Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Monday, July 30, 2012

aisyah kena balik kg lagi

Assalamualaikum,

sedih dan sayu sedang menguasai diri ketika ini..teringat2 anak tersayang kat kg..sekali lagi aisyah terpaksa dihantar ke kg..saya percaya mesti ramai yg fikir yg saya ni xsayang anak..sanggup berjauhan dengan anak..cuba tanya sapa2 yg bergelar ibu kat dunia ni, ibu mana yg sanggup berjauhan dgn anak tercinta..kalau hari2 pun xsabar nak balik dakap anak, inikan pulak hampir sebulan..tapi keadaan telah memaksa..sebabnya hari khamis lepas diwaktu subuh hari pengasuh aisyah call bagitau yg ayahnya meninggal dunia (al fatihah) dan dia minta cuti..kesian bila tahu berita tu sebab dia dah jadi yatim piatu:(..semoga pengasuh aisyah dan keluarganya tabah dengan dugaan Allah S.W.T..

maka hari khamis tu saya dtg keje dulu sementara en.suami jaga aisyah kat rumah..dlm pukul 10 pagi saya balik amik aisyah sebab en.suami kena pegi sekolah dah..maka berkampunglah saya kat opis dgn aisyah hari tu..lepas bincang punya bincang last2 kami decide utk bawa aisyah balik kg sbb kalau saya nak cuti, mmg ciput2 je baki cuti saya nanti..nak cuti raya lagi dahlah cuti pun xbanyak dah..so kami pun buat keputusan utk balik jumaat tu..family kt kg lagilah xsabar bila bagitau aisyah nk balik kg..ayah ibunya je la yg merana kat sini sob sob sob:(



rezeki dpt harga promo MAS..flight kul 10.30am

 tunggu masa nak check-in

 aisyah mula xnak duk diam dah:)

 lepaskan bebas:)

 dah start nak tawaf KLIA tu huhu

 mcm ni la budak yg baru dpt 'kaki'..nak berjalan je kejenya:)

 sementara tunggu boarding..bawak aisyah g playground dpn kfc

 nak dipanjatnya gelongsor tu..eh3

 last2 jatuh..xberjaya!!!

 tapi bangun lagi..bagus anak ibu ni..kuat berusaha:)

 berjalan sambil tersengih2 huhu

 aisyah dlm percubaan nak turun dari gelongsor:)

 takut2:)

 still rasa gayat..kena rajin bawak g playground ni..kena bina self confidence:)

 ralit tengok org ramai:)

 masuk flight bagi susu dulu kenyang2

 last2 tertidur plak dia..ingat nak tunjuk awan2 dania kat dia huhu

 teddy bear aisyah pun kena pakai safety belt jugak..ayahnya punya keje la ni:)

alhamdulillah..selamat sampai kg halaman..tapi masih lagi lena tidur:)


aisyah sayang,
maafkan ayah dan ibu..
terpaksa tinggalkan aisyah kt kg lagi
bukan ayah&ibu xsayang..
sayang sangat2!!!!
tapi keadaan memaksa
aisyah duk elok2 ye
aisyah kan anak yg baik..
anak yg solehah
anak yg bijak
Insya Allah raya ni kita jumpa ye
we love u so much!!!!!

Monday, July 23, 2012

cara nak bagi aisyah berhenti menangis bila demam

Assalamualaikum,

bila aisyah demam hujung minggu baru ni, sepanjang masa memang merengek+menangis je..puas dah try mcm2 cara nak bagi dia berhenti menangis..bukan apa kesian tgk aisyah dah penat menangis..lepas tu batuk dan muntah..so ptg smlm masa tgh sibuk kat dapur membuat onde2, en.suami pun try lah cuba cara ni......



 terus diam!!!


 aii suka nampak:)


 wah mcm2 ada..seronok ni nak main (aisyah)..tapi pisau tu saya alihkan kat tempat lain..bahaya!!!


leka kat situ..bolehlah buat keje dgn aman:)..agak lama jugak biarkan aisyah kat dlm sink tu..tapi bila angkat keluar je terus menangis balik huhu



macam tu lah aisyah..walaupun tahu yg sink tu bukannya tempat yg sesuai tapi itu je caranya utk bagi aisyah berhenti menangis..kalau x mcm nak terkeluar anak tekak menangis..barula tahu yg aisyah sebenarnya suka sangat main air..pastu saya bagitau en.suami lepas raya nanti nak bawa aisyah g picnic:)..sebenarnya en.suami pun mmg suka jugak nak bawa aisyah mandi manda kat sungai2 tapi masa membataskan..sabar ye dik pasni kita g berkelah ye...sungai congkak@sungai tekala???hehe

Sunday, July 22, 2012

3rd pregnancy:21weeks baby adik dah mula menendang

Assalamualaikum,

syukur alhamdulillah sekali lagi saya berpeluang merasai indahnya saat2 mengandung..yg indah mmglah indah tp yg sakitnya ada jugak huhu..sejak minggu lepas saya perasan yg pergerakan baby adik dah berubah rentak dan iramanya..mcm lagu pulak:)..kalo sebelum ni baby adik just 'ketuk2' manja, kuit2 je tapi masuk je minggu ke 21 ni baby adik dah mula tendang menendang:)..sama mcm aisyah dulu..skrg ni pun dah kerap gak terkejut bila baby adik tendang perut ibu..tapi biasala ada masa kuat ada masa mcm malu2 je nak tendang huhu..sebab tu lah en.suami xdapat rasa lagi tendangan baby adik sbb ianya mmg tidak dijangka..puas en.suami letak tangan kat perut tapi agaknya baby adik ni malu kat ayah ye:)..tgh tulis ni pun baby adik duk tendang2..agaknya baby adik tahu yg ibu sedang 'mengumpat' pasal dia huhu



notadijariku,

xsabar nak tengok perut bergoyang2 pulak:)

ramadhan pertama kami sejak berkahwin:)

