Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Wednesday, June 26, 2013

cara suami membantu menjayakan penyusuan susu ibu

Assalamualaikum,

hari ni terpanggil nak share sesuatu yg selalu saya baca di blog2 penyusuan yang selalu menjadi sumber inspirasi saya terutama dimasa2 semangat seakan meluntur atau ketika menghadapi keletihan/stress ketika susu drop especially time nak period:)..disini ada beberapa tips/peranan yang boleh dilakukan oleh suami2 di luar sana (especially suamiku juga hehe) tentang betapa pentingnya anak2 diberi susu ibu..bukan sekadar untuk menjimatkan kewangan sahaja tetapi lebih dari itu..so peranan suami/sokongan suami inilah yang membantu ataupun menentukan kejayaan sesuatu penyusuan ibu itu mencapai matlamatnya bukan sekadar isteri sahaja yang berjuang sorang2:)

1) Membuat Pilihan Bersama Isteri Untuk Melahirkan Anak di Hospital Rakan Bayi . Ramai suami mengeluh apabila membuat keputusan memilih hospital untuk isterinya bersalin. Semua suami mahu yg terbaik, tetapi kadang-kadang lupa apa aspek yg penting yg perlu diambil kira. Hospital rakan bayi adalah status  yg diberikan kepada hospital yg mengamalkan penyusuan susu ibu dengan sepenuhnya. Para suami perlu tahu betapa pentingnya penyusuan pada 1 jam yg pertama. kita galakkan isteri menyusu secepat mungkin selepas melahirkan anak.

Alhamdulillah kedua2 anak saya dilahirkan di hospital putrajaya iaitu hospital rakan bayi. Semasa kelahiran aisyah dulu, sebaik saja saya dihantar ke wad selepas bersalin (c-sect), en.suami terus membawa aisyah kepada saya untuk disusukan. Kali pertama menyusukan aisyah, tercetus satu perasaan yang tidak boleh saya gambarkan..betapa besarnya nikmat Allah yang satu ini..sama juga masa kelahiran muafah, selepas 1 jam kelahirannya en.suami terus suruh saya susukan muafah..alhamdulillah nikmatnya xboleh saya terangkan mcm mana..hanya ibu2 saja yg memahaminya:)

2) Menjaga anak (yang lain) semasa isteri berpantang – siapkan keperluan. Itu adalah menjadi satu tanggungjawab bagi semua suami apabila isteri berpantang. Pada masa ini bapa perlu mengambilalih tugas isteri sekejap. Mungkin pada masa ini anak-anak yg lain akan berasa jauh hati sebab adik baru lahir. Jadi perhatian akan ibu akan teralih sekejap kepada adik. Jadi di sini pentingnya suami comfort anak2 yg lain supaya belajar sayang adik dan alihkan perhatian dgn bermain atau bawa mereka keluar dan biar isteri ada masa berkenalan dgn adik baru.

Alhamdulillah, en.suami sangat banyak membantu semasa dalam pantang (sehingga kinipun:D), tugas saya dalam pantang hanya makan dan menyusukan muafah saja..segala keperluan dari hujung kaki ke hujung rambut en.suami yang sediakan:)..tak dinafikan mempunyai baby baru disaat aisyah baru berusia 1 tahun 4 bulan ketika itu amat meletihkan..namun dengan sokongan dan bantuan dari en.suami dan keluarga, semua tu jadi mudah..berpantang ketika musim banjir juga agak mencabar..nak ke klinik pun kena meredah hujan..nak minum air pun terpaksa telan je..ye lah sejuk2 dalam hujan xterasa sangat nak minum air tapi mengenangkan yg kalu bf baby kena minum air banyak, so minum je la:)

3) Bangun tengah malam – salin lampin bayi dan kejutkan isteri untuk susukan anak. suami biasanya akan kejutkan isteri untuk susukan anak. Sebagai balasan kpd isteri yg telah menyusukan anak, suami kenalah tolong tukarkan lampin anak. Jadi isteri pun akan rasa dihargai kerana suami pun turut bangun memberi bantuan selain daripada tidur mati. 

