Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Lilypie - Premature Baby

Lilypie - Premature Baby

Monday, December 16, 2013

di hujung tahun 2013

Assalamualaikum,

rindu nak berblogging seperti dulu tapi sekarang ni banyak perkara yang berlaku dalam hidup dan banyak perkara yang nak diuruskan sehinggakan blog ni dah sedikit terabai..apapun cuba jugak untuk update setakat yang mampu...

alhamdulillah kita semua dah tiba di penghujung tahun 2013..begitu pantas masa berlalu sehinggakan sedar tak sedar dah nak masuk tahun baru dah..anak2 alhamdulillah semakin membesar dgn sihat dan bijak..demam sikit2 tu biasalah tengah nak membesar kan:)..baby adik sekarang pun dah memasuki usia 27 minggu..alhamdulillah baby adik semakin aktif dalam perut..dah senget benget dan perut ibu ni:)..kakak2nya pula bukan main lagi bila suruh cium adik (cium perutla hehe)..bila tanya aisyah baby dalam perut ibu boy ke girl dia cakap "xnak baby derl (girl)"..amboi kakak xbaik tau ckp mcm tu..boy ke girl tetap adik kakak jugak kan..xpe aisyah bukannya maksudkan pun apa yg dia cakap tu main cakap je dia tu hehe..pastu bila tanya nak baby apa dia cakap "nak baby boy"..emm kakak oh kakak..ibu ngan ayah gelak je lah dgr kakak cakap mcm tu..

muafah je la yg kami risaukan sekarang ni..bertambah2 kemanjaan dia tu..asyik nak bertempek je dgn ibunya..org lain nk pegang pun xboleh..susah nak bergerak buat itu buat ini..org kata pe'el nk dapat adik mcm tu la..yeke?masa aisyah dulu pun mcm ni jugak tapi masih boleh dikawal lagi tapi muafah ni adoiila pening kepala sikit hehe..nak ibu depan mata dia je..xtahula mcm mana gayanya bila baby adik dah keluar nanti..moga dipermudahkan..amin

kami sekeluarga ni pun sebenarnya baru je sampai dari kg semalam..xpuas rasanya bercuti seminggu di kg..rasa sekejap je masa berlalu..family kat kg pun xpuas lagi bermain dgn aisyah dan muafah ni..In Shaa Allah kalo ada masa dan dipanjangkan umur memang nak balik lagi kg sebelum bersalin ni..sbb plannya nanti nak pantang kat sini je..dah ada 3 org anak nanti xtahu la keadaannya mcm mana..huru hara ke tak hehe

bila cuti sekolah je mmg saya rasa relaks sikit..sbbnya masa ni lah berpeluang rasa dihantar dijemput dari ofis hehe..kalo x hari2la kena drive sendiri..en.suami pun masa ni la ada masa lebih sikit utk keluarga..kalo x memanjang sibuk dgn keje sekolahnya tu huhu..tapi cuti sekolah dah x lama dah..26hb12 ni dah start sibuk balik dah..so sementara masa yg ada ni harus digunakan dgn sebaik mungkin..

bab persiapan utk menyambut kehadiran baby adik pulak, satu apa pun belum buat lagi huhu..padahal nurse dah pesan dah boleh prepare dah barang2 baby..tapi itulah setiap kali hujung minggu mesti ada je benda lain nak kena buat..so harapnya sebelum en.suami kembali sibuk ni nak kena prepare dah barang2 baby..lambat2 nanti xlarat pulak nak pusing2 mall tu tu..

dan perkara yg selalu akan ditanya oleh kawan2 dan saudara mara ialah xlain xbukan gender baby..maklumlah sebelum ni kami dah ada 2 org anak perempuan so ramai yg duk cakap2 mesti kali ni baby boy dah..xkurang juga yg duk cakap2 asyik baby girl je bila masa nak bagi geng ayah pulak..astaghfirullahalazim..sedar x mereka itu semua kuasa Allah..siapala kita utk menentukan anak lelaki dan perempuan..saya ada jugak bertanyakan en.suami kalo kali ni perempuan jugak mcm mana..en.suami pun cakap mcm mana apanya perempuan pun anak kita jugak..lelaki ke perempuan tetap anak anugerah dan amanah Allah yg perlu dijaga sebaik mungkin..kita kena syukur sebab diberikan zuriat berbanding dgn org lain yg Allah uji tidak dikurniakan zuriat ataupun lambat mendapat zuriat..syukur Alhamdulillah kami dikurniakan zuriat utk menguatkan lagi kasih sayang antara kami...

In Shaa Allah ada kesempatan akan saya update lagi di sini..semoga kawan2 semua sentiasa dalam lindungan Allah S.W.T..amin

 

No comments:

Post a Comment