Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Thursday, February 27, 2014

anok-anok

Assalamualaikum dan salam sayang buat semua,

dah lama tak tempek gambar anak2 kan:)..dan dah lama juga rasanya tak update perkembangan anak2..kakak aisyah dah masuk usia 2 tahun 7 bulan dan muafah pulak dah masuk usia 1 tahun 3 bulan..alhamdulillah kedua2nya membesar dengan sihat dan makin banyak akal sekarang ni..syukur atas anugerah terindah ni..jom tengok aisyah dan muafah sekarang:)

 kakak aisyah..sekejap je rasa dah besar..cakap pun dah mcm orang tua2 sekarang ni huhu
 kat kg..jalan pagi2 dengan ayah menikmati keindahan kampung:)

 anak manja ayah:)

 imej terbaru..dah potong pendek rambut:)


 adik muafah cekci baru bangun tidur huhu


 kakak to be:)


 anok-anok..sepesen dah muka hihi


ni time bahagia main sama2..kalau tak..ermm buat ibu jadi singa:)


anugerah terindah buat kami..harta dunia akhirat




"Ya Allah, terima kasih di atas anugerahMu ini..berikanlah kesabaran dan kekuatan iman kepada kami untuk mendidik amanah-amahMu menuju ke jalan syurgaMu..jadikanlah kami ibu ayah yang terbaik untuk amanah yang Engkau kurniakan kepada kami..amin ya rabbal alamin"














Thursday, February 20, 2014

shopping@maternity&children expo mid valley 24-26 Jan 2014

Assalamualaikum dan Salam Sayang Buat Semua,

baru berkesempatan nak bercerita tentang kisah jalan-jalan a.k.a shopping barang2 baby  di expo mom&baby mid valley haritu..awal2 lagi saya dah bagitau en.suami tarikh expo ni kat midvalley..harap2 en.suami free masa ni dan alhamdulillah en.suami bagi green light utk pegi:)..kami pegi hari ahad 26/1 iaitu hari terakhir expo..tapi kami decide utk pegi berdua je..anak2 duduk rumah dengan cik anisnya...bukan tak nak bawa tapi pengalaman masa g expo tahun lepas bawa dua beradik ni memang tak membeli la jawabnya huhuhu..dan disebabkan kali ni dah tahu dah apa yg nak dibeli dan dah target masa nak balik pkul brapa maka 'tertinggallah' dua beradik tu huhu..lagipun kami mengambil peluang ni untuk berdua-duaan..bila lagi masa nak berjalan feeling2 macam baru kawin dulu kan:)..walaupun dah ada anak-anak tapi masa berdua tu tetap kena ada betul tak?

ok berbalik cerita g expo kali ni, disebabkan dah senaraikan apa yg nak dibeli so sampai2 je terus menuju ke booth yang berkaitan..antara booth yg saya dah aim ialah avent, pureen, lunatots dan autumz..yg lain-lain tu utk cuci mata je la hehe..so far apa yg kami senaraikan dah dapat..dekat booth pureen kami borong banyak2 baby detergen (ABD botol biru), baby wipes (RM10/pcs), pureen liquid cleanser (xingat dah harga) dan baju-baju baby selai dua je sbb ramai sangat org malas nak bersesak dgn perut ke depan ni hehe..dan sebagai free giftnya dapatlah t-shirt budak lelaki size 2 tahun..alamak sape nak pakai ni huhu..bagi aisyah pun boleh:)

lepas tu terus ke booth lunatots sbb dah aim nak beli chocolates dates 1 kotak..1 kotak je la beli dulu sbb harga 1 kotak pun dah dekat RM50..xpe lunatots putrajaya kan ada:)..lepas tu singgah ke booth autumz..dah aim nak beli plastic zipper bag utk simpan ebm nanti..wahhh harganya memang murah sangat2..1 kotak tu hanya RM9 sahaja compare dgn harga biasa RM12.90..kalau ikutkan hati memang nak borong banyak2 tapi saya tahan je la:)..botol2 ebm dah banyak so pakai je apa yg ada dulu..dan beli jugak nursing bra yg harganya tersangat2 murah..pastu teringin nak beli cooler bag yg baru sbb yg lama dah lusuh (pada pandangan saya la hehe) tapi bila bagitau en.suami dia kata bukan dah ada ke..memangla dah ada tapi mcm dah lunyai dah tapi still boleh pakai.. en.suami kata xpayah membazir..pakai je apa yg ada dulu..ermm baiklah saya yg menurut perintah:)