Kadang2 ada jugak yg saya xsedar ketika muafah menangis tengah malam..so en.suami akan kejutkan barulah saya tersedar hehe..kalo selepas muafah dah menyusu tapi still menangis lagi, en.suami pula akan bangun mendodoikan muafah dan saya sambung tidur huhu..adillah kan:)..kalo x dtg opis memang tidola jawabnya..dlm keadaan sekarang tugas2 menguruskan anak2 dan rumahtangga xboleh diserahkan kepada isteri 100%..masing2 bekerja dan bila balik rumah tu sama2la buat keje2 rumah..suami penat isteripun penat..so kerjasama tu harus ada, barulah isteri tidak makan hati (read:merajuk)..alhamdulillah dikurniakan suami yg sangat ringan tulang, banyak buat keje2 rumah tanpa disuruh..sebab tu suami kena tahu peranannya dalam rumahtangga..bukan sekadar bagi duit sahaja:)

4) Urutan membanyakkan susu . Kaedah urutan untuk membanyakkan susu biasanya diajar semasa kelas penyusuan. (suami ikut la pergi  kelas).

Alhamdulillah semasa mengandungkan aisyah dan muafah, kami menghadiri 'parenting class' yang dianjurkan oleh KPJ Kajang dan KK Presint 9..dari kelas ini kami banyak menambah ilmu keibubapaan termasuklah hal2 penyusuan susu ibu dan semasa dalam kelas en.suami saya perhatikan diam2 reaksinya..ternyata dia lebih banyak bertanyakan soalan dari saya huhu..dan dari kelas yang kami hadiri tu, ada diajar teknik2 urutan untuk melancarkan pengaliran susu..dan sewaktu saya menyusukan muafah kadang2 tanpa dipinta en.suami akan mengurut belakang saya..oh serta merta hadir perasaan tenang dan bahagia..percayalah dengan bantuan yang sedikit itupun sudah mampu membuatkan isteri anda rasa bahagia dan akan membuatkan isteri anda rasa dihargai:)

5) Bantu isteri menguruskan anak (burping), dukung bayi, mandikan bayi, buat kerja rumah. Biasanya ibu akan rasa sedikit penat selepas sesi penyusuan. Di sini suami boleh memainkan peranan menguruskan anak. Secara tak langsung, bonding akan wujud antara anak dan ayah. Perkara ini juga penting bagi memastikan hubungan anak dan bapa juga rapat

Tidak dinafikan bayi yang menyusu susu ibu akan lebih rapat dengan ibunya (tapi xsemestinya anak yg xmenyusu badan xrapat dengan ibu ye)..mcm muafahla, pantang hilang dari pandangan sikit mesti bising mulut mencari saya..kadang tu nak buat keje pun payah:)..tu xtermasuk aisyah lagi yg cemburukan adiknya tu..nak bertepek je dgn ibu hehe (ni kalo ayahnya xbalik keje lagi).. so utk memastikan bonding dengan ayahnya, en.suami akan memandikan anak2 dan memakaikan baju terutamanya diwaktu hujung minggu..ini penting untuk memberi masa kepada ayah untuk 'berkenalan' dengan anaknya..barula namanya anak ibuayah..bukan anak ibu je:)..masa bermain pun sama..ayah kena turut memainkan peranan bermain bersama anak dengan penuh kasih sayang, bukannya memarahi anak kalau si anak membuat salah atau menangis..ikutilah cara Rasulullah S.A.W mendidik anak2..

6) Hadapi situasi mencabar (ketika berpantang) bersama-sama . Emosi isteri semasa tempoh berpantang agak kurang stabil. Peranan suami sangat penting untuk memberi seberapa byk pertolongan kepada isteri supaya emosi isteri tidak terganggu. Suami juga perlu menggalakkan isteri untuk teruskan penyusuan pada masa berpantang dan teruskan lagi selepas habis berpantang. Tanpa sokongan moral dr suami, penyusuan susu ibu sepenuhnya mungkin gagal.

