Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Friday, January 24, 2014

Maternity&Children Expo Mid Valley Januari 2014 Kembali Lagi

Assalamualaikum dan Salam Ukhwah,






expo yang ditunggu2 especially untuk mom to be dan jugak yang dah jadi mommy termasuklah saya:)..hajatnya kalau xda aral nak pegi ahad ni untuk memenuhkan checklist yang masih kosong..minggu ni dah masuk 33 minggu..harap2 laratla lagi nak berjalan meredah lautan manusia di expo tu nanti:)

jom kawan2:)

Tuesday, January 7, 2014

4th pregnancy: persiapan menyambut kehadiran adik baby#1

Assalamualaikum dan Salam Ukhwah,

alhamdulillah sedar xsedar adik baby dah pun berusia 30 minggu dalam kandungan..rasa baru je disahkan pregnant tup2 xlama lagi dah nak bersalin lagi hihi..tapi untuk kandungan kali ni jarang sangat nak update pengalaman mengandungkan little A.M..bukan xnak update tapi kadang-kadang tu masa sangat mencemburui hehe..

perkembangan setakat ini:

  • berat dah cecah 74kg!!!ada gaya nak sampai 80kg ni..masa nak melahirkan muafah dulu berat 75kg..fuhh berpeluh la nanti nak turunkan balik berat badan yang ideal nanti..xpa akan diusahakan nanti..In Shaa Allah
  • kesihatan setakat ni alhamdulillah baik-baik saja...cuma masalah saya setiap kali mengandung adalah kenaikan berat badan yang berlebihan hehe..xda maknanya saya nak naik setengah kilo ke sekilo ke sebulan..paling kurang pun 3kg sebulan huhu..itu yang kena minum air gula awal tu..ok cerita bab minum air gula In Shaa Allah saya akan ceritakan nanti..
  • little A.M pun makin aktif dalam perut ni..tapi sekarang adik baby dah mula start mengeras..kadang tu rasa gak senak-senak tapi sebenarnya hati ni rasa bahagia yang xboleh nak diucapkan dengan kata-kata terutama sekali bila tengok perut senget benget beralun-alun..syukur alhamdulillah dapat merasai detik-detik manis ini sekali lagi..
  • pergerakan pun dah agak terbatas sikit tapi bila bab berjalan laju je hihi..dah mula kerap ke tandas, dah mula xselesa tidur kadang tu tidur terlentang lagi selesa walalupun tahu posisi tu xelok sebenarnya...
  • dari segi pemakanan pula, ketiga-tiga pengalaman mengandung saya hampir sama, xda sebarang alahan dan boleh makan apa saja..dan persamaan yang ketara ketiga-tiga kehamilan ni saya sangat sukakan makanan yang manis-manis..macam bubur, kek, biskut dan apa-apa saja yang manis...orang kata kalo suka makan manis-manis ni anak perempuan:)
 
 
 ::persiapan menyambut kelahiran little A.M::

kalau ikutkan nurse kat KKIA ni sepatutnya barang-barang ibu dan baby dah kena siap dah..tapi kan kami ni baru je nak start gear 1 hehe..bukan kata tak excited..excited sangat tapi kekangan masa tu yang membataskan..bulan disember lalu adalah bulan yang sangat sibuk dan hectic bagi kami sampaikan nak cari masa keluar shopping barang-barang baby pun xda..