Assalamualaikum,

Salam Ramadhan penuh barakah buat semua kawan2 yg mengenali diri ini..baik di alam nyata mahupun di alam maya:)..saya doakan semoga semuanya dalam rahmat Allah sentiasa..amin

alhamdulillah, syukur kepada Yang Maha Esa kerana masih diberi kesempatan untuk bertemu kembali dengan bulan yang penuh kemuliaan dan keberkatan ini..sama2lah kita mengambil kesempatan ini utk memperbanyakkan amal ibadat dan memperbaiki kekurangan diri yang ada..semoga kita menjadi lebih baik dari yang sebelumnya..Insya Allah..

tahun ini Ramadhan 1433 Hijrah merupakan tahun pertama saya berpuasa bersama2 en.suami sejak berkahwin ni..Ramadhan 1431H (2010) saya sedang menghitung hari untuk diijabkabulkan sebab kami sah bergelar suami isteri pada 1 Syawal 1431H..Ramadhan 1432H (2011) pula en.suami berpuasa sorang2 di putrajaya memandangkan saya sedang berpantang di kg bersama2 little aisyah mardhiyah..masa tu en.suami pulang seminggu sekali..dan alhamdulillah tahun ni Ramadhan 1433H (2012) barulah kami dapat berpuasa sama2..dan turut serta pada tahun ni bukan setakat aisyah je tapi juga si kecil dalam perut ni:)..maknanya 2 tahun berturut2 berpuasa dengan si kecil tapi bezanya sorang dah kat luar sorang lagi masih kat dalam:)..syukur diatas rezekiNya..

tahun ni saya sangat2 teringin untuk bersolat terawih berjemaah di masjid/surau..maklumlah tahun lepas xberkesempatan..tapi bila mengenangkan aisyah masih kecil, agak sukar utk saya membawanya ke surau berdekatan rumah..ayahnya je yg pergi masa malam 1 Ramadhan tu..hari pertama berpuasa (sabtu) aisyah pulak demam..seharian menangis, merengek..asyik nak berdukung je..makan xnak, susu pun xnak..serba xkena..saya agak ni kesan cucuk setahun minggu lepas sebab nurse ada bagitau baby mungkin akan demam dalam tempoh seminggu selepas cucuk..sebelum ni sejak lahir aisyah xpernah demam setiap kali cucuk tapi yg setahun ni baru demam..mmg hari tu hari yg agak memenatkan bila aisyah langsung xnak berenggang..saya pulak mmg xlarat nak dukung lama2 tambah pulak hari sabtu tu ayahnya sekolah..tengahari baru balik..so bila dah semakin petang dgn satu apa lauk pun xda, en.suami pun ajak g pasar malam kat bangi..beli lauk mentah n lauk siap utk berbuka hari tu..ikutkan mmg nak masak tapi memikirkan keadaan aisyah, terpaksala beli lauk kat luar..sampai ke malam aisyah menangis..menangis..menangis..last2 en.suami xdapat g terawih malam tu sebab keadaan aisyah agak merisaukan..kalau saya sorang2 je xtahula mcmana..last2 pukul 12 tghmlm baru aisyah boleh tidur...

dan semalam pulak kami berbuka puasa di rumah a.long (abang en.suami) di kajang..tapi sebelum tu sempatlah saya buat kerabu pucuk ubi n kuih melaka (onde2) utk dibawa ke rumah a.long..sampai sana pun aisyah masih meragam..biasanya aisyah xmcm tu..dlm pukul 9 mlm kami terus balik rumah..alhamdulillah aisyah tidur tanpa byk ragam mlm tadi..ulit2 sekejap dah tidur..tengok jam dah pukul 10 mlm so kami berterawih saja di rumah:)


 tertidur setelah seharian meragam..xsedap badan agaknya:(

 kesian anak ibu ayah..cepat2 sihat ye

 onde2 hasil pembikinan ptg smalam:)

puas hati dpt mkn sepuas2nya..kalo beli siap entah berapa ringgit la agknya ni huhu


sahur malam tadi pun aisyah bangun bersahur jugak huhu..agaknya dia dengar ayahnya duk blend brg2 nak buat sup labu utknya..tu yg dia sedar tu..mlm seblum tu pulak aisyah bangun jugak..tgh2 mkn tu tiba2 bunyi pintu terbukak..tengok2 cek mek ni dah merangkak keluar dgn mata pun masih terpisat2..yg xtahannya terus sengih nampak gigi besar buat muka xbersalah hehe..alhamdulillah bangun pagi tadi aisyah nampak dah semakin ok..sebab bila letak je dlm carseatnya aisyah dah pun 'bercakap' mcm biasa..lega hati bila anak dara dah sihat dan ceria seperti biasa..

itulah kisah di awal Ramadhan pertama kami..apapun saya mengharapkan agar insan2 kesayangan dalam hidup saya ni sentiasa sihat dan ceria2 selalu..amin


notadijariku,

ptg ni xtahu lagi nak masak apa..entah boleh entah ke tidak nak masak dgn bantuan 'chef aisyah' kat dapur ni huhu..en.suami plak pukul 6 lebih baru sampai rumah..niat tu nak masak tp tgk keadaan mcmana:)


alhamdulillah..misi berjaya diselesaikan sebelum ramadhan

Assalamualaikum,

alhamdulillah syukur ke hadrat Illahi dengan izinNya saya berjaya qada puasa selama sebulan walaupun ianya selesai di saat2 akhir..bukan bermaksud sengaja melengah2kan waktu mengqada puasa tapi di awal2 tahun haritu saya kerap outstation ke sana sini sehingga agak sukar utk mencari waktu utk berpuasa..

sehinggalah bulan april tiba, saya pula disahkan pregnant kembali..so disitu saya cuba utk berpuasa sebanyak yg mungkin memandangkan 'bestfriend' akan bercuti selama 9 bulan:)..walau bagaimanapun berpuasa ketika mengandung tidaklah sesenang yg disangka..ya saya mmg tidak mengalami sebarang alahan diawal trimester (alhamdulillah), tapi saya mudah berasa penat, letih, dan xbermaya ketika di trimester pertama..xda la saya nak puasa direct isnin-khamis tapi at least hari isnin dan khamis tu saya cuba utk berpuasa..