dan lepastu jalan2 dari satu booth ke satu booth..jumpa booth baju kanak2 singgah sbb nak belikan untuk dua orang puteri kat rumah tu..dan beli jugak mainan sebagai 'upah' kena tinggal..en.suami la yang beria nak beli mainan ni saya ikutkan je..dan ada jugak yg jual baby cot..kami singgah dah tanya harga pakej dia mcmana..pastu bisik2 dgn en.suami cakap mmg berbaloi la kita beli di littlewhiz tu sbb harga kat sini beza 2, 3 ratus jugak dari harga yg kami beli..design dan jenama yg sama cuma harganya je berbeza..

last sekali kami terjah booth avent..nak beli starter set utk newborn..tgk2 harga mahal sikit dari littlewhiz tapi lepas bincang2 decide amik yang kat sini je la..sbb saya dah malas (read:xlarat) nk shopping2 lagi lepas ni..mmg fokus nk completekan terus hari tu jugak..nasib baik la dia bagi free gift dapatla pelindung cermin kereta dan mug yg tahan panas tu..

lepas tu bila tgk barang dah banyak kat tangan+berat,,kami g hantar barang2 tu ke kereta tu..pastu kwn en.suami call cakap dah sampai kat expo..mmg kawan dia nak dtg jugak sbb nak cari barang2 utk wife dan anak dia yg tengah berpantang kat kg..so en.suami la jadi tempat rujukan kawan sekolah dia tu..maklumlah kawan en.suami baru dapat anak sulung dan en.suami pulak dah nak masuk tiga:)..so kami pun berpatah balik ke expo tu..cari satu port dan sembang2 kat situ..bersemangat en.suami cerita itu ini pasal barang2 baby ni..brand apa yg bagus, kat mana tempat jual barang baby yg murah pastu citer pasal breastfeeding..wahh panjang lebar en.suami duk bercerita pasal susu badan ni kat kawan dia...alhamdulillah hebat jugak rupa2nya suami saya ni:)..tengah2 rancak bersembang tu tiba2 lalu sorang hamba Allah ni depan kami..eh eh mcm kenal..eh asyraf muslim la hihi..kami ni terus mengekor je anak mata tgk kemana asyraf muslim tu pegi..pastu duk sok sek sok sek agaknya nak cari barang utk bakal anak dia la tu:)..apalagi saya pun suruhla en.suami panggil dia nak bergambar..memang sporting dan soft spoken asyraf muslim ni...lepas dah sembang2 dekat 1 jam kami pun balikla..rindu dah dekat anak2 kat rumah..

gambar barang2 yg diborong haritu xsempat diambil satu persatu sebab sampai2 je rumah dah kena terkam dgn aisyah dan muafah..masa kami kat midvalley tu cik anisnya whatsapp gambar aktiviti dua beradik tu sepanjang kami tiada..nak tahu apa yg mereka buat???


 ohh..ni la projek dua beradik ni..ibu ayah xda bukan main lagi ye:)


 agaknya dalam hati dua beradik ni ckp bestnya ibu ayah xda..boleh main sebebas-bebasnya huhu


 ermm..pasrah:)

 saya@34 weeks..gagahkan diri berjalan sebab misi belum complete:)


 en.suami duk pilih baju utk anak-anak:)

 booth lunatots:)


 booth avent:)


 beli bie jgn xbeli:)



 booth pureen..antara yg paling sesak:)




terjumpa asyraf muslim:)


 balik rumah kakak aisyah dah selongkar satu persatu beg yg ada..agaknya nak cari apa la yg ibu ayah belikan utk dia:)..muafah dah dapat dah tu:)



 yg aisyah pegang tu free gift yg dapat kat kaunter masuk


alhamdulillah dah complete barang2..tinggal nak kemas je ni:)


review expo kali ni:

bagi saya x banyak sangat booth yg menarik..untuk diapers pun xbanyak yg ada pun mamy poko je sbb tu antara main sponsor dia..berbanding dgn expo2 tahun lepas yg saya pegi banyak booth diapers..ni pet pet xda, whoopee pun xda..agaknya expo bulan 5 nanti kot baru meriah huhu

Wednesday, February 12, 2014

bersalin c-sect vs bersalin normal (VBAC)

Assalamualaikum dan salam sayang buat semua,

hujung minggu ni In Shaa Allah baby adik dah berusia 36 minggu dalam kandungan, beg hospital belum ready lagi huhu..harapnya by this week dah selesai la semua persiapan nak sambut baby adik..satu je yg belum selesai iaitu nak basuh dan sterilekan ebm storage botol dan juga feeding botol utk baby adik..