Saya sangat bersetuju dengan tips ini..tanpa sokongan en.suami rasanya saya xakan mampu bertahan sehingga kini..(thanks bie), dan saya juga bersyukur semasa berpantang (muafah) haritu, saya bersalin dalam cuti sekolah hujung tahun..so en.suami sentiasa berada disisi saya sepanjang masa..berbeza dengan aisyah dulu dimana saya dan suami berjauhan..itu mungkin salah satu faktor saya xberjaya menyusukan aisyah selama mana yg boleh..ye lah kalau asyik stress je boleh menganggu penyusuan susu ibu..walaupun sering berhubung tapi xkan sama bila orang tersayang ada di sisi:)

6) Support/sokong/bantu isteri menyusu anak di depan org ramai (in public). Disini practice make perfect. Mula2 mungkin tak biasa tapi lama2 senang je. Penting untuk bagi susu ibu pada anak bila2 dia nak. Jadi kena belajar menyusu di depan awam. Suami boleh tolong cover pada permulaan sehingga isteri biasa.

Yang ni saya sangat2 bersyukur dan tabik spring saya beri kat en.suami..setiap kali kami keluar dan muafah nak menyusu, en.suami akan pakaikan nursing cover utk saya menyusukan muafah, xkirala masa tengah shopping ke, tengah makan ke, tengah berjalan2 ke..so xda masalah untuk menyusukan anak dimana2 sahaja..dan kalau tengah makan n saya menyusukan muafah, en.suami akan suapkan makanan kat saya n aisyah..kadang rasa malu juga bila orang sekeliling duk pandang2 tapi tengok en.suami relaks je, saya pun ikut je la hehe..sebab tu la setiap kali nak keluar rumah, en.suami akan tanya 'kain tutup (nursing cover la tu) dah bawak ke belum..kalau x bawa of course saya kena marah hehe..itu salah satu perkara yg dia akan check kalau nak g mana2

7) Memberi bantuan kewangan untuk isteri yang ingin meneruskan kerjaya untuk peralatan menyusu (pam susu, beg penyejuk). Bab duit suami mesti garu kepala, Tapi perancangan dari awal kehamilan mungkin dapat mengurangkan beban. Ramai yg tidak sedar bahawa kos untuk bayi yg menyusu susu formula lebih tunggi drpd bayi yg menyusu badan secara esklusif. Dari segi kos hospital dan klinik juga boleh jimat dan guna utk bawa anak pergi holiday instead of berualang alik ke klinik.

Tidak dinafikan, untuk permulaan penyusuan susu ibu, kita mungkin memerlukan bantuan beberapa gajet untuk memudahkan kerja terutama bagi ibu yang berkerjaya (macam sayalah huhu)..tapi percayalah ianya untuk permulaan sahaja..contohnya breastpump, strelizer, warmer, cooler bag, storage bottle dan sebagainya..tapi ianya satu pelaburan yang sangat2 bernilai instead of kita keluar duit tiap2 bulan untuk beli susu formula (yang ni dah rasa masa aisyah dulu:(...tapi jauh disudut hati saya, walaupun mampu untuk membeli susu formula tapi bukan itu yg saya nak..saya nak 'bonding' antara saya dan anak-anak yang mana ianya tidak ada dijual dimana2 tempat!!!

8) Yakinkan isteri bahawa anak hanya perlukan susu ibunya . Setiap mamalia yg dicipta oleh Tuhan didatangkan dengan makanannya iaitu susu ibunya. Kenapa anak manusia perlu diberi susu lembu? Suami perlu percaya dgn khasiat semulajadi yg dicipta oleh Tuhan dalam susu ibu. Jangan terpengaruh dengan iklan komesial  drpd media kerana tiada yg terbaik bagi anak melainkan susu ibunya

Susu ibu adalah anugerah yang tidak ternilai harganya..itu yang kita perlu tahu..selagi mengalir susu dalam tubuh saya ni selagi itulah akan ada rezeki muafah..tapi sesungguhnya hanya Dia lah yang Maha Memberi Rezeki..kita hanya berusaha selebihnya Dia yang menentukan..

