Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Sunday, July 22, 2012

ramadhan pertama kami sejak berkahwin:)

Assalamualaikum,

Salam Ramadhan penuh barakah buat semua kawan2 yg mengenali diri ini..baik di alam nyata mahupun di alam maya:)..saya doakan semoga semuanya dalam rahmat Allah sentiasa..amin

alhamdulillah, syukur kepada Yang Maha Esa kerana masih diberi kesempatan untuk bertemu kembali dengan bulan yang penuh kemuliaan dan keberkatan ini..sama2lah kita mengambil kesempatan ini utk memperbanyakkan amal ibadat dan memperbaiki kekurangan diri yang ada..semoga kita menjadi lebih baik dari yang sebelumnya..Insya Allah..

tahun ini Ramadhan 1433 Hijrah merupakan tahun pertama saya berpuasa bersama2 en.suami sejak berkahwin ni..Ramadhan 1431H (2010) saya sedang menghitung hari untuk diijabkabulkan sebab kami sah bergelar suami isteri pada 1 Syawal 1431H..Ramadhan 1432H (2011) pula en.suami berpuasa sorang2 di putrajaya memandangkan saya sedang berpantang di kg bersama2 little aisyah mardhiyah..masa tu en.suami pulang seminggu sekali..dan alhamdulillah tahun ni Ramadhan 1433H (2012) barulah kami dapat berpuasa sama2..dan turut serta pada tahun ni bukan setakat aisyah je tapi juga si kecil dalam perut ni:)..maknanya 2 tahun berturut2 berpuasa dengan si kecil tapi bezanya sorang dah kat luar sorang lagi masih kat dalam:)..syukur diatas rezekiNya..

tahun ni saya sangat2 teringin untuk bersolat terawih berjemaah di masjid/surau..maklumlah tahun lepas xberkesempatan..tapi bila mengenangkan aisyah masih kecil, agak sukar utk saya membawanya ke surau berdekatan rumah..ayahnya je yg pergi masa malam 1 Ramadhan tu..hari pertama berpuasa (sabtu) aisyah pulak demam..seharian menangis, merengek..asyik nak berdukung je..makan xnak, susu pun xnak..serba xkena..saya agak ni kesan cucuk setahun minggu lepas sebab nurse ada bagitau baby mungkin akan demam dalam tempoh seminggu selepas cucuk..sebelum ni sejak lahir aisyah xpernah demam setiap kali cucuk tapi yg setahun ni baru demam..mmg hari tu hari yg agak memenatkan bila aisyah langsung xnak berenggang..saya pulak mmg xlarat nak dukung lama2 tambah pulak hari sabtu tu ayahnya sekolah..tengahari baru balik..so bila dah semakin petang dgn satu apa lauk pun xda, en.suami pun ajak g pasar malam kat bangi..beli lauk mentah n lauk siap utk berbuka hari tu..ikutkan mmg nak masak tapi memikirkan keadaan aisyah, terpaksala beli lauk kat luar..sampai ke malam aisyah menangis..menangis..menangis..last2 en.suami xdapat g terawih malam tu sebab keadaan aisyah agak merisaukan..kalau saya sorang2 je xtahula mcmana..last2 pukul 12 tghmlm baru aisyah boleh tidur...

dan semalam pulak kami berbuka puasa di rumah a.long (abang en.suami) di kajang..tapi sebelum tu sempatlah saya buat kerabu pucuk ubi n kuih melaka (onde2) utk dibawa ke rumah a.long..sampai sana pun aisyah masih meragam..biasanya aisyah xmcm tu..dlm pukul 9 mlm kami terus balik rumah..alhamdulillah aisyah tidur tanpa byk ragam mlm tadi..ulit2 sekejap dah tidur..tengok jam dah pukul 10 mlm so kami berterawih saja di rumah:)


 tertidur setelah seharian meragam..xsedap badan agaknya:(

 kesian anak ibu ayah..cepat2 sihat ye

 onde2 hasil pembikinan ptg smalam:)

puas hati dpt mkn sepuas2nya..kalo beli siap entah berapa ringgit la agknya ni huhu


sahur malam tadi pun aisyah bangun bersahur jugak huhu..agaknya dia dengar ayahnya duk blend brg2 nak buat sup labu utknya..tu yg dia sedar tu..mlm seblum tu pulak aisyah bangun jugak..tgh2 mkn tu tiba2 bunyi pintu terbukak..tengok2 cek mek ni dah merangkak keluar dgn mata pun masih terpisat2..yg xtahannya terus sengih nampak gigi besar buat muka xbersalah hehe..alhamdulillah bangun pagi tadi aisyah nampak dah semakin ok..sebab bila letak je dlm carseatnya aisyah dah pun 'bercakap' mcm biasa..lega hati bila anak dara dah sihat dan ceria seperti biasa..

itulah kisah di awal Ramadhan pertama kami..apapun saya mengharapkan agar insan2 kesayangan dalam hidup saya ni sentiasa sihat dan ceria2 selalu..amin


notadijariku,

ptg ni xtahu lagi nak masak apa..entah boleh entah ke tidak nak masak dgn bantuan 'chef aisyah' kat dapur ni huhu..en.suami plak pukul 6 lebih baru sampai rumah..niat tu nak masak tp tgk keadaan mcmana:)


No comments:

Post a Comment