dan alhamdulillah akhirnya hari khamis yg lalu iaitu 2 hari sebelum ramadhan menjelma saya berjaya qada sebulan puasa selepas byk halangan2 yg mendatang..syukur sangat2 dan azam saya semoga ramadhan kali ini saya dapat berpuasa penuh..Insya Allah..ermm 1st time kot dalam seumur hidup ni nak berpuasa penuh:P

Thursday, July 19, 2012

checkup aisyah@12months

Assalamualaikum,

pagi semalam bawak aisyah utk checkup di usia 12 bulan@1 tahun..actually saya mintak dgn nurse yg incharge utk awalkan tarikh pada 12hb7 sebab nak sekalikan dgn antenatal checkup saya minggu lepas..tapi nurse xbagi sebab katanya utk injection 1 tahun kena lepas tarikh birthday..xboleh awal walaupun sehari huhu..so semalam dtg punch card dulu pastu baru gerak ke kk presint 9..

sampai je kat klinik, terus amik nombor n tunggu giliran..xlama pun menunggu..kali ni sistemnya lebih teratur dan masa menunggu pun xda la lama sangat sbb kat klinik ni dah amalkan sistem temujanji..maksudnya hanya org yg ada appointment saja yg akan dilayan pada hari tu..berbeza dgn tahun2 lepas yg mana org yg walk in pun akan dilayan juga..so mcmana xlama menunggu kan?skrg mana2 yg nak walk in mmg x akan dilayan pada hari tu..kita kena amik satu tarikh utk mendapatkan temujanji..alhamdulillah saya nampak sistem ni mempercepatkan urusan menunggu dan jugak rawatan..

ok back to the topic, sebaik saja scan kad utk jumpa nurse yg incharge, kami menunggu skjap dalam 10 minit..sebaik saja giliran dipanggil terus masuk jumpa nurse..mcm biasa nurse interview sikit2 tanya pasal perkembangan aisyah..apa yg aisyah dah pandai buat n mcm2 lagila..pastu aisyah ni plak bknnya boleh duduk diam..dipanjatnya meja nurse tu nak capai komputer..sampai menggeleng kepala nurse tu tgk huhu..dia cakap aktifla aisyah ni..masa aisyah gelak plak nurse siap cakap gigi aisyah besar huhu..

lepas borak2 skjap, nurse ukur tinggi n berat aisyah..pastu tiba la giliran utk cucuk vaksin MMR..nurse ckp vaksin ni mengandungi telur..that's why masa usia aisyah 10 bulan haritu nurse suruh bagi makan telur utk tgk samada allergik ataupun x terhadap telur ni..alhamdulillah aisyah xda alahan apa2 masa saya mula2 perkenalkan telur hari tu..then masa nak cucuk tu nurse suh pegang aisyah kuat2 sebab cucuk kali ni kat bahu bukan dkt paha..masa cucuk mula2 tu aisyah xnangis lagi tp lepas tu baru dia nangis..nurse kata aisyah ni bkn menangis sbb sakit tapi sebab org duk pegang dia kuat2..nurse pun kata kuatnya aisyah ni bila dia meronta2 nak org lepaskan dia..bila dah siap ok je xnangis pun huhu..mcm2 la aisyah ni..kemudian siapla checkup haritu..nurse bagi appointment 18 hb 10 ni pulak utk jumpa dia sbb dia nak bagi ubat cacing..erkkkk..saya pun terus tanya nanti dia berak akan keluar cacing ke..nurse kata xda la sbb ubat cacing skrg bkn mcm dulu lagi huhu..maka dgn itu selesailah sudah..tapi lepas ni saya pulak akan ke klinik lagi setiap bulan huhu..tiap2 tahun jadi pengunjung setia kk presint 9:)


::hasil checkup aisyah di usia 12 bulan::

berat:9.9 kg (nurse cakap cantik kenaikan berat aisyah, patutlah dah berat nak dukung..ishh makin xlarat nak dukung aisyah ni lama2 huhu)
tinggi:76 cm 

Monday, July 16, 2012

3rd pregnancy:baby adik quickening at 19weeks

Assalamualaikum,

alhamdulillah..semalam (ahad 15.7.2012) baby adik dah pun memasuki usia 20 minggu @ 5 bulan:)..sekarang sudahpun berada dalam fasa trimester kedua..bak kata org fasa bulan madu bagi org2 preggy:)..tapi lain org lain keadaannya..tapi harap2nya semoga hari2 yg mendatang saya dapat melaluinya dengan tenang dan kuat..semoga dijauhkan dari kesihatan yg tidak baik..amin

cerita pasal quickening, aisyah dulu saya mula perasan pergerakannya ketika usia kandungan berusia 18 minggu..dan baby adik plak saya mula merasai first quickening nya ketika memasuki usia 19 minggu..pelik kan?biasanya org kata kalau anak kedua dan seterusnya, pergerakan baby boleh dirasai lebih awal dari yg biasa..tapi baby adik plak lewat seminggu dari kakaknya huhu..tapi nurse ada cakap mgkin kita xperasan yg baby bergerak terutama time sibuk ke, tgh buat keje ke..tapi bila scan aktif je baby adik ni..tendang sana tendang sini:)

ni dah memasuki usia 20 minggu, pergerakan baby adik semakin dirasai..pergerakan kali ni lebih kepada 'ketukan'..rasa mcm ada org duk ketuk2 dinding perut ni..tgh menaip ni pun baby adik duk 'ketuk2':D..xsabar rasanya nak tengok baby adik terus membesar dan paling xsabar nak tengok perut bergoyang2 semula:)..doa ibu&ayah semoga baby adik membesar dengan sihat dan sempurna walaupun dalam tempoh sebulan dua ni ibu banyak berpuasa (qada puasa)..tapi ibu tahu baby adik kuat kan..mcm kakak aisyah jugak..amin

corat-coret:

*xsabar nak tahu jantina baby adik..ingat nak buat detail scan jugak mcm aisyah dulu tapi tgh survey klinik mana yg bagus sonographernya..tapi apapun saya xkisah boy ke girl yg penting sihat dan sempurna..en.suami pun xkisah dia kata asalkan baby adik sihat2 je..amin