9) Galakkan orang lain (kawan2, saudara mara) untuk menyusu anak dgn susu ibu. Bagi suami yg berpengetahuan tentang kebaikan susu ibu, kongsi lah ilmu itu dengan rakan rakan dan kawan kawan supaya kesedaran pentingnya penyusuan susu ibu dapat ditingkatkan.

Saya sangat bangga kalau en.suami dapat berkongsi tentang penyusuan susu ibu dengan kawan2nya..supaya semua akan tahu kepentingan dan faedah penyusuan susu ibu..yang penting kena kuat berusaha dan tidak mudah mengalah..mungkin saya masih 'muda' dalam penyusuan susu ibu tapi saya nak berkongsi dengan kawan2 di luar sana supaya saya boleh manitainkan semangat saya..ye lah semangat saya ni turun naik huhu..susu drop mulalah menggelabah..time susu banyak mulalah liat nak bangun mengepam tengah malam..aduhai memang betullah kata pepatah...penyusuan susu ibu ini tidaklah susah tapi ia juga tidaklah semudah yang disangka...

Allah berfirman (utk kaum suami):

“Jika mereka menyusukan (anak-anakmu) untukmu, maka berikanlah pada mereka upahnya; dan mesyuaratlah di antara kamu (segala sesuatu dengan baik; dan jika kamu menemui kesulitan, maka perempuan lain boleh menyusukan (anak itu) untuknya” – Surah At-thalaq, ayat 6



(tips yang saya bold kan diambil dari sini..terima kasih banyak2 atas info yg sangat berguna:)



time shopping..NIP everywhere:)

Friday, June 21, 2013

mari membaca:)

Assalamualaikum dan Salam Jumaat,

membaca itu satu amalan yang mulia..oleh itu marilah kita sama2 terapkan amalan membaca dalam kehidupan kita seharian..hehe skema ayat..sebenarnya nak citer pasal muafah ni..sama macam aisyah masa kecik2 jugak..pantang tengok buku mulalala start membaca:)..jom tengok muafah sedang membaca buku...


 meleleh2 air liur membaca:)

 khusyuk

 baca jgn xbaca dik:)

berkerut2 dahi:)

alhamdulillah..semoga anak2 ibu ayah menjadi seorang yang cintakan ilmu..ilmu dunia dan limu akhirat...amin

Wednesday, June 5, 2013

update sikit:)


Assalamualaikum,


pemandangan depan rumah en.suami di kampung..itik pulang petang:)

apa khabar semua..harap2 kawan2 semua sentiasa dalam rahmat Allah S.W.T..In Shaa Allah..lama saya tak bercerita disini..xsempat katanya..kerja di ofis ni sentiasa menuntut lebih waktu saya..apapun saya tetap akan jenguk blog saya ni sebab disinila tersimpannya segala kenangan2 yang telah mewarnai kehidupan saya dan keluarga...

sebenarnya byk cerita yg saya nak kongsikan tapi memandangkan gambar byk yg belum ditransfer so saya sekadar bercerita secara ringkas je la ye..minggu lepas kami sekeluarga bercuti seminggu balik kampung..maklumlah cuti sekolah 2 minggu kan..kesian en.suami pulak  kalau duduk rumah je..lagipun kami ni pantang ada cuti mesti nak balik kg:)..dalam seminggu bercuti tu memang best sangat2..boleh rehat2 kat rumah, mengulit anak2, berborak2 dengan family, jiran2 dan saudara mara, makan sedap2, kenduri sana sini, cuti2 malaysia ke terengganu dan banyak lagi lah..eh xlupa shopping baju raya..thanks en.suami:)..dalam 2, 3 hari pertama cuti memang saya duduk rumah je..en. suami je yang sibuk uruskan hal rumah yang dibeli tahun lepas..nak pasang itu ini sume serah kat dia je..saya mana tahu hehe..

