Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Lilypie - Premature Baby

Lilypie - Premature Baby

Friday, July 6, 2012

saat2 yang sungguh menyentuh hati bersama aisyah malam tadi

Assalamualaikum dan Salam Jumaat,

aisyah sejak balik dari kg, malam2 waktu tidurnya agak lewat dari biasa..sebelum ni pukul 8-9 mlm dah selamat beradu dah tapi skrg kadang2 pukul 9.30, pukul 10 mlm masih lagi aktif bermain..masalahnya bukan dia main sorang2 tapi diajaknya ibu dan ayah main sama2 hehe..

malam tadi mcm biasa tidurnya agak lewat..actually pukul 8 lebih tu dia dah mula gosok2 mata, garu2 kepala (tanda2 nak tidur) dan menguap beberapa kali..so ayahnya pun bawakla masuk bilik utk tidurkannya..masa tu saya kat dapur tgh masak utk dinner (berbuka puasa)..xlama lepas tu dgr pintu bilik terbuka ingatkan dah tidurla sekali aisyah merangkak keluar dengan lajunya sambil gelak2..aduhh percubaan ayah xberjaya hehe..xpa biarkan dia main dulu..

dalam pukul 9 mcm tu nampak aisyah mcm dah betul2 mengantuk..so ayahnya pun cubala tidurkan sekali lagi..tapi mcm biasala sebaik saja pintu bilik dibuka, meluru aisyah keluar hehe..saya masa tu dah mula mengantuk plus letih setelah seharian berpuasa..ayahnya je la yg duk layan..pulak tu aisyah bukannya reti duduk diam2..dipanjatnya meja jepun pastu panjat pulak meja tv..dudukla tercongok atas meja tu sambil tersengih2..tergelak2..aduh memang kami yg kena buli ni huhu..

last2 dalam pukul 9.30 mlm saya bawak aisyah masuk bilik..kali ni saya akan pastikan aisyah tidur jugak..ye lah anak2 kecil kena cukup waktu tidurnya..dahla siang hari pun byk bermain huhu..masa tu susu dah habis 7 auns dah..pastu bagi lagi 3 auns sebab aisyah xkan tidur kalau xmenyusu dulu..so dalam keadaan gelap tu hanya saya dan aisyah je duk baring2..tengok2 mata aisyah dah hampir terpejam..tapi tiba2 dia bangun balik..saya pun pura2la tidur, buat senyap je kononnya mmg saya dah tertidur la..dalam pura2 saya tidur tu saya tengok aisyah duk pandang2 saya..pastu dia panjat badan dan tepuk2 pipi saya..ajak saya bangun main dengan dia..lepas tu agaknya dia dah tahu yg saya 'betul2 tidur'..tiba2 dengan tidak disangka2 aisyah mendekatkan mukanya dan diciumnya pipi saya..terkejut saya dengan aksi spontan aisyah tu..Ya Allah rasa nak menitik airmata menitik dahpun hehe.masa tu..terharu sungguh dengan tindakan aisyah..aisyah sebenarnya dah pandai kalau ayah dan ibu suruh cium pipi..tapi tengok mood dia jugakla huhu..tapi mlm tadi saya dapat rasakan yg aisyah seolah2 tahu yg ibunya dah tidur dan diberikannya ciuman kasih sayang..kalaulah boleh dirakam saat2 tu alangkah indahnya..takkan saya lupakan sepanjang hayat saya ni..lepas dah cium tu saya terus buat xtahu walaupun airmata dah menitik ni:)..xlama lepas tu aisyah bergolek2 sorang2 dan akhirnya aisyah pun tertidur..bila pandang aisyah yang baru je lena tu saya terus cium aisyah sungguh2 sambil membisikkan yang ibu dan ayah sayangkan aisyah dunia dan akhirat..aisyah anugerah terindah kurniaan Allah kepada kami..Insya Allah..ibu dan ayah akan jaga amanah Allah ini dengan sebaik mungkin..we love u aisyah mardhiyah!!!

ibu dan ayah sayang adik banyak2:)

buat anak ibu&ayah, aisyah mardhiyah..

ibu tahu walaupun aisyah belum memahami makna ciuman tu tapi ibu percaya yang Allah dah anugerahkan perasaan kasih dan sayang aisyah kepada ibu dan ayah..semoga aisyah semakin membesar dengan sihat, semakin cerdik dan semakin yakin untuk menempuh hidup ini dengan penuh keyakinan dan kesabaran..ibu&ayah akan sentiasa menyayangi aisyah tanpa henti..love u so much!!!

2 comments:

  1. terharunya....mcm nak menitik lak air mata,...

    ReplyDelete
  2. tu la k.aida..baru faham mcm ni rasanya jadi ibu:)

    ReplyDelete