Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Sunday, May 10, 2015

Assalamualaikum Ammara Maryam, cahaya mata ke-4 kami

Assalamualaikum w.b.t,

Alhamdulillah dengan penuh kesyukuran saya ingin memperkenalkan cahaya mata kami yang ke-4, seorang puteri yang selamat melihat dunia pada 26 Februari 2015 (Khamis) di usia kandungan 40weeks+4days (overdue)..




Ammara Maryam binti Muhamad 
lahir pada 26 Februari 2015
1.19 pagi (khamis)
berat 3.39 kg
hospital putrajaya
normal delivery (svd)


setelah berhempas pulas bertekak lidah berbincang suami isteri akhirnya kami sepakat memberi nama AMMARA MARYAM BINTI MUHAMAD...AMMARA (a lady with strong iman, tolerant) dan MARYAM (ibu Nabi Isa A.S)..nama maryam tu memang saya dah cop lama dah hehe..yg susahnya nak cari pangkal A..cari punya cari adalah beberapa nama yang jadi pilihan..akhirnya ammara juga yang kami pilih disebabkan maksudnya yg baik...

alhamdulillah sekarang maryam dah berumur 2 bulan lebih..kali ni saya bercuti dua bulan sahaja..cuti bersalin 30 hari+cuti separuh gaji 30 hari (kuota cuti bersalin dah habis huk huk)..tapi sepanjang cuti bersalin banyak dugaan dan cabaran yang kami tempuhi..maryam admit wad 10 hari semasa usianya 17 hari (naik chicken pox), lepas tu abid pulak admit wad 3 hari, telefon saya rosak (hilang sume contact no, maklumat customer tropika dan wildan dan yang paling sedih hilang habis gambar anak2 termasuk gambar maryam masa lahir..syukurlah dalam telefon husband ada gambar tu)..dan macam2 lagi la..dengan susu drop masa maryam kat hospital..sume tu membuatkan saya macam bukan ibu bersalin..xda jalan slow2, xda berbengkung perut..usahkan nak berbengkung bagai nak masuk bilik air pun terkejar2 huhu..tambah pulak dengan nak menjaga 4 orang anak kecik yang berderet  ni (hihi) membuatkan badan ni macam apa dah:)

ok lah masa mengepam susu dah sampai..In Shaa Allah saya akan berkongsi satu persatu kisah yang terjadi sepanjang saya cuti bersalin kali ini..





No comments:

Post a Comment