Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Lilypie - Premature Baby

Lilypie - Premature Baby

Thursday, July 19, 2012

checkup aisyah@12months

Assalamualaikum,

pagi semalam bawak aisyah utk checkup di usia 12 bulan@1 tahun..actually saya mintak dgn nurse yg incharge utk awalkan tarikh pada 12hb7 sebab nak sekalikan dgn antenatal checkup saya minggu lepas..tapi nurse xbagi sebab katanya utk injection 1 tahun kena lepas tarikh birthday..xboleh awal walaupun sehari huhu..so semalam dtg punch card dulu pastu baru gerak ke kk presint 9..

sampai je kat klinik, terus amik nombor n tunggu giliran..xlama pun menunggu..kali ni sistemnya lebih teratur dan masa menunggu pun xda la lama sangat sbb kat klinik ni dah amalkan sistem temujanji..maksudnya hanya org yg ada appointment saja yg akan dilayan pada hari tu..berbeza dgn tahun2 lepas yg mana org yg walk in pun akan dilayan juga..so mcmana xlama menunggu kan?skrg mana2 yg nak walk in mmg x akan dilayan pada hari tu..kita kena amik satu tarikh utk mendapatkan temujanji..alhamdulillah saya nampak sistem ni mempercepatkan urusan menunggu dan jugak rawatan..

ok back to the topic, sebaik saja scan kad utk jumpa nurse yg incharge, kami menunggu skjap dalam 10 minit..sebaik saja giliran dipanggil terus masuk jumpa nurse..mcm biasa nurse interview sikit2 tanya pasal perkembangan aisyah..apa yg aisyah dah pandai buat n mcm2 lagila..pastu aisyah ni plak bknnya boleh duduk diam..dipanjatnya meja nurse tu nak capai komputer..sampai menggeleng kepala nurse tu tgk huhu..dia cakap aktifla aisyah ni..masa aisyah gelak plak nurse siap cakap gigi aisyah besar huhu..

lepas borak2 skjap, nurse ukur tinggi n berat aisyah..pastu tiba la giliran utk cucuk vaksin MMR..nurse ckp vaksin ni mengandungi telur..that's why masa usia aisyah 10 bulan haritu nurse suruh bagi makan telur utk tgk samada allergik ataupun x terhadap telur ni..alhamdulillah aisyah xda alahan apa2 masa saya mula2 perkenalkan telur hari tu..then masa nak cucuk tu nurse suh pegang aisyah kuat2 sebab cucuk kali ni kat bahu bukan dkt paha..masa cucuk mula2 tu aisyah xnangis lagi tp lepas tu baru dia nangis..nurse kata aisyah ni bkn menangis sbb sakit tapi sebab org duk pegang dia kuat2..nurse pun kata kuatnya aisyah ni bila dia meronta2 nak org lepaskan dia..bila dah siap ok je xnangis pun huhu..mcm2 la aisyah ni..kemudian siapla checkup haritu..nurse bagi appointment 18 hb 10 ni pulak utk jumpa dia sbb dia nak bagi ubat cacing..erkkkk..saya pun terus tanya nanti dia berak akan keluar cacing ke..nurse kata xda la sbb ubat cacing skrg bkn mcm dulu lagi huhu..maka dgn itu selesailah sudah..tapi lepas ni saya pulak akan ke klinik lagi setiap bulan huhu..tiap2 tahun jadi pengunjung setia kk presint 9:)


::hasil checkup aisyah di usia 12 bulan::

berat:9.9 kg (nurse cakap cantik kenaikan berat aisyah, patutlah dah berat nak dukung..ishh makin xlarat nak dukung aisyah ni lama2 huhu)
tinggi:76 cm 

No comments:

Post a Comment