Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Lilypie - Premature Baby

Lilypie - Premature Baby

Thursday, July 12, 2012

menjelang setahun usia aisyah

Assalamualaikum,

2 hari lagi genaplah umur anakanda tersayang berusia setahun..pejam celik pejam celik rupanya dah setahun usia anak dara ibu dan ayah ni..alhamdulillah dalam tempoh setahun ni aisyah membesar dengan sihat, bijak, keletah dan setiap aksinya sangat menghiburkan hati kami suami isteri:)..jom intai2 gelagat aisyah di usia memasuki setahun ini..

  1. makin maju melangkah ke hadapan..asal bangun je mesti practice berjalan..adalah dalam 10 langkah dah..tapi kdg2 ada gak baru selangkah dua dah jatuh..depend pada kestabilan badan dia la hehe..
  2. gigi masih 4 batang cuma yg bawah tu duk mcm tu je la xbesar2..yg atas je makin besar dan membesar..bila tersengih je nampaklah gigi besar tu hehe..
  3. sejak usianya 6 bulan lagi aisyah memang sangat tertarik dengan siaran oasis di astro..yg paling aisyah suka slot indahnya iman..setiap hari bila balik keje saya akan pasangkan baby tv utk aisyah tapi sekejap je la dia layan..tapi masuk je pukul 7 mlm saya terus tukar astro oasis..dari duduk galak bermain2, sebaik dengar je alunan zikir2 kat tv laju je pegi mengadap depan tv..mmg diam la dia kat situ..terpaku je depan tv..lagi2 kalau time azan berkumandang, memang aisyah asyik je dengar..pastu bila ada alunan zikir ke apa automatik badan akan bergoyang:)..alhamdulillah semoga anak ibu dan ayah jernih dan bersih hatinya nanti..amin
  4. sangat suka dengan pen dan kertas..nampak je org duk baca buku ke, menulis ke laju je nak menulis sama:)..
  5. tetap suka mandi (air)..kalau time nak basuh tangan mmg saja je dia  main2 dengan air tu hehe...
  6. sangat susah nak pakaikan diapers..kadang tu bila kita nak salin diapers tu..laju je dia pusing badan n lari sampai xsempat nak pakai diapers..so nak xnak terpaksala 'paksa' walaupun dia menangis2 nak lepaskan diri..huhu ni la antara part yg sangat mencabar sikit:)
  7. dah semakin pandai mendengar arahan dan meniru gaya yang kita buat..contohnya bila gelengkan kepala, dia pun ikut sama geleng kepala..kalau kita kepal2kan tangan dia pun ikut sama..hihi makin bijak anak ibu ayah ni:)
  8. mulut adalah sangat bising..tapi dengan org yg dia xkenal dia akan 'diam' sekejap lepas tu barula dia start 'enjin' hehe..
  9. mcm2 perkataan dah keluar dari mulut tapi satu pun ibu dan ayah xfaham..kadang2 bila dia 'bercakap' tu, saya dan en.suami akan pandang satu sama lain sambil tergelak sebab dengar ayat yg aisyah cakap..kelakar sangat
  10. dah pandai ajak org bergurau2 dengan dia..kalau kita xlayan makinla dia mendekat..mcm2la dia buat utk tarik perhatian kita:)
  11. dah pandai bukak tutup laci kabinet dapur dan selongkar barang2 yg ada kat dalam tu..ermm mcm nak kena cari pagar je ni:)
  12. tido adalah sangat laassaaaakkkkk!!!sebab tu la masa umur dia 6 bulan lebih bila dah pandai bergolek2, aisyah tidur sorang2 dah kat bawah..bukan xnak tido dakap peluk dia tapi aisyah akan rimas kalau org ada dekat dia..ditendang2 dan ditepis2nya asalkan dia dapat bergolek huhu..tidur pun xpernah berselimut..sia2 je kalau letak selimut sebab nanti selimut entah kemana dia entah kemana hehe..
  13. dah pandai minum sendiri sambil pegang cawan..cuma makan sendiri je belum lagi..tapi bila bagi mangkuk kosong dengan sudu, pandai je suapkan kat mulut orang huhu..
::menjelang setahun aisyah::

 bukan main lagi tengok babytv..tapi seminit dua je la tahannya huhu

 eh eh..minum elok2 dik..

 suka sangat bertenggek atas meja ni..last2 lipat simpan senyap2 dlm bilik..sebab kalau biarkan mcm tu, aisyah akan berjangkit plak kat meja tv sebelah tu huhu

 suka sangat dapat naik atas meja:)

 sayang baby dalam majalah:)

 ibu nak baca dia pun sibuk nak baca sekali:)

 duduk atas meja komputer pun fav aisyah..tapi ok la sebab bila duk situ dia behave je huhu


suka sebab byk benda atas meja boleh buat main:)


 main ball:)

bukak laci check apa yg boleh buat main:)



itu lah aisyah..rasa seronok bila melihat anak tersayang membesar dengan sihat dari hari ke hari..makin aktif dan lincah..rasa xpercaya je yang aisyah dah nak masuk setahun:)..harapan kami semoga aisyah akan terus membesar dengan sihat dan bijak..dan menjadi muslimah yang solehah..amin










No comments:

Post a Comment