Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Lilypie - Premature Baby

Lilypie - Premature Baby

Wednesday, June 5, 2013

update sikit:)


Assalamualaikum,


pemandangan depan rumah en.suami di kampung..itik pulang petang:)

apa khabar semua..harap2 kawan2 semua sentiasa dalam rahmat Allah S.W.T..In Shaa Allah..lama saya tak bercerita disini..xsempat katanya..kerja di ofis ni sentiasa menuntut lebih waktu saya..apapun saya tetap akan jenguk blog saya ni sebab disinila tersimpannya segala kenangan2 yang telah mewarnai kehidupan saya dan keluarga...

sebenarnya byk cerita yg saya nak kongsikan tapi memandangkan gambar byk yg belum ditransfer so saya sekadar bercerita secara ringkas je la ye..minggu lepas kami sekeluarga bercuti seminggu balik kampung..maklumlah cuti sekolah 2 minggu kan..kesian en.suami pulak  kalau duduk rumah je..lagipun kami ni pantang ada cuti mesti nak balik kg:)..dalam seminggu bercuti tu memang best sangat2..boleh rehat2 kat rumah, mengulit anak2, berborak2 dengan family, jiran2 dan saudara mara, makan sedap2, kenduri sana sini, cuti2 malaysia ke terengganu dan banyak lagi lah..eh xlupa shopping baju raya..thanks en.suami:)..dalam 2, 3 hari pertama cuti memang saya duduk rumah je..en. suami je yang sibuk uruskan hal rumah yang dibeli tahun lepas..nak pasang itu ini sume serah kat dia je..saya mana tahu hehe..

pasal anak-anak pulak..alhamdulillah semakin membesar dengan sihat..cuma aisyah sekarang ni agak susah nak makan nasi..kalau makan nasi dia makan lauk je..tapi bila bagi mee, bihun laju je makan..dari segi percakapan, kalau ikutkan kanak2 seusianya ramai yang dah petah bercakap tapi aisyah belum lagi boleh bercakap lebih dari 2 ayat..tapi perkataan memang dah banyak dia tahu..kita pulak xmenang tangan nak bercakap dgn dia huhu..selalu je tergelak bila tengok gaya n percakapan dia tu..kalau tengok telefon pulak cepat2 sebut pin pin (upin ipin), ami (gwiyomi), boboy (boboboi)..adalah tu dia suh bukak nk tengok huhu..tapi aisyah sekarang ni agak manja dan dah nampak sifat cemburunya terhadap adik..kalau saya riba adik bila naik kereta, dia pun nak duduk depan jugak..suruh riba dia sorang je adik dia xbagi riba..aduh yg ni agak susah sikit, siap peluk kita kemas2 dan kalau boleh adik xboleh duduk depan..kadang2 terpaksala riba dua2 sekali hehe..tapi satu yg saya perasan aisyah dengan adik dia ni macam ada satu aura yg saya xboleh nak explain, terutama time 2 beradik ni 'berkomunikasi'..walaupun aisyah agak 'kasar' bila bermain dengan adiknya, tapi muafah tetap tersenyum je..dan 'sesibuk' manapun aisyah dengan aktivitinya, mesti kejap2 dia akan datang peluk cium muafah lama2 dan sebut 'ayan' (sayang)..mulut tu sentiasalah duk sebut dik,,dik..afah..afah..kadang2 main ciku cak..tapi aisyah dia sebut..'tak (cak)..tak (cak)'..hehe agak pelat aisyah ni..ermm aisyah ni kadang2 memang sangat mendengar kata tapi selalu jugak cranky yg buat ibu ayah pening kepala hehe..biasalah budak2 nak membesar kan..kenalah byk bersabar:)..happy bila tengok aisyah dah makin besar, dah makin cerdik, bijak dan dah macam2 pe'el yang dia tunjuk hehe..

muafah pulak dah berusia 6 bulan 1 minggu dah..cepatnya masa berlalu..ikutkan dah boleh bagi solid food tapi minggu lepas seminggu bercuti xsempat nak prepare solid food utk dia..dan bila balik putrajaya barulah boleh masak utk muafah..tu pun hari selasa baru start bagi sebab baru sempat shopping..dan food pertama aisyah ayah dia yg masak:)..maklumlah ibunya ni kerja ayahnya cuti so ayahnya yg banyak masa kat rumah hehe..seminggu ni muafah dijaga oleh en.suami..minggu depan baru start hantar ke taska sekali dgn aisyah..saat pertama  muafah makan rasa sedih dan sayu je..ye lah selama ni dia hanya minum susu ibu je pastu ni dah campur dgn makanan lain..tapi itu xbermaksud saya xnak bagi muafah makan..itu sekadar perasaan je hehe..apapun alhamdulillah tercapai jugak niat saya nak ekslusif bf utk muafah selama 6 bulan pertama ni..semoga rezeki ini akan terus berpanjangan buat muafah..amin



p/s: rindu sangat2 dekat aisyah..aisyah kami tinggalkan kat kg masa balik haritu sebab nak bagi tok ma n tok ayahnya main lama2 sikit dengan cucu sulungnya tu, harini aisyah dah bertolak balik putrajaya dengan adik beradik saya sebab hujung minggu ni ada kenduri sepupu di ampang..semoga perjalanan mereka dilindungi Allah S.W.T..amin

No comments:

Post a Comment