Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Wednesday, May 13, 2015

sunat baby maryam di usia 2 bulan

Assalamualaikum w.b.t,

Alhamdulillah maryam selamat disunatkan ketika umurnya mencecah 2 bulan..agak terlambat sikit sebab kakak-kakaknya disunatkan ketika berumur sebulan..ikutkan maryam pun sama tapi masa kat kg haritu (time en.suami balik), hospital yang kami selalu pergi tu (hospital an-nisa kota bharu) doktornya pukul 5.30 petang baru ada..lepastu call klinik-klinik lain pun sama..ada satu klinik yang available tapi doktornya pulak lelaki..sedangkan malam tu en.suami dah nak balik putrajaya (en.suami balik weekend je..sabtu pagi sampai ahad malam dah naik bas ke putrajaya)..last2 kami decide nanti balik putrajaya la sunatkan maryam...

Alhamdulillah Allah izinkan maryam disunatkan ketika berusia 2 bulan..kami memilih klinik maria alamanda dan doktornya sudah tentulah doktor maria yang friendly itu:)..syukur urusan berjalan lancar dan maryam tak menangis pun..strong girl anak ibu ayah ni:)..saya ada juga bertanyakan doktor kalau anak lelaki bolehke nak sunatkan cepat..kalo boleh saya nak sunatkan abid juga huhu..tapi doktor cakap seeloknya kalau anak lelaki kalau nak sunat, sunatkan terus di awal-awal kelahiran ataupun masa baby kecik lagi..kalau dah umur macam abid ni (1 tahun 2 bulan) dah x praktikal sebab faktor susah nak jaga (peringkat nak membesar kan tentulah lasak dan aktif)..so kalau nak sunat jugak tunggu la umur dia 5 tahun ke atas ke macamtu lah..ok abid awak selamat buat masa sekarang hehe...dan untuk anak perempuan pula doktor kata seelok-eloknya buat semasa baby kecik lagi dalam umur sebulan tu just nice orang putih kata hehe..

 adik maryam yang murah dengan senyuman:)

adik maryam dan adik abid..eh muafah pun still dipanggil adik lagi tau huhu
(abid..tutup sikit mulut tu)


No comments:

Post a Comment