tapi minggu lepas kami dah start beli sikit-sikit..untuk anak ketiga ni kami melabur lebih sikit dengan membeli baby cot untuk little A.M..apa anak ketiga baru beli baby cot???tak kisahla apa org nak kata yg penting kami dah berfikir semasak-masaknya pros and cons beli baby cot ni selepas menilai balik pengalaman masa melahirkan muafah dulu..masa muafah lahir dulu umur aisyah 1 tahun 4 bulan, masa little A.M keluar nanti pun In Shaa Allah muafah pun berumur 1 tahun 4 bulan..so kami dah lalui saat-saat dimana aisyah asyik hampir nak terduduk atas muafahla, cuit-cuit tu biasalah dan saat-saat yang agak membimbangkan kami:)..so lepas bincang-bincang dengan en.suami kami bersetuju membeli baby cot walaupun keseluruhan 1 set tu hampir mencecah RMXXXX..tu pun lepas dah survey serata kedai baby yang ada tawaran menarik..sebabnya kalau boleh biarlah harga yang kami beli tu berpatutan dengan penggunaannya nanti dan sebab tu juga la kami pilih baby cot yang boleh diconvert ke single bed..maksudnya boleh pakai sehingga anak dah besar..harap-harapnya macam tu la...amin

bab pakaian pulak..kami ada juga beli baju-baju baru untuk little A.M..tu pun ada sikit-sikit baju-baju aisyah dan muafah yang masih boleh pakai..tapi kebanyakannya dah lusuh..maklumlah dah 2 generasi yang pakai hehe..so baju rasanya byk jugak kena beli baru..cuma mittens and booties tu mmg xperlu beli sangatlah sbb ada yang belum pakai lagi..so far sesetengah barang tu kena tambah sikit-sikit je lah sbb barang-barang yang nak kena beli tu pun memang dah sentiasa digunakan sekarang mcm sabun basuh baju, sabun basuh botol, wipes dan lain-lain..peralatan menyusu pun sumenya elok lagi cuma untuk kali ni saya beli breastpump manual yang baru..reason saya beli ni pun disebabkan pam manual avent yang saya gunakan dulu dah x efficient untuk digunakan..nak cari spare part dia punyalah susah..so kali ni saya beli medela harmony pula sebagai pam manual saya..medela swing dulu pun masih elok lagi..bagi saya elok kalau ada 2 jenis pam ni sbb pengalaman dulu kalo nak bangun pam malam-malam or muafah dah membesar agak susah jugak nk pam sebab dia duk kuis-kuis wayar tu sume..lagi satu guna pam manual ni sangat mudah nak tandem hehe..apapun terpulang kepada pendapat masing-masing ye..saya beli medela harmony ni pun sebab fikirkan spare partnya yang senang dicari..pam avent sebenarnya sangat bagus dan saya sangat berpuas hati dengan servisnya tapi spare partnya sangat susah nak cari..lagipun masa beli medela harmony tu harga yang kedai tu offer tersangat-sangat murah..memang diskaun yang sangat menguntungkan..harap-harapnya berbaloi la pelaburan kali ini..masa beli medela swing dulu pun kalau kira-kira memang dah balik modal dah:)

so misi kami bermula minggu ni nak completekan persiapan saya dan little A.M sebelum en.suami kembali sibuk..ni pun dah start sekolah tiap-tiap hari sabtu..masa yang ada kena dimanfaatkan sebaiknya..

::penerimaan aisyah&muafah::

aisyah alhamdulillah memang dia dah faham yang ada adik lagi dalam perut ibu..siap panggil nama lagi..adik A.M:)...muafah pulak dah makin cerdik..bila suruh sayang adik je terus cium perut..makin melasak muafah ni..dan tersangat manja kededek..dengan kakak pun dah pandai melawan bila kakak aisyah tepuk tampar dia..adoii pening gak tgk gelagat dua beradik ni hehe

gender little A.M

soalan biasa yang ditujukan untuk pregger mommy:)..semestinya ramai yang tanya saya dah scan ke belum..saya dah scan dgn dr.maria masa kandungan 15 minggu tu pun ter scan sebenarnya sbb masa tu saya xberapa sihat..masa scan tu dr.maria xberani nak confirmkan girl ke boy sebab terlindung dengan tali pusat dia..xpe lah tunggu je lah little A.M lahir nanti:)...moga dipermudahkan kelahiran anak ketiga kami nanti...amin