Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Tuesday, July 30, 2013

cerita ramadhan kali ini

Assalamualaikum,

lamanya rasa xupdate blog ni..bulan puasa blog pun puasa jugak ye hehe..alhamdulillah diam xdiam kita sudah berada di hampir penghujung ramadhan..begitu pantas masa berlalu..ramadhan kami kali ini sama juga seperti tahun lepas..bezanya tahun lepas berpuasa dengan seorang anak, tahun ni dah ada 2 orang anak kecil:)..

waktu keje saya di bulan puasa ni sama je dengan hari2 biasa..cumanya rutin sedikit berubah kerana pukul 4.30 petang saya dah kena g amik aisyah dan muafah kat taska..taska kat ofis ni kena amik anak paling lambat 5.05 minit..lebih dari tu kena charge..kalo saya sharp2 punch kul 5 pun mmg xsempat ambik sebab ofis saya di blok selatan n taska di blok utara so amik masa juga untuk sampai..

bab berbuka puasa pula terus terang saya cakap memang xsempat nak masak..banyak membeli je..bukan xnak masak tapi keadaan xmengizinkan..sampai rumah paling awal pukul 5.30-5.45 petang..sampai je kat rumah letak barang2 sume uruskan anak2..biasanya waktu mcm ni aisyah akan poo poo..dan bila aisyah poo poo maksudnya saya akan bertukar jadi singa:)..sebabnya aisyah bila poo poo dia akan bukak sendiri diapers tu, masukkan dalam tong sampah n xdan2 nak masuk bilik air..selalunya perkara ni akan terjadi semasa saya sedang menyusukan muafah..muafah baru je nak mula menyusu aisyah dah start dah dia punya keje..yang buat saya jadi singa tu sebab setiap kali bukak diapers mesti ada stool dia yg terjatuh ke lantai..sekuat mana pun saya ckp tahan dulu jgn bukak diapers, aisyah mmg xpeduli..so kena la tinggalkan muafah yang tengah meraung2 tu..mmg masa tu tahap kesabaran dah mula menipis huhu..basuh berak aisyah n terus mandikan dia..masa ni adik memang dah 'berjalan' sampai ke pintu bilik air duk berteriak kat situ tunggu ibu n kakak aisyah dalam bilik air..

keluar bilik air basuh lantai bekas stool aisyah pulak..masa ni mmg muafah dah menangis tahap maksimum dah tp saya kena siapkan mop lantai sbb nanti takut aisyah duk berlari2 atas lantai tu lain pulak jadinya..pernah sekali dia buat 'kueh' atas karpet..Ya Allah rasa mcm nk mkn je aisyah tp bila tengok dia buat muka kesian terus xjadi marah..saya pulak yang menangis beria2 huhu..bila dah siap uruskan aisyah, uruskan muafah pulak..kadang tu tengah solat pun dua beradik ni duk keliling saya..sorang duk depan sorang duk atas riba..aduhai mmg agak mencabar sementara tunggu en.suami sampai..muafah pulak jenis xboleh berenggang dengan saya..nak sentiasa bertepek je..saya bangun je dia dah menangis..alahai manja sungguh anak ibu ayah yg sorang ni:)..so keadaan itu sedikit sebanyak menyukarkan saya utk membuat keje2 rumah..bila letak muafah dalam walker pulak, kakak aisyah pun akan naik sama sampai berhimpit dengan adik muafah..last2 simpan balik walker dalam stor..

dalam duk kalut2 'bergaduh' dengan anak2 tu, saya terkejar2 masuk dapur..basuh botol2 dan perkakasan pam sume..letak dlm sterilizer n sambil2 tu kemaskan beg2 taska anak2..dalam pukul 6.30 en.suami sampai dia yg akan masuk dapur..masa ni la saya boleh berehat sekejap..biar aisyah dengan ayahnya pula yg berperang kat dapur huhu..kalau ada lauk basah dlm peti en.suami akan masak lauk yg simple2 dan cepat..selebihnya lauk yg saya beli kat ofis..dihujung2 ramadhan ni memang saya akui agak penat bila menyusukan anak sambil berpuasa..tapi saya gagahkan jua sebab niat saya untuk menyusukan muafah selama mana yg boleh dan selagi ada susu yang mengalir selagi itulah yg saya akan berikan sampailah ke titisan yang terakhir..tapi saya pasti yg saya perlu juga mencampur susu muafah nanti..memang sedih bila difikirkan perkara ni tapi saya terpaksa untuk kebaikan muafah jugak..susu pun dah mula berkurang sekarang ni tambah pulak dengan bulan puasa..tapi saya xmahu terlalu memikirkan perkara ini..hanya Allah S.W.T yang tahu apa yg terbaik untuk kami...

bab bersahur pula saya dan en.suami mmg wajib kena bangun bersahur dan wajib makan nasi..dan peneman kami setiap kali bersahur sudah tentu adik muafah..saya pun xtahula muafah ni mcmana..setiap kali saya bangun tidur setiap kali tu juga dia akan terjaga padahal dia tengah tidur nyenyak tu..setakat ni baru sekali muafah tidur masa kami bersahur selebihnya mmg xpernah la dia xbangun..lama2 kami dah biasa dengan keadaan ni:)..kuat betul bonding muafah ngan ibu ye..