pasal anak-anak pulak..alhamdulillah semakin membesar dengan sihat..cuma aisyah sekarang ni agak susah nak makan nasi..kalau makan nasi dia makan lauk je..tapi bila bagi mee, bihun laju je makan..dari segi percakapan, kalau ikutkan kanak2 seusianya ramai yang dah petah bercakap tapi aisyah belum lagi boleh bercakap lebih dari 2 ayat..tapi perkataan memang dah banyak dia tahu..kita pulak xmenang tangan nak bercakap dgn dia huhu..selalu je tergelak bila tengok gaya n percakapan dia tu..kalau tengok telefon pulak cepat2 sebut pin pin (upin ipin), ami (gwiyomi), boboy (boboboi)..adalah tu dia suh bukak nk tengok huhu..tapi aisyah sekarang ni agak manja dan dah nampak sifat cemburunya terhadap adik..kalau saya riba adik bila naik kereta, dia pun nak duduk depan jugak..suruh riba dia sorang je adik dia xbagi riba..aduh yg ni agak susah sikit, siap peluk kita kemas2 dan kalau boleh adik xboleh duduk depan..kadang2 terpaksala riba dua2 sekali hehe..tapi satu yg saya perasan aisyah dengan adik dia ni macam ada satu aura yg saya xboleh nak explain, terutama time 2 beradik ni 'berkomunikasi'..walaupun aisyah agak 'kasar' bila bermain dengan adiknya, tapi muafah tetap tersenyum je..dan 'sesibuk' manapun aisyah dengan aktivitinya, mesti kejap2 dia akan datang peluk cium muafah lama2 dan sebut 'ayan' (sayang)..mulut tu sentiasalah duk sebut dik,,dik..afah..afah..kadang2 main ciku cak..tapi aisyah dia sebut..'tak (cak)..tak (cak)'..hehe agak pelat aisyah ni..ermm aisyah ni kadang2 memang sangat mendengar kata tapi selalu jugak cranky yg buat ibu ayah pening kepala hehe..biasalah budak2 nak membesar kan..kenalah byk bersabar:)..happy bila tengok aisyah dah makin besar, dah makin cerdik, bijak dan dah macam2 pe'el yang dia tunjuk hehe..

muafah pulak dah berusia 6 bulan 1 minggu dah..cepatnya masa berlalu..ikutkan dah boleh bagi solid food tapi minggu lepas seminggu bercuti xsempat nak prepare solid food utk dia..dan bila balik putrajaya barulah boleh masak utk muafah..tu pun hari selasa baru start bagi sebab baru sempat shopping..dan food pertama aisyah ayah dia yg masak:)..maklumlah ibunya ni kerja ayahnya cuti so ayahnya yg banyak masa kat rumah hehe..seminggu ni muafah dijaga oleh en.suami..minggu depan baru start hantar ke taska sekali dgn aisyah..saat pertama  muafah makan rasa sedih dan sayu je..ye lah selama ni dia hanya minum susu ibu je pastu ni dah campur dgn makanan lain..tapi itu xbermaksud saya xnak bagi muafah makan..itu sekadar perasaan je hehe..apapun alhamdulillah tercapai jugak niat saya nak ekslusif bf utk muafah selama 6 bulan pertama ni..semoga rezeki ini akan terus berpanjangan buat muafah..amin



p/s: rindu sangat2 dekat aisyah..aisyah kami tinggalkan kat kg masa balik haritu sebab nak bagi tok ma n tok ayahnya main lama2 sikit dengan cucu sulungnya tu, harini aisyah dah bertolak balik putrajaya dengan adik beradik saya sebab hujung minggu ni ada kenduri sepupu di ampang..semoga perjalanan mereka dilindungi Allah S.W.T..amin