Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Monday, August 8, 2016

Detik-detik Kelahiran Terindah Ammara Maryam

Assalamualaikum dan Salam Sayang,

Tiba-tiba saya rasa sangat bersalah pada anakanda Maryam..usianya ketika ini sudahpun 1 tahun 5 bulan tapi saya tak pernah mencoretkan apa-apa kisah mengenainya..usahkan milestones nya tapi detik-detik kelahirannya pun saya tak pernah ceritakan..maafkan ibu ye sayang..Alhamdulillah di kesempatan yang ada ni saya ingin merakamkan kenangan melahirkan anakanda keempat saya ini..Ammara Maryam binti Muhamad..:)

22 Februari 2015 (Ahad)

edd saya sepatutnya harini tapi nampaknya adik baby masih lagi seronok duk dalam perut ibunya ni..perut mengeras je memanjang..tapi sakit contraction yang betul-betul masih belum dirasai..saya dah cuak sedikit sebab belum pernah ada pengalaman overdue ni huhu..yang membuatkan saya semakin risau bilamana selalunya kalau dah overdue ni biasanya berakhir dengan induce..dengar cerita kawan-kawan induce ni tersangatlah sakit..aduhai di hujung-hujung waktu ni macam-macamla perasaan yang muncul..takut, risau, excited macam-macam ada..:)..hari-hari duk pujuk adik baby keluarlah cepat..ibu dah tak sabar nak peluk cium awak..dan ibu juga sebenarnya dah tak berapa larat nak pergi kerja..entahla rasa mengandung kali ni macam mudah mengah, mudah rasa letih..nak drive pun rasa tersangatlah tak larat..faktor usia kot hihi..

23 Februari 2015 (Isnin)

harini ada temujanji di KK Presint 9..dah terlebih 1 hari dah..sebelum pergi klinik saya whatsapp bos maklumkan yang saya dah start nak bercuti dah..sebab memang betul-betul rasa dah larat nak pegi office..lepas bersiap-siap saya dan en.suami ke klinik..bila jumpa doktor, check dan scan sume doktor bagitau semuanya ok, baby ok saya pun ok..dan doktor bagi ' surat cinta' iaitu surah serah diri ke hospital pada 27 Februari 2015 (Jumaat) untuk induce sekiranya saya masih belum bersalin pada tarikh tu..

dalam hati sentiasa berdoa semoga Allah memudahkan urusan bersalin kali ini dan adik baby keluar secara natural..tak ada paksaan..)

25 Februari 2015 (Rabu@9.30 malam)

saya duduk berehat-rehat sambil tengok tv ditemani adik saya dan abid..kakak aisyah dan muafah awal-awal dah balik kampung sebab ikut perancangannya saya akan balik berpantang kat sana selepas bersalin nanti..ma pula tak dapat datang kali ni sebab sibuk dengan urusan majlis perkahwinan adik saya pada bulan mac nanti..

sedang ralit tengok tv, tiba-tiba rasa "eh macam dah sakit contraction ni"..dah mula rasa happy+cuak..happy sebab kalau betul dah masanya saya tak perlu induce..cuak sebab dah tahu rasa sakit bersalin macam mana hehe..ok relaks dan masa ni tak bagitau en.suami lagi sebab sakitnya tak berapa kuat sangat..guna application contraction timer kat handphone..dalam 10 minit sekali..saya bagitau adik minta dia tidurkan abid sebab saya mungkin nak pergi hospital malam tu..takut bila abid nampak saya keluar rumah meraung-raung pula dia nanti..lagila rasa sebak dan tak sampai hati nak tinggalkan dia..:( 

bila sakit dah makin kuat (5 minit sekali) saya bagitau en.suami yang sedang sibuk buat kerja dalam bilik komputer, en.suami urut-urut belakang dan terus ajak pergi hospital..saya kata tunggu dulu kalau boleh tak nak pergi awal-awal..target saya kalini pergi hospital terus masuk labor room..tak nak warded dulu sebab tak tahan sakit sorang-sorang dalam wad sebab en.suami tak boleh teman kecuali waktu melawat je..so saya tahan dulu sakit walapun masa tu saya rasa memang betul-betul dah sampai masanya..sebab pengalaman bersalin sebelum ni saya dah tahu bagaimana rasa contraction sebenar..maklumlah ni dah kali keempat hehe..

dalam pukul 11.30 macamtu saya rasa macam dah tak boleh tahan sakit, bagitau en.suami jomlah pergi hospital..(walaupun dari awal en.suami dah ajak tapi jual mahal konon boleh tahan hihi)..siap-siap mandi sume kami berdua terus ke labor room hospital putrajaya..dalam hati duk berharap semoga jalan dah buka byk sikit dan tak perlu warded terlebih dahulu..

