Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Lilypie - Premature Baby

Lilypie - Premature Baby

Tuesday, March 22, 2016

Pengalaman Abid Kena Denggi ~ Part 2

Assalamualaikum w.b.t,

bila masuk hari ke-7 demam, para doktor risau sebabnya kalo ikutkan abid sepatutnya dah tak demam, tapi ni abid masih lagi demam dengan suhu yang tinggi..sebelah pagi suhu normal tapi bila menjelang tengahari, petang dan malam suhunya akan naik mendadak ke 39++..bila doktor pakar datang check dia suspek abid kena 'kawasaki' pulak..apa bendanya ni alahai..tak pernah dengar pun kawasaki ni..doktor bagitau simptom-simptom kawasaki ada pada abid seperti mata dan kaki bengkak, mata bertahi dan demam yang tinggi..dalam hati duk berdoa semoga Allah jauhkan abid dari bahaya..lalu darah abid diambil sekali lagi untuk buat 'blood culture'..mengikut kata doktor, dia takut abid abid kena bacterial infection yang lagi bahaya dari virus..tak dapat bayang keadaan abid masa tu..dengan tak nak makan minum, menyusu pun tak nak..saya lagi lah dah rasa dunia ni berputar-putar dah..dah tak lalu makan minum, penat tak payah cakapla ulang alik ke hospital..bayangkan baru je saya sampai tempat parking nak balik ke rumah, dapat perkhabaran yang abid kembali demam panas..balik rumah pun tak sempat nak duduk berbaring..dengan maryam yang masih fully bf masa tu..kesannya susu drop mendadak..stok ebm dalam freezer habis licin..kat ward pun xsempat nak mengepam dek abid yang all the time nak beriba berdukung..ibu kena berkorban salah satu..sedihnya rasa..maryam di rumah pun perlukan perhatian tapi abid lagi lah perlukan ibu di hospital..:(


esoknya masa doktor datang check, rupa-rupanya tonsil abid bengkak..patutlah demam dan tak nak makan minum, dalam masa yang sama juga doktor suspect kemungkinan juga abid demam disebabkan infection di tempat yang kena cucuk darah (kaki dan tangan)..masa tu tangan, kaki dan betis abid bengkak bersinar-sinar macam nak pecah, nak cucuk darah pun darah dah tak boleh keluar katanya doktor..ye lah dah berapa belas/puluh kali dah ambik darah sepanjang warded tu..setiap 4-6 jam sekali...kesian abid..:(

sebaik saja tahu tonsil abid bengkak..doktor terus on antibiotics..biasalah budak nak makan ubat memang payah tapi kena paksa jugak makan..dalam masa yang sama juga kami bagi abid makan/minum makanan yang sejuk-sejuk atas saranan doktor..Alhamdulillah suka abid dapat makan aiskrim, twister orange (sejuk)..susu pun bancuh dengan air sejuk semata..tak ada campur air panas..dalam hari ke-7 kat hospital tu doktor datang dan bagitau result darah abid dah normal dan clear..tak da apa-apa kuman dalam darah..Alhamdulillah syukur sangat-sangat pada Allah Yang Maha Pengasih dan memakbulkan doa kami sekeluarga...rasa lega sangat-sangat tengok abid kembali aktif dan ceria seperti biasa..

dan hari ke-8 abid dah boleh discharged..esoknya ma, ida, ipah dah bertolak pulang ke kampung..aturan Allah sangat cantik..Dia datangkan my family tepat pada masanya di saat kami diuji..pada masa ni juga saya mengambil cuti separuh gaji sebulan untuk menjaga abid sehingga dia betul-betul sihat sepenuhnya sebelum kembali dihantar ke pengasuh..tak pe lah duit boleh dicari tapi anak?..bila melalui sendiri pengalaman perit macam ni saya seolah-olah fobia untuk keluar membawa anak-anak ke taman-taman dan tempat-tempat yang berisiko terdapat nyamuk..sememangnya kawasan rumah kami ni pun adalah 'black area' untuk kes denggi..masa abid mula-mula masuk hospital pun, staff jkn putrajaya datang check rumah takut-takut kami yang 'membiak' aedes tapi clear je rumah..tapi tak mustahil nyamuk datang daripada rumah/ruang sekitar/tempat yang kami pergi sebelum tu..apapun marilah kita sama-sama pastikan kebersihan sekitar rumah kita sendiri untuk mencegah denggi daripada menyerang kita semua..

 abid our hero..:)


 lemah je masa ni..:(


 makan macam kat rumah..tak pe lah dik asalkan nak makan sudah hehe


 auummmm


 sedap-sedap makanan abid ni hehe


 lapar..:D

 conteng-conteng..:)











 dah nak sihat dah..:)


 abid..dah berapa kali tukar bilik dahni..dari depan,belakang, tengah, depan balik huhu


 anok jate ayoh...:)


 dah kuat sikit diajaknya pusing-pusing wad..:)


 kawan-kawan abid yang rajin melayan masa dalam wad..saing dengan orang besar saje abid ni hehe


 abid ni bila time ayah jaga elok je perangainya..nak tidur pun mudah..suruh tidur, tidur..hihi



 main-main lagi..:)



 kakaks datang melawat abid tapi boleh jumpa kat bawah je..dalam wad xleh masuk



 "abe g mano, lamo adik tok jjupo abe abid"..agaknya gitulah maryam royak tu hehe


 "abe pun rindu gok ko adik"..:D



di kesempatan ini juga, saya ingin merakamkan jutaan terima kasih buat semua ahli keluarga, saudara mara dan sahabat handai yang datang melawat dan mendoakan kesembuhan dan kesihatan abid, semoga Allah membalas jasa baik kalian semua..Aamiin..

special thanks buat cik da abid yang sanggup sambung cuti seminggu semata-mata nak jaga abid di hospital..terima kasih atas pengorbananmu..



No comments:

Post a Comment