*menunggu masa utk menyarung kembali maternity dress..sebabnya bila memakai baju kurung sekarang perut sudah semakin tidak selesa..biarlah org nak kata baru 5 bulan pregnant dah nak pakai baju mengandung, tapi saya xkisah sebab badan sendiri yg rasa xselesa, dah xsanggup nak rasa 'sekok' sepanjang masa..sian baby adik ibu pakai baju ketat2...xpa lepas ni biar kita sama2 selesa ye:)

Thursday, July 12, 2012

menjelang setahun usia aisyah

Assalamualaikum,

2 hari lagi genaplah umur anakanda tersayang berusia setahun..pejam celik pejam celik rupanya dah setahun usia anak dara ibu dan ayah ni..alhamdulillah dalam tempoh setahun ni aisyah membesar dengan sihat, bijak, keletah dan setiap aksinya sangat menghiburkan hati kami suami isteri:)..jom intai2 gelagat aisyah di usia memasuki setahun ini..

  1. makin maju melangkah ke hadapan..asal bangun je mesti practice berjalan..adalah dalam 10 langkah dah..tapi kdg2 ada gak baru selangkah dua dah jatuh..depend pada kestabilan badan dia la hehe..
  2. gigi masih 4 batang cuma yg bawah tu duk mcm tu je la xbesar2..yg atas je makin besar dan membesar..bila tersengih je nampaklah gigi besar tu hehe..
  3. sejak usianya 6 bulan lagi aisyah memang sangat tertarik dengan siaran oasis di astro..yg paling aisyah suka slot indahnya iman..setiap hari bila balik keje saya akan pasangkan baby tv utk aisyah tapi sekejap je la dia layan..tapi masuk je pukul 7 mlm saya terus tukar astro oasis..dari duduk galak bermain2, sebaik dengar je alunan zikir2 kat tv laju je pegi mengadap depan tv..mmg diam la dia kat situ..terpaku je depan tv..lagi2 kalau time azan berkumandang, memang aisyah asyik je dengar..pastu bila ada alunan zikir ke apa automatik badan akan bergoyang:)..alhamdulillah semoga anak ibu dan ayah jernih dan bersih hatinya nanti..amin
  4. sangat suka dengan pen dan kertas..nampak je org duk baca buku ke, menulis ke laju je nak menulis sama:)..
  5. tetap suka mandi (air)..kalau time nak basuh tangan mmg saja je dia  main2 dengan air tu hehe...
  6. sangat susah nak pakaikan diapers..kadang tu bila kita nak salin diapers tu..laju je dia pusing badan n lari sampai xsempat nak pakai diapers..so nak xnak terpaksala 'paksa' walaupun dia menangis2 nak lepaskan diri..huhu ni la antara part yg sangat mencabar sikit:)
  7. dah semakin pandai mendengar arahan dan meniru gaya yang kita buat..contohnya bila gelengkan kepala, dia pun ikut sama geleng kepala..kalau kita kepal2kan tangan dia pun ikut sama..hihi makin bijak anak ibu ayah ni:)
  8. mulut adalah sangat bising..tapi dengan org yg dia xkenal dia akan 'diam' sekejap lepas tu barula dia start 'enjin' hehe..
  9. mcm2 perkataan dah keluar dari mulut tapi satu pun ibu dan ayah xfaham..kadang2 bila dia 'bercakap' tu, saya dan en.suami akan pandang satu sama lain sambil tergelak sebab dengar ayat yg aisyah cakap..kelakar sangat
  10. dah pandai ajak org bergurau2 dengan dia..kalau kita xlayan makinla dia mendekat..mcm2la dia buat utk tarik perhatian kita:)
  11. dah pandai bukak tutup laci kabinet dapur dan selongkar barang2 yg ada kat dalam tu..ermm mcm nak kena cari pagar je ni:)
  12. tido adalah sangat laassaaaakkkkk!!!sebab tu la masa umur dia 6 bulan lebih bila dah pandai bergolek2, aisyah tidur sorang2 dah kat bawah..bukan xnak tido dakap peluk dia tapi aisyah akan rimas kalau org ada dekat dia..ditendang2 dan ditepis2nya asalkan dia dapat bergolek huhu..tidur pun xpernah berselimut..sia2 je kalau letak selimut sebab nanti selimut entah kemana dia entah kemana hehe..
  13. dah pandai minum sendiri sambil pegang cawan..cuma makan sendiri je belum lagi..tapi bila bagi mangkuk kosong dengan sudu, pandai je suapkan kat mulut orang huhu..
::menjelang setahun aisyah::

 bukan main lagi tengok babytv..tapi seminit dua je la tahannya huhu

 eh eh..minum elok2 dik..

 suka sangat bertenggek atas meja ni..last2 lipat simpan senyap2 dlm bilik..sebab kalau biarkan mcm tu, aisyah akan berjangkit plak kat meja tv sebelah tu huhu

 suka sangat dapat naik atas meja:)

 sayang baby dalam majalah:)

 ibu nak baca dia pun sibuk nak baca sekali:)

 duduk atas meja komputer pun fav aisyah..tapi ok la sebab bila duk situ dia behave je huhu


suka sebab byk benda atas meja boleh buat main:)


 main ball:)

bukak laci check apa yg boleh buat main:)



itu lah aisyah..rasa seronok bila melihat anak tersayang membesar dengan sihat dari hari ke hari..makin aktif dan lincah..rasa xpercaya je yang aisyah dah nak masuk setahun:)..harapan kami semoga aisyah akan terus membesar dengan sihat dan bijak..dan menjadi muslimah yang solehah..amin










Tuesday, July 10, 2012

jantung pisang oh jantung pisang

Assalamualaikum,

rasanya ni 1st time sejak mengandung teringin nak makan sesuatu..sebelum ni biasa2 je..tapi kali ni mmg teringin sangat2 nak makan..tapi bukanlah sampai tahap mengidam..just lebih kepada teringin je..ni dia makanan yg saya duk teringat2 setiap saat dan waktu hehe..