26 Februari 2015 (Khamis)

pukul 12.00 tengah malam sampai di hospital..selepas je siap daftar nurse suruh masuk bilik pemeriksaan..check urine dan berat semua..hoho kali keempat mengandung ni berat saya dah berjaya mencecah 80kg!!!(tahniah untuk diri sendiri..pengsan!!!)..2 kali ganda berat sebelum kahwin..

dah selesai semua tu nurse suruh baring nak check CTG dan contraction..sambil-sambil tunggu doktor datang..dan saya merasakan yang contraction dah semakin kuat..tak lama kemudian doktor datang..nurse bagitau doktor tengok pada graf CTG ni macam jalan dah buka 4 cm ke atas..dalam hati rasa sedikit happy sebab kalau dah 4cm boleh terus masuk labor room..sempat lagi bermonolog walaupun diri tengah menahan kesakitan hihi..

Alhamdulillah dapat doktor muslimah yang handle kes saya..dia terus check jalan..dah 6cm katanya..(dalam hati apa..6cm dah??)..terus doktor suruh masuk bilik bersalin..nurse kelam kabut bersiap sebab ni dah anak keempat..takut tak sempat masuk bilik..:)..nurse tanya boleh jalan tak, ke nak naik wheelchair..saya cakap nak jalan sebab nak bagi jalan cepat terbuka..tapi baru je sampai muka pintu saya dah tak boleh jalan..sakit yang teramat..nurse cepat-cepat sorong dengan wheelchair ke bilik bersalin..

sampai bilik bersalin sempat tengok jam pukul 1.00 pagi..nurse minta salin pakaian hospital..tapi masa tu saya dah sakit tahap tak boleh tahan sangat-sangat..nak naik atas katil pun tak boleh..last-last dengan bantuan nurse berjaya juga pakai 'uniform' walaupun tak kemas mana..ikut dan je hehe..contraction memang menggila sungguh dah masa ni..di mulut hanya terluah mana suami saya..mana suami saya..nurse cakap nanti dah dekat nak bersalin baru kita panggil..apa la nurse ni saya dah sakit sangat-sangat dahni boleh pula nak tunggu-tunggu..tiba-tiba saya rasa macam nak buang air besar hehe..bagitau nurse dia kata puan buang je atas ni nanti saya cuci..padahal tadi lepas diberi ubat untuk membuang tak da pula saya membuang apa-apa..kali kedua rasa cakap kat nurse saya nak buang air besar lagi la..dia pun datang check ok puan, puan boleh teran slow-slow..dalam hati dah mula rasa excited alamak baby dah nak keluar ke..tapi sedikit sedih sebab en.suami tak masuk lagi ni..keadaan masa ni dah kelam kabut..ye lah nurse pun tak sempat prepare apa-apa..bila saya cakap nak membuang kali kedua tu baru lah nurse keluar panggil en.suami..

ngam-ngam en.suami masuk baby meluncur keluar dengan sekali teran je..Alhamdulillah sangat mudah maryam keluar tak sempat nak ber pom pom pun hehe..dan syukur en.suami pun sempat melihat puterinya keluar..Allahuakbar lega sangat-sangat..impian saya dimakbulkan..pukul 1.00 pagi masuk bilik bersalin, pukul 1.19 pagi maryam melihat dunia..

en.suami keluar sementara saya nak 'dikerjakan' lagi untuk proses membuang uri dan menjahit luka..kali ni kena jahit juga tapi sikit je la..sambil-sambil tu skin to skin dengan maryam..dan maryam pun macam kakak-kakak dan abangnya juga..kali pertama dah pandai latch dengan betul..kuasa Allah sangat hebat..Subhanallah indahnya saat-saat itu...

dalam pukul 7.00 pagi saya dihantar ke wad 2B..bila semua dah selesai diperiksa, saya dan baby dalam keadaan sihat, tengahari tu dah boleh discharged..bermulalah espisod saya berpantang dan bergelar ibu kepada 4 orang cahayamata yang jaraknya setahun seorang..mencabar?sila jawab sendiri hehe...

Alhamdulillah segala-galanya dah selamat..walaupun kehadiran maryam kami tidak pernah menduga langsung tapi ternyata Allah itu Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk hamba-hambaNya..

doa ibu ayah semoga maryam, abang abid, kakak muafah dan kakak aisyah membesar dengan sihat dan menjadi anak yang soleh dan solehah, bijak pandai ilmu dunia dan akhirat, berakhlak mulia dan beramal soleh..Aamiin Ya Rabbal Alamin..




















Ammara Maryam binti Muhamad
(Wanita Yang Kuat Iman)
 26 Februari 2015 (Khamis)
 3.27kg
 Hospital Putrajaya
40 minggu 4 hari
SVD

No comments:

Post a Comment