14 julai 2011 (khamis)

ok kali ni saya nak bercerita mengenai kaedah bersalin..alhamdulillah kelahiran dua orang cahaya mata kami saya diberi peluang merasai  dua pengalaman yang berbeza..anak pertama kami aisyah mardhiyah saya bersalin secara EMLSCS (emergency lower segment ceasarean section) disebabkan failed ECV (external cervic cephalic)..masa tu aisyah berkedudukan songsang dari umur kandungan 30 minggu sehingga 36 minggu..so masa checkup 36 minggu tu doktor pakar di hospital putrajaya try untuk buat ecv tapi xda rezeki aisyah nak pusing ke kedudukan yg betul..last2 haritu jugak kena operate tanpa sebarang persediaan dari kami huhu..dengan beg hospitalnya xkemas apa lagi..sian en.suami kelam kabut sorang2 balik rumah kemas barang2 baby dan saya..apapun itu kenangan terindah kami menyambut kelahiran anak sulung:)


26 november 2012 (isnin)

kelahiran anak kedua kami awfiyah muafah pula, saya memang berharap agar dapat bersalin secara normal..setiap kali checkup saya akan tanya nurse atau doktor kedudukan baby mcmana adakah kepalanya dah berada di bawah..bukan apa risau takut muafah pun breech jugak mcm kakak aisyah dulu dan saya tak nak dah kena c-sect lagi..sebab en.suami nak anak ramai huhu..kalau c-sect lagi kali kedua alamaknya memang sampai 3-4 sahaja la anak kami...

tapi alhamdulillah di minggu2 akhir setiap kali checkup kepala muafah memang duk bawah..masa saya pregnant 38 minggu kami sekeluarga g jalan2 di cameron dan sempat singgah di rumah sepupu yg keje sebagai nurse, dia check perut saya dan cakap mcm xlama dah nak bersalin..dan rupa2nya betul sebab seminggu lepas tu saya melahirkan muafah:)

mulanya risau jugak takut kena operate lagi..masa nak melahirkan muafah tu memang 2 hari saya menahan sakit contraction setiap 5 minit sekali..masa ni barulah tahu sakit nak bersalin tu mcmana sbb masa aisyah dulu xsempat nak rasa sakit contraction huhu...

bila dah 2 hari menahan sakit tu menyebabkan saya kehilangan tenaga..dengan makannya tak mmg lemah sangat2..tambah pulak masa dalam labor room memang saya duk sedut gas entonoks tu menyebabkan saya jadi mamai dan merapu2 sampaikan saya xsedar apa yg saya cakap dgn en.suami..cuma satu je yg saya ingat saya ckp kat en.suami saya nak balik rumah tak nak bersalin huhu...merepek entah apa2 dah dek penangan entonoks tu:)

dan disebabkan 2 hari menahan sakit nak bersalin tu menyebabkan tenaga saya untuk push semakin lemah..masa tengah2 push tu saya rasa dah xberdaya nak teruskan sampaila en.suami bagi semangat dia kata tak nak saya kena operate lagi sekali..last2 doktor decide untuk vacuum dan dalam sekelip mata lahirlah puteri kedua kami awfiyah muafah..alhamdulillah syukur yang tidak terhingga sebab berjaya juga melahirkan muafah secara normal walaupun dengan bantuan vacuum..sekurang2nya masih ada peluang untuk memberikan zuriat lagi kepada en.suami (In Shaa Allah jika ada rezeki)..dan rasa bersyukur sangat2 sebab berjaya jugak bersalin normal (VBAC-vaginal birth after ceasarean)..

ok selepas dah melalui dua pengalaman melahirkan yang berbeza ni, ramai sahabat yang bertanyakan yang mana satu lebih baik..bagi saya dua2 ada kelebihan dan kekurangan tapi apa yg penting kita sebagai ibu mestilah inginkan anak kita selamat dilahirkan walau dengan apa cara sekalipun kan?tapi sejujurnya bagi saya, saya lebih prefer untuk bersalin normal..kenapa?entahlah saya pun xtahu hihi..walaupun sakit dan perit tambahan pulak luka jahitan yg banyak akibat vacuum dan pengalaman luka jahitan yang terbukak sikit menyebabkan saya agak risau kalau perkara yang sama berulang lagi untuk kelahiran anak ketiga ini...