teresek jantung pisang

iye..teresek jantung pisang..lauk ni mmg femes di kelantan tp xtahu la di negeri2 lain ada ke x..gambar kat atas tu adalah menu semasa majlis merisik saya 2 tahun yg lepas (2010)..dimasak sepenuhnya dengan air tangan ma tersayang:)..dan bila semangat saya dah berkobar2 nak masak sendiri teresek ni untuk pertama kalinya setelah mendapat resipi dari ma, maka bermula la usaha nak cari jantung pisang..sebab tu adalah bahan utamanya..kalau x ada jantung pisang ni xjadila teresek huhu..tapi sebenarnya nak ganti dgn kcg pjg pun bleh juga tapi rasanya xla sesedap guna jantung pisang..lagipun jantung pisang ni one of my favourite..xkisahla masak apapun:)

so, sabtu lepas semasa pegi cari brg dapur kat pasar malam bangi, saya pun mencari la jantung pisang ni..biasa banyak je ada dijual kat pasar malam..tapi hari tu puas saya pusing satu p.malam, sejantung pun xada:(..frust sangat2 sebab bahan2 lain sume dah beli..xpa la saya pikir nak cari kat pasar presint 8 plak..ahadnya pegi pasar tgk2 sebiji pun xada!!!..dah sedih dah masa tu..pastu en.suami tanya nak g cari kat mydin x..saya pun ok je lah..sampai mydin pun sedih makin menjadi2 sebab xada..frust sangat2 sebab mmg dah terbayang2 dah nak makan nasi panas2 dengan lauk teresek ni..

ptg semalam pun saya dengan penuh harapan pegi lagi ke pasar tani depan ofis semata2 nak cari jantung pisang ni,,tapi sama jugak..langsung xada..kemana agaknya jantung2 pisang ni pegi ek..biasa banyak je jual kat pasar2..ni time kita nak sebijik pun xada:(

esok adik saya anis akan datang dari kg..saya dah pesan kat dia kalau ada jantung pisang suh bawak datang sini..kalau xada jugak xtahula..setakat ni tu je la makanan yg saya teringin sangat2 nak makan masa pregnant ni huhu...

wahai jantung pisang..kat mana la dikau bersembunyi:(

Monday, July 9, 2012

perbezaan dan persamaan mengandungkan aisyah dan baby adik

Assalamualaikum,

lain orang lain ragamnya kan..sama jugak macam mengandung..tiap2 kehamilan tu berbeza2 tapi ada jugak yang sama hehe..tapi bagi saya la kali ketiga mengandung ni (yang 1st gugur) lain2 pengalamannya..kandungan yg pertama (gugur) saya langsung xmengalami sebarang alahan..tapi Allah lebih sayangkannya dimana saya hanya sempat merasai pengalaman mengandung tu selama 10 minggu sahaja...Insya Allah nanti saya akan ceritakan pengalaman keguguran anak pertama dulu..

berbalik kepada kisah perbezaan dan persamaan mengandungkan aisyah dan adiknya ni, saya ceritakan dalam bentuk list la ye...

::aisyah::

  • mengalami tanda2 nak period sebelum disahkan pregnant..masa tu sebulan selepas keguguran anak pertama...ingatkan period nak datang tapi sekali aisyah yang ada dalam perut ni:)
  • mengalami letih yang berpanjangan..selalu rasa mengantuk walaupun tidur dah cukup..balik keje je terus membuta:)
  • kerap rasa pedih ulu hati (heartburn) di awal2 kandungan (1st trimester)..sampaikan nak tidur pun xboleh..sakit sangat
  • mengalami kencing kotor yang agak teruk sebelum disahkan pregnant (ni pun tanda2 mengandung jugak ni)..sampaikan beberapa kali jumpa doktor untuk check kencing kotor..masuk trimester kedua barulah beransur2 ok..
  • muntah2..tapi bukanlah setiap hari..tapi dalam seminggu tu adala dalam 2-3 kali muntah..masuk bulan kelima barulah ok..xda muntah2 dah..
  • langsung xboleh makan daging lembu dan mee kuning..pandang pun boleh buat tekak ni loya apatah lagi nak memakannya..selama 9 bulan tu la saya xjamah daging n mee kuning..
  • perut dah mula kelihatan seawal usia kandungan 3 bulan..ramai yang dah perasan masa tu..baju kurung pun pakai seadanya je sebab dah xselesa huhu..
  • sangat suka makan makanan manis2..eh yg masam2 pun saya suka..seafood pun my feveret..tapi yang manis2 lebih menarik selera saya:)
  • dari awal mengandung sampai bersalin, alhamdulillah selera makan saya sentiasa on..so mcm mana berat xnaik mendadak sampaikan misi pun pelik huhu..org lain sebulan naik 1/2 kg je tapi saya sebulan sampai 3-4 kilo huhu (ni 5 bulan yg pertama)..
  • mudah tersentuh terutamanya dgn en.suami..dgn org lain ok je..sikit2 touching..sikit2 merajuk..sian en.suami jadi mangsa huhu
  • xmakan nenas dan air tebu dari awal pregnant sampaila bersalin..

::baby adik::

