Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Sunday, July 22, 2012

alhamdulillah..misi berjaya diselesaikan sebelum ramadhan

Assalamualaikum,

alhamdulillah syukur ke hadrat Illahi dengan izinNya saya berjaya qada puasa selama sebulan walaupun ianya selesai di saat2 akhir..bukan bermaksud sengaja melengah2kan waktu mengqada puasa tapi di awal2 tahun haritu saya kerap outstation ke sana sini sehingga agak sukar utk mencari waktu utk berpuasa..

sehinggalah bulan april tiba, saya pula disahkan pregnant kembali..so disitu saya cuba utk berpuasa sebanyak yg mungkin memandangkan 'bestfriend' akan bercuti selama 9 bulan:)..walau bagaimanapun berpuasa ketika mengandung tidaklah sesenang yg disangka..ya saya mmg tidak mengalami sebarang alahan diawal trimester (alhamdulillah), tapi saya mudah berasa penat, letih, dan xbermaya ketika di trimester pertama..xda la saya nak puasa direct isnin-khamis tapi at least hari isnin dan khamis tu saya cuba utk berpuasa..


dan alhamdulillah akhirnya hari khamis yg lalu iaitu 2 hari sebelum ramadhan menjelma saya berjaya qada sebulan puasa selepas byk halangan2 yg mendatang..syukur sangat2 dan azam saya semoga ramadhan kali ini saya dapat berpuasa penuh..Insya Allah..ermm 1st time kot dalam seumur hidup ni nak berpuasa penuh:P

No comments:

Post a Comment