akan dtg sbb lain anak lain ragamnya kan:)

tapi bab walker ni membuatkan saya berfikir banyak kali..mulanya mmg saya xnak ajar aisyah duduk dlm walker tp dgn telatah aisyah yg semakin cerdik dan banyak akalnya skrg membuatkan saya rasa saya terpaksa jugak belikan walker untuk bidadari kami ni..bayangkan sekarang ni dah seluruh pelusuk rumah dia jelajahi termasukla ke bilik air, ke dapur, ke celah2 kerusi, bawah meja dan sekarang aisyah dah pandai nak memanjat, mmg xterkejarla saya sorang huhu..mcmana nak memasak, nak buat itu nak buat ini..pantang saya masuk dapur je mulala aisyah  menjelajah ruang rumah, bukan apa yg saya takutkan dia dah makin rajin 'mengutip' skrg..pantang jumpa sesuatu mesti masuk mulut..paling takut disumbatnya rambut ke sampah ke  xke masalah tu..pastu mmg xlaratla setiap masa nak pegi alihkan dia dari satu tempat ke satu tempat hehe..aisyah ni mmg xreti duduk diam dahtu mcmanala saya nak buat keje..kalau ayah ada okla boleh tengok2kan..ni ayahnya balik pun dah pukul 7.30mlm..so balik dari ofis setiap hari mmg 'berperang' la dgn aisyah ni huhu..

setelah berbincang dgn en.suami akhirnya saya terpaksa mengalah..nampak gayanya saya kena jugak beli walker ni dgn harapan aisyah akan lebih 'behave' dan paling penting saya boleh buat keje dgn aman:)..tp apapun kita kena sentiasa memantau aktiviti anak2 kan..berjaya atau tidak aisyah behave dlm walker ni kita tunggu dan lihat je nanti:)

 ermm mmg gegirl sgt pink ni:)

 hijau?chomell

teringin nak beli yg mcm ni tp aisyah belum pandai berdiri kuat lg..ntila bila dah kuat berdiri nti baru belikan yg mcmni..


Wednesday, April 4, 2012

ayah punya kerja

Assalamualaikum,

ni masa aisyah berusia 6 bulan..alkisahnya si ayah suka sangat buli anak dara bambam ni..dan si anak pulak ikut je apa yg ayah dia buat..ermm nasiblah dik hehe..


 suka letak aisyah dalam bakul kain

 aisyah apalagi seronokla dia hehe

kalau nak amik bawak keluar xnak tuu..

 seronok sangat ke dik duk dalam bakul tu hehe

 apa la yg dibeleknya tu:)

 yg ni plak masa g shopping kat manjaku bangi..aritu xbawak baby carrier..tp sbb berat sangat nak dukung en.suami pun letak aisyah dalam bakul ni..muat2 je ngan tubuh aisyah:)

 cer tengok muka protes aisyah tu hehe

last2 pasrah je:)

tak tahan sejuk:(

Assalamualaikum,

apa khabar kawan2 yg disayangi semua..harini baru dapat menjengah blog ni..sbnarnya saya baru je balik dari outstation kat johor..skrg ni dah rasa penat bila bagi ceramah..yelah sehari suntuk duk berdiri je..peserta bestla bleh duduk huhu..kalo time bujang xpa la fit lagi..ni dah kawin anak satu, stamina dah x mcm dulu hehe.. 

bercerita pasal sejuk..di opis kawan2 sejuk x?opis saya terrrrrrrlaluuuuu sejukkkkkk!!!xtau la sbb saya yg xtahan sejuk ke or mmg aircond kat opis ni yg sejuk..serius saya mmg xtahan dgn kesejukan..sampai menganggu saya nk buat keje..tapi bila tanya org lain diaorg ckp xsejuk pun..ermm mungkin tubuh saya kot yg xtahan sejuk..ramai kawan2 yg cadangkan supaya makan jamu untuk panaskan badan tp saya xnak la..sedangkan ubat biasa pun payahnya mengalahkan budak2 nk makan inikan plak nak disuruhnya makan jamu hehe..mmg xdinafikan jamu tu bagus untuk kesihatan tapi kalau nk makan kena pilih2 juga sbb takut xserasi dgn badan..

apapun skrg ni saya mmg tengah kesejukan sampai menyucuk tulang..kepala pun pening berdenyut2 mungkin sebab terlalu sejuk..nak buat keje jadi terhalang sbb sejuk sangat..dahla aircond kat opis ni centralized..hurmm mmg xselesa la kalau terlalu sejuk ni...