  • xmengalami langsung tanda2 nak period..biasa2 je, xda pening, xda loya, xda muntah..
  • sama juga masa mengandungkan aisyah, rasa letih dan penat seakan sebati dgn tubuh..tapi kena kuatkan semangat sebab fikir dah ada anak sorang kat luar..dulu aisyah belum ada lagi bolehlah nak memanjakan diri..ni dah ada tanggungjawab kenala laksanakan sebaik mungkin..
  • alhamdulillah setakat ni xpernah lagi mengalami pedih ulu hati..harap2 xda la sampai bersalin...amin
  • kali ni juga xda mengalami masalah kencing kotor..alhamdulillah..
  • muntah2 pun xada..masa 3 bulan pertama dulu saya rasa pelik jugak..betul ke saya mengandung ni sebab xrasa mcm org mengandung pun..tapi bila makin hari perut makin membesar barula percaya huhu..tapi haritu ada la sekali muntah..tu pun bukan keluar apa pun..keluar angin je sebabnya masa tu saya berpuasa..pastu berdiri pulak agak lama masa membeli makanan kat uniten..pastu tiba2 pitam..apa lagi bila angin dah menyerbu ke tekak mulala rasa loya dan akhirnya termuntahla angin huhu.yelah bila dah pitam tambah dengan perut kosong mana xmuntahnya..tu je la sekali..pastu alhamdulillah sampai sekarang xda muntah2..
  • sangat suka daging lembu..tapi mee kuning tetap xboleh masuk tekak:)
  • sume rasa makanan saya suka, manis ke masam ke..sume telan..xda nampak lebih kepada satu2 rasa..seafood juga tetap my feveret..
  • sama juga masa mengandungkan aisyah, selera makan tetap on..sampaikan g checkup kali kedua dulu berat saya naik 2.5kg dalam sebulan..nurse dah bagi warning awal2 kalau berat naik banyak lagi lepas ni saya kena minum air gula lagi huhu..
  • sensitif xkira masa..kadang2 xtahu sebab menyebab boleh je mengalir air mata ni huhu..ye lah hormon dlm badan xbalance tu yg ada turun naik..kejap o.k kejap k.o..yg pasti en.suami la jadi mangsa:)
  • masa masuk minggu ke 13 saya dah xboleh tahan untuk makan nenas..so saya makan je la huhu..air tebu je belum berani lagi..harap2 xda apa2..amin..
ermm..itu je lah yg saya ingat setakat ni..perjalanan masih lagi panjang..Insya Allah akan dicoretkan lagi sebagai kisah kenangan di masa hadapan:)

double line..aisyah akan dapat adik..Insya Allah:)

Assalamualaikum,

mcm mana saya nak mula ek..actually masa mula2 dapat tahu berita ni saya memang terkejut..stress, takut sume ada..bukan xgembira tapi lebih kepada rasa xterkejut..tapi tu lah Allah Maha Perancang dan Maha Menentukan..sebaik mana pun kita merancang namun Dia jua yang menentukan..

ni saya cerita balik mcmana saya mula2 dapat tahu saya pregnant lagi..masa tu bulan 4..saya pulak memang tertunggu2 kedatangan 'bestfriend' setiap bulan..bukan apa sebab kami ni amalkan natural planning:)..so bulan 4 tu bila tarikh yg sepatutnya, 'bestfriend' xkunjung2 tiba..masa tu saya dah risau walaupun saya tahu 'jadual' setiap bulan bukannya tepat pun..kadang2 tu delay 5-10 hari..tapi entah kenapa saya rasa xsedap hati, rasa mcm ada sesuatu je..sebelum tu 2,3 hari sebelum tarikh period saya dah buat UPT senyap2..xbagitau en.suami pun:)..masa tu resultnya negatif..1 line je huhu..so agak lega disitu..kemudian tarikh yang saya kira2 'bestfriend' akan datang tu saya outstation ke pd selama 2 hari..balik saja dari pd saya jadi risau balik sebab 'bestfriend' xdatang2 jugak..kalaupun period bulan tu delay 3-5 hari ke, mesti saya dah rasa tanda2nya..ni bayang2 pun xda..

selepas 3,4 hari 'bestfriend' xdatang2, saya pun makin risau..last2 bagitau kat en.suami n bila en.suami belikan test kit tu saya makin xsabar nak tahu samada betul ke saya pregnant or mana tahu ada masalah apa2 ke..tapi masa  tu instinct saya kuat mengatakan yg saya pregnant..sebabnya beberapa malam sebelum tu saya mimpi buat UPT n naik double line..huhu sampai masuk mimpi jadinya..

ingatkan esoknya nak test di waktu awal2 pagi selepas subuh tapi perasaan ingin tahu membuak2..last2 malam tu jugak sebelum tidur saya test..tunggu beberapa saat..mula2 naik 1 line..pastu hati berdebar dup dap dup dap..tengok2 line lagi satu muncul..Ya Allah masa tu saya jadi shock sekejap..xtahu nak gambarkan mcmana..kalau diikutkan saya mmg xready sangat utk mngandung lagi dlm masa terdekat walaupun dlm entry seblum ni saya mengatakan saya berserah je..tapi bila perkara ni benar2 berlaku saya terkejut..benda pertama yg datang dlm fikiran masa tu ialah fikir mesti doktor marah kalau mengandung dlm masa terdekat ni..pastu memikirkan yg parut   c-zer aritu masih lagi terasa ngilu2..tu yg buat saya jadi risau..lagipun aisyah masa tu baru mencecah umur 8 bulan..umur yg mana budak tengah nak melasak bagai..dahla aisyah masa tu aktif bukan main..tapi bila en.suami bagi semangat, saya mula dapat terima berita ni sedikit demi sedikit..alhamdulillah syukur walaupun jarak antara aisyah dengan adiknya agak rapat tapi memikirkan bila mereka membesar sama2 rasa seronok pulak..walaupun mmg xdinafikan mungkin kami akan penat tapi itulah kepuasan dan pengorbanan yang harus ditempuhi bila dah bergelar ibu dan ayah ni..

alhamdulillah..syukur diatas kurniaan dariMu Ya Allah


tapi kan bila terpandangkan wajah aisyah, rasa sayu je dlm hati ni..kecik2 dah nak dapat adik..kesian aisyah xpuas bermanja dengan ibu&ayahnya..sebab tu lah kami sepakat selagi adik aisyah belum keluar, aisyah akan tetap kami panggil 'adik' sebab nak bagi masa selama yang boleh utk aisyah menjadi kesayangan kami..tapi itu xbermakna kami pilih kasih..baby adik pun tetap kesayangan ibu&ayah jugak:)

itulah ceritanya hehe..walaupun pada awalnya agak tidak bersedia tapi lama2 saya jadi gembira dan bersyukur diatas rezeki dari Allah ini..walaupun perancangannya saya nak gap at least tahun depan ke tapi rezeki datang awal..saya terima dengan penuh kesyukuran..setahun sorang la nampaknya huhu..apapun semoga kandungan kali ini membesar dengan sihat, sempurna dan selamat hendaknya..harapannya juga semoga kali ini saya dapat bersalin normal..xnak dah czer..baby adik..nanti sampai masa duk elok2 ye, duduk kat tempat yang betul..jangan jadi macam kakak aisyah..duduk ikut selesa dia je hehe..