bersalin c-sect memanglah dianggap mudah sebab xperlu nak push2 bagai kan..tapi kesannya sampai sekarang masih saya terasa terutama dekat parut c-sect tu..tambahan pulak saya mengandung balik selepas 8 bulan kelahiran aisyah which is 'ingkar' arahan doktor yang suruh jarakkan sekurang2nya 2 tahun baru mengandung balik..bukannya 2 tahun tu keluar lagi seorang..tapi tu lah dah rezeki kami terima dengan penuh kesyukuran sebab sebaik2 perancang dan penentu adalah Allah yang Maha Kuasa..dan bersalin secara c-sect ni memanglah agak mudah sikit dari segi pergerakan semasa di minggu2 awal bersalin tu..contohnya xperlu nak jaga cara jalan sebab tak ada luka bawah, nak buang air pun xperlu risau jahitan terbukak ke apa tambah pulak kalau terkena sembelit tu..

kalo bersalin normal ni pergerakan agak terbatas cikitla sebab kena jaga luka jahitan elok2, kena bersihkan sebaik2nya sebab takut terkena jangkitan ke apa..dari segi pantang makan semua kedua2 anak saya xberpantang sangat hihi...tapi xla bermaksud semuanya saya makan..jaga-jaga jugak tapi pandai2lah fikirkan yang mana baik yang mana buruk...

dan untuk kelahiran cahaya mata kami yang ketiga ini, saya berharap sangat2 agar dapat melahirkan secara normal jugak..walaupun semakin dekat dengan tarikh due semakin berdebar2 tapi saya rasa saya dah bersedia huhu..tapi apapun kita hanya merancang, kalau sebaliknya saya kena c-sect juga saya redha..cuma saya berharap agar kali ni urusan melahirkan baby adik dipermudahkan dan selamat semuanya..

selepas ini kehidupan kami sekeluarga mungkin akan berubah..doakan agar kami sekeluarga kuat dan tabah melalui kehidupan baru yang mendatang..nanti saya akan ceritakan kisah kami selepas kelahiran baby adik nanti..In Shaa Allah


Friday, February 7, 2014

4th pregnancy: 35 weeks

Assalamualaikum dan salam sayang buat semua,


dah lama tak bercerita pasal kehamilan kali ini..sekarang ni tengah sibuk dengan keje-keje ofis yang semakin menimbun..alahai makin dekat dengan tarikh due makin banyak pulak keje yang menanti..

alhamdulillah esok In Shaa Allah adik baby dah berusia 35 minggu dalam perut ibu:)..semoga terus membesar dengan sihat ye sayang..ibu, ayah dan kakak2 xsabar nak memeluk adik..di usia 35 minggu ni saya dah semakin rasa 'berat'..maksud saya kalau berjalan tu dah terasa sangat perlahannya..xboleh dah nak jalan laju2 mcm dulu huhu..tidur pun semakin dah tak selesa..mengiring ke kanan xkena ke kiri pun xkena last2 saya tidur terlentang je walaupun tahu posisi tu xelok utk tubuh dan jugak baby sendiri..dan kerap kali jugak saya tidur sambil duduk menyandar di katil..bila dah agak2 mamai tu barulah tidur berbaring..tapi xpa semuanya adalah kenangan terindah buat saya..selepas ni tak tahulah ada peluang lagi tak nak merasai keindahan alam kehamilan ini:)

bila dah masuk 35 minggu ni, rasa macam xsabar nak bersalin dan bercuti panjang..tapi bila difikirkan balik mcm mana sakitnya contraction terus rasa dup dap dup dap..semoga Allah S.W.T memudahkan urusan kelahiran anak ketiga kami nanti...amin

persiapan nak sambut baby adik dah almost complete cumanya xbasuh dan xpacking lagi beg hospital..niatnya weekend ni la nak all out siapkan keperluan baby dan saya..last week saya dan en.suami berkesempatan untuk terjah ke 7th maternity&children untuk completekan barang2 yang masih belum dibeli..nanti saya akan share kan di next entry..In Shaa Allah...

ok lah xsempat nak cerita panjang2..byk keje yg menanti ni pun curi2 update huhu..apapun semoga kawan2 semua sentiasa dilindungi Allah S.W.T..amin