Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Lilypie - Premature Baby

Lilypie - Premature Baby

Wednesday, February 12, 2014

bersalin c-sect vs bersalin normal (VBAC)

Assalamualaikum dan salam sayang buat semua,

hujung minggu ni In Shaa Allah baby adik dah berusia 36 minggu dalam kandungan, beg hospital belum ready lagi huhu..harapnya by this week dah selesai la semua persiapan nak sambut baby adik..satu je yg belum selesai iaitu nak basuh dan sterilekan ebm storage botol dan juga feeding botol utk baby adik..

14 julai 2011 (khamis)

ok kali ni saya nak bercerita mengenai kaedah bersalin..alhamdulillah kelahiran dua orang cahaya mata kami saya diberi peluang merasai  dua pengalaman yang berbeza..anak pertama kami aisyah mardhiyah saya bersalin secara EMLSCS (emergency lower segment ceasarean section) disebabkan failed ECV (external cervic cephalic)..masa tu aisyah berkedudukan songsang dari umur kandungan 30 minggu sehingga 36 minggu..so masa checkup 36 minggu tu doktor pakar di hospital putrajaya try untuk buat ecv tapi xda rezeki aisyah nak pusing ke kedudukan yg betul..last2 haritu jugak kena operate tanpa sebarang persediaan dari kami huhu..dengan beg hospitalnya xkemas apa lagi..sian en.suami kelam kabut sorang2 balik rumah kemas barang2 baby dan saya..apapun itu kenangan terindah kami menyambut kelahiran anak sulung:)


26 november 2012 (isnin)

kelahiran anak kedua kami awfiyah muafah pula, saya memang berharap agar dapat bersalin secara normal..setiap kali checkup saya akan tanya nurse atau doktor kedudukan baby mcmana adakah kepalanya dah berada di bawah..bukan apa risau takut muafah pun breech jugak mcm kakak aisyah dulu dan saya tak nak dah kena c-sect lagi..sebab en.suami nak anak ramai huhu..kalau c-sect lagi kali kedua alamaknya memang sampai 3-4 sahaja la anak kami...

tapi alhamdulillah di minggu2 akhir setiap kali checkup kepala muafah memang duk bawah..masa saya pregnant 38 minggu kami sekeluarga g jalan2 di cameron dan sempat singgah di rumah sepupu yg keje sebagai nurse, dia check perut saya dan cakap mcm xlama dah nak bersalin..dan rupa2nya betul sebab seminggu lepas tu saya melahirkan muafah:)

mulanya risau jugak takut kena operate lagi..masa nak melahirkan muafah tu memang 2 hari saya menahan sakit contraction setiap 5 minit sekali..masa ni barulah tahu sakit nak bersalin tu mcmana sbb masa aisyah dulu xsempat nak rasa sakit contraction huhu...

bila dah 2 hari menahan sakit tu menyebabkan saya kehilangan tenaga..dengan makannya tak mmg lemah sangat2..tambah pulak masa dalam labor room memang saya duk sedut gas entonoks tu menyebabkan saya jadi mamai dan merapu2 sampaikan saya xsedar apa yg saya cakap dgn en.suami..cuma satu je yg saya ingat saya ckp kat en.suami saya nak balik rumah tak nak bersalin huhu...merepek entah apa2 dah dek penangan entonoks tu:)

dan disebabkan 2 hari menahan sakit nak bersalin tu menyebabkan tenaga saya untuk push semakin lemah..masa tengah2 push tu saya rasa dah xberdaya nak teruskan sampaila en.suami bagi semangat dia kata tak nak saya kena operate lagi sekali..last2 doktor decide untuk vacuum dan dalam sekelip mata lahirlah puteri kedua kami awfiyah muafah..alhamdulillah syukur yang tidak terhingga sebab berjaya juga melahirkan muafah secara normal walaupun dengan bantuan vacuum..sekurang2nya masih ada peluang untuk memberikan zuriat lagi kepada en.suami (In Shaa Allah jika ada rezeki)..dan rasa bersyukur sangat2 sebab berjaya jugak bersalin normal (VBAC-vaginal birth after ceasarean)..

ok selepas dah melalui dua pengalaman melahirkan yang berbeza ni, ramai sahabat yang bertanyakan yang mana satu lebih baik..bagi saya dua2 ada kelebihan dan kekurangan tapi apa yg penting kita sebagai ibu mestilah inginkan anak kita selamat dilahirkan walau dengan apa cara sekalipun kan?tapi sejujurnya bagi saya, saya lebih prefer untuk bersalin normal..kenapa?entahlah saya pun xtahu hihi..walaupun sakit dan perit tambahan pulak luka jahitan yg banyak akibat vacuum dan pengalaman luka jahitan yang terbukak sikit menyebabkan saya agak risau kalau perkara yang sama berulang lagi untuk kelahiran anak ketiga ini...

bersalin c-sect memanglah dianggap mudah sebab xperlu nak push2 bagai kan..tapi kesannya sampai sekarang masih saya terasa terutama dekat parut c-sect tu..tambahan pulak saya mengandung balik selepas 8 bulan kelahiran aisyah which is 'ingkar' arahan doktor yang suruh jarakkan sekurang2nya 2 tahun baru mengandung balik..bukannya 2 tahun tu keluar lagi seorang..tapi tu lah dah rezeki kami terima dengan penuh kesyukuran sebab sebaik2 perancang dan penentu adalah Allah yang Maha Kuasa..dan bersalin secara c-sect ni memanglah agak mudah sikit dari segi pergerakan semasa di minggu2 awal bersalin tu..contohnya xperlu nak jaga cara jalan sebab tak ada luka bawah, nak buang air pun xperlu risau jahitan terbukak ke apa tambah pulak kalau terkena sembelit tu..

kalo bersalin normal ni pergerakan agak terbatas cikitla sebab kena jaga luka jahitan elok2, kena bersihkan sebaik2nya sebab takut terkena jangkitan ke apa..dari segi pantang makan semua kedua2 anak saya xberpantang sangat hihi...tapi xla bermaksud semuanya saya makan..jaga-jaga jugak tapi pandai2lah fikirkan yang mana baik yang mana buruk...

dan untuk kelahiran cahaya mata kami yang ketiga ini, saya berharap sangat2 agar dapat melahirkan secara normal jugak..walaupun semakin dekat dengan tarikh due semakin berdebar2 tapi saya rasa saya dah bersedia huhu..tapi apapun kita hanya merancang, kalau sebaliknya saya kena c-sect juga saya redha..cuma saya berharap agar kali ni urusan melahirkan baby adik dipermudahkan dan selamat semuanya..

selepas ini kehidupan kami sekeluarga mungkin akan berubah..doakan agar kami sekeluarga kuat dan tabah melalui kehidupan baru yang mendatang..nanti saya akan ceritakan kisah kami selepas kelahiran baby adik nanti..In Shaa Allah


2 comments:

  1. Saya doakan akak selamat bersalin nanti. Saya pun bedebar baca pengalaman orang :)

    ReplyDelete