note:

alhamdulillah kandungan sekarang dah berusia 19 minggu..perut pun dah makin membesar:)..hilang rasa sedih, rasa takut..diganti dengan perasaan indah dan bersyukur sebab diberi peluang sekali lagi untuk merasai pengalaman pahit manis mengandung:)..Ya Allah, permudahkanlah kehamilanku kali ini..amin

melawat baby zaa~safa nurjannah:)

Assalamualaikum,

baru berkesempatan nak story hehe..masa balik kg aritu utk amik aisyah, saya mencuri sedikit masa utk melawat zaa dan baby girlnya..zaa dah sambung berpantang kat kg skrg ni..nak melawat awal2 aritu saya xda kat putrajaya sbb blik kg cuti sekolah..pastu masa zaa buat kenduri akikah&cukur jambul pun saya masih lagi di kg huhu..so ni la masa yg ada utk melawat zaa&baby..

kami pergi bertiga..saya, en.suami dan of coursela anak kesayangan kami~aisyah..mana boleh tinggal hehe..ni 1st time nak g umah zaa di pasir mas..sesat jugakla nak cari rumahnya sampai bergaduh2 dgn en.suami huhu..last2 sampai jugak rumah mek ni:)..nak tengok anak zaa?jeng jeng jeng..gambar xbyk pun sebab borak je lebih hehe..ok jom intai baby zaa..

 safa nurjannah..tido je masa auntie dtg hehe

 syok tido:)

 sayang baby..aisyah mmg suka baby..practice nak jadi kakak:)

 ibu baby..tahniah zaa&khairul:)

 aisyah yg xreti duduk diam hehe

 buat macam rumah sendiri..duk tolak2 kerusi huhu

eh2 aksi apakah ini:)


hampir 2 jam jugaklah duduk rumah zaa tu..kalau ikutkan xpuas lagi berborak tapi apakan daya masa xmengizinkan..maklumlah bila dah balik kg jadual aktiviti mmg penuh..tapi alhamdulillah dapat jugak meluangkan masa menjenguk zaa..Insya Allah lepas ni kita jumpa kat putrajaya pulak ek:)

Friday, July 6, 2012

saat2 yang sungguh menyentuh hati bersama aisyah malam tadi

Assalamualaikum dan Salam Jumaat,

aisyah sejak balik dari kg, malam2 waktu tidurnya agak lewat dari biasa..sebelum ni pukul 8-9 mlm dah selamat beradu dah tapi skrg kadang2 pukul 9.30, pukul 10 mlm masih lagi aktif bermain..masalahnya bukan dia main sorang2 tapi diajaknya ibu dan ayah main sama2 hehe..

malam tadi mcm biasa tidurnya agak lewat..actually pukul 8 lebih tu dia dah mula gosok2 mata, garu2 kepala (tanda2 nak tidur) dan menguap beberapa kali..so ayahnya pun bawakla masuk bilik utk tidurkannya..masa tu saya kat dapur tgh masak utk dinner (berbuka puasa)..xlama lepas tu dgr pintu bilik terbuka ingatkan dah tidurla sekali aisyah merangkak keluar dengan lajunya sambil gelak2..aduhh percubaan ayah xberjaya hehe..xpa biarkan dia main dulu..

dalam pukul 9 mcm tu nampak aisyah mcm dah betul2 mengantuk..so ayahnya pun cubala tidurkan sekali lagi..tapi mcm biasala sebaik saja pintu bilik dibuka, meluru aisyah keluar hehe..saya masa tu dah mula mengantuk plus letih setelah seharian berpuasa..ayahnya je la yg duk layan..pulak tu aisyah bukannya reti duduk diam2..dipanjatnya meja jepun pastu panjat pulak meja tv..dudukla tercongok atas meja tu sambil tersengih2..tergelak2..aduh memang kami yg kena buli ni huhu..

last2 dalam pukul 9.30 mlm saya bawak aisyah masuk bilik..kali ni saya akan pastikan aisyah tidur jugak..ye lah anak2 kecil kena cukup waktu tidurnya..dahla siang hari pun byk bermain huhu..masa tu susu dah habis 7 auns dah..pastu bagi lagi 3 auns sebab aisyah xkan tidur kalau xmenyusu dulu..so dalam keadaan gelap tu hanya saya dan aisyah je duk baring2..tengok2 mata aisyah dah hampir terpejam..tapi tiba2 dia bangun balik..saya pun pura2la tidur, buat senyap je kononnya mmg saya dah tertidur la..dalam pura2 saya tidur tu saya tengok aisyah duk pandang2 saya..pastu dia panjat badan dan tepuk2 pipi saya..ajak saya bangun main dengan dia..lepas tu agaknya dia dah tahu yg saya 'betul2 tidur'..tiba2 dengan tidak disangka2 aisyah mendekatkan mukanya dan diciumnya pipi saya..terkejut saya dengan aksi spontan aisyah tu..Ya Allah rasa nak menitik airmata menitik dahpun hehe.masa tu..terharu sungguh dengan tindakan aisyah..aisyah sebenarnya dah pandai kalau ayah dan ibu suruh cium pipi..tapi tengok mood dia jugakla huhu..tapi mlm tadi saya dapat rasakan yg aisyah seolah2 tahu yg ibunya dah tidur dan diberikannya ciuman kasih sayang..kalaulah boleh dirakam saat2 tu alangkah indahnya..takkan saya lupakan sepanjang hayat saya ni..lepas dah cium tu saya terus buat xtahu walaupun airmata dah menitik ni:)..xlama lepas tu aisyah bergolek2 sorang2 dan akhirnya aisyah pun tertidur..bila pandang aisyah yang baru je lena tu saya terus cium aisyah sungguh2 sambil membisikkan yang ibu dan ayah sayangkan aisyah dunia dan akhirat..aisyah anugerah terindah kurniaan Allah kepada kami..Insya Allah..ibu dan ayah akan jaga amanah Allah ini dengan sebaik mungkin..we love u aisyah mardhiyah!!!

ibu dan ayah sayang adik banyak2:)

buat anak ibu&ayah, aisyah mardhiyah..

ibu tahu walaupun aisyah belum memahami makna ciuman tu tapi ibu percaya yang Allah dah anugerahkan perasaan kasih dan sayang aisyah kepada ibu dan ayah..semoga aisyah semakin membesar dengan sihat, semakin cerdik dan semakin yakin untuk menempuh hidup ini dengan penuh keyakinan dan kesabaran..ibu&ayah akan sentiasa menyayangi aisyah tanpa henti..love u so much!!!