tapi sekarang ni keadaan sedikit berbeza sebabnya aisyah sedang berada di kampung..oh rindunya dengan anak dara tu yg semakin keletah dan bijak..dah xada teman 'bergaduh' petang2, dah xada org nak usik2 adik..dah xada org nk pujuk2 saya bila saya menangis disebabkan apa yg dia buat..aisyah pandai bila saya marah dia n buat2 menangis dia akan terus datang peluk saya..terus cair hati ibu:)..bersabarlah duhai hati..lagi 3 hari je nak balik kg..

tp ramadhan kali ni saya agak ralat sebab xberkesempatan nk bersolat terawih..bukan xmahu tp dengan muafah yg sentiasa nk saya peluk dukung setiap masa agak menyukarkan saya..semenjak dua menjak ni manjanya lain mcm..ke sbb stress duk taska dik hehe..pastu lepas maghrib automatik badan akan jadi lemah selemahnya sampaikan saya akan tertidur dan akan bangun balik kul 12 mlm (tu kalo larat nk bangun la)..kalau masa saya tertidur tu muafah belum tidur, en.suami yg akan amik alih tugas menidurkan muafah..kesian jugak dengan en.suami sbb sentiasa sibuk dgn kerja2 sekolah tapi apakan daya puasa kali ni agak lain rasanya..mungkin sbb penat menguruskan 2 org anak kecil yg masih memerlukan perhatian sepenuhnya walaupun aisyah dah semakin pandai berdikari..apa pun inilah pengalaman yg tidak boleh diganti..semoga dapat bertemu lagi di ramadhan yang akan datang..amin

Tuesday, July 9, 2013

1 Ramadhan 1434H

Assalamualaikum,

alhamdulillah syukur masih diberi kesempatan untuk bertemu kembali dengan bulan yang sangat dinanti2kan oleh semua umat islam di seluruh dunia..rasanya baru je lepas ramadhan yang lalu..kini dah bertemu kembali..alhamdulillah..

hari ni 1 ramadhan..puasa x?hehe..puasa kali ini memberi pengalaman yang baru bagi saya..jika tahun lepas saya berpuasa sebagai ibu mengandung (mengandungkan muafah 6 bulan), kali ini saya berpuasa sebgai ibu menyusu pula..in shaa Allah..dan tahun ini merupakan tahun ketiga saya berpuasa sebagai isteri dan ibu..ramadhan pertama sebagai suami isteri saya sedang berpantang (lahirnya aisyah permata hati pertama kami), ramadhan kedua pula saya mengandungkan muafah dan ramadhan yang ketiga ini saya menyusukan sepenuhnya muafah..ketiga2nya memberikan pengalaman berbeza-beza dan yang pastinya saya sangat bersyukur diberi peluang merasai pengalaman berharga ini..alhamdulillah

cuma apa yang saya harapkan saya diberikan kesihatan yang baik dan kekuatan mental dan fizikal untuk melalui detik2 ini..dalam keadaan ber'anak' dua yang masih kecik ini sememangnya memerlukan kekuatan extra dan yg paling penting mestilah sokongan dan semangat dari en.suami:)..saya akui mempunyai anak yang jarak dekat2 ni agak mencabar..tapi itulah the power of women:D...sebagai isteri dan ibu yang bekerja sudah tentu berbeza dengan surirumah sepenuh masa..walaupun bekerja tapi dirumah tetap bergelar isteri dan ibu dan tugas2 dan tanggungjawab terhadap hal ewal rumahtangga tetap perlu dilaksanakan:)

alhamdulillah bulan puasa ni en.suami boleh balik awal la ckit dalam pukul 6 lebih dah boleh sampai rumah..cumanya saya xberapa nk yakin yang saya sempat memasak ke tidak..kalau diikutkan keadaan sebelum puasa ni memang xsempat..mana nak kemaskan barang2 balik keje, kemaskan beg taska anak2, cuci+sterlize storage botol, melayan anak2 lagi..iye mungkin ada yang tertanya2 xkan xboleh buat waktu malam..memang boleh tapi bila dah malam badan memang dah penat..nak buat itu ini lagi (kan keje rumah xpernah habis hehe)..tapi apapun saya memang berharap agar sempat gak masak bila en.suami sampai awal ni walaupun memang confirm akan berkejar2 nanti hehe....kalau sebelum ni memang saya sorang2 je la bersilat kat dapur, kat ruang tamu dan macam2lah huhu..

ok lah saya xnak membebel panjang2..jap lagi nak g taska pulak jenguk muafah..bulan puasa ni bolehlah turun awal sikit sbb xperlu makan:)




beginilah situasi hari2..aisyah skrg suka 'buli' muafah tapi lepas tu pandai pulak dia pujuk adik balik..aduhai mcm2 ragam anak2 ni hehe



p/s: malam tadi muafah turut bersahur bersama2 kami..mana tak nya ibu xde je kat sebelah dia pun bangun sekali huhu

Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan

Assalamualaikum,







Alhamdulillah syukur kepada Allah S.W.T kerana dipanjangkan umur dan masih diberi kesempatan untuk bertemu kembali dengan bulan ramadhan yang penuh dengan rahmat dan hikmah..di kesempatan ini saya ingin mengucapkan selamat berpuasa kepada semua kaum muslimin dan muslimat di seluruh dunia dan semoga kita semua mendapat keberkatan dalam bulan yang mulia ini..marilah kita sama2 berbuat kebaikan dan amal ibadat dalam bulan yang mulia ini..Salam Ramadhan 1434H:)