Monday, July 2, 2012

aisyah di usia 11 bulan:)

Assalamualaikum,

alhamdulillah..sedar tak sedar anak dara kesayangan ibu dan ayah dahpun berusia 11 bulan..lagi 2 minggu genap setahun..fuhh sekejapnya masa berlalu..dalam tempoh 11 bulan ni aisyah menunjukkan perkembangan yang sangat menakjubkan..keindahan yang xdapat digambarkan dengan kata2 bila melihat sendiri anak tersayang membesar dengan sihat depan mata (walaupun hari tu sebulan tinggal di kg tapi perkembangannya sentiasa dalam pemerhatian saya)..kadang2 rasa mcm xpercaya yang anak dah semakin membesar hehe..jom tengok perkembangan aisyah di usia 11 bulan ni...

  • dah mula belajar untuk bangun sendiri tanpa berpegang pada mana2 objek..tapi sangat suka bergantung (memegang pada org minta dukung hehe)
  • pantang ibu dan ayah xda depan mata mulala 'memanggil' dengan cara dia sendiri:)..comel je dgr suara..nak panggil ibu ayah belum pandai lagi huhu..
  • melambai bye bye ikut mood..kalau mood ok mudahla dia bye bye kalau x jangan harapla..kita je yg letih bye bye dia buat xtahu je huhu
  • sangat kuat makan..ikut sapa la ni hehe..kuat makan kuat jugak yak yak:)..tapi dah pandai memilih makanan..kalau makanan yang dia xsuka, ditutupnya mulut rapat2 hehe..
  • belum pandai makan sendiri tapi saya dah start ajar dia dengan cara bagi pinggan dan sudu kosong..suprisingly aisyah pandai suap sudu tu masuk ke mulut siap dgn bunyi aummm lagi..tapi bila letak makanan betul, xreti pulak..eh eh eh..xpa dik..take your time:D
  • dah mula belajar melangkah ke depan..tapi selangkah dua langkah je la lepas tu jatuh hehe..xpa dik practice make perfect...
  • mulut makin pot pet pot pet dalam bahasa dia..satu rumah dgr suara dia je..tapi kalau ada org yg dia xkenal mulala diam seribu bahasa..hanya senyum je..tapi lepas tu mulala keluar belang dia hehe..
  • dah ada 4 batang gigi..2 atas 2 bawah..tapi gigi atas sangatla besar hehe..cuma gigi bawah yang satu lagi tu mcm malu2 je nak besar:)
  • dah faham sikit2 arahan dan pertanyaan..masa kat kg..bila tanya je "mana ayam"..mata terus berpaling ke arah pintu dapur sambil tunjuk dengan jari telunjuk sebab ayam memang selalu lepak kat situ:)..lagi satu bila kita buat bunyi ssyyhhh..dia pun ikut sama buat bunyi ssyyyhhhh pastu sengih nampak gigi besar..alahai comel anak ibu&ayah:D
  • xtakut dengan haiwan tapi geli..masa kat rumah tok ayah (belah en.suami), aisyah suka main dengan kucing..ditarik2nya telinga kucing tu selamba je..kucing tu plak yg takutkan dia huhu..tapi bila kita letakkan bulu kucing kat badan dia tau plak geli..aduh macam2 la aisyah ni:)..dengan arnab pun mcm tu jugak..siap hulur tangan ke mulut arnab tu lagi hehe..xpa nanti aisyah dah pandai jalan kita pegi zoo ye:)
  • rambut panjang tapi paling xsuka bila org main2 dengan rambut dia..nak sikat pun susah..sudahnya penyepit rambut yang saya beli hari tu langsung xboleh pakai..dia lagi suka rambutnya serabai mcm tu..eh eh eh..
  • dah xnak duduk dalam walker..bila acah je nak letak dia dalam walker mula la dia kembangkan kaki la, keraskan kaki la..tahu la tu dia xnak duduk..pandai!!!tapi sangat suka panjat walker tu..tengok2 kaki dua2 duk atas kaki walker tu..dan aisyah jugak belajar berjalan dengan cara menolak walker tu..laju je tapi pandai pulak mengelak kalau nak tergelincir..aduh lawak sungguh aisyah ni:)
 aisyah anak ibu&ayah:)

 makin cerdik..makin keletah:)

 dan makin comel..puji anak sendiri xpa kan:)

 dah mcm budak besar2 dah aisyah ni..xda dah muka baby2 hehe..maklumlah nak jadi kakak dah kan?ooppps:)

sangat suka dengan pen dan kertas..mentang2 ayahnya cikgu huhu..tapi 
dari pemerhatian kami..aisyah ni cenderung ke kidal je..sumenya dia lebih suka guna tangan kiri..tengok..menulis pun guna tangan kiri..dik guna la tangan kanan hehe



oh aisyah..aisyah..rasa setiap saat mahu bersamanya..dengar gelak ketawanya yang bukan main kuat tu..dengar suara menangis yang comel tu..dengar suara 'menegur' orang..aduh rindunya..setiap hari rasa xsabar nak balik kerja..tapi kalau dah sampai rumah..nak buat keje jadi susah plak sebab dia asyik mengekor je mana org pegi hehe..kadang tu buat muka kesian..sambil berpegang kat kita minta dukung..memang xboleh bergerak la kalau dia dah pegang tu..last2 dukung sekejap pun jadi la..pastu dia dah buat hal sendiri dah hehe...


p/s:xsabar nak tunggu aisyah pandai jalan dan pandai cakap:)

*lagi 2 minggu aisyah nak masuk setahun..skrg tengah buat preparation untuk sambut 1st birthday aisyah:)